Posts

Showing posts with the label Kehidupan Dunia menurut ajaran al-Qur'an
Kehidupan Dunia menurut ajaran al-Qur'an Selain mencipta kehidupan bagi manusia, Dia Yang Perkasa, Yang Pengampun, turut mencipta kematian, untuk menguji siapa paling baik dalam amalan. Amalan dalam kehidupan kesenangan dunia akan dibayar pada Hari Kiamat, iaitu kehidupan di akhirat, di mana terdapat dua tempat menginap, Api dan Taman, atau Neraka dan Syurga. Firman Allah, "Yang mencipta kematian dan kehidupan, supaya Dia menguji kamu, siapa antara kamu yang paling baik dalam amalan; dan Dia Yang Perkasa, Yang Pengampun," (67:2) "Tiap-tiap jiwa akan merasakan mati, dan sungguh, kamu akan dibayar sepenuhnya upah kamu pada Hari Kiamat; sesiapa yang disingkirkan daripada Api dan dimasukkan ke Taman, akan mendapat kemenangan. Kehidupan dunia adalah tiada, melainkan kesenangan yang memperdayakan." (3:185) Antara dua kehidupan tersebut, kehidupan di dunia dipilih menjadi perkara yang dibicarakan di sini. Isinya dicu...