- SELAMAT MELAYARI BLOG INI SEMOGA KITA MEMPEROLEHI MANFAATNYA DAN HARAP DISEBARLUASKAN KEPADA PEMBACA YANG LAIN PULA BERSESUAIAN DENGAN SABDA RASULULLAH S.A.W "SAMPAIKAN DARIPADAKU WALAUPUN DENGAN SATU AYAT"

Tuesday, July 31, 2012








JAWATAN KOSONG MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR (MDKS)

 




Applications are invited from Malaysian citizens aged  not less than 18 years on the closing date of the advertisement. Priority to the people of Selangor who is qualified to fill the following vacancies:


1. ARKITEK GRED J41

2. PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U41/42

3. PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L41
4. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN GRED W36
5. PENOLONG JURUTERA GRED J29
6. PENOLONG ARKITEK LANDSKAP GRED J29
7. PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA GRED N27
8. PEMBANTU TADBIR (KESETIAUSAHAAN) GRED N17
9. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W17
10. PEMBANTU KESIHATAN AWAM GRED U17





Tarikh Tutup Permohonan: 13 Ogos 2012





KOLEKSI AYAT2  BERMANFAAT



 Apa makanan roh?
Agama,Zikir,Istighfar,Sembahyang,Minta ampun dari Allah dan Ingat pada Allah.

1


 
 
Lazimi zikir teman-teman

 
 10 Tanda-Tanda Ikhlas...

1- Takut kepada kemasyhuran-takut terselit syirik khafi.

2- Curiga terhadap diri sendiri-bimbang tidak mampu menunaikan kewajipan.

3- Beramal di tempat yang sunyi.

4- Tidak mencari pujian dan tidak tertipu dengannya.

5- Tidak kikir memuji mereka yang berhak dipuji. ( bukan membodek bos ).

6- Sentiasa istiqamah dalam melakukan ibadat- pangkat dan pujian tidak memberi kesan dalam menunaikan ibadat.

7- Mengadakan perayaan dengan mengharap redha Allah SWT bukan redha manusia.

8- Suka dan benci kerana Allah SWT.

9- Sabar di atas jauhnya perjalan menuju Allah SWT.

10- Gembira dalam melakukan ibadat tanpa perasaan disaingi atau dipaksa.


Rujukan :
Energi Ikhlas- Dr Yusuf Al-Qardhawi
http://www.slideshare.net/muslimsendai/energi-ikhlas-agar-bahagia-dunia-dan-akhirat









[Edisi mendidik memahami isu]

 

10 kunci kejayaan dunia dan akhirat :

1. Kunci ilmu adalah bertanya dan mendengar.

2. Kunci kemenangan adalah sabar.

3. Kunci tambahnya nikmat ialah perasaan syukur.

4. Kunci keselamatan dunia dan akhirat adalah taqwa.

5. Kunci untuk termakbulnya permintaan adalah doa.

6. Kunci maksiat adalah kesombongan.

7. Kunci solat adalah taharah.

8. Kunci ibadah haji adalah ihram.

9. Kunci kebaikan adalah berpegang kepada yang benar.

10. Kunci syurga adalah tauhid.


 22 WAKTU MUSTAJAB DOA

1.Berdo’a sewaktu hujan turun.

“Berdo’alah pada waktu mustajab do’a iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, waktu mendirikan solat dan ketika hujan turun” (Hadis Riwayat Abu Daud).

2.Ketika hendak bersolat berdasarkan hadis diatas.

3.Selesai membaca al-Fatihah dalam solat.

4.Selepas mengucapkan ‘Amin’ apabila selesai membaca surah al-Fatihah.
“Apabila imam mengatakan ‘Amin’, maka ucapkanlah ‘Amin’. Sesiapa yang mengucapkan ‘Amin’ bersama dengan para malaikat, diampunkan dosa yang telah lalu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

5.Pada waktu tengah malam, terutama sepertiga malam yang terakhir.
“Allah s.w.t. turun ke langit dunia apabila tinggal sepertiga malam yang terakhir dan berkata : ‘Ada sesiapa yang memohon kepada-Ku untuk Ku makbulkan, ada sesiapa yang meminta kepada-Ku untuk Kuberikan, ada sesiapa yang beristighfar memohon ampun untuk Ku ampunkan?” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

6.Waktu di antara azan dan iqamah.
“Tidaklah ditolak do’a di antara azan dan iqamah.” (Hadis Riwayat Tirmizi).

