kuliah - jangan ikut iblis
Hadis 7 : GOLONGAN YANG SENTIASA MENANG Daripada Mughiirah bin Syubah, daripada Nabi saw bersabda: Sentiasa ada golongan dari umatku yang berjaya sehinggalah sampai ketetapan Allah swt. Mereka sentiasa berjaya. (Bukhari) KETERANGAN HADIS oleh Syeikh Fahmi Zamzam Allah swt telah menjadikan umat Islam ini umat yang terakhir sekali. Oleh itu Allah swt berjanji akan memelihara kitab-Nya dan memastikan lahirnya generasi demi generasi yang akan memikul tugas dakwah hingga tetap wujud golongan mukminin di permukaan bumi ini. HURAIAN KITA Janji Tuhan- Agama untuk umat terakhir tidak akan rosak sebagaimana agama-agama terdahulu. Salah satu perkara yang sangat penting untuk berjaya di akhir zaman ini ialah kita mesti BERTUHANKAN ALLAH, BERSYARIATKAN SYARIAT MUHAMMAD SAW. Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam. (Ali-Imraan : 18) Jangan sesekali meninggalkan syariat. Salah satu sebab Iblis dilaknat ialah kerana tidak mahu melaksanakan syariat. Padahal Iblis sangat kenal...