Posts

Showing posts with the label cantik

SATU RENUNGAN: AURAT - JIKA PERCAYA KENAPA MASIH RAGUI

Image
Diambil dari :  www.zaharuddin.net Semasa saya memberikan kuliah kepada satu kumpulan wanita yang terdiri dari golongan professional termasuk para Datin di satu daerah, ketika itu, sedang heboh isu wanita seksi ditangkap di sebuah kelab malam. Lalu timbul isu hak peribadi wanita untuk memakai apa jua pakaian yang diingininya, termasuk yang seksi. Lalu, semasa kuliah ini saya mengambil peluang bertanya kepada kumpulan wanita ini soalan mudah berikut :- “Apakah agaknya sebab wanita ingin memakai seksi dikhalayak ramai? Dengan skirt pendek, atau baju sendat dan nipis?” Ada di antara mereka mula memberikan pandangan, tetapi kerana terlampau ramai yang bercakap, saya tidak mendengar butirannya. Apabila saya meminta seorang wakil, seorang menjawab dengan yakin. ” Untuk nampak cantik ustaz…” katanya sambil tersenyum malu. Saya bertanya pula : “Agaknya kepada siapa nak ditunjukkan kecantikan itu?” “Tentulah kepada kaum lelaki ustaz, kaum wanita pun iye juga..” sambungnya....
Image
Kecantikan, Anugerah Itu Musibah Written by  Abdullah Mahdi Share 625   Laksana tidak semudah bicara, hakikat hati cukup payah untuk mengubah diri walaupun tekad beribu kali.Jelitawan mengungkapkan kecantikan adalah satu anugerah, namun ramai yang tidak menyedari bahawa kecantikan adalah musibah di sebalik anugerah.Berapa ramai wanita yang akhlaknya seindah rupa?berapa ramai wanita yang hatinya selembut bicara?nisbahnya hanya seorang daripada seribu sahaja.Yang gelap ingin menjadi cerah, yang gemuk ingin menjadi ramping, pendek kata, kecantikan adalah misi dalam mengejar visi kesempurnaan hidup.   Andaikata pembaca adalah wanita, anda mahu atau tidak memiliki wajah cantik?, mungkin ada menjawab "cukuplah dengan apa yang Allah kurniakan".Ya,tapi, andaikata semua lelaki mahukan teman hidupnya wanita cantik, apakah ada sanggup hidup keseorangan?anda p...