- SELAMAT MELAYARI BLOG INI SEMOGA KITA MEMPEROLEHI MANFAATNYA DAN HARAP DISEBARLUASKAN KEPADA PEMBACA YANG LAIN PULA BERSESUAIAN DENGAN SABDA RASULULLAH S.A.W "SAMPAIKAN DARIPADAKU WALAUPUN DENGAN SATU AYAT"

Tuesday, November 30, 2010

Status Agama Anak Bawah Umur Selepas Salah Seorang Pasangan Memeluk Islam

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-87 yang bersidang pada 23 - 25 Jun 2009 telah membincangkan Status Agama Anak Bawah Umur Selepas Salah Seorang Pasangan Memeluk Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

1. Apabila salah seorang ibu atau bapa memeluk Islam, agama anak dibawah umur juga adalah Islam dan penjagaan anak hendaklah diletakkan di bawah ibu atau bapa yang beragama Islam.

2. Oleh yang demikian apabila salah seorang pasangan (ibu atau bapa) memeluk agama Islam, status agama bagi anak bawah umur pasangan adalah secara langsung beragama Islam.

3. Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa agama seseorang yang di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapa penjaganya tidak perlu dipinda.



Keterangan/Hujah:



1. Jumhur Ulama’ (al-Hanafiyyah, al-Syafi’iyyah dan al-Hanabilah) berpandangan, anak-anak adalah mengikut agama Islam sama ada yang memeluk Islam itu ibu ataupun bapa. Pandangan ini berdasarkan hadith Nabi s.a.w. yang bermaksud: Daripada `A’idz bin Amr Almuzani, daripada Nabi SAW bersabda : “Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya”.

2. Kaedah fiqh telah menetapkan اَلْصَغِيْرُ يَتَّبِعُ خَيْرَ الأَبَوَيْنِ دِيْنًا . Ini bermakna, seorang anak akan menjadi Islam apabila ibu atau bapanya memeluk Islam kerana Islam adalah agama terbaik dan tidak ada yang lebih baik dan mulia daripadanya.

3. Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa agama seseorang yang di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapanya atau penjaganya. Berdasarkan kepada peruntukan ini persetujuan salah satu pihak sahaja adalah memadai dalam penentuan agama seorang kanak-kanak kerana perkataan yang digunakan dalam Perkara 12(4) ini adalah "parent or guardian” bukannya "parents or guardian” yang mana ia bermaksud ”ibu atau bapa atau penjaga.”

4. Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505) - dalam seksyen 95 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505] memperuntukkan seperti berikut:


“Keupayaan masuk Islam

95. Bagi maksud Bahagian ini, seseorang yang tidak beragama Islam boleh masuk Islam jika dia sempurna akal dan-

(a) mencapai umur lapan belas tahun; atau

i.(b) jika dia belum mencapai umur lapan belas tahun, ibu atau bapa atau penjaganya mengizinkan kemasukannya.”.

Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 - 7 Mei 2008 telah membincangkan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah. Muzakarah telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Keterangan/Hujah:


1. Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah trinity. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverand Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga, tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal usul penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.

2. Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakal Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh,Elohim dan juga Yhwh.

3. Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian.

4. Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.

5. Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaanya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.

6. Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.

7. Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahwa semua agama adalah sama.

8. Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu, perkataan God ditejemahkan sebagai Allah.

9. Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar’iyyah dan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa ini bagi menjaga kesucian agama dan akidah umat Islam.

10. Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi factor utama adalah berasaskan akidah dan kesucian agama Islam.

11. Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama.

=============================================================================

Kedudukan Kursus ESQ Leadership Training

Keputusan:

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 16 Jun 2010 telah membincangkan mengenai Kedudukan Kursus ESQ Leadership Training. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:


1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan oleh ahli-ahli serta rumusan awal yang telah dibuat pada Muzakarah Khas pada 14 April 2010, Muzakarah berpandangan bahawa kebanyakan unsur-unsur keraguan yang terkandung dalam kursus ESQ Leadership Training boleh diperbetul dan diperjelaskan.

2. Muzakarah bersetuju memutuskan supaya pihak ESQ membuat perubahan dan memperbetulkan dengan segera fakta-fakta, kenyataan atau apa jua aktiviti/perlakuan yang menimbulkan keraguan kepada masyarakat.

3. Muzakarah juga bersetuju membuat ketetapan bahawa Panel Syariah ESQ perlu bertanggungjawab dan memantau sepenuhnya pembetulan atau pindaan yang dibuat dan pelaksanaan tindakan tersebut hendaklah dilaporkan secara berterusan kepada Muzakarah. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Kursus ESQ Leadership Training boleh dilaksanakan di Malaysia dengan pengawasan sepenuhnya oleh Panel Syariah yang dilantik oleh ESQ.

Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.

Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.


Keterangan/Hujah:

Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.

Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.
Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.

Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:

من تشبه بقوم فهو منهم

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
( Riwayat Abu Daud)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda:

من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.
==================================================================================
Pembinaan Monumen Peringatan Bagi Angkatan Tentera

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-86 yang bersidang pada 21 – 23 April 2009 telah membincangkan Hukum Pembinaan Monumen Peringatan Bagi Angkatan Tentera. Muzakarah telah memutuskan bahawa Islam menegah umatnya melakukan apa jua perbuatan dan amalan yang mempunyai unsur-unsur syirik dan menyerupai amalan jahiliyah serta berlebihan-lebihan dan membazir.

Oleh itu, Islam mengharamkan perbuatan membina, mengukir atau memahat apa jua bentuk patung sama ada manusia atau haiwan untuk tujuan pemujaan, peringatan atau sebagainya.

Walau bagaimanapun, sekiranya binaan tanda peringatan tersebut hanya mengandungi ukiran nama dan bentuk selain daripada manusia dan haiwan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa ia adalah diharuskan selagi mana tidak berlaku pembaziran dan perbuatan-perbuatan yang boleh menjejaskan akidah seperti unsur-unsur pemujaan dan amalan-amalan lain yang bertentangan dengan syarak.

Acara-acara seperti Majlis Peringatan termasuk Bacaan Doa Selamat, Yasin, Tahlil dan sebagainya tidak boleh dilakukan di hadapan binaan peringatan tersebut dan hendaklah dilakukan di tempat berasingan seperti masjid atau bangunan lain semasa meraikan hari perayaan yang berkaitan.
Garis Panduan:
Garis Panduan Pembinaan Dan Pengurusan Dataran Peringatan Dan Seumpamanya Menurut Perspektif Islam


Keterangan/Hujah:

1. Terdapat banyak hadith yang mengharamkan serta melarang perbuatan orang yang memahat patung dan menyimpan patung untuk apa-apa tujuan melainkan patung dalam permainan kanak-kanak. Antaranya ialah:
Maksudnya “Sesungguhnya Malaikat tidak akan masuk suatu rumah yang di dalamnya mempunyai patung”.
(Muttafaq ‘Alaih)

Hadith Riwayat al-Bukhari:
Daripada Abdullah berkata aku mendengar Nabi S.A.W bersabda : Sesungguhnya orang yang paling berat siksaannya nanti di Hari Kiamat ialah orang yang membuat gambar (patung).
2. Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Minhaj Sharh Sahih Muslim mengatakan bahawa membuat gambar haiwan adalah diharamkan kerana ia termasuk dosa besar kerana meniru ciptaan Allah. Adapun melukis gambar pohon atau sesuatu yang tidak bernyawa dibolehkan. Islam juga mengharamkan umatnya mengukir atau membuat patung walaupun untuk orang kafir.

3. Dalam menentukan keharusan atau larangan terhadap sesuatu perbuatan, kaedah Saddu az-Zaraiq perlu diambil kira kerana sekiranya pelaksanaannya boleh mendatangkan keburukan atau mudharat yang lebih besar, maka ia wajar dihentikan.

4. Secara zahirnya pembinaan apa jua bentuk binaan sama ada monumen, tugu atau sebagainya adalah sebagai tanda peringatan. Amalan ini jelas ditegah oleh Islam sekiranya binaan tersebut merupakan ukiran patung manusia atau haiwan. Apa jua bentuk binaan atau ukiran, jika ia bertujuan untuk diagung-agungkan dan bersifat membazir, ia amat ditegah oleh Islam. Walau bagaimanapun, jika ia hanya sekadar binaan biasa atau ukiran nama-nama sebagai tanda kenangan sejarah dan tidak berlebih-lebihan, maka ia tiada halangan.

5. Amalan atau perbuatan membina tugu telah diwarisi oleh umat Islam daripada pihak penjajah. Acara-acara seperti bertafakkur, nyanyian, tiupan Rouse dan meletakkan kalungan bunga di hadapan tugu mengandungi unsur-unsur syirik dan ditegah oleh Islam.

6. Amalan membina tanda peringatan sekiranya dibiarkan tanpa kawalan dan panduan, akan berleluasa dan sukar dikawal pada masa akan datang. Satu garis panduan perlu disediakan bagi memastikan hanya tanda peringatan yang tertentu sahaja dibenarkan tanpa sebarang unsur-unsur pembaziran.

7. Fatwa-fatwa yang telah dikeluarkan sebelum ini iaitu mengenai amalan tiupan “Last Post”, bertafakur dengan menundukkan kepala selama 20 saat, meletakkan kalungan bunga, bacaan sajak, nyanyian dan tiupan “Rouse” hendaklah dikekalkan.
====================================================================================

Hari Kenangan Rakan Seperjuangan Di Tugu Negara

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-19 yang bersidang pada 6-7 Oct 1987 telah membincangkan Hari Kenangan Rakan Seperjuangan Di Tugu Negara. Muzakarah telah memutuskan bahawa

1. Amalan-amalan seperti tiupan Last Post bertafakur dengan menundukkan kepala selama 20 saat, meletakkan kalungan bunga, bacaan sajak, nyanyian dan tiupan Rouse yang dilakukan di hadapan Tugu dalam upacara menyambut Hari Kenangan Rakan Seperjuangan olah Angkatan Tentera Malaysia adalah bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada syirik.

2. Bacaan sajak yang boleh menimbulkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan dengan syarat tidak dilakukan di hadapan Tugu atau di tempat-tempat atau dalam suasana yang dilarang oleh syarak.

===================================================================================
Istiadat Meletakkan Kalungan Bunga Di Tugu Negara Sempena Hari Pahlawan

Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-39 yang bersidang pada 21 Sep 1995 telah membincangkan Istiadat Meletakkan Kalungan Bunga Di Tugu Negara Sempena Hari Pahlawan. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara sempena sambutan Hari Pahlawan adalah sama dengan keputusan yang telah diambil dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang pada 7 Oktober 1987 iaitu bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada syirik.

Hukum Memakai Mask (Penutup Mulut Dan Hidung) Bagi Jemaah Haji Dalam Ihram

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-89 yang bersidang pada 14 - 16 Disember 2009 telah membincangkan Hukum Memakai Mask (Penutup Mulut Dan Hidung) Bagi Jemaah Haji Dalam Ihram. Muzakarah berpandangan bahawa mencegah penularan wabak yang boleh membahayakan nyawa dan kesihatan semasa menunaikan ibadah haji atau umrah amat dituntut oleh Islam. Oleh itu, dalam keadaan di mana sesuatu penyakit itu telah menjadi wabak, Islam memberi pengecualian dan kelonggaran kepada para jemaah untuk menutup sebahagian muka walaupun ia merupakan perkara yang dilarang semasa menunaikan ibadah haji atau umrah.

Oleh yang demikian, Muzakarah memutuskan bahawa jemaah haji dan umrah ketika di dalam ihram diharuskan menutup sebahagian muka dengan memakai mask (penutup mulut dan hidung) serta tidak perlu membayar dam.
Keterangan/Hujah:

1. Menjaga kesihatan badan lebih-lebih lagi ketika mengerjakan ibadah haji dan umrah di Makkah adalah sangat-sangat dititikberatkan oleh Islam. Oleh itu setiap jemaah haji perlu mengikut langkah-langkah pencegahan terutama penggunaan mask bagi menjaga kesihatan diri mereka daripada dijangkiti penyakit berbahaya.

