- SELAMAT MELAYARI BLOG INI SEMOGA KITA MEMPEROLEHI MANFAATNYA DAN HARAP DISEBARLUASKAN KEPADA PEMBACA YANG LAIN PULA BERSESUAIAN DENGAN SABDA RASULULLAH S.A.W "SAMPAIKAN DARIPADAKU WALAUPUN DENGAN SATU AYAT"

Monday, March 30, 2015

FOKAS: Cara Bermanhaj Yang Benar

 

7 Mac: Daurah di mana Dr. Fathul Bari mensyarahkan kitab kecil bertajuk "Cara Bermanhaj Yang Benar" karya Abu Muhammad Ibnu Shalih bin Hasbullah. Daurah bermula dari pukul 9 pagi dan berakhir 5.30 petang dipengerusikan oleh Ustaz Bakhtiar Effendy Abu Bakar, guru di Madrasah Ansar As Sunnah.

Dr. Fathul Bari memberikan tajuk untuk Daurah seumpama ini dengan nama "FOKAS" yang bermaksud "Fokus Kitab Ahli Sunnah". Daurah serupa ini sudah berlangsung beberapa kali namun Alhamdulillah, inilah rakaman pertama yang dapat dikongsikan kepada semua.

FOKAS akan diadakan dari semasa ke semasa oleh penganjur dan banyak kitab ulama ahli sunnah yang akan dibedah untuk bermanfaat bersama.

Video dibahagikan kepada empat bahagian agar memudahkan pendengar dan penonton membahagikan masa untuk mengikuti rakaman ini. Senarai video akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Barakallahufikum.

1

 

2

 

3

 

4

 http://www.drfathulbari.com/2015/03/fokas-cara-bermanhaj-yang-benar-part-1.html

 

AMALAN SELAWAT KE ATAS RASULLULLAH S.A.W   - barang siapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan perolehi syafaatku pada hari kiamat  

 
Nabi Muhammad saw adalah insan terpuji yang menjadi contoh kepada setiap manusia tidak kira mereka yang beragama islam ataupun tidak. Bahkan mereka yang bukan beragama islam telah membuat kajian untuk mencari kelemahan dan kekurangan baginda, namun tidak ditemui sebarang kekurangan. Sungguh kita semua bertuah dijadikan sebagai umat akhir zaman,walaupun kita semua berasal dari rumpun bangsa yang berbeza (hatta juga agama) kita mengenali Nabi Muhammad saw lantaran adanya internet sebgai perantaraan. Alangkah baiknya kita menjadikan setiap satu amalan harian Nabi saw sebagai contoh ikutan untuk kita setiap hari. Jangan dilupakan juga buat muslimin maslimat agar sentiasa berselawat kepada Nabi Muhammad saw kerana ia merupakan hadiah yang khusus untuk setiap orang islam untuk Nabi Muhammad saw. Salam dan selawat untuk junjungan besar Nabi Muhammad saw. Berikut adalah antara amalan harian yang kita wajar jadikan contoh dan teladan dalam melalui kehidupan harian. InsyaAllah.

* Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan – Tirmizi.

* Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.

* Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua perkara dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

* Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.

* Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

* ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.

* Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.

* Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akan di kurniakan kebijaksanaan
pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

* Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.

* Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.

* Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi
janggutnya-Tirmizi

* Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, beliau makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.

* Sahabat meriwayatkan:

Aku lihat Nabi SAW makan dengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)- Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan.

* Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi.

* Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

* Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat.

* Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.

* Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas
solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

* Nabi SAW sering menghadap ke kanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum

* Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.

* Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari.

* Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman.

* Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana

* Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan,ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung

* Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim.
Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari

* Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

* Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan – Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah

* Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA

* Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) – Bukhari

* Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH

* Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur.

* Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan .

* Silangkan kaki jika tidur di masjid.

* Hadith:Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (kerana bimbang terdedah aurat) – Bukhari

* Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat
berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

* Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas(mudah) – Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh.

* Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari

* Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun(astagfirullahalaziim) tiga kali – Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari

* Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat.
Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya
mereka tidak bosan (atau tersinggung) – bukhari

* Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.

* Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) – Abu Dawud

* Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas RahmatNya
Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Abu Naim

* Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya – Bukhari

* Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya

* Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya – Muttafaq Alaih

* Berdiri apabila melihat iringan jenazah.

* Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) – Muttafaq Alaih

* Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain

* Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketika beroleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH – Abu Dawud

* Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya

* Beri salam hingga tiga kali sahaja.Bahawasanya baginda memberi salam sebanyak 3 kali, apabila salamnya tak berjawab, beliau beredar.

* Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib

* Melakukan /membantu isteri pekerjaan di rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami

* Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.

