Posts

Showing posts from January, 2018
Soal jawab sekitar solat 1. SOALAN : Berkenaan dengan semua perkara berkenaan solat sunat. Adakah perlu membaca Doa Iftitah? Solat sunat Rawatib, perlukah membaca surah pendek selepas Al Fatihah seperti solat fardhu? JAWAPAN : Disunatkan membaca doa iftitah dalam solat sunat kerana Rasulullah S.A.W. tidak pernah meniggalkannya walaupun dalam solat Sunat. Sunat membaca surah selepas al-Fatihah di dalam solat sunat Rawatib. 2. SOALAN : Persoalan saya berkaitan dengan sembahyang Jumaat ditempat saya mengajar, Untuk makluman SMK Batang Igan merupakan sekolah yang berada ditepi sungai dan mengambil masa sejam perjalanan untuk ke bandar atau pekan berhampirn menggunakan jalan air. Kawasan sekolah tidak mempunyai kemudahan masjid untuk orang Islam kerana majoritinya kaum Iban yang bukan Islam, dan permasalahan utama ialah status sembahyang Jumaat di tempat saya bertugas tu bagi guru lelaki yang muslim. Memang pada dasarnya, syarat
Image
DUNIA SEPERTI MADU   ULAMA mengibaratkan kehidupan dunia seperti madu yang hanya lazat seketika tetapi tidak berkekalan hingga ke akhirat. - GAMBAR HIASAN     Demikianlah berakhirnya kisah pemuda malang itu. Ia adalah sebuah kisah yang dihimpun oleh Ibn al-Muqaffa’ (meninggal pada tahun 142 Hijrah) dalam bukunya, “Kalilah wa Dimnah.” Ibn Muqaffa’ setelah mengakhiri kisah tersebut beliau memberikan pengajaran kepada pembaca, ujarnya:  "…demikianlah wahai saudaraku! Sebuah contoh kehidupan sebahagian orang yang hidupnya tenggelam dalam kelalaian, sedangkan kenikmatan dunia ibarat setitik madu itu jika tidak berhati-hati boleh membuatkan manusia lupa kepada kehidupan akhirat yang hakiki dan pastinya dia akan menempuh situasi yang sangat sukar.” Sindiran atau nasihat Ibn al-Muqaffa’ itu memanglah bernas dan jitu. Sesungguhnya ia amat bertepatan dengan ancaman Allah dan Rasul-Nya. Dalam hubungan ini ter