2. Penularan wabak ini tidak dapat tidak perlu ada usaha untuk mencegah supaya diri terus terpelihara dan sihat serta dapat menjalankan ibadah haji dengan sempurna. Di dalam kaedah fiqhiyyah:

" الحاجة تنـزل منـزلة الضرورة "

iaitu Hajat menepati darurat. Maksud hajat ialah jika tidak disempurnakan nescaya melibatkan atau mendatangkan kesukaran atau kesusahan.

3. Seseorang lelaki yang berihram dilarang daripada menutup semua bahagian kepalanya atau sebahagiannya dengan apa sahaja yang boleh dikira sebagai menutupnya, sama ada pakaian berjahit atau pun tidak. Semua larangan ini dikecualikan jika terdapat keperluan yang memaksa seperti untuk tujuan pengubatan dan rawatan.

4. Di dalam al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh karangan Prof. Dr. Wahbah al-Zuhayli menyebutkan mengenai larangan ke atas perempuan yang menutup seluruh anggota badan termasuk wajah kerana ihram perempuan adalah pada mukanya.

5. Walaubagaimanapun, dalam keadaan di mana ia dianggap sebagai satu bentuk keuzuran yang tidak dapat dielakkan kerana jemaah haji terpaksa menutup muka dan hidung (sebahagian muka) kerana disebabkan sesuatu wabak, maka diharuskan bagi jemaah lelaki dan wanita untuk menutup sebahagian mukanya.

6. Semasa menunaikan haji atau umrah, terdapat perkara-perkara yang dilarang melakukannya dan dianggap berdosa dan diwajibkan membayar dam, walaubagaimanpun pertimbangan keadaan umat Islam masih diambilkira oleh Islam dalam hukum yang ditetapkan.

7. Dalam keadaan dharurat di mana suatu penyakit telah menjadi wabak yang mengancam nyawa seperti H1N1, tindakan pencegahan yang diambil bagi melindungi nyawa adalah dibenarkan oleh Islam dan tidak dikenakan dam (denda) walaupun ia merupakan perkara yang dilarang dalam keadaan biasa selaras dengan kaedah fiqhiyyah:

"درء المفاسد مقدم على جلب المصالح "
-----------------------------------------------------------------------------------

Akaun Simpanan Yang Tidak Aktif Dalam Lembaga Urusan Dan Tabung Haji

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-27 yang bersidang pada 3 Oct 1990 telah membincangkan Akaun Simpanan Yang Tidak Aktif Dalam Lembaga Urusan Dan Tabung Haji. Muzakarah telah memutuskan bahawa dari segi hukum syarak, Lembaga Urusan Dan Tabung Haji tidak boleh menyerahkan wang daripada Akaun Tidak Aktif bagi pendeposit-pendeposit Tabung Haji kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut.

Fatwa ini adalah berdasarkan bahawa telah ada akad persetujuan di antara pendeposit dengan Lembaga Urusan Dan Tabung Haji yang meletakkan Lembaga Urusan Dan Tabung Haji sebagai pemegang amanah untuk menjalankan urusniaga wang simpanan pendeposit. Hak pendeposit ke atas wang simpanan itu masih kekal dan tidak terputus walaupun akaun itu tidak aktif telah melebihi tujuh (7) tahun.

----------------------------------------------------------------------------------

Hukum Bermabit Di Mina Bagi Jemaah Haji Yang Tidak Diperuntukkan Tempat Di Mina

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-66 yang bersidang pada 25 Nov 2004 telah membincangkan Hukum Bermabit Di Mina Bagi Jemaah Haji Yang Tidak Diperuntukkan Tempat Di Mina. Muzakarah telah memutuskan bahawa Jemaah haji yang tidak diperuntukkan tempat untuk bermabit di Mina adalah digugurkan daripada melaksanakan kewajipan berkenaan dan tidak dikenakan apa-apa dam, ibadat haji mereka adalah sah dan tidak berdosa kerana mereka adalah termasuk golongan al-ma'zurin sama seperti siqayah al-'abas yang diberikan rukhsah oleh Nabi SAW untuk tidak bermabit di Mina.

--------------------------------------------------------------------------------

Hukum Haji Lebih Daripada Sekali

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-20 yang bersidang pada 2 April 1988 telah membincangkan Hukum Haji Lebih Daripada Sekali. Muzakarah telah memutuskan bahawa perspektif hukum bahawa kesan jemaah haji menunaikan haji lebih daripada sekali adalah berkebajikan didunia dan beroleh ganjaran yang besar diakhirat. terserahlah kepada orang perseorangan bahawa dia telah mendahulukan amalan yang wajib kemudian mengerjakan pula amalan yang sunat.
--------------------------------------------------------------------------------

Suntikan Pelalian Vaksin Meningococcal Meningitis Oleh Orang Islam

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-53 yang bersidang pada 27 Nov 2002 telah membincangkan Suntikan Pelalian Vaksin Meningococcal Meningitis Oleh Orang Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum menggunakan pelalian meningococcal meningitis mencevax yang diambil daripada sumber lembu adalah harus. Manakala vaksin pelalian meningococcal Miningitis Monumune yang mengandungi unsur daripada babi adalah haram.
Keterangan/Hujah:


1. Ketika ini hanya terdapat dua jenis vaksin sahaja di pasaran iaitu jenama Mencevax dan jenama Monumune. Vaksin jenama Mencevax adalah dari sumber susu, jantung dan lemak lembu berbanding vaksin jenama Monumune yang sumbernya mengandungi bahan khinzir.

2. Permasalahan keraguan terhadap kandungan vaksin jenama Mencevax hanya melibatkan sumbernya iaitu lembu tersebut sama ada ianya disembelih atau sebaliknya. Sekiranya lembu tersebut tidak disembelih vaksin Mencevax juga mengandungi bahan dari najis.

3. Keharusan menggunakan vaksin jenama Mencevax adalah berasaskan kaedah fiqf "Akhafu al-Dhararin " walaupun sumbernya dari lembu yang belum dapat dipastikan ia disembelih atau pun tidak. Hal ini amat jelas bahawa penggunaan suntikan vaksin jenama Monumune yang mengandungi unsur khinzir tidak boleh digunakan.

4. Menurut Dr. Wahbah al-Zuhaili menyatakan bahawa walaupun bahan sumber yang asal daripada benda yang najis dan haram sekalipun namun jika ianya diproses dan berlaku perubahan atau pertukaran 'ain yakni sifatnya maka ia dibolehkan. Hal ini mengharuskan untuk menggunakan vaksin berjenama Monumune walaupun bahan sumbernya terdiri unsur khinzir.

5. Penegasan oleh pihak berkuasa amat diperlukan dan menyatakan bahawa vaksin yang sumbernya dari bahan yang diharamkan adalah tidak dibolehkan dan diharamkan. Secara langsung pihak hospital atau klinik swasta perlu akur dan tiada alasan untuk tidak menyediakan vaksin berjenama Mencevax bagi kegunaan suntikan kepada Jemaah Haji atau Umrah Malaysia.

6. Pemberitahuan kepada masyarakat Islam Malaysia perlulah meliputi kedua-dua jenama vaksin iaitu Monumune dan Mencevax. Bahkan dinyatakan juga vaksin berjenama Monumune yang mengandungi asid amino khinzir adalah diharamkan. Maka hanya vaksin berjenama Mencevax adalah diharuskan kerana tiada mengandungi sumber yang diharamkan oleh syarak.

---------------------------------------------------------------------------------
Hukum Penggunaan Vaksin Biothrax Dan Vaksin Rotateq Yang Menggunakan Unsur Babi Dalam Proses Penghasilannya
Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-81 yang bersidang pada 31 Mac 2008 telah membincangkan Hukum Penggunaan Vaksin Biothrax Dan Vaksin Rotateq Yang Menggunakan Unsur Babi Dalam Proses Penghasilannya. Muzakarah telah memutuskan bahawa penggunaan vaksin BioThrax dan RotaTeg adalah tidak dibenarkan kerana:

1. Situasi kini dianggap tidak dharurat;

2. Terdapat bahan atau ubat alternatif selain penggunaan unsur babi dalam pemprosesan kedua-dua vaksin; dan

3. Tiada data sokongan yang kuat untuk membuktikan rakyat negara ini memerlukan kedua-dua vaksin ini.

Keterangan/Hujah:


1. Anthrax adalah sejenis penyakit berjangkit yang akut dan boleh menyebabkan kematian mengejut dan darah keluar dari semua rongga yang terbuka. Jangkitan anthrax boleh berlaku sama ada pada kulit (cutaneous anthrax), saluran usus (Gastrointestinal anthrax) atau serangan melalui pernafasan (inhalation anthrax). Vaksin BioThrax™ digunakan sebagai imunisasi atau suntikan pelalian bagi membantu melindungi daripada jangkitan anthrax. RotaTeq pula ialah vaksin bagi mencegah kes rotavirus yang menyebabkan muntah dan cirit birit di kalangan kanak-kanak.

2. Islam mengharuskan berubat dengan benda-benda yang diharamkan sekiranya dalam keadaan dharurat iaitu tiada ubat alternatif yang lain adalah berpandu kepada Firman Allah s.w.t.,

Maksudnya : Dan tidak ada sebab bagi kamu, yang menjadikan kamu tidak mahu makan sari sembelihan binatang-binatang halal yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, padahal Allah telah menerangkan satu persatu kepada kamu apa yang diharamkan ke atas kamu, kecuali apa yang kamu terpaksa memakannya. (Surah al-An’am : 119)


3. Jumhur Fuqaha’ dari Mazhab Hanafi, al-Malikiyyah, pandangan sohih dari Mazhab Syafie dan Hanabilah berpendapat berubat dengan suatu yang najis seperti arak adalah haram dan tidak harus. Dalam konteks ini Prof. Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhayli berpandangan bahawa pada asasnya, haram kita berubat benda yang najis atau haram.

4. Dalam mempertimbangkan hukum keharusan mengambil benda haram dalam situasi dharurat beberapa kaedah fiqhiyyah boleh dijadikan sandaran. Antaranya ialah kaedah “ Dharurat mengharuskan perkara yang dilarang” atau الضرورات تبيح المحضورات. Dalam situasi sesebuah negara yang memerlukan perlindungan atau pelalian daripada ancaman serangan biologi seperti anthrax atau serangan cirit birit di kalangan kanak-kanak, kepentingan suntikan BioThrax™ dan RotaTeq tidak dinafikan sekiranya tiada alternatif lain. Walaupun penggunaan BioThrax™ dan RotaTeq mungkin diharuskan namun pengambilan suatu yang haram semasa dharurat dibatasi dengan kaedah الضرورات تقدر بقدرها (dharurat dinilai sekadar keperluan). Dalam masa yang sama orang Islam wajib berusaha bersungguh-sungguh keluar daripada situasi dharurat. Berdasarkan kaedah ini, menggunakan suatu yang haram dalam situasi bukan dharurat adalah dilarang.

5. Penggunaan Vaksin Biothrax dan Rotateq tidak diperlukan memandangkan Malaysia bukan dalam keadaan dharurat dan telah ada vaksin halal untuk kegunaan umat Islam di Malaysia.

6. Setakat ini umat Islam di Malaysia mempunyai pilihan untuk menggunakan vaksin yang disahkan halal kerana pakar-pakar dalam bidang sains farmasi di Malaysia mampu menghasilkannya.

7. Gesaan supaya menggunakan vaksin-vaksin yang mengandungi unsur-unsur yang tidak halal ini juga merupakan strategi musuh-musuh Islam untuk meracuni pemikiran dan daya ketahanan umat Islam apabila terlalu banyak sumber yang haram menjadi darah daging umat Islam.

--------------------------------------------------------------------------------
Hukum Suntikan Botulinum Toxin Type A (BTA)
Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-73 yang bersidang pada 4 - 6 April 2006 telah membincangkan Hukum Suntikan Botulinum Toxin Type A (BTA). Muzakarah telah memutuskan bahawa:

1. Setelah meneliti laporan kajian dari dalam dan luar negara serta hujah-hujah yang jelas dalam pengeluaran fatwa oleh beberapa negara Islam lain, Botulinum Toxin Type A atau nama komersialnya botox didapati mengandungi bahan-bahan yang meragukan, najis dan diharamkan, antara bahan-bahannya ialah khinzir.