7.Ketika sujud dalam solat.
“Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah pada waktu sujud, maka perbanyakkanlah berdo’a.”
(Hadis Riwayat Muslim).

8.Selepas berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w dalam tahiyat akhir.

9.Selesai solat fardu.
“Ditanya kepada Rasulullah s.a.w., ‘Do’a manakah yang didengar (Allah)’ Sabda baginda, “Do’a itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu.” (Hadis Riwayat Tirmizi).

10.Sepanjang waktu berpuasa.
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, “Tiga bentuk do’a yang dimustajabkan Allah; do’a ibu bapa terhadap anak, do’a orang yang berpuasa dan do’a orang yang bermusafir.” (Hadis Riwayat Baihaqi)


11.Malam al-Qadar berlaku pada bulan Ramadhan.

12.Ketika khatam 30 juz al-Qur’an.

13.Sepanjang hari Jumaat itu, dengan harapan bersua dengan waktu mustajab do’a.
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Pada hari Jumaat itu, ada satu waktu yang apabila seseorang hamba memohon kepada Allah sesuatu, maka akan diberikan-Nya”. (Hadis Riwayat Bukhari).

14.Sepanjang perjalanan semasa bermusafir.
“Tiga bentuk do’a yang pasti dimakbulkan Allah, iaitu ; do’a orang yang teraniaya, do’a orang yang bermusafir dan do’a ibu bapa terhadap anaknya.” (Hadis Riwayat Abu Daud).

15.Pada hari ‘Arafah iaitu 9 Zulhijjah.
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Sebaik-baik do’a adalah pada hari ‘Arafah, dan sebaik-baik do’a yang aku dan para nabi yang lain ucapkan ialah (maksudnya) : ‘Tiada Tuhan yang sebenarnya yang layak disembah melainkan Allah, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu’. (Hadis Riwayat Tirmizi)

16.Ketika berjihad dan sewaktu melaksanakan ibadah haji atau umrah.
“Orang yang berjihad pada jalan Allah dan orang yang mengerjakan haji serta umrah merupakan tetamu Allah, Dia menyeru (memerintahkan) mereka dan mereka menjawabnya (menunaikannya) mereka berdo’a kepada Allah lalu Allah terimanya.” (Hadis Riwayat Ibn Majah)

17.Ketika iman meningkat kerana berbuat taat.

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud, “…dan adalah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan ibadah yang sunat hingga Aku mencintainya, jika Aku sudah mencintainya, Aku akan menjadi pendengarannya yang dengannya dia mendengar dan penglihatannya yang dengannya dia melihat dan tangannya yang dengannya dia menyentuh dan kakinya yang dengannya dia melangkah, dan jika dia meminta akan Kuberikan dan jika dia meminta perlindungan nescaya akan Kulindungi.”

18.Waktu menerima ujian.

“Atau siapakah yang memperkenankan do’a orang yang menderita apabila ia berdo’a kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit antara kamu yang mengingati nikmat Allah itu (Surah al-Naml ayat 62)

19.Ketika berperang kerana Allah.

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, “Dua jenis do’a yang tidak akan ditolak oleh Allah s.w.t. atau jarang-jarang sekali ditolak; do’a sewaktu azan dan ketika berlakunya peperangan.”
(Hadis Riwayat Abu Daud)

20.Ketika menghadiri penyelenggaraan jenazah.

Ummu Salamah r.ha. melaporkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Apabila engkau menziarahi orang yang sakit atau menziarahi jenazah, berkatalah hal yang baik-baik, kerana para malaikat mengaminkan apa yang kamu katakan itu.” (Hadis Riwayat Muslim)

21.Selepas saat kematian seseorang.