Artikel ini bukanlah hasil tulisan saya. Ianya saya perolehi menerusi email yang tersepit natara lain-lain artikel tetapi tidak diketahui penulis asalnya. Semoga Allah melimpahkan pahala yang banyak kepada penulis asal artikel ini dan kepada semua para pembaca. InsyaAllah
[
Back to top Go down
View user profile http://aerol90.forumms.net

Post AMALAN SELAWAT KE ATAS RASULLULLAH S.A.W   

A. Pendahuluan: Kepentingan Selawat Very Happy Cool Smile

Sebagaimana yang diterangkan mengikut dalil-dalil ayat dan hadis, bahawa selawat kepada Nabi S.A.W. adalah merupakan satu ibadah yang mulia dan amalan yang terpuji. Oleh itu kaum Muslimin sangat dianjurkan agar sentiasa membawa selawat kepada Nabi S.A.W. dengan penuh keimanan dan keikhlasan, kerana ianya mempunyai keutamaan dan fadhilat yang amat besar.

Dalam konteks ini saya mengajak semua pembaca kepada membaca selawat sebagai satu amalan zikir selepas solat yang akan saya terangkan selepas memaparkan artikel ini.

Nabi S.A.W. adalah seorang Nabi dan Rasul Allah yang mempunyai keutamaan, kedudukan dan darjat yang tinggi di sisi Allah dengan memiliki sifat-sifat kemulian dan keagungan yang sempurna berbanding dengan para Nabi dan Rasul Allah yang lain.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: "Sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang agung (mulia)." (Surah Al-Qalam:4) Firman Allah S.W.T. lagi yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah S.W.T. dan para Malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Maka, wahai mereka yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya dengan sebaik selawat dan salam." (Surah Al-Ahzab:56)

Allah S.W.T. yang Maha Pengasih lagi maha Penyayang telah memperlihatkan betapa kasih dan sayangNya kepada Nabi S.A.W. dengan berselawat kepadanya sebagai pujian-Nya dan memuliakan serta mengutamakan Nabi S.A.W. di hadapan para malaikatNya.

Para malaikat juga turut melahirkan keutamaan ke atas Nabi S.A.W. dengan mendoakan, mengucap selawat dan memohon keampunan baginya. Kaum Muslimin sebagai umat Nabi S.A.W. berkewajipan melahirkan rasa kasih, pujian, sanjungan dan penghormatan yang tinggi kepada beliau, kerana kedudukan dan kemuliannya melebihi para Nabi dan Rasul a.s dengan memperbanyakkan ucapan selawat dan salam sebagai memperkuatkan iman serta berpegang teguh kepada sunnah dan mengamalkan segala ajarannya sebagai pedoman hidup.

Sabda Nabi S.A.W. "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga aku lebih dicintai olehnya daripada ia mencintai anaknya, orang tuanya dan manusia seluruhnya." (Hadis Riwayat Ahmad, Al-Bukhari, Muslim, At-Tirmizi, An-Nasaie dan Ibnu Majah)

Dengan membaca selawat kepada Nabi S.A.W., setiap doa dan amalan-amalan yang lain akan diterima oleh Allah. Jesteru itu selawat memainkan peranan penting dalam segala amalan hidup kerana ianya dapat mempengaruhi keberkatan dalam hidup manusia yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya.

Sabda Nabi S.A.W. "Setiap doa adalah terhalang, sehingga berselawat atas Nabi S.A.W." (Hadis Riwayat Ad-Dailami)


Berselawat kepada Nabi S.A.W. bererti memperbesarkan dan mengagungkan serta mendukung perjuangannya yang mulia di samping melahirkan rasa syukur atas perutusannya yang menjadi rahmat seluruh alam ini, malah menambahkan keyakinan beramal dengan sunnahnya yang diredhai Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: "Dan tidaklah diutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekelian alam” (Surah Al-Anbiyak:107). Firman Allah S.W.T. lagi yang bermaksud: "Maha Memberkati Tuhan yang menurunkan Al-Furqan kepada hamba-Nya (Muhammad) untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh alam” (Surah Al-Furqan:1)

Dengan melazimi berselawat kepada Nabi S.A.W., insya Allah kaum muslimin tergolong sebagai mereka yang akan mendapat keistimewaan dan mempunyai kedudukan yang terdekat dengan Nabi S.A.W. bersama-sama para sahabatnya pada hari kiamat kelak.