2. Suntikan Botulinum Toxin Type A atau nama komersialnya botox ini juga didapati boleh memberi mudharat kepada pengguna bagi jangka pendek, jangka panjang dan boleh dimanipulasikan untuk tujuan penipuan.

3. Berdasarkan kepada penemuan-penemuan seperti yang dinyatakan tersebut, Muzakarah memutuskan bahawa suntikan Botulinum Toxin Type A atau nama komersialnya botox adalah haram digunakan.

4. Walaubagaimanapun untuk tujuan perubatan, suntikan Botulinum Toxin Type A ini adalah dibenarkan dengan syarat penggunaannya dalam keadaaan darurat dan mengikut keperluan serta dilakukan oleh pakar yang bertauliah.

Keterangan/Hujah:


1. Botox adalah singkatan Botulinum Toxin Type A (Botox cosmetic). Ia adalah sejenis protin kompleks yang dihasilkan oleh sejenis bakteria, clostridium botulinum yang mengandungi racun yang hampir sama dengan racun yang dikenalpasti menjadi punca keracunan makanan. Toksin bakteria Botulinum ini boleh melumpuhkan fungsi otot perut dan ia boleh membawa maut jika diambil dalam jumlah yang besar kira-kira 5000 unit. Dalam konteks penggunaanya di bidang rawatan kosmetik, Botox yang digunakan untuk terapi dikatakan selamat dan tidak membahayakan tubuh kerana dosnya hanya 1% dari dos yang boleh menyebabkan gejala keracunan.

2. Berdasarkan maklumat kajian perubatan yang dikemukakan oleh American Medical Association, Chicago U.S.A dan American Veterinary Medical Association Schaumburg U.S.A. berkaitan kandungan Botulinum Toxin Type A dan laporan yang terkandung di dalam kertas fatwa Department Of Islamic Endowment And Religious Affairs Ecumenical Decrees (Fatwa) And Research Committee Synod Of Islamic Jurisprudence Dubai, United Arab Emirates (UAE), BTA dihasilkan daripada sumber-sumber yang meragukan dan kemudharatan yang dialami akibat penggunaannya amat besar dan ramai umat Islam menggunakannya.

3. Kebanyakan mereka yang menggunakan suntikan BTA ini lebih cenderung kepada kepentingan yang dilarang oleh Syariat Islam.Suntikan BTA ini adalah bersifat sementara dan ia merupakan suatu penipuan (gharar) kepada pasangan (suami atau isteri) apabila keadaan fizikal seseorang itu kembali kepada asal. Ini mengakibatkan salah seorang daripada mereka boleh menuntut fasakh .Dalam berhias beberapa perkara perlu dikenalpasti agar tidak terkeluar dari landasan syarak. Pertama, bahan yang digunakan untuk berhias hendaklah bebas daripada sebarang unsur yang meragukan atau seperti daripada haiwan atau mengandungi perkara yang najis; Kedua, bahan yang digunakan itu hendaklah tidak memudharatkan; Ketiga, tidak bersikap berlebih-lebihan sehingga merubah ciptaan Allah swt. Keempat, berhias hendaklah dengan niat yang bersih kerana berhias menjadi perkara terlarang sekiranya niatnya adalah untuk bertabbaruj lebih-lebih lagi jika ia dilakukan untuk tujuan riak, menunjuk-nunjuk dan dipuji oleh manusia.

4. Menurut Syeikh Yusuf al-Qardhawy dalam buku al-Halal wa al-Haram menyatakan perbuatan mentatu ( وشم الأبدان), mencukur kening sehingga menjadi nipis sekali ( النمص ) , menjarangkan gigi (المتفلجة) dengan meletakkan sesuatu di celah gigi atau mengasah gigi ( وشرالأسنا) dianggap berlebih-lebihan dalam berhias dan bertentangan dengan jiwa Islam yang sebenar. Beliau secara tegas menyatakan perbuatan sesetengah umat Islam yang melakukan pembedahan plastik untuk tujuan kecantikan merupakan pengaruh budaya meterialistik Barat sehingga sanggup mengeluarkan wang yang banyak dan menanggung segala kesakitan demi menjalani pembedahan kosmetik untuk mencantikkan anggota seperti hidung, mata dan payu dara.

5. Ia adalah perbuatan yang termasuk dalam kategori perbuatan yang dilaknat Allah dan RasulNya. Ini kerana ia bukan sahaja terkandung penyiksaan bahkan merubah bentuk ciptaan Allah tanpa sebarang kepentingan yang diharuskan syarak.

6. Dr. Abdul Karim Zaidan di dalam bukunya al-Mufassal fi Ahlam al-Mar’ah wa Bait al-Muslim fi al-Syariah al-Islamiyyah, membincangkan isu usaha wanita untuk mencantikkan diri mereka dalam konteks yang lebih luas. Sebarang aktiviti ke arah kecantikan atas usaha sendiri seperti mengamalkan senaman, berbedak, bercelak, bertindik telinga, mengawal pemakanan sama ada dengan tujuan untuk menambah atau menurunkan berat badan adalah harus kerana termasuk dalam a’mal al-tajmil.

----------------------------------------------------------------------------------
Hukum Skim Pinjaman Wang Daripada Koperasi Dan Seumpamanya Untuk Menunaikan Fardu Haji Atau Umrah
Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-69 yang bersidang pada 13-15 Jun 2005 telah membincangkan Hukum Skim Pinjaman Wang Daripada Koperasi Dan Seumpamanya Untuk Menunaikan Fardu Haji Atau Umrah. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

1. Adalah harus seseorang berhutang untuk menunaikan haji atau umrah sekiranya diyakini mampu membayar balik hutang tersebut dan ia tidak menjejaskan kehidupan normalnya; dan

2. Skim pinjaman tersebut hendaklah diuruskan melalui badan atau koperasi yang mementingkan prinsip ikhlas, taawun, adil dan telus dalam operasinya disamping bebas dari unsur-unsur riba.

Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

1. Islam melarang umatnya daripada terlibat dalam apa jua amalan yang bersifat ritual atau upacara agama bukan Islam.

2. Umat Islam dilarang menyertai aktiviti Candlelight Vigil kerana ia mengandungi unsur-unsur tasyabbuh dengan agama bukan Islam yang akan menjejaskan akidah umat Islam.

Keterangan/Hujah:


1. Di dalam Islam, cahaya atau api yang dihasilkan oleh lilin dan selainnya tidak memberi apa-apa pengertian berkaitan aqidah dan kepercayaan. Cahaya atau api hanya merupakan satu alat yang dikurniakan oleh Allah SWT bagi memudahkan urusan kehidupan manusia. Bagaimanapun, api atau cahaya menjadi satu perkara yang amat signifikan bagi agama-agama bukan Islam terutamanya bagi agama majoriti di negara ini iaitu Kristian, Hindu dan Buddha. Amalan Candlelight Vigil khasnya atau kuasa cahaya atau api amnya mempunyai perkaitan langsung dengan ketiga-tiga agama tersebut.

2. Upacara berhimpun di suatu tempat dengan membakar lilin sebagai tanda protes adalah menyerupai amalan agama orang bukan Islam. Hukum Islam jelas melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah S.A.W. dalam Mausu’ah al-Sunnah, al-Kutub al-Sittah Sahih Muslim: Kitab Al-Aqdiyyah, Hadis ke-18, m.s. 1343 yang bermaksud:

“Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. telah bersabda: Barangsiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia adalah tertolak”. (Riwayat Muslim)

3. Rasulullah S.A.W turut melarang umatnya daripada melakukan sesuatu perkara yang bukan datangnya dari urusan agama, sepertimana disebutkan di dalam Mausu’ah al-Sunnah, al-Kutub al-Sittah Sahih Muslim: Kitab Al-Aqdiyyah, Hadis ke-17, m.s. 1343 yang bermaksud:

“Telah diberitakan kepada kami oleh Abu Ja’far Muhammad bin al-Subhi dan Abdullah bin Aun al-Hilali kesemua daripada Ibrahim bin Sa’ad telah berkata Ibn al-Subhi, diceritakan kepada Ibrahim bin Sa’ad bin Ibrahim bin Abd al-Rahman bin Auf, diberitakan kepada kami oleh ayahku daripada al-Qasim bin Muhammad daripda Aisyah berkata; Rasulullah S.A.W telah bersabda “Sesiapa yang mengada-adakan (mereka-reka) perkara yang baru dalam urusan kami dan perkara tersebut bukan tergolong di dalamnya maka ia adalah tertolak”. (Riwayat Muslim)

Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.


2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.

3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.
================================================================================

Hukum Wanita Menyerupai Lelaki (Pengkid)

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-83 yang bersidang pada 22 - 24 Oktober 2008 telah membincangkan Hukum Wanita Menyerupai Lelaki (Pengkid). Muzakarah telah memutuskan bahawa pengkid, iaitu wanita yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki adalah haram di sisi agama. Muzakarah menggesa agar masyarakat Islam supaya memberi pendidikan dan tunjuk ajar yang sebaik-baiknya kepada anak-anak gadis khususnya dalam aspek berpakaian, perlakuan dan penampilan supaya gejala seumpama ini dapat dielakkan kerana ia adalah berlawanan dengan fitrah dan sunnatullah.

Keterangan/Hujah:


1. Pengkid cenderung untuk menjalinkan hubungan intim dengan wanita kerana daripada segi perasaan, nyata mereka amat berminat terhadap wanita sehingga tidak ada langsung perasaan dan keinginan terhadap lelaki.

2. Majoriti ulama' bersepakat bahawa Islam melarang perbuatan lelaki menyerupai wanita atau wanita menyerupai lelaki. Maksud menyerupai ini termasuklah daripada aspek gaya rambut, perhiasan, penampilan, cara bercakap, cara berpakaian dan sebagainya.

3. Apa yang berlaku pada hari ini ialah situasi yang berlawanan dengan fitrah yang telah diciptakan oleh Allah SWT dan ikutan yang membuta tuli yang akan mengancam golongan remaja Islam di seluruh dunia.

4. Gejala pengkid ini telah lama menular di negara-negara barat dan perlakuan hubungan sesama jenis adalah akibat dari gejala ini yang seolah-olah menjadi fenomena biasa.

5. Walaupun hukum Islam jelas melarang perlakuan wanita menyerupai lelaki atau lelaki menyerupai wanita, tetapi kebanyakkan umat Islam tidak memandang serius larang tersebut.

6. Isu pengkid juga berkaitrapat dengan kedudukan hiburan yang melampau dan pergaulan bebas di kalangan remaja.

====================================================================================

Hukum Bertatu Mengikut Pandangan Islam

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-86 yang bersidang pada 21 – 24 April 2009 telah membincangkan Hukum Bertatu Mengikut Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa di dalam Islam hukum bertatu iaitu pembuat tatu dan orang yang meminta dibuat tatu adalah haram. Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa orang yang telah bertatu wajib bertaubat dan menyesal serta menghilangkannya dengan menggunakan kaedah teknologi yang sedia ada jika tidak mendatangkan sebarang kemudharatan.

Walau bagaimanapun, sekiranya ia mendatangkan kemudharatan pada diri dan nyawa, maka ia boleh dibiarkan dan dimaafkan. Bagi orang yang bertatu dan tidak sempat menghilangkannya setelah meninggal dunia, maka tatu tersebut tidak wajib dihilangkan kerana ianya akan menyeksa mayat tersebut.

Muzakarah juga berpandangan bahawa pihak berkuasa yang meluluskan lesen membuka premis membuat tatu perlu mengenakan syarat iaitu pemilik dan pekerjanya mestilah bukan beragama Islam di samping orang Islam dilarang sama sekali mencacah tatu di premis tersebut.

Keterangan/Hujah:

1. Hukum tatu adalah jelas dilarang dalam Islam. Ini berdasarkan kepada Hadith Rasululllah s.a.w. yang bermaksud:

Daripada Ibnu Umar R.Anhuma, sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda “ Allah melaknat perempuan yang menyambung rambut dan minta disambungkan rambutnya, perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu.” (Riwayat al-Bukhari)

2. Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya al-Halal wa al-Haram fi al-Islam mengatakan bahawa bertatu di badan adalah perbuatan yang dilaknat oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya bermaksud :

Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan yang mentatu dan minta ditatu, dan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya”. (Riwayat al-Thabrani)

3. Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Minhaj fi Sharh Sahih Muslim menyatakan bahawa hukum bertatu adalah haram kerana perkataan laknat dalam hadith Rasulullah S.A.W. menunjukkan pengharaman perbuatan tersebut. Di samping itu juga, tempat yang ditatu tersebut akan menjadi najis.