Diriwayatkan daripada Ummu Salamah r.ha. bahawa Nabi s.a.w. menziarahi jenazah Abu Salamah r.a lalu menutup matanya. Baginda bersabda maksudnya, “Sesungguhnya roh seseorang yang keluar dari jasadnya akan diekori oleh mata.” lalu baginda bersabda lagi yang bermaksud : “Janganlah kalian berdo’a untuk diri kalian melainkan perkara yang baik sahaja kerana malaikat mendo’akan untuk kalian.” Baginda kemudiannya mendo’akan untuk Abu Salamah r.a”.

22. Ketika ayam berkokok.

Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Apabila kamu mendengar ayam berkokok, mohonlah anugerah-Nya, kerana ayam itu melihat malaikat.” (Hadis Riwayat Bukhari) Sahabat yang dimuliakan,

Marilah sama-sama kita berusaha untuk berdo’a diwaktu-waktu mustajab do’a. Semoga dengan ikhtiar kita yang sedikit ini Allah perkenankan do’a-do’a kita dan meletakkan diri kita bersama barisan hamba-hamba-Nya yang di redhai di dunia dan akhirat.

(Dipetik dari buku 101 Do’a daripada Hadis-hadis Sahih oleh Ustaz Zahazan Mohamed.)


 ZIKIR
 
 Ini ialah kisah puteri Rasulullah(Fatimah Azzahra'), ketika mana beliau berkahwin dengan Ali bin Abi Thalib. Beliau menguruskan rumah tangganya dengan memasak, mengisar gandum sehingga menjadi tepung dan seterusnya membuat roti ,sehinggakan tinggal kesan-kesan luka pada tanganya akibat terlalu berat kerja yang dilakukan'maka pada suatu hari beliau datang berjumpa bapanya (Rasulullah S.A.W)dan mengadu apa yang dialami dan meminta diberikan seorang khadam untuk membantunya dirumah dan nabi berkata: "Fatimah adalah sebahagian dariku apa yang dialaminya seperti aku yang mengalaminya" Maka Rasulullah berkata padanya "mahukah kamu jika aku tunjukkan perkara yang lebih baik dari itu ……..ketika kamu mahu tidur bertasbihlah sebanyak 33 kali,bertahmid 33 kali,dan bertakbirlah 33 kali, sesungguhnya zikrullah tersebut lebih baik bagimu dari seorang khadam "apa yang dimaksudkan Rasulullah ialah zikrullah memberimu kekuatan jiwa dan membantumu menanggung segala penderitaan hidup dan Allah akan senantiasa bersamamu.
 
 
 
kejahatan kamal atartuk membawa padah:

Mayat kamal atartuk diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya diletakkan dalam keranda timah dan dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.

Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!

Maha suci Allah. Itulah azab yang diterima oleh seorang yang menentang Agama Allah secara terang-terangan.. Belum lagi azab yang ditanggung di akhirat kelak yang kekal abadi. Dan itulah yang selayaknya diterima oleh Mustafa Kamal Ataturk LAKNATULLAH!!

 

 




 KH Zainuddin MZ

 

1

 AKHIRAT

2

 TEMAN SETAN

3

KISAH NABI SULAIMAN

4

SABAR









CERAMAH KH. ZAINUDDIN MZ

 

1

 ZAMAN SUSAH

2

KISAH UMAR

3

 3 TA

4

 ARAK DAN JUDI

5

 keluarga sakinah

6

 syurga dan calunnya

7

 reformasi 

 Tanda Orang Beriman






Ceramah Motivasi 

 

1

 KERANA MULUT

KUNCI SYURGA

KEYAKINAN DIRI

USTAZ RAIMEY

1
2

 MOTIVASI PERDANA

USTAZ SAMMALI

1
2

 






