07-001 : Ganti Puasa Bagi Wanita Mengandung Soal Jawab – Feqah: Puasa Soalan: saya mempunyai satu kemusykilan. Isteri saya semasa ramadhan nnt dia akan mengandung 7 bln tetapi dia tidak lg lengkap mengqadha’ puasanya yg lepas. Soalannya: 1) Jika dia tidak mampu utk mengqadha’kan puasanya skrg, adakah boleh dia mengqadha’ puasanya selepas bersalin nnt (slps raya)? Ini kerana skrg dia bimbang akan merasa keletihan yg amat sangat apabila berpuasa. 2) Adakah perlu membayar fidyah (menurut pendapat 4 mazhab)? Diharap mendapat pencerahan secepat mungkin. Jawapan: 1) Kalaulah pada bulan Ramadhan yg wajib berpuasa padanya, boleh berbuka kerana uzur mengandung, maka pada bulan selain Ramadhan adalah lebih aula untuk boleh baginya menangguhkan qadha’nya. jadi, diharuskan untuk menangguhkan qadha’ Ramadhan sehingga hilang keuzurannya. 2) sekiranya ditangguhkan qadha’ ramadhan sehingga tahun berikutnya, disebabkan oleh uzur seperti sakit sepanjang tahun, atau hami...
Posts
Showing posts with the label soal jawab agama