4. Islam tidak memberatkan umatnya. Kaedah yang digunakan iaitu sekiranya sesuatu yang dilakukan itu boleh mendatangkan bahaya dan mudharat pada diri, maka ia perlu dielakkkan. Kaedah ini juga terpakai bagi seorang muslim yang bertatu dan telah bertaubat daripada perbuatan tersebut.

5. Banyak cara diperkenalkan untuk menghilangkan tatu dan orang yang memakai tatu perlu berusaha untuk menghilangkannya dan menggunakan cara yang tidak membahayakan diri dan nyawa mereka.

6. Mereka yang bertatu tetapi telah menyesal dan bertaubat dari perbuatan tersebut tetapi tidak boleh menghilangkannya dengan cara yang selamat, boleh melakukan ibadat solat dan ibadat-ibadat yang lain.

=============================================================================

Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.
Keterangan/Hujah:


1. Dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai-nilai ta'abbudi amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam.

2. Umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya. Umat Islam perlu bersikap tasamuh dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid.

3. Keindahan Islam boleh ditunjukkan kepada orang bukan Islam melalui lawatan mereka ke masjid-masjid selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pengurusan masjid.

4. Sikap membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid tidak boleh disamakan dengan sikap tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian kerana konsepnya adalah berbeza.

Wanita Haid Memasuki Masjid Untuk Tujuan Pembelajaran Semata-Mata
Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-49 yang bersidang pada 19 Sep 2000 telah membincangkan Wanita Haid Memasuki Masjid Untuk Tujuan Pembelajaran Semata-Mata. Muzakarah telah memutuskan bahawa perempuan yang dalam keadaan haid haram berada/duduk di dalam masjid walaupun untuk tujuan pembelajaran dan program-program keagamaan.

E- Fatwa

Hukum Penggunaan Bulu Binatang Yang Halal Dimakan Sebagai Ramuan Makanan

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Penggunaan Bulu Binatang Yang Halal Dimakan Sebagai Ramuan Makanan. Muzakarah telah memutuskan bahawa penggunaan vitamin D3 yang terhasil daripada bulu binatang yang halal dimakan adalah harus sama ada ia diambil semasa hidup atau selepas disembelih mengikut hukum syarak.
Keterangan/Hujah:


1. Bulu kambing yang diambil untuk dijadikan vitamin D3 adalah diperolehi dengan cara bercukur atau memotong bulu binatang tersebut ketika ia masih hidup.

2. Bulu kambing adalah satu-satunya sumber untuk mendapatkan vitamin D3. Sehingga kini belum ditemui sumber yang lain selain kambing biri-biri untuk mendapatkan vitamin D3.

3. Proses penghasilan vitamin D3 dimulakan daripada pengekstrakan bahan dinamakan lanolin, sejenis bahan berlemak (wax) daripada bulu kambing yang melalui proses pengikisan (scouring process) dengan menggunakan bahan alkali dan pengemparan.

4. Berdasarkan kepada konsep asas (asal sesuatu iatu adalah harus), penggunaan bulu binatang yang halal yang diambil semasa hidupnya adalah harus selagi ia dihukum suci, bersih disisi syarak dan tidak memudharatkan.

5. Mengikut fatwa Mufti Kerajaan Brunei Bulu binatang yang halal dimakan seperti kambing biri-biri, ayam, arnab, dan lain-lain yang diambil daripada badannya semasa ia masih hidup, sama ada dengan cara mencukur, menggunting, mencabut atau tercabut dengan sendirinya adalah suci.

6. Berhubung penggunaan bulu daripada binatang yang halal untuk dijadikan sebagai bahan ramuan makanan atau untuk kegunaan yang lain, para fuqaha' bersepakat bahawa adalah jelas tentang halalnya penggunaan bulu sebagaimana yang disebut oleh Dr. Wahbah Zuhaili bahawa ijma' ulama' bersetuju tentang kesucian bulu yang diambil dari binatang yang halal dimakan dagingnya sama ada diambil selepas disembelih atau semasa hidupnya. Ijmak ulamak ini adalah berdasarkan kepada umum ayat Al-Quran Surah An-Nahl, ayat 80 tentang kesucian bulu binatang sama ada ianya diambil selepas disembelih atau semasa hidupnya untuk kegunaan manusia.

7. Dalam kes D3 ini manfaatnya bukan diambil dari gentian bulu tersebut tetapi dari sejenis lilin yang terdapat pada bulu biri-biri tersebut. Dalam kes seumpama ini juga ulama' menyatakan keharusannya sebagaimana ulamak menyatakan bahawa bulu binatang adalah suci, dan apa yang ada pada lazimnya pada bulu binatang itu juga adalah suci.

8. Pandangan Jumhur Ulama' adalah jelas bahawa setiap perkara yang jamad adalah suci melainkan terdapat dalil yang jelas tentang pengharamannya.
---------------------------------------------------------------------------------
Hukum Menggugurkan Kandungan Mangsa Yang Dirogol

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Julai 2002 telah membincangkan Hukum Menggugurkan Kandungan Mangsa Yang Dirogol. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

1. Haram menggugurkan kandungan janin yang telah berumur lebih 120 hari kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah bunuh ke atas janin yang telah ditiupkan roh kecuali pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa ibu.

2. Pengguguran janin yang berumur sebelum 120 hari adalah harus sekiranya janin itu cacat dan berpenyakit yang teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu.
------------------------------------------------------------------------------

Menggugurkan Janin Pembawa atau Pengidap Penyakit Thalassaemia

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Jul 2002 telah membincangkan Menggugurkan Janin Pembawa atau Pengidap Penyakit Thalassaemia. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

1. Makruh menggugurkan janin yang berumur antara satu hingga 40 hari sekiranya tidak mendatangkan bahaya pada ibu dan mendapat persetujuan kedua-dua suami isteri;

2. Pengguguran janin yang berumur sebelum 120 hari adalah harus sekiranya janin itu cacat dan berpenyakit yang boleh membahayakan nyawa ibu; dan

3. Pengguguran janin yang telah berumur 120 hari atau lebih adalah haram kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah ke atas janin yang telah ditiupkan roh kecuali pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa ibu atas sebab kecacatan yang teruk .
------------------------------------------------------------------------------

Mengugurkan Kandungan Ke Atas Nasihat Doktor Disebabkan Kecacatan

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-26 yang bersidang pada 7-8 Mar 1990 telah membincangkan Mengugurkan Kandungan Ke Atas Nasihat Doktor Disebabkan Kecacatan. Muzakarah telah memutuskan bahawa adalah haram menggugurkan janin di dalam kandungan, kecuali atas sebab-sebab kecacatan yang teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu.

==================================================================================
Hukum Pemotongan Genitalia Wanita (Female Genital Mutilation)

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-86 yang bersidang pada 21 - 23 April 2009 telah membincangkan Hukum Pemotongan Genitalia Wanita (Female Genital Mutilation). Muzakarah telah memutuskan bahawa amalan berkhatan bagi wanita adalah sebahagian daripada syiar Islam yang perlu dilaksanakan oleh umat Islam. Walau bagaimanapun, Islam juga amat mementingkan keselamatan umatnya dan memberikan kelonggaran sekiranya sesuatu amalan atau perbuatan itu boleh mendatangkan kemudharatan pada diri. Sehubungan itu, selaras dengan pandangan Jumhur Ulama’, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum berkhatan bagi wanita adalah wajib. Walau bagaimanapun, sekiranya ia boleh membawa kemudharatan pada diri, maka ia perlu dielakkan.
Keterangan/Hujah:

1. Jumhur al-Syafi'iyyah, Imam Ahmad dan al-Hanabilah dan pendapat Sahnun daripada Mazhab Maliki mengatakan khitan adalah wajib bagi perempuan.

2. Amalan berkhatan bagi wanita adalah sebahagian daripada syiar Islam. Ia telah wujud di zaman Rasulullah s.a.w. lagi. Ini dijelaskan melalui hadis riwayat Abi Daud dan Amal ahli Madinah. Jadi dakwaan yang mengatakan bahawa amalan ini tidak ada dalam Islam adalah tidak tepat.

3. Setakat ini belum ada sebarang bukti yang menunjukkan bahawa amalan berkhatan di kalangan wanita menimbulkan mudharat sehingga membahayakan nyawa wanita. Di dalam Islam, sekiranya sesuatu amalan yang diperintahkan itu boleh menimbulkan mudharat pada diri dan nyawa orang yang melakukannya, maka ia wajib ditinggalkan.

4. Amalan Female Genital Mutilation (FGM) seperti yang ditentang oleh World Health Organization (WHO) adalah bertentangan dengan amalan berkhatan seperti yang ditetapkan oleh Syarak.
===============================================================================

Hukum Khatan Bagi Pesakit Heamophilia Dan Kanak-Kanak Cacat Akal

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-77 yang bersidang pada 10 - 12 April 2007 telah membincangkan Hukum Khatan Bagi Pesakit Heamophilia Dan Kanak-Kanak Cacat Akal. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

1. Pesakit heamophilia tidak diwajibkan berkhatan kerana proses khatan boleh membawa mudharat kepada pesakit. Walau bagaimanapun, aspek taharah bagi pesakit heamophilia perlu dipelajari dan diberi perhatian khusus oleh pesakit berkenaan untuk memastikan kesempurnaan bersuci dan kesahihan ibadah.

2. Bagi kanak-kanak yang cacat akal, kewajipan berkhatan adalah bergantung kepada tahap kecacatan otak yang dialaminya. Gugur semua kewajipan melaksanakan ibadat termasuk berkhatan ke atas kanak-kanak yang mengalami kecacatan otak yang teruk. Ahli keluarga kanak-kanak berkenaan perlu memastikan kebersihan anggota kanak-kanak tersebut dijaga dengan baik.

Keterangan/Hujah:


1. Haemophilia adalah penyakit yang melibatkan kegagalan fungsi darah di mana darah pesakit tidak dapat membeku secara normal disebabkan kekurangan faktor pembeku dalam darah (clothing factor). Pakar perubatan belum menemui ubat bagi merawat penyakit warisan (genetic) ini dan pesakit akan menderita sepanjang hayat. Pesakit heamophilia akan mudah mengalami pendarahan walaupun hanya berpunca daripada kecederaan kecil seperti pendarahan dalam sendi tulang, pendarahan hidung bahkan pendarahan dalam otak.

2. Menurut fuqaha’ sebarang penyakit termasuk penyakit keturunan adalah perlu dihindari, dirawat dan diubati. Dalam konteks ini prinsip pencegahan (al-wiqayah khairun minal ‘ilaj ; mencegah lebih baik dari mengubat) daripada sebarang bentuk gejala yang menjejaskan kesihatan menjadi pegangan. Ia selaras dengan tujuan syariat Islam (maqasid al-syari’ah) yang pada asasnya untuk menjaga lima perkara utama iaitu memelihara agama, nyawa, harta, akal, dan keturunan. Atas asas ini juga hukum taklif hanya ditujukan kepada orang Islam yang memenuhi syarat untuk melaksanakan ibadat.

3. Beberapa kaedah fiqhiyyah boleh dikaitkan dengan kelonggaran yang wajar diberi kepada kedua-dua golongan dan kekecualian daripada melaksanakan amalan berkhatan iaitu:

لا ضرر ولا ضرار

Maksudnya: Tidak ada kemudharatan dan tidak memudharatkan.

الضرورات تبيح المحظورات

Maksudnya: Dharurat boleh menghapuskan larangan

الضرر يزال.

Maksudnya: Kemudharatan hendaklah dihapuskan


4. Heamophilia merupakan sejenis penyakit di mana aliran darah tidak dapat berhenti walaupun setelah dijahit. Penyakit ini sangat merbahaya dan boleh membawa maut.

5. Mengikut prinsip Islam, penjagaan terhadap nyawa amat diutamakan dan sekiranya kewajipan berkhatan ini boleh mendatangkan mudharat kepada pesakit heamophilia, maka kewajipan tersebut digugurkan.