Tafsiran mimpi dalam Islam, mimpi berkaitan peristiwa atau kejadian 


1.Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat.
2.Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa anda akan diampunkan dunia dan akhirat
3.Bermimpi memasuki masjid haram atau melakukan tawaf di baitulallah alamatnya
anda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada
dalam kesakitan ia akan segera sembuh
4.Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman bahagia
5.Bermimpi memohon doa kepada Allah Taala atau membaca qur'an di rumah anda alamatnya anda akan terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatu pekerjaan yang dilakukan
6.Jika bermimpi membaca qur'an dengan suara yang lanjut alamatnya panjang usia anda
7.Jika bermimpi berpuasa alamatnya anda akan mendapat kekayaan atau menjadi orang yang berpakat besar
8.Jika bermimpi diri anda dalam keadaan bersujud alamatnya anda akan bertapa
9.Bermimpi sembahyangkan jenazah memberi alamat anda akan mendapat pahala
di dunia dan akhirat
10.Jika bermimpi melihat pelita atau sesuatu yang menyala menandakan pekerjaan
yang anda lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain Bermimpi diri atau rumah anda terbakar menandakan anda akan mendapat ilmu kebajikan di dunia dan akhirat
11.Jika bermimpi melihat jalan masuk ke kebun atau sesuatu kawasan alamatnya anda akan mendapat berita yang gembira
12.Jika bermimpi melihat jalan yang lurus memberi alamat anda akan melakukan
segala suruhan Allah Taala Jika bermimpi melihat jalan ke pekan memberi
petunjuk anda akan mendapat keuntungan yang besar
13.Jika bermimpi melihat jalan yang sempit alamatnya anda akan mengalami kesukaran
14.Bermimpi perisai terlalu banyak di rumah anda alamatnya rumah anda dipeliharan daripada sebarang kejahatan
15.Bermimpi mengenai anak panah menandakan anda akan mendapat surat Jika bermimpi diri di panah orang alamatnya anda akan mengirim berita kepada orang
16.Bermimpi memanah kayu menandakan akan berlaku kematian
17.Bermimpi bermain besi memberi alamat sebarang pekerjaan yang dilakukan akan
diakhiri dengan kejayaan
18.Bermimpi bermain dengan senjata menandakan seseorang itu akan mendapat
kebaikan daripada apa yang dilakukan untuk kebajikan Bermimpi mengenai
permata membawa petanda anda akan mendapat harta atau kenaikan pangkat
19.Bermimpi memakai gelang perak di kaki alamatnya anda akan mendapat kebajikan
20.Bermimpi duit terbelah dua alamatnya anda akan bergaduh
21.Bermimpi bertengkolok besar atau berbaju besar anda akan menjadi orang
berpengaruh atau berpangkat besar
22.Bermimpi berkain hijau alamatnya segala kerja yang dilakukan akan mendapat keredhaan Allah Taala. 23.Bermimpi memakai kain memberi alamat anda akan mendapat keuntungan yang besar
24.Jika bermimpi kain di pinggang terkoyak alamat keluarganya akan mati dan kalau terkoyak baju alamat kematiannya
25.Bermimpi mengenai bunyi gendang di dalam rumah alamatnya pekerjaan anda diberkati
26.Jika bermimpi bunyi rebab alamat beroleh kegembiraan dalam hidup
27.Jika bermimpi makan kuih apam alamatnya anda akan mendapat harta dan jika
makan sehidangan dengan raja atau orang besar kehendak anda akan tercapai
28.Bermimpi makan gula alamatnya seseorang akan berduka cita
29.Bermimpi makan makanan masam memberi alamat anda akan sakit atau berduka
cita Jika bermimpi memakan ubat alamatnya anda akan berada dalam keadaan aman dan sentosa30.Sekiranya bermimpi diri anda telah sembuh dari demam, menandakan cita-cita anda akan berjaya.
31.Jika bermimpi muka anda merah atau hitam menandakan anda akan mendapat bahaya.
32.Jika bermimpi gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati.
33.Jika bermimpi diri anda dipukul orang atau mengalami perdarahan menandakan anda akan kehilangan harta.
34.Jika bermimpi dimarahi guru, menandakan anda akan dimurkai oleh orang-orang besar.
35.Jika bermimpi rumah anda atau rumah orang lain runtuh alamatnya anda akan difitnah.
36.Jika bermimpi naik ke rumah besar atau mahligai yang indah anda akan memperoleh kebesaran di dunia dan akhirat.
37.Jika bermimpi membuat rumah atau dinding alamatnya anda akan memperolehi kekayaan dan selamat dalam kerjaya anda.
38.Jika bermimpi melihat rumah yang tinggi menandakan anda akan berkawan dengan orang jahat
39.Bermimpi tangga rumah patah menandakan anda akan dikhianati
40.Sekiranya di dalam mimpi anda anda berwudhuk alamatnya pekerjaan anda akan
sempurna
41.Jika bermimpi tidak boleh berenang atau sesak nafas yang teramat sangat menandakan anda akan memperoleh harta atau ilmu
42.Sekiranya anda bermimpi berjalan atau berlayar ke sesuatu tempat yang jauh menandakan anda akan dipermuliakan orang
43.Bermimpikan ayam sabung menyambung menandakan anak lelaki anda akan berkawan dengan orang baik 44.Jika bermimpi melihat Allah Taala dengan ketiadaan yang menyerupai baginya
dengan sesuatu , segala kehendak akan diperolehnya dan dialah Wali Allah yang
beroleh kebesaran di dunia dan akhirat
45.Sekiranya seseorang bermimpi melihat Rasulullah s.a.w anda akan masuk syurga
46.Jika bermimpi melihat malaikat Jibrail a.s datang kepada anda, anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat
47.Jika di dalam mimpi seseorang itu melihat titian siratulmustaqim, seseorang itu akan mendapat pekerjaan yang baik dan dijauhi daripada kejahatan
48.Sekiranya bermimpi melihat pendita atau fakir, anda akan dikurniakan sesuatu oleh Allah s.a.w
49.Sekiranya bermimpi melihat lelaki lebih ramai daripada perempuan menandakan anda akan mendapat kebajikan
50.Jika bermimpi memegang dakwat atau kalam, alamatnya anda akan memperoleh isteri, ilmu dan harta yang halal
51.Jika bermimpi mata atau tubuh anda bercahaya alamatnya anda akan memperoleh kebajikan dengan sempurna
52.Jika bermimpi mencukur bulu ketiak menandakan anda akan terlepas dari harta yang ditanggung
53.Jika bermimpi berjumpa dengan orang alim alamatnya anda akan menjadi penghulu besar
54.Jika bermimpi memotong rambut menandakan anda akan bercerai dengan isteri
55.Bermimpi membuang darah menandakan anda akan sembuh dari penyakit
56.Jika bermimpi paras anda mempunyai perempuan alamatnya anda akan memperoleh harta atau anak
57.Jika bermimpi diri anda mati menandakan anda akan panjang umur tetapi jika bermimpi mati hidup semula alamatnya kehendak anda akan diperoleh
58.Sekiranya diri anda bermimpi dibawa ke kubur alamatnya anda akan beroleh kekayaan
59.Jika bermimpi kanak-kanak datang kepada anda menandakan anda akan memperoleh harta yang banyak