Sabda Nabi S.A.W. "Sesungguhnya seutama-utama manusia (orang terdekat) dengan aku pada hari kiamat adalah mereka yang lebih banyak berselawat kepadaku." (Hadis Riwayat An-Nasaie & Ibnu Hibban)



B. Kelebihan Selawat

Selawat kepada Nabi S.A.W. adalah merupakan ibadah yang mulia dan terpuji, mengandung berbagai-bagai kelebihan dan mendapat pertolongan dan perlindungan yang istimewa dari Nabi S.A.W. serta memperolehi ganjaran yang besar dari Allah di hari akhirat kelak. Diantara kelebihan selawat adalah seperti berikut:

1. Mendapat Syafaat Nabi S.A.W.

Sabda Nabi S.A.W. "Barang siapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat." (Hadis Riwayat At-Tabrani)

Sabda Nabi S.A.W. "Barangsiapa berziarah kekuburku maka baginya wajib menerima syafaatku." (Hadis Riwayat Ibnu Adi & Al-Baihaqi)


2. Mendapat perlindungan dan pembelaan dari Nabi S.A.W.

Sabda Nabi S.A.W. "Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya." (Hadis Riwayat Al-Baihaqi dan Al- Khatib)


3. Mendapat keampunan dosa dari Allah.

Sabda Nabi S.A.W. "Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapus sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya." (Hadis Riwayat Ahmad, An-Nasaie & Al-Hakim)

Sabda Nabi S.A.W. "Barangsiapa berselawat kepadaku pada hari Jumaat dua ratus selawat, maka diampuni baginya dosa dua ratus tahun." (Hadis Riwayat Ad-Dailami)

Sabda Nabi S.A.W. dari Ubai bin Ka’ab: "Aku bertanya, wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku memperbanyak selawat, maka berapakah aku jadikan untukmu dari selawatku? Nabi bersabda: Apa yang kamu kehendaki. Ia berkata: kataku: "Seperempat." Sabda Nabi: "Apa yang kamu sukai dan jika kamu tambah maka itu yang lebih baik bagi kamu”. Kataku: "Apakah sepertiga?" Sabda Nabi: "apa yang kamu sukai,jika kamu tambah itulah yang lebih baik bagi kamu." Ia bertanya: "Apakah aku jadikan selawatku buatmu semuanya." Nabi bersabda: "Jika demikian maka dicukupilah cita-citamu dan diampuni dosamu." (Hadis Riwayat Ahmad, At-Tirmizi & Al-Hakim)

Sabda Nabi S.A.W. "Barangsiapa yang berselawat kepadaku dari umatku, maka dicatat baginya sepuluh kebaikan dan dihapuskan darinya sepuluh dosa." (Hadis Riwayat Ibnu Hibban)

Sabda Nabi S.A.W. "Telah datang kepadaku utusan dari Tuhanku Azza Wa Jalla maka dia (Jibril) berkata: Barangsiapa yang mengucapkan selawat kepadaku dari muatmu, Allah S.W.T. mencatat baginya sepuluh kebaikan dan menghapuskan darinya sepuluh dosa dan mengangkat Allah baginya sepuluh darjat dan menolak Allah atasnya (membalas) yang seumpamanya." (Hadis Riwayat Ahmad)

Sabda Nabi S.A.W. "Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat (penghening jiwa & pembersih dosa) bagimu." (Hadis Riwayat Ibnu Murdawaih)


4. Mendapat Rahmat dari Allah.

Sabda Nabi S.A.W. "Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah menurunkan rahmat kepadanya sepuluh kali." (Hadis Riwayat Muslim)

Sabda Nabi S.A.W. "Barangsiapa berselawat kepadaku di hari Jumaat seratus kali maka ia datang di hari Kiamat dengan cahaya, sekiranya dibahagi antara makhluk semuanya maka cahaya itu akan memenuhinya." (Hadis Riwayat Abu Nu’aim)


5. Mendapat Hajat Dunia & Akhirat

Sabda Nabi S.A.W. "Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali, maka Allah datangkan baginya seratus hajat, tujuh puluh untuk akhirat dan tiga puluh untuk di dunianya." (Hadis Riwayat Ibnu Majar dari Jabir R.A.)


6. Digembirakan Dengan Syurga

Sabda Nabi S.A.W. "Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seribu kali, maka ia tidak akan mati sehingga ia digembirakan dengan syurga" (Hadis Riwayat Abu As-Syaikh dari Anas R.A.)

Sesungguhnya amat beruntunglah mereka yang sentiasa berselawat ke atas Nabi dengan menjadikannya sebagai wirid dan amalan harian dalam hidupnya. Sebaliknya amatlah rugi dan tercelanya mereka yang tidak mahu membaca selawat kepada Nabi S.A.W. dalam hidupnya.