6. Dalam semua kewajipan yang diwajibkan ke atas umat Islam, akal yang waras adalah antara syarat utama. Sekiranya seseorang itu mengalami cacat akal yang teruk atau gila, tiada taklif ke atas seseorang itu untuk melaksanakannya.
==========================================================================

Fatwa berkenaan dengan senaman Yoga dan perkara yang berkaitan dengannya.

* Akidah

Keputusan:

a) Senaman Yoga berasal daripada Masyarakat Hindu sejak sebelum masihi yang menggabungkan amalan fizikal, unsur-unsur keagamaan dan pemujaan bagi tujuan tertentu adalah haram menurut syariat Islam dan dilarang beramal dengannya.

b) Apa-apa jua jenis atau bentuk senaman yang mengandungi unsur-unsur sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan (a) adalah haram menurut syariat Islam dan dilarang orang Islam beramal dengannya.

c) Mana-mana orang tidak boleh memiliki, menyebarkan, mengedarkan atau menerbitkan apa-apa buku, majalah, risalah atau apa-apa bahan bacaan lain sama ada dicetak, ditaip, ditulis tangan atau dikeluarkan dengan apa-apa cara lain dan apa-apa bentuk keluaran ulangannya dan termasuklah apa-apa filem atau rakaman audio, khidmat pesanan ringkas dan e-emel yang berkaitan dengan amalan, pegangan dan fahaman sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan (a) dan (b).
Status Penwartaan:
Diwartakan
Nombor Rujukan:
PMWP/100/20 Klt. 2; PN(PU
Akta/Enakmen:
Seksyen 34

Monday, November 29, 2010

My Life & Love: Hukum Ucapan Sempena Perayaan Agama Lain

My Life & Love: Hukum Ucapan Sempena Perayaan Agama Lain

iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam

iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam


Dosa Tinggal Solat Lebih Besar Daripada Zina

iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam

iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam
PENGENALAN
Terjemahan dari surah Al-Ankabut:45

"Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan."

Sembahyang hanya akan "mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar" sesuai dengan ayat Quran diatas seandainya ibadah sembahyang kita diterima oleh Allah. Perlakuan sembahyang yang tidak menurut yang dicontohkan oleh Nabi saw tidak akan diterima Allah. Jikalau sembahyang memang dapat "mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar" seperti ayat diatas, sudah pasti orang Yahudi dan Nasrani menjadi umat terpuji disisi Allah selain umat Islam kerana mereka juga bersembahyang.

Orang Yahudi dan Nasrani serta umat Islam yang bersembahyang tetapi terus menerus mengerjakan perkara mungkar adalah dari golongan manusia yang sesuai dengan hadith berikut:

Mafhum sebuah hadith:

"Ramai orang sembahyang tetapi makin jauh dari Allah"

Bukti kes 1 (dari mulut satu hambaAllah):

Arwah nenek saya adalah kelihatan begitu warak pada. Sembahyang, puasa, zakat, akhlak dan hajinya yang lebih 10 kali menjadikan beliau begitu saya kagumi sejak kecil. Setelah saya mendalami agama Islam barulah saya sedari bahawa jikalau berdasarkan ilmu yang saya pelajari sememangnya nenek saya ini mati dalam kafir kerana melakukan syirik besar. Sejak kecil saya melihat nenek saya pada malam tertentu mengasapkan kemenyan keatas pedang peninggalan dari arwah suaminya. Nenek begitu mempercayai kekuasaan pedang sakti tersebut dan selepas nenek meninggal, anak-anak beliau berkongsi membelanya dan salah seorang anak tersebut pernah berdialog dengan pedang tersebut untuk meminta nombor ekor dan nombor tersebut menang. Anak-anak nenek serta cucunya ramai yang bersembahyang tetapi dalam masa yang sama amat melakukan perkara syirik lainnya selain syirik pedang tersebut..

Rumusan kes 1:

Walaupun nenek hambaAllah ini cukup kuat bersembahyang, ia tidak menghalang dari mengerjakan perkara yang paling ditegah Allah iaitu melakukan syirik. Ini mungkin kerana sembahyangnya tidak diterima Allah kerana sembahyangnya tidak berdasarkan yang dicontohkan oleh Nabi SAW. Perlulah sedar bahawa sembahyang kita walaupun cukup 5 waktu belum pasti mendekatkan diri kita kepada Allah sesuai dengan hadith diatas. Orang yahudi pun rajin sembahyang begitu juga orang nasrani setiap ahad penuh gereja bersembahyang tetapi ibadah ini tidak mendekatkan diri mereka kepada Allah. Semaklah perlakuan sembahyang kita semua adakah ianya seperti yang dicontohkan oleh Nabi saw mudahmudahan ia diterima Allah dan seterusnya sembahyang kita dapat mencegah dari kemungkaran.

Ikhlaskanlah ibadah sembahyang hanya untuk Allah semata-mata.

My Life & Love: Ulangkaji Bacaan Dalam Ruku' Dan Sujud

My Life & Love: Ulangkaji Bacaan Dalam Ruku' Dan Sujud: "Bismillah. Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah. Post kali ini ringkas je (ringkas la sangat) yang akan men..."

MusLiMah OpTiMis: PENGEMBARAAN BERSAMA MUSLIMAH OPTIMIS (MO)

MusLiMah OpTiMis: PENGEMBARAAN BERSAMA MUSLIMAH OPTIMIS (MO): "

Pertemuan Agung: Keutamaan Berjabat Tangan

Pertemuan Agung: Keutamaan Berjabat Tangan: "Segala sunnah Rasulullah s.a.w. termasuk 'amalan berjabat tangan adalah sangat berguna untuk kita selaku umat-Nya. Tanamkan kesungguhan dala..."

Pertemuan Agung: 4 Pertanyaan yang Mesti Dijawab

Pertemuan Agung: 4 Pertanyaan yang Mesti Dijawab: "Assalaa mu'alaikum w.b.t., Salam Mahabbah Fillah dan Perjuangan, Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat d..."

SETIAP BID’AH MENYESATKAN

Bid’ah-Definasi menurut bahasa ialah "mencipta atau mengada-ngadakan sesuatu perkara yang tiada contoh sebelumnya". Ia juga boleh dipanggil sebagai "setiap amalan yang tiada contoh sebelumnya"

Bid’ah-Definasi menurut syarak pula ialah "Mencipta (mengada-angadakan atau mereka-reka) sesuatu yang sama sekali tidak ada contohnya pada zaman Nabi SAW atau tiada dalilnya dari syarak". (Merangkumi mereka-reka, mencipta yang baru, mengubah, menambah dan menyembunyikan)

Beragama Islam adalah mudah kerana ikut sahaja contoh yang dibawa oleh Nabi SAW. Agama lain seperti Kristian dan Yahudi sentiasa berubah-ubah kerana bijak pandai mereka sentiasa mengubah/meminda/menambah agama mereka agar sesuai dengan penghidupan zaman mereka. Orang Cina sembahyang dulu pakai lampu pelita sekarang pakai lampu lektrik, dulu pakai epal sebenar kini guna epal plastik.

Islam telah sempurna/lengkap dan telah dicontohkan melalui amalan Nabi SAW yang sesuai dengan firman ALLAH dalam Al Maidah:5:3

" Hari ini aku sudah sempurnakan agama kamu".

Ayat ini telah turun ketika nabi berucap semasa haji widak.Islam telah sempurna membawa maksud bahawa Islam tidak boleh mereka-reka, mencipta yang baru, mengubah, menambah dan menyembunyikan.

Islam telah sempurna juga membawa maksud ikut sahaja tanpa ubah dan tambah dengan sesuatu yang tiada contoh.

Jika kita suka mengubah/ menambah/ menyorok dengan alasan perbuatan ini sudah baik, sudah pasti pada satu ketika nanti sembahyang yang dibuat oleh nabi SAW tidak lagi sama dengan sembahyang umat Islam zaman tersebut. Sebagai persoalan awal, pernahkah Nabi SAW mengucapkan "utsallifardhasubhi..." pada setiap kali Nabi SAW hendak sembahyang subuh? (carilah dalam mana-mana koleksi hadith sahih Nabi SAW kalau jumpa).

Imam Muhammad bin Idris Asy-Syafii (Iman Syafii) tidak pernah pun mengajarkan kepada pengikut agar membaca "utsallifardhasubhi..." setiap kali ingin bersembahyang. (Sila rujuk kitab induk Al Umm atau kitab lain karangan imam Shafii). Di sini kita boleh mengatakan bahawa amalan sembahyang yang dituntut oleh Nabi SAW kini telah diubah dan ditambah. Apa hukumnya kita melakukannya setiap kali kita bersembahyang?

Nabi telah menjangkakan akan timbul banyak bid'ah di zaman sekarang melalui satu hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad Abu Daud At Tarmizi yang maknanya:

"Aku berwasiat kepada kamu sekelian supaya bertakwa kepada Allah, mendengar dan taat sekalipun diperintah oleh hamba Habsyi. Sesungguhnya, sesiapa yang hidup selepas ini di antara kamu selepasku akan melihat perbalahan yang banyak, maka kembalilah kamu kepada sunnahku dan sunnah para khulafa ArRasyidin selepas peninggalanku, berpegang teguhlah dengannya, maka gigitlah dengan gigi geraham, kemudian berjaga-jaga dengan hal yang baru (bid'ah) sesungguhnya setiap ciptaan yang baru (dalam agama) itu adalah bid'ah dan setiap yang bid'ah adalah sesat." Hadith 1

Hadith riwayat Muslim pula menambah:

"Setiap yang diada-adakan itu bid'ah, setiap yang bid'ah itu sesat dan setiap yang sesat itu adalah ke dalam neraka". Hadith 2

Agama Islam hanya perlu ikut sahaja bukan cipta yang baru sesuai dengan hadith:

"Dari Ibnu Abbas baginda berkata: Hendaklah kamu takut (takwa) kepada Allah dan sentiasa istiqamah (sentiasa dalam ketaatan) , hendaklah kamu mengikut ( Al-Quran dan Sunnah) dan janganlah berbuat bid'ah". Hadith 3

Nabi sudah menjangkakan bahawa pada satu masa ramai manusia akan menganggap bahawa melakukan bid'ah itu adalah satu perbuatan yang mulia dan baik sesuai dengan hadith nabi:

"Setiap bid'ah itu sesat walaupun (semua) manusia telah berpendapat satu-satu bid'ah (yang mereka lakukan itu) hasanah (baik)". Hadith 4

Imam Malik ra telah berkata:

"Sesiapa yang melakukan bid'ah di dalam Islam kemudian disangkanya baik, maka dia telah menganggap bahawa Muhammad telah mengkhianati alrisalah kerana jelas Allah berfirman (Hari ini Aku telah sempurnakan agama kamu dan Aku cukupkan nikmat kamu dan Aku hanya meredai Islam sebagai agamamu). Apa yang tidak dapat dianggap sebagai agama pada masa itu (masa Nabi SAW) maka pada hari ini ia juga tetap tidak boleh dianggap sebagai agama".

Orang kini mengatakan bahawa bid'ah terbahagi kepada dua iaitu bid'ah hasanah dan bid'ah dhalalah. Pemahaman konsep ini sepatutnya adalah seperti berikut:-

Bid'ah Dhalalah :

Ialah bid'ah yang menyesatkan iaitu bid'ah yang berkaitan ibadah atau urusan agama (syarak). Larangan bid'ah dalam agama ini jelas sesatnya.

Bid'ah hasanah :

Ialah bid'ah dalam urusan perkara-perkara yang berbentuk urusan keduniaan semata-mata. Usaha mereka cipta yang berupa kebendaan atau kemajuan yang berbentuk keduniaan yang diperlukan oleh manusia amat digalakkan oleh Islam selagi ciptaan baru tersebut tidak membahayakan atau memudharatkan manusia dan alam. Ini sesuai dengan hadith Nabi SAW: Hadith Riwayat Muslim

"Kamu lebih tahu hal ehwal dunia kamu". Hadith 5

Dari hadith di atas jelas bahawa jikalau perkara yang berkaitan dengan keduniaan seperti bagaimana mengahwinkan benih bunga tamar (zaman Nabi), menaiki kapal terbang, mencipta bom moden dll, Nabi memang tiada kepakaran dan Nabi menyerahkan kepada kepakaran manusia tetapi jika bab agama Islam, manusia diseru ikutlah contoh yang telah dibawa oleh Nabi SAW.

Marilah kita beramal secara yang diredhai Allah dan jangan sekali-kali menjadikan Islam seperti agama orang Yahudi dan Nasrani akibat dari perbuatan mereka melakukan penciptaan (Bid’ah) yang baru dalam ibadah mereka melalui keizinan dari pembesar atau ketua-ketua agama mereka yang tidak berdasarkan kitab samawi. Allah telah berfirman seperti berikut yang menempelak golongan Yahudi dan Nasrani ini:

Surah Al Kahfi 18:104;

"Dan mereka menyangka bahawa mereka telah melaksanakan perbuatan-perbuatan (Ibadah yang mereka cipta mengikut cara mereka sendiri) itu adalah baik"

Tatapilah makna hadith berikut yang diriwayatkan oleh Al Bukhari:

"Telah datang beberapa orang pengunjung kerumah isteri Nabi SAW untuk menanyakan tentang ibadah Nabi SAW. Apabila diceritakan kepada mereka maka mereka merasa seolah-olah saling mempersoalkan (ibadah Nabi dengan ibadah mereka) dan mereka berkata sesama sendiri: Alangkah berbezanya kita dengan Nabi sedangkan baginda diampunkan Allah dosanya yang lalu dan yang kemudian. Salah seorang dari mereka berkata : Aku akan bersembahyang malam selama-lamanya: Aku akan tetap berpuasa tanpa henti : dan berkata pula yang lain : Aku akan tetap menjauhi perempuan selama-lamanya. Maka Rasulullah saw tiba dan terus bersabda : Adakah kamu yang mengatakan begitu dan begini ? Demi Allah sesungguhnya akulah yang paling takut dan paling takwa kepada Allah antara kamu semua, tetapi aku berpuasa dan berbuka, aku sembahyang dan aku tidur dan aku mengahwini perempuan. Oleh itu sesiapa sahaja yang tidak mengikut sunnahku, maka dia bukanlah dari golongan ku". Hadith 6

Dari hadith diatas, Nabi telah memberikan peringatan keras bahawa membuat satu ibadah yang kelihatan amat baik (berlebih-lebihan melebihi Nabi) tetapi tidak mengikut contoh Nabi maka ia akan termasuk golongan orang kafir. Sedangkan nak bersembahyang melebihi Nabi pun Nabi tak redha.

Dengan ilmu yang baru diperolehi, marilah kita nilai adakah Nabi SAW pernah:

* Meletakkan paku atau surah Yassin atau Quran disebelah anak yang baru lahir?
* Bertawakkal (bertawassul) kepada orang yang sudah mati, sheikh, wali-wali atau terus kepada Nabi SAW ?
* Berdoa dan berzikir dengan lantang (kuat) selepas sembahyang berjemaah ?
* Kenduri arwah dan bertahlilan?
* Bersanding sewaktu perkhawinan ?
* Majlis tepung tawar ?
* Menggantung tulisan Bismillah diatas pintu masuk kerumah ?
* Menumpukan pembacaan surah Yassin semata-mata dimalam Jumaat ?
* Dan banyak lagi perkara termasuk yang sensitif untuk dibincangkan

Sekiranya nak dipersoalkan adakah baik menggantung ayat Bismillah didalam rumah serta ukiran ayat Kursi dan ayat-ayat Quran lain, sudah tentu ramai orang akan mengatakan bahawa ia adalah suatu yang baik, indah dan Islamik. Sebagai orang Islam yang berpendidikan, sewajarnya sebelum kita membeli ayat-ayat tersebut yang mahal untuk digantung dirumah, kita selidik adakah Nabi saw melalui sunnahnya pernah menggantung sebarang ayat Allah dirumah beliau ?. Jikalau Nabi saw tidak pernah membuatnya kita umat akhir zaman ini tak perlu membuat satu kerja bid’ah ini!. Sekarang kita boleh lihat kesan kerosakan dari kerja bid’ah menggantung ayat Allah. Rumah orang Islam kini sudah menyamai orang Hindu yang menggantung gambar Tuhannya yang dikalungkan bunga diatas pintu masuk rumahnya. Orang Cina pula menggantung gambar tuhan mereka dan cermin juga diatas pintu masuk rumahnya untuk tujuan yang sama dengan orang Hindu. Orang Islam menggantung ayat diatas pintu masuk rumahnya dan apabila disoal tujuannya, jawapan yang diberikan tidak banyak bezanya dengan jawapan orang Hindu dan Cina iaitu untuk mendapatkan rahmat (orang cina memanggil ‘ong’), mengelakkan sial dan manjauhkan syaitan dan jin jahat. Dengan membuat kerja bid’ah yang dianggap baik dan Islamik iaitu dengan menggantungkan ayat Allah seperti "Bismillah......"serta ayat-ayat lain, akhirnya umat Islam masa kini telah terjerumus kepada kesesatan iaitu rosak akidah akibat membuat kerja khurafat yang menjadikan pengamalnya kesyrikan kerana menganggap ayat Allah tersebut bolah memberikan rahmat, menolak sial dan menjauhkan jin dan syaitan. Budaya ini berkembang biak lagi dengan banyak kedai orang Islam kini membelanjakan beribu-ibu ringgit untuk membeli ayat seribu dinnar serta ayat-ayat lain untuk digantung bagi memajukan perniagaan dan tujuan lainnya yang hanya beliau yang tahu. Sedarlah bahawa tangkal dan azimat adalah dosa yang amat besar disisi Islam. Definisi azimat ialah bahan yang terdapat tulisan (tulisan arab, melayu, rajah tertentu hatta tulisan dari al-quran ) diatas nya yang dianggap mempunyai sakti atau kuasa untuk memberi manfaat, keuntungan dan kebaikan atau melindungi diri dari sesuatu tujuan/maksud atau untuk mengelakkan musibah, bencana, penyakit dan kerugian.

Sebenarnya perkara-perkara bid’ah yang berkembang biak pada masa kini adalah disebabkan kelemahan umat Islam itu sendiri yang tidak mahu lagi mempelajari Quran dan Hadith lalu menyerahkan perkara ini bulat-bulat kepada ‘ulamak’. Ingatlah bahawa runtuh dan rosaknya Islam di Turki adalah di sebabkan perkara ini dimana ‘ulamak’ mereka menjualkan agama demi untuk membeli kemewahan hidup di dunia. Apabila ‘ulamak’ sudah boleh dibeli , pemerintah seperti Kamal Ataturk yang pro yahudi dan ahli Freemason pun mengubah dan menambah agama Islam sewenang-wenang. Perkara yang sama sedang berlaku di Malaysia sejak zaman Tunku Abd Rahman dan makin berkembang dewasa ini dan sesetengahnya sudah semakin popular seperti nasyid oleh orang perempuan. Apabila ‘ulamak’ mengatakan berzanji yang dikarang oleh Sheikh Ja’afar Al Berzanji itu baik maka orang ramai tanpa menyemak Quran dan Hadith terus menerima dan mengamalkanya. Tahukah anda semua bahawa kitab tersebut telah diharamkan di banyak negara ? Kita meminta pertolongan terus kepada Allah tetapi didalam kitab ini ia memohon terus kepada Nabi Muhammad saw yang telahpun wafat. Sedangkan Nabi sendiri pun sewaktu berdoa untuk pakciknya Abu Talib yang sedang nazak pun tidak dikabulkan oleh Allah. Inikan pula Nabi telah lama wafat, mengapa meminta tolong kepadanya ? Ramai orang lain pula memohon doa terus kepada wali-wali Allah yang telah lama wafat. Ini semua kerja bid’ah dan sudah tergolong pula dibawah kes syirik !

Agenda protokol Yahudi sudah jauh meresapi cara kehidupan kita seharian. Diantaranya perubatan, kewangan, makanan dan media massa. TV adalah media massa yang amat berpengaruh. Melalui TV kita melihat bahawa palang kayu salib dapat menghalau dan membunuh dracula. Pengaruh ini sudah amat meresapi jiwa kaum Islam dimana dalam mereka mencari pelindung dari gangguan syaitan, mereka menjadikan Quran dan surah Yassin sebagai azimat sehingga ada yang mengikat Quran kecil dibadan bila bergerak kemana-mana. Tak kurang ramai juga orang Islam masa kini menggantung ayat Kursi untuk menghalau jin dan syaitan. Terdapat juga kaum wanita yang meletakkan ayat Kursi didalam beg tangan mereka sebagai pelindung. Ada pula yang menjalankan upacara berlenggang perut apabila mencapai kehamilan 7 bulan dan memotong jambul pada bayi yang baru lahir lalu rambut tersebut dimasukkan kedalam air kelapa muda dan ini adalah menyerupai adat kaum Hindu (Islam melalui sunnah Nabi SAW menyarankan agar mencukur keseluruhan rambut bayi pada hari ketujuh). Bolehkah ini dilakukan oleh orang Islam ? Jika kita mengkaji dan mempelajari Quran dan Hadith pasti kita akan mengetahui bahawa ini adalah satu kerja bid’ah yang jelas membawa kesyirikan.

Apabila orang Islam hidup bercampur dengan bangsa lain seperti India, Cina dan Nasrani (Orang Kristian) kita akan terdedah dengan budaya hidup kaum-kaum tersebut. Lama kelamaan kini ramai orang Islam tidak tahu membezakan cara hidup Islam dengan kafir disebabkan mereka mengikut ‘ulamak’ menjualbelikan agama secara membabi buta tanpa merujuk Quran dan Hadith. Sebagai contohnya, orang cina bila berkabong mengepilkan kain dengan warna-warna tertentu pada lengan bajunya sebagai tanda berkabong. Orang Islam mengikutnya dengan mengubah cara sahaja iaitu melilit kain putih dan hitam pada songkok. Begitu juga apabila melihat binaan batu istimewa pada jirat cina jauh lebih cantik dari kubur Islam yang sepatutnya tidak boleh di adakan binaan di atasnya maka kini kelihatan kubur Islam semakin cantik berhias dengan bangunan batu yang berukir indah, adakah ini dibenarkan didalam Islam??. Kini kedua-dua jirat cina dan kubur Islam mempunyai persamaan iaitu ada bangunan batu diatasnya cuma yang membezakan diantaranya adalah senibinanya sahaja. Bagaimana pula persoalan menjirus air di perkuburan serta membawa bunga dikubur orang Islam ? Ia sudah menyamai cara orang Nasrani.

Apabila menyambut hari raya pula, orang Melayu tidak ketinggalan bermain mercun kerana terpengaruh dengan budaya orang cina. Orang cina memberi ang pau orang Islam pun beri duit raya. Adakah ini mengikut sunnah Nabi SAW?? Nabi menggalakkan kalau kita bersedekah, berilah kepada asnafnya seperti anak yatim, fakir miskin dan mualaf. Kini apabila hari raya telah wujud satu sindrom iaitu tutup pintu gate kerana mengelakkan kanak-kanak berhari raya mencari duit raya. Ia sudah jauh terpesong dari kehendak sebenar Islam menyambut hari raya disebabkan budaya ikut-ikutan dari budaya kaum kafir dan ini dinamakan bid’ah dan ia tetap salah walau orang ramai menganggap perbuatan ini cantik sesuai dengan hadith 4 diatas. Untuk memeriahkan lagi sambutan hari raya pula kini dibuat kunjungan marhaban dari rumah kerumah dengan membaca berzanji. (Berzanji telah saya kupas sedikit diatas). Kitab ini banyak memesong akidah dan mengandungi cerita-cerita yang sama sekali bercanggah dengan Quran dan hadith seperti fahaman NUR Muhamand yang menjadikan leluhur (salasilah nenek moyang hingga ibu bapa Nabi SAW) orang yang mulia kerana mengalirnya NUR tersebut dalam diri leluhur Nabi SAW. Bagaimana kitab berzanji boleh mengatakan leluhur Nabi adalah orang yang mulia sedangkan Nabi sendiri telah mengatakan bahawa ibunya sendiri iaitu Siti Aminah adalah penghuni neraka kerana beliau adalah orang kafir Quraish yang masih belum memeluk Islam. Jikalau kita terus menganggap kerja bid’ah ini adalah suatu yang baik, suatu masa nanti Nabi Muhammad SAW bukan setakat ada panggilan Sayyidina Maulana Akram penolong dan pelindungku dalam perkara-perkara penting Muhammad SAW seperti yang digunakan didalam kitab berzanji tetapi orang Malaysia tahun 2020 mungkin akan memanggil Nabi SAW dengan panggilan Dato’ Sri Sayyidina Wamaulana Alakram Muhammad bin Abdullah AMN, PJK, JKR, EPU, UPE,… Sanggupkah Nabi kita dipanggil dengan panggilan tersebut sedangkan kini kita tidak mengambil sebarang tindakan pun diatas penambahan sayyidina dan maulana di awal nama Nabi SAW?????