Tafsiran mimpi dalam Islam, mimpi berkaitan alam semulajadi dan tanaman


1.Bermimpi mengenai batu-batu halus alamatnya anda akan terlepas dari kedukaan
2.Bermimpi makan tanah liat anda akan mendapat harta
3.Seseorang yang bermimpi emas yang banyak di dalam rumahnya alamatnya
anda akan menjelaskan segala hutang piutang.
4.Jika anda bermimpi hujan turun dengan lebat, anda akan mendapat rezeki berlipat kali ganda dan memperoleh rezeki yang halal.
5.Jika bermimpi bintang jatuh ke riba atau jatuh ke atas rumah menandakan anda akan memperoleh kejayaan dan dikurniakan anak yang baik.
6.Sekiranya bermimpi naik ke atas angin dan tetap di sana anda akan menjadi raja.
7.Sekiranya anda bermimpi melihat matahari dan bulan, bulan turun ke riba atau masuk ke lengan baju, anda akan memperolehi kejayaan di dunia.Sebaliknya jika melihat matahari terbelah dua atau hitam warnanya menandakan raja di negeri itu mati atau negeri itu akan mendapat huru-hara.
8.Jika bermimpi mendengar halilintar atau guruh petir menandakan sesuatu yang tidak baik akan berlaku.
9.Jika bermimpi tebu anda akan dimurahkan rezeki sebaliknya
10.jika bermimpi menanam sesuatu tanaman kemudian tanaman itu tumbuh menandakan anda akan memperoleh untung yang banyak
11.Bermimpi pohon gandum,padi atau kacang hidup dengan subur manandakan anda akan memperoleh rahmat allah, sebaliknya jika bermimpi menanam tanaman yang masam anda akan berduka-cita.
12.Jika bermimpi menanam kapas anda akan mendapat untung
13.Bermimpi air sungai mengalir dengan tenang menandakan anda akan terlepas dari bahaya.
14.Jika bermimpi air sungai kering anda akan memperoleh kesakitan
15.Jika anda bermimpi mandi dalam sungai menandakan anda akan beroleh rahmat
16.Jika bermimpi menyelam dalam sungai yang airnya sejuk alamatnya anda akan
beroleh nikmat di dunia dan akhirat
17.Jika bermimpi air laut menjadi tawar atau manis anda akan memperoleh harta atau dijauhi dari sebarang bahaya.
18.Jika anda bermimpi air terlalu panas menandakan anda akan berduka cita.
19.Jika bermimpi makan buah timun alamatnya anda akan mendapat kebajikan atau berjumpa dengan orang yang mahir dalam ilmu pengetahuan
20.Bermimpi mengenai buah delima manis anda akan memperoleh kebajikan dan keuntungan dalam perniagaan
21.Bermimpi makan api memberi alamat beroleh isteri yang bijaksana
22.Bermimpi tentang emas,perak atau timah menandakan kerja yang dilakukan tidak mendapat sebarang keuntungan
23.Bermimpi emas bertahtakan permata anda akan mendapat kekayaan