Sabda Nabi S.A.W. "Hinalah hidung orang yang ketika disebutkan namaku tidak membaca selawat kepadaku." (Hadis Riwayat At-Tirmizi)

Sabda Nabi S.A.W. "Orang yang bakhil ialah yang disebut namaku kepadanya lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku." (Hadis Riwayat At-Tirmizi)



C. Antara Faedah–faedah Selawat

Di dalam kitab Ibnu Farhun Al-Qurthubi dinyatakan bahawa membaca selawat kepada Nabi S.A.W. mengandungi sepuluh macam faedah dan mendatangkan kemuliaan iaitu:

1. Memperolehi selawat dari Tuhan Penguasa Alam
2. Memperolehi syafaat dari Nabi S.A.W.
3. Mendapat pimpinan dari malaikat yang baik-baik
4. Menghapuskan dosa
5. Mendapat pertolongan dan tercapai keperluan hidup
6. Mempunyai pembeza dengan orang munafik dan kafir
7. Memperolehi nur lahir dan batin
8. Mendapat keselamatan dari azab neraka
9. Membolehkan memasuki syurga
10. Memperolehi ucap selamat dari Allah


Menurut para ulamak yang berdasarkan keterangan-keterangan hadis, bahawa membaca selawat kepada Nabi S.A.W. akan memperoleh berbagai-bagai faedah yang amat besar, di antaranya :

1. Memperolehi limpah rahmat dari Allah
2. Ditulis sepuluh kebajikan
3. Dihapuskan sepuluh kesalahan
4. Diangkat sepuluh darjat
5. Memperolehi kesempurnaan iman
6. Menjauhi dari kerugian dan penyesalan
7. Tergolong sebagai mereka yang soleh
8. Mendekatkan diri kepada Allah S.A.W.
9. Memperolehi syafaat Nabi S.A.W.
10. Memperolehi hubungan yang rapat dengan Nabi S.A.W.
11. Menghilangkan kesusahan dan melapangkan rezeki
12. Melapangkan dada dan mententeramkan jiwa
13. Menghapuskan dosa dan menutupkan aib
14. Terselamat dari kebingungan di hari akhirat
15. Menjadi sedekah bagi yang tidak mampu bersedekah
16. Terhindar dari kefakiran
17. Dipandang sebagai orang yang mencintai Nabi S.A.W.
18. Memperolehi keberkahan dalam hidup
19. Terhindar dari mereka yang bakhil
20. Menjadikan sebab doa diterima oleh Allah S.W.T.
21. Memudahkan jalan bagi memasuki syurga
22. Menjadi zakat dan pembersih diri
23. Memperolehi selawat dari Allah dan para malaikat
24. Memperolehi pujian seluruh makhluk di bumi dan di langit
25. Memenuhi hak Nabi sebagai suatu tugas ibadah
26. Memperolehi petunjuk dan menghidupkan hati
27. Tergolong dalam mereka yang tidak melupai Nabi S.A.W.
28. Menghilangkan rasa dahaga dan panas matahari Padang Mahsyar
29. Dapat meneguhkan telapak kaki ketika meniti Titian Sirat di akhirat
30. Terkabul segala hajat dan cita-cita



D. Selawat Dan Salam Ke Atas Nabi Selepas Solat

Seperti yang kita ketahui, Imam besar mazhab kita, Al-Imam As-Syafe'i telah menggariskan bahawa selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W. adalah sebahagian daripada rukun solat. Dalam ertikata lain, ibadah yang terutama dalam hidup kita selepas kita menjadi seorang muslim dengan mengucapkan kalimah tayyibah - la ilaha illAllah, tidak akan sah melainkan dengan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W. dan ahli keluarga baginda. Bahkan adalah sepakat Ulamak bahawa membaca selawat adalah satu amalan sunat yang sangat-sangat dicintai (mustahab).

Seperti yang disebutkan terdahulu firman Allah S.W.T. yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah S.W.T. dan para Malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Maka, wahai mereka yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya dengan sebaik selawat dan salam." (Surah Al-Ahzab:56)

Ayat ini menjadi dalil bahawa berselawat itu adalah tuntutan dan sangat mustahab pada setiap masa dan ketika. Bahkan, tuntutan yang dinyatakan meminta kepada selawat dan salam yang sempurna dan sebaik-baiknya.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, apakah boleh dibaca selawat selepas solat memandangkan tiada dalil-dalil yang khusus mengenainya. Jawapannya, kesepakatan ulamak pada membacanya dalam solat dan sunat lagi mustahab membacanya pada bila-bila masa, menjadi dalil bahawa sudah tentulah ia juga boleh dibaca selepas solat.

Seterusnya, sudah disepakati bahawa adalah sunat dan mustahab untuk sekelian umat Islam berdoa selepas solat, sedangkan tidaklah sempurna berdoa itu melainkan dengan berselawat dan salam ke atas Nabi S.A.W.

Seperti yang disebutkan terdahulu lagi, sabda Nabi S.A.W. "Setiap doa adalah terhalang, sehingga berselawat atas Nabi (Nabi Muhammad S.A.W.)" (Hadis Riwayat Ad-Dailami)

Seterusnya, sabda Nabi Muhammad S.A.W. "Tidak duduk satu kaum dalam satu majlis, dan mereka tidak berzikir kepada Allah dan berselawat ke atas Nabi mereka (Nabi Muhammad S.A.W.) melainkan penyesalan akan menimpa mereka. (Hadis Riwayat At-Tirmizi - Hadis Hasan Sahih; dan Riwayat Ahmad)

Dalam kitab Jilaul Afham, Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah menyatakan bahawa antara masa-masa yang baik untuk berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. ialah selepas menunaikan solat.

Beliau berkata: Al-Hafiz Abu Musa dan lain-lain menyebutkan sedemikian dan mereka tidak menyebutnya kecuali dengan sebuah kisah yang diriwayatkan oleh Abu Musa Al-Madini daripada 'Abdul Ghani Bin Sa'id, beliau berkata: Aku mendengar 'Ismail Bin Ahmad Bin 'Ismail Al-Hasib berkata: Abu Bakar Muhammad Bin 'Umar memberitahu aku bahawa beliau berkata: pada suatu masa aku berada di sisi Abu Bakar bin Mujahid, lalu As-Syibli datang dan Abu Bakar Bin Mujahid bangun lantas memeluknya serta mengucup dahinya. Aku pun berkata kepadanya: Wahai tuan! Adakah patut dibuat sebegini kepada As-Syibli, sedangkan engkau dan semua orang di Baghdad menganggapnya sebagai seorang yang gila?

Lalu beliau berkata kepadaku: Aku melakukan kepadanya sebagaimana Rasulullah S.A.W. melakukan kepadanya oleh kerana aku telah melihat Rasulullah S.A.W. dalam mimpi, dan As-Syabili sedang datang, lalu baginda bangun dan mengucup dahinya. Lantas aku berkata: Wahai Rasulullah! Mengapakah Tuan melakukan sebegini kepada As-Syibli? Lalu baginda bersabda: Orang yang membaca selepas solatnya "Laqad ja akum rasulum min anfusikum... (dua ayat akhir Surah At-Taubah sehingga tamat surah itu)" dengan diikuti berselawat ke atasku.

Dalam riwayat lain baginda bersabda: Dia tidak pernah solat fardhu melainkan dia akan membaca selepas solat itu "Laqad ja akum rasulum min anfusikum... (dua ayat akhir Surah At-Taubah sehingga tamat surah itu)" dan dia berselawat "Sallallahu 'alaika ya Muhammad!".

Lalu apabila aku pergi menemui As-Syibli, aku bertanya kepadanya tentang apa yang diamalkannya selepas solat. Beliau lalu menyebut sama seperti apa yang aku mimipikan. (Wallahu A'lam - Tamat).

Saya tidak akan menyebut fadhilat membaca dua ayat terakhir Surah At-Taubah buat kali ini. Insya Allah, kalau ada kelapangan, saya akan menulis pula mengenainya.

Apa pun, adalah jelas berdasarkan dalil-dalil yang kuat dan terang dengan penerangan dan huraian berdasarkan dalil-dalil yang lainnya serta kisah di atas bahawa selawat dan salam ke atas Nabi S.A.W. adalah sunat dan mustahab dibaca pada bila-bila masa sekalipun dan ia meliputi waktu selepas membaca tahiyyat, selepas solat, di dalam doa, sama dapat pergi atau tidak menziarahi kubur Nabi S.A.W.

Saya cukup yakin bahawa di masa-masa biasa yakni bukan selepas solat, ramai yang akan kesibukan dengan urusan masing-masing dan akan terlupa, jika tidak lalai dan leka, untuk berzikir dan berdoa mahupun berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Justeru, manfaatkanlah 5-15 minit selepas solat untuk tujuan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. dan RasulNya Nabi Muhammad S.A.W.

Sebaik-baik selawat dan salam ialah yang sempurna yang contohnya adalah seperti yang selalu dibaca di dalam solat sebaik sahaja selepas membaca tahiyyat dan bersyahadah. Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala ali Sayyidina Muhammad. cheers

Semoga kita semua beroleh berkat, rahmat dan syafaat dalam mengamalkannya. Allahu A'lam.