Sebagai kesimpulan, apabila kita membuat sesuatu perkara, persoalan yang perlu di soal kepada diri kita sendiri ialah "Perkara yang akan dilakukan ini perkara agama atau keduniaan ?" sekiranya perkara keduniaan asalkan tidak membahayakan manusia dan alam persekitaran, ia boleh dilakukan sekiranya tidak melanggar hukum Allah, tetapi jika perkara yang dilakukan tersebut adalah perkara yang berkaitan dengan agama, cuba selidik samaada perkara ini ada contoh dari Nabi SAW atau tidak. Jika ada contohnya buatlah dan sekiranya tidak ada contoh maka perkara in adalah bid’ah. Ingat! bahawa setiap yang diadakan-adakan itu bid’ah, setiap yang bid’ah itu sesat dan setiap yang sesat itu adalah kedalam neraka !!

Bagaimana Menyadarkan Diri Kita Agar Mau Bertaubat?

Mengingat pentingnya taubat. Maka pada kesempatan kali ini saya akan memaparkan point penting yang dapat mempengaruhi seseorang agar ia mau bertaubat.

Seseorang yang berbuat dosa bisa saja malas untuk melakukan taubat.
Apakah sebabnya dia malas untuk melakukan taubat?
Apakah karena dia sibuk tentang pekerjaannya, sekolahnya, kuliahnya? Atau ia masih sibuk karena harus mengerjakan dosa-dosa lain? Atau karena ia menganggap bahwa jumlah dosanya masih tanggung dan ingin bertaubat nanti sekalian kalau dosanya sudah sangat besar?
Atau mereka tidak ingin melakukan taubat karena belum membaca artikel ini? :)

Apapun alasannya coba baca artikel berikut ini.
Semoga artikel ini bisa membangkitkan keinginan seseorang dalam bertaubat. Khususnya pada diri saya sendiri, yang taubatnya masih belum tentu diterima.

Okay…,

Sebagian besar dari isi artikel ini diambil dari buku berjudul IHYA’ ULUMUDDIN IV “Mengingat Kematian” (terjemahan).
Penerbit Pustaka Amani (Jakarta)
Tanggal Penerbitan: Rembang, 1 Juni 1989
Karangan Imam Al-Ghazali

Kemalasan seseorang dalam melakukan taubat dipengaruhi oleh keadaan hatinya. Yakni hati orang yang bersangkutan tersebut berada dalam keadaan beku (keras), mati, atau buta. Hal tersebut merupakan indikator tingkat keparahan keadaan hati seseorang, karena dosanya yang banyak. Namun demikian, masih bisa diusahakan untuk perbaikan keadaan hati tersebut asalkan, ia mau memperbaikinya. Yakni, dengan cara membuang sifat “keras kepala”nya.

Bagaimana membuang sifat keras kepala (keras hati) yang dimiliki oleh seseorang?


Ada seorang wanita mengeluh kepada Aisyah tentang kesat dan kasarnya hatinya, lalu Aisyah berkata,
“Hendaklah engkau banyak mengingat mati, agar hatimu menjadi lembut.”
Nasihat tersebut dijalankan oleh si wanita tadi, lalu hatinya menjadi lembut, kemudian ia pun datang sekali lagi kepada Aisyah untuk berterima kasih.


Mengingat Kematian

Ketahuilah, bahwa orang yang tenggelam dalam menyibuki keduniaan, menelungkup bergelut dengan tipu dayanya, dan cenderung memperturutkan nafsunya, pastilah hatinya lalai dari mengingat mati. Kematian tiadalah akan teringat olehnya, dan bila diingatkan ia akan kesal dan marah-marah. Orang-orang beginilah yang dituju dalam firman Allah swt.

Katakanlah: Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. (QS. al-Jumu’ah: 8).

Selanjutnya, manusia itu terbagi menjadi tiga golongan. Yaitu: orang yang karam menekuni keduniaan, orang yang dalam taraf permulaan bertaubat, dan ahli ilmu ma’rifat yang telah sampai di ujung.

Orang yang karam dalam keduniaan tiadalah akan mengingat mati, dan kalaupun diingatnya yang terasa hanyalah kesedihan memisahi dunia dan kesal terhadap kematian. Mengingat mati dengan cara seperti ini hanyalah akan menambah jauh dari Allah swt.

Dan orang yang –ingin– bertaubat perlu sekali banyak mengingat mati, agar bangkit di hatinya rasa gentar dan takut, sehingga ia dapat melengkapkan taubat secara sempurna. Mungkin saja ia tiada menyenangi mati lantaran takut akan disambar Almaut (kematian) sebelum taubatnya sempurna dan perbekalannya lengkap. Alasan yang seperti ini untuk tiada menyenangi mati dapatlah dimaafkan, dan orangnya tiada termasuk mereka yang dituju oleh Rasulullah saw.:

“Barangsiapa yang tiada senang menemui Allah, maka Allah pun tidak senang pula menemuinya.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Orang yang seperti ini tiadalah menyesali mati dan menemui Allah. Dia hanya takut akan terluput dan gagal dari menemui Allah lantaran kekurangan dan kelalaian dirinya sendiri. Samalah halnya dengan seseorang yang terlambat datang menemui kekasihnya, lantaran masih sibuk melengkapkan segala yang perlu agar pertemuan itu menyenangkan bagi sang kekasih. Sikap seperti ini tiadalah dianggap enggan bertemu. Tandanya ialah bahwa ia selalu dalam melengkapkan persediaan, tanpa mengarahkan kesibukan kepada hal-hal lain. Dan kalau sikapnya tidak seperti itu, maka ia akan termasuk ke dalam golongan orang-orang yang karam menekuni keduniaan.

Adapun orang ahli ilmu ma’rifat, ia akan senantiasa mengingat mati, karena itu lah saat perjanjian yang telah ditentukan untuk dia bertemu dengan Kekasihnya. Orang bercinta tak akan pernah lupa saat perjanjian untuk bertemu dengan kekasihnya. Dan orang yang seperti ini biasanya menganggap lambat sekali datangnya kematian dan ingin agar kematian segera tiba, untuk membebaskan dirinya dari negeri orang-orang durhaka ini, dan ia dapat pindah tempat ke daerah disamping Rabbul ‘Alamin (Tuhan Semesta Alam).

Seperti yang diberitakan oleh Hudzaifah bahwa beliau itu dikala telah dekat ajalnya, beliau mengeluh, “Pecinta yang datang dalam suasana sangat miskin. Tiadalah beruntung orang yang menyesal kemudian. Wahai Tuhan, kiranya Engkau adalah Maha Tahu bahwa miskin lebih ku cintai daripada kaya, sakit lebih kusukai daripada sehat, dan kematian lebih kuinginkan daripada kehidupan. Mudahkanlah bagiku menghadapi kematian, sehingga daku segera dapat menemui Engkau.”

Jadi, orang bertaubat memang diterima alasannya untuk tidak menyenangi kematian, dan orang yang seperti itu juga bisa diterima alasannya untuk menyenangi kematian, dan mengharapkannya. Namun, yang lebih unggul lagi derajatnya daripada dua golongan ini, ialah orang yang menyerahkan sepenuhnya kepada Allah swt.. Ia tiada memajukan pilihan untuk dirinya, tentang mati atau hidup, tetapi yang paling disukainya ialah apa yang disukai oleh Yang Dipertuannya. Orang seperti ini telah meningkat oleh kesengatan cinta dan setia ke taraf menyerah dan ridla (rela/suka) sepenuhnya. Inilah taraf yang terakhir dan tertinggi.

Namun, bagaimanapun, mengingat mati, mengandung pahala dan kelebihan, karena bahkan orang yang karam menekuni keduniaan pun masih bisa memetik faedah dari mengingat mati, yaitu merenggangkannya dari keduniaan, karena ingat kepada mati mengganggu kenikmatan hidupnya dan mengeruhkan kesenangannya yang akhirnya akan mati juga. Dan setiap hal yang mengeruhkan (mengganggu) kesenangan nafsu keduniawian adalah termasuk pintu keselamatan.

Ada beberapa hadits yang Rasulullah saw. yang menjelaskan keutamaan mengingat-ingat prihal kematian. Diantaranya adalah:

Perbanyaklah mengingat-ingat sesuatu yang melenyapkan segala kenikmatan (kematian). (HR. Tirmidzi)

Maksudnya, ganggulah kesenangan-kesenanganmu dengan dengan mengingatnya, agar terhenti keasyikanmu kepada kesenangan-kesenangan itu, dan hatimu lalu berhadap kepada Allah swt.

Sebabnya semua keutamaan ini adalah karena mengingat mati membawa diri merenggang dari negeri fana (penuh tipu daya) dan menyebabkan kita menekuni persiapan untuk akhirat. Sedangkan melengahkan diri dari mengingat kematian menarik kita untuk semakin menekuni nafsu keduniawian.

Kematian sebagai penasihat pada diri sendiri. Karena Rasulullah saw. bersabda:

Cukuplah kematian itu sebagai penasihat. (HR. Thabrani dan Baihaqi)

Juga sabdanya,

Hadiah berharga untuk orang mukmin adalah kematian. (HR. Ibnu Abiddunya, Thabrani dan Hakim)

Karena memang dunia itu adalah penjara bagi orang mukmin, dimana dia senantiasa menderita dalam menghadapi diri, mengendalikan hawa nafsunya, dan menolak godaan iblis. Lalu kematian membebaskannya dari siksaan itu, dan pembebasan itu tentulah suatu hadiah berharga untuknya.

Rasulullah saw. bersabda:

Kematian itu adalah penghapus dosa untuk setiap orang muslim. (HR. Abu Na’im, Baihaqi, dan al Khathib)

Dan yang beliau maksudkan tentulah orang muslim sejati, yang beriman penuh, lagi pula kaum Muslimin selamat dari hantaman lidah dan tangannya, serta terbukti dalam dirinya akhlak orang-orang beriman, dan ia tiadalah dikotori dosa, kecuali dosa-dosa kecil yang jarang pula adanya. Maka kematian, akan mensucikannya dari semua ini, dan menghapus dosa-dosanya, setelahnya ia menghindari dosa-dosa besar, dan mendirikan segala amal yang wajib (shalat, puasa, dll)

Kemudian, tentang orang yang benar-benar cerdik, sebagaimana yang disabdakan Rasulullah saw.

Secerdik-cerdik manusia adalah yang terbanyak ingatannya kepada kematian serta yang terbanyak persiapannya untuk menghadapi kematian itu. Mereka itulah orang-orang yang benar-benar cerdik dan mereka akan pergi ke alam baka dengan membawa kemuliaan dunia serta kemuliaan akhirat. (HR. Ibnu Majah dan Abiddunya)

Tentang dampak buruk karena panjang angan-angan dan mengikuti nafsu.
Rasulullah saw. bersabda:

Sesungguhnya hal-hal yang paling kutakutkan mengenai kamu semua ialah dua perkara, yakni mengikuti hawa nafsu dan panjang angan-angan. Mengikuti hawa nafsu itu dapat menutup dari kebenaran dan panjang angan-angan bisa menyebabkan cinta sekali kepada keduniaan. (HR. Abiddunya)

Tepat sekali apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. tersebut. Karena yang menyebabkan panjangnya angan-angan yakni –merasa– tetap hidup selamanya yang merupakan kecintaan kepada duniawiah yang berlebih-lebihan, sangat gemar pada kenikmatannya, juga karena kebodohan semata-mata, sehingga takut sekali kedatangan mati secara tiba-tiba. Orang seperti ini tentunya tidak mengetahui bahwa kematian itu tidak pandang waktu, apakah datangnya itu disaat muda, tua ataupun tua bangka, apakah nanti musim kemarau, penghujan, musim bunga, semi dan lain sebagainya. Tidak peduli apakah malam ataukah siang. Seseorang tidak kuasa menolak kedatangannya, padahal ia juga melihat berkali-kali orang-orang yang mati di sisinya. Seseorang juga tidak tentu kapan akan dihantarkan Jenazahnya, padahal di saat itu ia masih seringkali menghantarkan jenazah.