Tafsiran mimpi dalam Islam, mimpi berkaitan dengan haiwan


1.Jika bermimpi melihat kambing yang terlalu banyak menandakan pekerjaan anda akan memperoleh rezeki yang halal.
2.Sekiranya bermimpi naiki kuda atau unta, anda akan memperoleh kemuliaan dan kebajikan serta cita-cita anda akan dimakbulkan Allah.
3.Bermimpi naik gajah anda akan dipermuliakan orang dengan kebesaran.
4.Jika bermimpi membunuh gajah anda akan dihormati dan memperoleh kebahagian di dunia dan akhirat.
5.Jika bermimpi melihat gajah berjuang alamatnya orang-orang besar akan berkelahi sesama sendiri.
6.Jika bermimpi harimau datang kepada anda alamatnya anda akan memperoleh kehinaan
7.Jika bermimpi melihat babi atau anaknya menandakan orang itu melakukan pekerjaan terkutuk. Sebaliknya jika bermimpi membunuh babi atau tikus anda akan menunaikan haji atau memperoleh pahala haji.
8.Jika bermimpi pelanduk atau kijang datang kepada anda alamatnya anda akan memperolehi isteri yang jahat.
9.Jika bermimpi lebah bersarang dalam telaga atau sarangnya jatuh dalam telaga menandakan anda akan dipermuliakan orang

Nuffnang Ads
10.Sekiranya bermimpi anda ditangkap harimau, alamatnya anda akan diperdayakan orang
11.Bermimpi memandikan binatang menandakan seseorang itu akan sakit atau mendapat kebinasaan atau kehilangan sesuatu
12.Jika bermimpi melihat terlalu banyak ayam di bawah rumah anda atau di dalam kampung anda akan beroleh orang gaji atau hamba yang baik
13.Jika bermimpi bermain telor ayam menandakan anda akan berkawan dengan orang-orang jahat
14.Jika anda bermimpi bermain dengan burung hantu di rumah atau berhampiran dengan rumah anda  menandakan ahli keluarga anda akan meninggal dunia
15.Sekiranya anda bermimpi burung merak datang kepada anda lalu anda tangkapnya menandakan anda akan memperoleh kekayaan atau mendapat anak lelaki
16.Jika bermimpi lebah, lalat atau nyamuk terlalu banyak alamatnya orang ramai akan berhijrah ke tempat anda
17.Jika bermimpi burung terbang ke rumah anda kemudian terbang ke rumah orang lain menandakan anda akan berduka cita
18.Bermimpi burung putih datang ke rumah menandakan anda akan memperoleh isteri yang budiman atau mendapat rezeki

