Posts

Showing posts with the label IMAM 4
KETAHUILAH KEALIMAN DAN KEFAQIHAN IMAM KITA YANG EMPAT by Al-Asyairah Al-Syafii on Saturday, March 19, 2011 at 11:15pm KISAH HIDUP IMAM-IMAM KITA YANG EMPAT . Al-Imam Abu Hanifah: Namanya ialah Nukman bin Thabit bin Zauthi. Dilahirkan di Bandar Kuffah, Iraq pada tahu 80 H/699 M. Beliau dihukum penjara kerana enggan menjadi hakim dan wafat di dalam penjara semasa pemerintahan Abu Ja`far al-Mansur akibat diracuni pada umur 70 tahun. PELAJARAN DAN PENDIDIKANNYA: Sejak kecil lagi beliau cenderung kepada pelajaran, rajin belajar mana-mana ilmu yang belum diketahuinya dan rajin mengajar mana-mana ilmu yang telah diketahuinya dan beliau suka berbahasa untuk mencara kebenaran, baik ilmu agama mahupun ilmu-ilmu am. Semasa belajar tidak menghadapi masalah kewangan kerana ayahnya seorang saudagar, apa lagi masa kelahirannya dengan Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam Cuma 69 tahun. Dengan sebab itu beliau sempat menemui beberapa orang sahabat Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam ...