10 Jenis Airmata
by Maya Ilham Menurut kata Ibnu Qayyim, ada 10 Jenis Tangisan iaitu : 1 ) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati. 2 ) Menangis kerana rasa takut. 3 ) Menangis kerana cinta. 4 ) Menangis kerana gembira. 5 ) Menangis kerana menghadapi penderitaan. 6 ) Menangis kerana terlalu sedih. 7 ) Menangis kerana terasa hina dan lemah. 8 ) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang. 9 ) Menangis kerana ikut-ikutan orang menangis. 10 ) Menangis orang munafik – pura-pura menangis. Allah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering…. Seperti sungai yang mengalir ke laut tiada henti… Tangis tercela atau terpuji Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di...