Friday, March 27, 2015

CORETAN UMRAH MAC 2015



Penerbangan sewa khas Tabung Haji Travel Sdn Bhd (THTS) bertolak dari klia jam 11 pagi ke Madinah pada 15 Mac 2015 dan selamat tiba Lapangan Terbang Madinah jam 3 petang waktu Arab Saudi. Kami menginap di Hotel Movenpick jaraknya lebih kurang 50 meter dari Masjid Nabawi. Amal ibadat di Madinah selama 4 hari dan mas
 
Perjalanan mengambil masa selama 8 jam+. Bagusnya sebelum terbang ketua pramugara MAS membaca doa naik kenderaan dan doa musafir. 
 
Sebagai perkongsian buat semua pembaca, sama ada yang telah pergi ke tanah haram atau belum lagi, saya kongsikan antara catatan dan coretan daripada saya berkaitan ibadah umrah ini. Semoga ia bermanfaat untuk kita bersama.
 
Di Masjid Nabawi  


Pada hari ke2 di Madinah, selesai sarapan pagi, jemaah umrah bersama mutawif melakukan ziarah dalam di Masjid Nabawi . Antaranya :
Makam Rasulullah serta Khalifah Abu Bakar dan Saydina Umar
*Makam Rasulullah serta Khalifah Abu Bakar dan Saydina Umar*
Raudhah
*Raudhah*
 Medan perkuburan Baqi’
*Medan perkuburan Baqi’*

 Pada hari 3 di Madinah pula, dengan diiringi mutawif, para jemaah dibawa dengan menaiki bas yang selesa pergi melawat (ziarah luar) disekitar Kota Madinah seperti  Masjid Quba, Jabal Uhud, Masjid dua kiblat, medan perang Khandak dan berbelanja di Pasar kurma.

 
Masjid Quba
*Masjid Quba*

 Hari ke4 merupakan hari terakhir jemaah kami di Madinah. Perasaan meninggalkan kota Madinah amat sayu sekali terutamanya apabila meninggalkan makam Rasulullah yang salama kita di sini, berasa Rasulullah amat dekat sekali dengan kita.
 
 

Selesai menunaikan solat Zohor di Masjid Nabawi, jemaah berangkat ke Mekah Al-Mukarramah dengan menaiki bas. Jemaah umrah dinasihati bersiap-siap memakai pakaian ihram dan berwuduk dari bilik hotel.

 Perjalanan dari Madinah ke Mekah mengambil masa lebih kurang 7 jam. Para jemaah umrah akan di bawa bermiqat ditempat miqat yang bernama Bir Ali. Selesai bermiqat, terus bertolak ke Kota Suci Mekah. Jemaah diminta untuk perbanyakkan membaca Talbiah bersama-sama. Semangat kita pada masa ini kembali berkobar-kobar dan tidak sabar lagi untuk menunaikan ibadah umrah buat pertama kalinya.

 Sampai di Mekah, kami akan dibawa ke Swiss hotel untuk proses check in dan meletakkan bagasi di bilik masing-masing. Selepas itu, para jemaah bersama-sama mutawif pergi ke Masjidil Haram untuk menyempurnakan ibadah umrah pertama.


IMG_1701
1011628_10203574993720734_351681848_n

Selesai menyempurnakan ibadah umrah pertama, jemaah kembali ke hotel untuk makan malam dan berehat.

 Hari ke5 merupakan hari bebas. Tiada ziarah ke mana-mana. Namun ada sebahagian jemaah mengambil peluang untuk bersiar-siar sekitar Kota Mekah untuk mendalami budaya dan cara hidup rakyat Arab di sini disamping boleh membeli sedikit buah tangan untuk dibawa ke Tanah air.
Sekitar Kota Mekah
*Sekitar Kota Mekah*

Pada hari ke6 selepas bersarapan, jemaah akan dibawa melawat kawasan bersejarah di sekitar Mekah seperti  Jabal Nur, Jabal Thur, Arafah, Muzdalifah dan Mina. Masa ziarah dimbil masa lebih kurang 2-4 jam.

Sesiapa yang keinginan untuk melakukan umrah, disarankan untuk berpakaian ihram siap-siap di hotel. Para jemaah berniat umrah di Jaaranah bagi sesiapa yang berhajat untuk menunaikan umrah.

Hari ke7 juga merupakan hari bebas untuk para jemaah. Ada jemaah yang mengambil peluang menunaikan umrah sendiri dengan menyewa teksi untuk berniat di Tana’im, dan ada juga jemaah menghabiskan masa dengan beriqtikaf di Masjid.

Jemaah juga berpeluang melakukan sekali lagi ibadah umrah dan akan  berniat umrah di Hudaibiyah.

Hari ke8 merupakan acara bebas buat para jemaah. 
 