19.Jika bermimpi menunggang naga menandakan semua kehendak diperoleh
20.Jika bermimpi dililit ular seluruh badan menandakan sesuatu yang buruk akan berlaku
21.Bermimpi kutu atau hama melekat di badan atau pakaian menandakan anda akan mendapat bencana
22.Bermimpi disengat binatang bisa menandakan anda akan mendapat kecelakaan
23.Jika bermimpi dipatuk ular seseorang itu akan mendapat suami atau isteri
24.Bermimpi makan telor ayam, pisang atau minyak alamatnya akan memperoleh keuntungan
25.Bermimpi memukat ikan alamatnya anda akan menjadi kaya atau mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda
26.Bermimpi mencari burung alamatnya anda akan mendapat keuntungan dan dimurahkan rezeki 27.Bermimpi mendapat terlalu banyak najis menandakan anda akan kekurangan harta
28.Bermimpi mengenai najis besar menandakan anda akan mendapat kerugian
29.Jika bermimpi makan tahi alamatnya anda akan memperoleh harta yang halal dan akan sembuh dari penyakit
30.Jika bermimpi mencium bau kasturi atau anbar alamat orang itu akan sakit Bermimpi tubuh anda direnjis air mawar menandakan anda akan mendapat harta kekayaan yang halal

p/s: Sebahagian dari mimpi yang kita alami mungkin adalah mainan tidur(gangguan syaitan). Bergantung kepada waktu kita tidur dan kebiasaanya 
mimpi yang benar selalu berlaku apabila keadaan kita tidur dengan nyenyak terutama 1 jam selepas lena tidur sehingga sebelum waktu subuh. Setiap perkara yang berlaku, berserahlah kepada Qada dan Qadar kerana Allah SWT lah yang maha mengetahui.
 Sumber | hotreload2u.blogspot.com
 http://www.terbaik.my
 USTAZ JALALUDDIN ZAINUDIN





Mengapa Hawa Tercipta Saat Adam Tertidur

Nadzirah Ibrahim
Dikatakan bahawa seorang lelaki jika kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya.

Seandainya Hawa diciptakan dari Adam ‘alaihissalam saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia akan membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa.
1
2

Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, dia melihat kematian ada dihadapannya, akan tetapi semakin bertambah sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkannya, bahkan dia akan menebusnya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu (jantung, hati nurani).

Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Oleh karena itu Hawa diciptakan dari tempat yang nantinya akan berinteraksi dengannya. Sementara Adam diciptakan dari tanah, kerana dia akan berinteraksi dengan tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu.

Adapun seorang wanita, maka akan berinteraksi dengan perasaan, dengan hati. Dia akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang isteri yang penurut.

Kedokteran modern telah menetapkan bahawa seandainya bukan kerana tulang rusuk tersebut pastilah pukulan yang paling ringan yang diberikan kepada jantung akan menyebabkannya rosak dan menuju kepada kematian. Maka Allah menciptakan tulang rusuk tersebut untuk menjaga qalbu. Kemudian Dia menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Oleh kerana itu, wajib bagi Hawa untuk berbangga kerana dia diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok!!

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, sebagaimana yang dikabarkan oleh Nabi saw, jika seorang laki-laki berusaha meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.

Yang dimaksud dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.

Maka wahai Adam, janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu.






MEROKOK?????


OLEH Nadzirah Ibrahim

Ramadhan mendidik supaya menahan diri daripada segala bentuk kemungkaran, harapan itu sepatutnya dapat diteruskan hingga ke bulan seterusnya. Jika kita berjaya tidak merokok pada bulan ramadhan, bermakna kita juga mampu melakukan perkara sama di bulan yang lain. Semua pada diri...jika berbicara soal hukum hakam merokok, rasanya pasti semua sudah sedia maklum merokok adalah haram. Tetapi kesedaran belum terbit dari hati...perokok dan jualan rokok bertambah setiap tahun.