Ada seorang ahli syair berkata:

Pernahkah?
Pernahkah orang itu selesai dari keinginannya?
Tak satupun keinginan yang terpenuhi,
Melainkan pasti akan pindah pada keinginan yang lain.

Cinta itu selalu perlu bukti.
Apakah Anda punya bukti bahwa Anda mencintai diri Anda?
Bertaubatlah dari segala dosa dan kesalahan, secepat mungkin, selama waktu masih ada. Karena itu adalah salah satu bukti bahwa Anda memang benar-benar mencintai diri Anda.

Mengapa?
Karena Rasulullah saw. bersabda:

Setelah kematian tidak ada permintaan maaf. Dan setelah kematian tidak ada tempat selain surga dan neraka. (al-hadits)
Ingat Beringat Budaya Kita

Dalam surah Al-Asr, Allah yang bersifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim memperingatkan kita tentang perlunya kita memenuhkan jiwa kita dengan iman, dan kemudian diikuti dengan amal soleh. Iman dan amal soleh adalah gandingan sifat yang berdaya maju untuk memberi motivasi dan sekaligus mengubah diri kita menjadi manusia berakhlak mulia.

Sekadar memperbaiki diri sendiri belum mencukupi. Kita mempunyai misi seterusnya iaitu menunaikan tanggungjawab kepada anak-anak, isteri, keluarga, jiran dan manusia keseluruhannya. Dalam Surah Al-Asr, Allah seterusnya mengingatkan kita supaya memberikan nasihat dan ingat-beringat sesama muslim dan juga non-muslim. Sebagaimana misi para Rasul dan Nabi untuk menyelamatkan umat, kita juga perlu menanamkan tekad yang sama sebab mereka adalah contoh teladan yang terbaik untuk kita ikuti.

Dalam menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada yang mungkar, pastinya kita akan menerima cemuhan dan tentangan, kerana untuk mendapatkan yang baik, lumrahnya akan menempuh kesusahan dan keperitan terlebih dahulu. Nabi Muhammad saw sendiri pernah dicerca, dihina, dipukul, dihalau dan menanggung kesusahan dan kelaparan untuk menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan; sedangkan baginda adalah manusia termulia dan maksum. Betapalah pula dengan diri kita yang bergelumang dengan noda dan dosa. Ini adalah lumrah perjuangan. Tidak dinamakan perjuangan dan jihad sekiranya tidak dicuba terlebih dulu dengan kepayahan. Dalam Al-Quran selalu dinyatakan 'di dalam kepayahan ada kebaikan'. Oleh itu setiap diri kita perlu menanggung sabar semasa melakukan usaha nasihat-menasihati ini. Tugas dakwah ini bukan tugas tok guru dan ustaz sahaja. Dalam zaman yang penuh dengan kegelapan di mana manusia sudah ramai yang lari dari Allah, tugas ini menjadi tanggungjawab setiap individu.

Para rasul tidak kenal penat dalam menjalankan usaha dakwah. Mereka tidak berputus asa walaupun usaha mereka tidak berjaya, sebab yang memberikan taufiq dan hidayah ialah Allah swt. Kita berusaha tapi Allah jua yang memberikan petunjuk. Nabi Noh as. meskipun beratus-ratus tahun berdakwah kepada umatnya, namun yang mengikutnya segelintir saja. Bukan makin lama makin bertambah, bahkan ada pula yang lari meninggalkan Nabi Noh. Lantas Nabi Noh membuat bahtera untuk menyelamatkan para pengikutnya dari ancaman Allah. Yang naik bahteranya adalah sebahagian kecil pengikutnya dan juga haiwan peliharaan mereka. Anak dan isterinya sendiri tidak berjaya diselamatkan. Di sinilah letaknya nilai kesabaran yang amat perlu dalam meneruskan perjuangan.

* Untuk itu saya ingin mengingati diri saya dan juga sdra/i, supaya kekal menunaikan ibadat solat 5 kali sehari semalam. Solat ialah anak kunci syurga dan juga amalan yang mula-mula sekali ditanya dan diperiksa pada hari kiamat. Ia sebagai tiang agama. Apabila sdra/i mengerjakannya bererti anda telah mendirikan agama. Sebaliknya jika ditinggalkan bermakna anda merobohkan agama. Sebaik-baiknya solat secara berjemaah di masjid atau surau.
* Al-Quran adalah kitab yang paling mulia. Ia merupakan mukjizat Nabi Muhammad saw. Baginda meninggalkan dua perkara yang mana jika berpegang dengan kedua-duanya kita tidak akan sesat selama-lamanya; iaitu Al-Quran dan hadith. Oleh sebab itu, usahlah dijadikan Al-Quran sebagai kitab buruk yang diletak di atas almari tanpa dibaca dan dihayati. Lazimkanlah membaca Al-Quran di rumah anda. Kalau dapat khatamkan sebulan sekali; atau kalau tidak mampu, memadailah sehari sehelai. Ramai antara kita yang boleh membaca akhbar harian berjam-jam, malah ada yang diulang bacaannya. Tetapi mengapa minat membaca ini tidak dijuruskan pada Al-Quran sedangkan ia menjadi pelita dan perisai di dalam kubur kita.
* Untuk menjaga hubungan baik dan silaturrahim sesama Islam, Nabi menyarankan agar kita sebarkan ucapan 'Assalamu Alaikum' (sejahtera atas kamu). Ini adalah ucapan ahli syurga. Malangnya ada yang beranggapan ucapan salam ini kolot dan tidak diplomatik. Mereka lebih suka mengucapkan 'selamat pagi/petang' atau 'selamat sejahtera'. Ucapan begini walaupun nampak sama maknanya tapi tidak membawa sebarang pahala. Ucapan Assalamu alaikum adalah doa untuk keselamatan sesama Islam. Dengan ucapan itu, kita sudah menyambung silaturrahim.
* Keberkatan adalah segalanya. Amatlah beruntung jika kita mempunyai umur dan harta yang berkat. Menggunakan usia dan harta di jalan Allah dikira usaha yang diberkati dan Allah membalas dengan berlipat ganda. Untuk memperolehi keberkatan dalam segala amalan dan tindakan kita, biasakanlah membaca 'Bismillahir rahmanir rahim' apabila memulakan sesuatu.
* Lidah adalah punca segala maksiat. Ia adalah ibarat pedang jika disalahgunakan akan membunuh diri sendiri. Orang tua pernah berkata 'sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan merasa'. Di antara bahaya lidah ialah apabila digunakan untuk mengumpat, menghina, mengejek, memfitnah, mengutuk, memaki, membohong dan sebagainya. Oleh itu sebelum mengeluarkan perkataan hendaklah berfikir terlebih dulu. Gunakan otak sebelum berkata-kata. Jika tidak perlu, lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang sia-sia.
* Semua yang ada di muka bumi ini adalah makhluk Allah. Kita juga adalah makhluk Allah sama seperti mereka. Oleh itu berbuat baiklah sesama makhluk Allah walaupun mereka bukan jenis manusia. Allah akan melimpahkan rahmat dan kasih sayang kepada mereka yang menyayangi sesama mereka. Barangsiapa menyayangi makhluk di bumi, nescaya disayangi oleh makhluk di langit (malaikat).
* Allah memberi nikmat yang banyak kepada kita. Nikmat teragung ialah nikmat iman dan Islam. Sebaik yang menerima nikmat ialah mensyukuri Allah yang mengurniakannya. Bersyukur atas nikmat ialah menggunakan nikmat itu untuk mencari keredhaanNya. Menyalahgunakan nikmat untuk melanggar perintah Allah adalah mengkufuri nikmat.
* Anak-anak dan isteri adalah petaruhan Allah. Allah akan menanya atas didikan yang kita berikan. Oleh itu berikanlah didikan agama Islam yang sempurna. Penekanan yang begitu serius kepada akademik dan keduniaan menyebabkan anak-anak semakin jauh dari agama Islam. Akhir zaman ini, manusia terlalu asyik mengejar keduniaan dan kebendaan sehingga ramai anak muda jahil dalam perkara agama. Tidak hairanlah ada di antara mereka yang menjual agama kerana material yang sedikit. Oleh sebab tidak adanya perasaan sayang terhadap agama Islam, maka ramai di antara mereka yang menghina ulama dan Islam, malahan menjadi murtad dengan menganut agama yang kononnya menjanjikan kemewahan dan kebahagiaan. Di manakah maruah individu Islam apabila membiarkan di depan mata, anak muda kita dimurtadkan oleh kafir laknatullah?
* Bantulah Allah dengan mengembalikan kedaulatan Islam dan maruahnya. Kelak Allah akan membantu anda. Didiklah anak-anak muda dengan menyerapkan iman di dada mereka. Mereka bakal menggantikan kita suatu masa nanti. Amalan kita terputus apabila kita mati kecuali doa dan amalan anak kita yang soleh.
10. Ajarkanlah anak-anak dengan Al-Quran. Ramai anak-anak kita dewasa ini celik IT dan celik korporat tapi sayang sekali buta Al-Quran. Mereka tidak pandai membaca Al-Quran, tidak tahu rukun Islam, rukum iman dan perkara-perkara yang berkaitan dengan fardhu 'ain. Siapa yang perlu dipersalahkan, tidak lain dosa tertanggung ke atas bahu ibu bapa kerana anak-anak dilahir ikut fitrah; bapa bertanggungjawab sama ada meyahudi atau mengkristiankannya. Berjaga-jagalah sebelum nasi menjadi bubur.
* Dalam mengerjakan ibadat, lakukanlah dengan ikhlas bukan seperti melepaskan batuk di tangga atau melakukan secara berpura-pura. Pelajarilah ilmu tasawuf supaya dapat kita ketahui perkara-perkara yang boleh menghapuskan pahala ibadat yang kita lakukan.
* Di samping mencari kemewahan di dunia, jangan lupa bekalan kita untuk dibawa ke akhirat. Begitu juga jangan lupa tanggungjawab terhadap agama dan bangsa. Mainkan peranan supaya negara yang kita cintai ini ditadbir oleh mereka yang berjiwa Islam; dan bukan mereka yang mengutamakan kepentingan peribadi dan kroni atau mereka yang bersifat zalim.
* Bertaubatlah sebelum pintu taubat ditutup dan bersedekahlah semasa ada fakir miskin yang mahu menerimanya. Kita semua banyak melakukan dosa dan tidak terlepas dari melakukan maksiat sama ada kecil atau besar. Sebaik-baik orang yang berdosa ialah mereka yang bertaubat. Sedangkan Nabi Muhammad yang maksum tanpa berdosa pun beristighfar dan bertaubat kepada Allah, betapa hal dengan diri kita yang bergelumang dengan dosa. Bangunlah di tengah malam dan bertaubat sambil menangis kerana ketelanjuran berbuat dosa.
* Kepada orang-orang tua terutama kedua ibu bapa, hendaklah kita hormati dan kasihi. Begitu juga kasihilah anak-anak yatim, fakir miskin dan orang-orang tua. Hulurkanlah apa-apa bantuan, kalau tidak mampu sukakanlah hati mereka dengan kata-kata yang menyukakan mereka. Nabi Muhammad amat menyukai anak-anak yatim. Oleh itu carilah peluang untuk berjumpa dengan anak-anak yatim sambil menyapu kepala mereka.

Saya memohon doa agar saya dan sdra/i semua diberikan Allah kekuatan dan semangat untuk melakukan segala amalan di atas dengan istiqamah dan ikhlas. Semoga kita dimasukkan ke dalam kumpulan Abrar dan diterima Allah sebagai kebajikan yang berterusan. Amin.