Pada hari ke10, merupakan hari terakhir jemaah di Tanah suci Mekah. Jemaah akan melakukan Tawaf Wadaq iaitu tawaf selamat tinggal sebelum bertolak ke Airport Jeddah untuk meneruskan penerbangan ke Kuala Lumpur. Perasaan sebelum meninggalkan Kota Suci Mekah adalah satu perasaan yang sukar diterangkan. Perasaan bersyukur, gembira, sedih, insaf telah bercampur sekali.

 Para jemaah umrah selamat tiba di Kuala Lumpur (KLIA). Segala kenangan manis di kota Madinah dan Mekah akan disimpan dalam diri masing-masing seumur hidup. Semoga semua jemaah umrah Tabung Haji Travel Sdn Bhd  mendapat keampunan dari Ilahi dan mendapat umrah yang mabrur.


mekah


 1.   Menunaikan umrah dan haji adalah jemputan Allah

Ibadah umrah dan haji adalah ibadah yang diwajibkan ke atas setiap orang Islam untuk ditunaikan apabila sudah mempunyai kemampuan. Apabila berpeluang menunaikan umrah dan haji, maka rebutlah peluang yang ada apabila berkemampuan. Ini kerana, peluang yang hadir adalah sebenarnya jemputan daripada Allah buat hamba-Nya yang telah dipilih.

Pasanglah niat untuk menunaikan umrah dan haji dan menjejakkan kaki di Tanah Haram Mekah dan Madinah. Apabila telah mempunyai niat, insyaAllah segalanya akan dipermudahkan Allah untuk kita melakukannya.

Ia bukanlah soal mempunyai wang atau tidak, tetapi ia adalah soal niat ingin menunaikan ibadah umrah dan haji. Berapa ramai yang mempunyai wang yang lebih, tetapi tidak mampu untuk menunaikan ibadah ini. Ini kerana, mungkin mereka tidak sesekali memasang niat untuk menunaikan ibadah ini. Sebaliknya, berapa ramai pula yang asalnya tidak mempunyai wang yang banyak, tetapi diberikan peluang dan dijemput Allah dengan pelbagai cara.

Ada yang ditanggung oleh ibu bapa dan keluarga, syarikat, universiti, pakej pelancongan, orang perseorangan dan sebagainya.

Asalkan mempunyai niat untuk menunaikan ibadah ini, insyaAllah segalanya akan dipermudahkan Allah.

2.   Bersedia dengan ilmu

Menunaikan ibadah umrah dan haji perlukan seseorang itu mempunyai ilmu berkaitan dengannya. Rukun, syarat-syarat sah, wajib haji dan umrah, larangan ihram, pelaksanaan tawaf dan sebagainya.

Justeru, persediaan ilmu amat penting bagi membolehkan kita melakukan ibadah ini dengan pelaksanaan yang terbaik. Ilmu ini boleh dipelajari daripada ustaz-ustaz yang memimpin kumpulan umrah dan menyertai kursus-kursus yang diadakan.
Dengan persediaan ilmu, kita akan lebih yakin dan lebih bersedia untuk menunaikannya dengan cara paling terbaik. Lebih-lebih lagi dengan belanja yang tidak sedikit, masakan kita tidak mahu melakukannya dengan cara yang terbaik.

3.   Umrah dan haji mencuci dosa

Kelebihan yang dijanjikan oleh Allah bagi mereka yang melaksanakan ibadah ini adalah keampunan dosa. Apabila ibadah umrah dan haji dilakukan dengan sempurna dan sah, maka Allah telah menjanjikan ganjaran yang besar iaitu suci daripada dosa seumpama kita baru dilahirkan kembali.

4.   Bukti cinta kepada Allah dan Rasulullah S.A.W

Ibadah umrah dan haji adalah bukti cinta kita kepada Allah dan Rasulullah S.A.W apabila kita meninggalkan kampung halaman semata-mata untuk mencari cinta dan keredhaan Allah serta menziarahi nabi kita, Rasulullah S.A.W.

Apabila kita solat, kita menghadap kiblat, iaitu Kaabah. Bagaimana pula apabila kita berpeluang untuk solat betul-betul di hadapan Kaabah? Bagaimana perasaan pada ketika itu tidak dapat diungkap. Rebutlah peluang ini apabila sudah mempunyai kemampuan.

5.   Ia perlukan pengorbanan

Sebagaimana kita maklum, ibadah umrah dan haji menuntut pengorbanan masa, tenaga, wang ringgit dan segala kesenangan lain. Ia menuntut ketabahan, ketenangan dan kebergantungan penuh kepada Allah supaya dapat melakukan ibadah dengan sempurna.

Tua atau muda, semuanya berpeluang untuk menunaikan ibadah ini asalkan mempunyai kemampuan. Justeru, apabila berpeluang pergi pada ketika kita masih sihat ini, maka rebutlah dan tunaikanlah ia sebelum kita diuji dengan kesakitan, kesibukan dan halangan yang lain.

6.   Sabar dalam ujian

Bersabar dan berserah kepada Allah saat diuji. Sudah pasti, dalam perjalanan yang jauh ini, kita akan menemui pelbagai kesusahan yang sebenarnya adalah ujian Allah bagi melihat kesabaran kita dalam menghadapinya.

Antara ujian yang biasa dihadapi ialah ujian semasa pergi dan pulang, ujian kesihatan (demam, selesema, sakit tekak, menggelupas kulit, kulit kaki merekah, datang bulan), ujian tenaga (berjalan kaki, menunaikan ibadat, dll.), cuaca yang berbeza, hilang selipar dan barang-barang peribadi dan sebagainya.

Setiap ujian yang berlaku, perlulah dihadapi dengan kesabaran dan ketenangan. Jangan sesekali merungut, rasa kecewa dan putus asa, tetapi tetap bersabar.

7.   Perbanyakkan ibadah dan berdoa

Selain menunaikan ibadah umrah dan haji, rebut juga peluang mendapat gandaan pahala yang banyak dengan memperbanyakkan amalan sunat lain seperti bersedekah, membaca al-Quran, tawaf sunat,berzikir, bertasbih dan sebagainya. Ini kerana, amat besar ganjaran pahala yang diberikan bagi setiap amalan kebaikan yang dilakukan di tanah haram ini.

8.   Luangkan lebih masa di dalam Masjidil Haram, Mekah dan Masjidil Nabawi, Madinah

Apa yang istimewa di Mekah dan Madinah dan tidak ada di tempat lain adalah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Oleh itu, manfaatkan masa sepanjang menunaikan umrah dan haji dengan beriktikaf dan berada di dalam masjid. Lebihkan masa setiap hari untuk berada di dalam masjid berbanding di bilik hotel atau di kedai-kedai.

Bukan sekadar hadir solat 5 waktu, tetapi rebutlah peluang untuk berada lebih lama di dalam masjid dan membuat amalan-amalan ibadah yang lain.

9.   Rebut peluang mustajab doa

Di Mekah dan Madinah, banyakkan berdoa dan memohon apa jua hajat kepada Allah. Rebut peluang berdoa di hadapan Kaabah terutamanya di hadapan Multazam dan di dalam Hijir Ismail serta di dalam Raudah di dalam Masjid Nabawi.

Walaupun kadangkala perlu berebut dengan orang ramai, namun ia tidak menjadi masalah apabila ada niat dan keinginan, insyaAllah akan dipermudahkan Allah.

10.   Ziarah Madinah dan Mekah

Di Mekah dan Madinah, terdapat pelbagai tempat menarik dan bersejarah yang seharusnya kita lawati bagi mengambil iktibar dan pengajaran daripadanya.

11.   Rancang kehidupan pasca umrah dan haji

Kehidupan selepas menunaikan umrah dan haji adalah lebih mencabar. Bagaimana ingin kekal suci daripada dosa, mengelakkan daripada melakukan dosa, sentiasa bertaubat kepada Allah, menjaga amalan fardu solat 5 waktu, menjaga amalan-amalan soleh yang lain, menjaga adab-adab dan akhlak, dan membina kehidupan yang lebih baik.

Semuanya perlukan perancangan dan tindakan disertai doa mohon petunjuk dan bimbingan daripada Allah. Semoga kehidupan selepas umrah dan haji menjadi lebih baik dan lebih dekat dengan Allah.

12.   Semoga dijemput lagi

Ibadah umrah dan haji menggamit pelbagai kenangan sepanjang berada di tanah suci dan sesiapa yang telah pergi, sudah semestinya mahu dan ingin menjejakkan kaki lagi sekali.
Bila dan bagaimana, terserah kepada kemampuan masing-masing. Apabila menerima jemputan mengerjakan umrah dan haji, maka rebutlah ia. Semoga kita sama-sama menerima jemputan Allah mengerjakan kedua-dua ibadah umrah dan haji ini.





Thursday, March 12, 2015

KULIAH AGAMA



NIKMAT SETELAH KAHWIN

DITULISKAN DOSA DAN PAHALA

DOSA2 YANG SELALU DIREMEHKAN WANITA

BASUH DOSA

TIPS UNTUK DAPAT PAHALA BESAR

SEBELAS TIPS SUAMI

TAMBAH KURANGNYA IMAN