Justeru, saranan akhir berhentilah membunuh diri anda dan berhentilah daripada membakar wang sesuka hati sekalipun anda seorang jutawan blog...simpan duit untuk zakat fitrah serta memperbanyakkan sedekah jariah =)

PUTRAJAYA: Kajian mendapati 95 peratus daripada perokok beragama Islam menyatakan lebih mudah untuk berhenti merokok dalam bulan Ramadan. Ketua Pengarah Kesihatan, Dato Sri Dr Hasan Abdul Rahman berkata, berpuasa 14 jam sehari secara tidak langsung membantu perokok untuk lebih mudah berhenti kerana sepanjang tempoh itu mereka berupaya mengawal diri daripada merokok. Justeru itu, Kementerian Kesihatan setiap tahun mempergiatkan kempen berhenti merokok menerusi program Nafas Baru Bermula Ramadan dengan slogan 'Ramadan titik permulaan untuk berhenti merokok'.(sumber)
 
1
2
 








FACEBOOK VS TARAWIH

Fikir Amal

Kelebihan Tarawih

(Petunjuk dari Al-Quran)
Allah s.w.t. memuji terhadap sahabat-sahabat Baginda Rasulullah s.a.w. yang bersungguh-sungguh dalam menghidupkan malam (khususnya malam-malam bulan Ramadhan):
 "Mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam, Dan pada akhir-akhir malam mereka memohon ampun (kepada Allah s.w.t.)." (Maksud ayat 17-18 Surah al-Zariyat)

(Petunjuk dari Rasulullah s.a.w)
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa beribadat pada malam-malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan akan pahala daripada Allah (s.w.t.), nescaya dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni oleh Allah (s.w.t.)." (Riwayat al-Bukhari)

"Kelebihan Facebook"

Tiada Jaminan keampunan dan pahala dari ALLAH s.w.t walaupun online pada malam-malam hari di bulan ramadhan.
Tiada galakan dan kelebihan yang dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w jika kita online pada malam-malam hari di bulan ramadhan.

p/s:Jadi sahabat-sahabatku sekalian lakukanlah "pengorbanan" sedikit dengan meninggalkan waktu "BerFacebook" sebentar di malam-malam hari pada bulan Ramadhan, kerana Fadhilat solat Tarawih itu sangat besar dan amat disenangi oleh Allah swt terhadap hamba-hamba-Nya yang istiqomah mengerjakannya dengan penuh keimanan dan mengharapkan akan pahala dari-Nya.

"Telah datang bulan Ramadhan yang penuh berkat kepadamu. Dengannya, Allah s.w.t. melimpahkan rahmat-Nya, mengampunkan dosa dan mengabulkan doa. Pada bulan itu Allah s.w.t. melihat perlumbaan dalam mengerjakan ibadah dan membangga-banggakan kamu dihadapan para malaikat. Oleh kerana itu, tunjukkanlah kepada-Nya kebaikan-kebaikan dirimu. Maka sesungguhnya orang-orang yang celaka adalah mereka yang tidak mendapatkan rahmat Allah Azza wa Jalla pada bulan Ramadhan." (Riwayat al-Nasai)

Wallah hu a'lam.
 

Monday, July 30, 2012






MARI KITA NAIK PESAWAT "RAMADHAN AIR"


Sila klik LINK di bawah & selepas itu sila pilih dialog box "open with" untuk mendengarnya:-


SELAMAT TERBANG DENGAN PESAWAT "RAMADHAN AIR"  


KLIK LINK INI

http://mail.aol.com/36786-111/aol-6/en-us/mail/get-attachment.aspx?uid=29921581&folder=Inbox&partId=1&saveAs=VN-20120721-WA000.amr







Bahayanya penyebar berita palsu (fitnah)

 

Dalam kehidupan sehari-hari, kita sering mendengar berita yang tidak jelas asal-usulnya. Kadang kadang isu kecil di perbesarkan dalam berita yang di edarkan atau sebaliknya. Kadang kadang berita itu berkait dengan kehormatan seseorang muslim. Bagaimanakah sikap kita terhadap berita yang belum tahu kebenarannya dan bersumber dari orang yang belum kita ketahui kejujurannya?

Dalam naskah berikut ini, penulis menjelaskan kepada kita, bagaimana seharusnya sikap seorang muslim terhadap berita-berita yang belum jelas kebenarannya itu.
Allah berfirman, maksudnya:-

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6].



Dalam ayat ini, Allah melarang hamba-hambanya yang beriman percaya kepada berita angin. Allah menyuruh kaum mukminin memastikan kebenaran berita yang sampai kepada mereka. Tidak semua berita itu benar, dan juga tidak semua berita yang disampaikan ada faktanya. Ingatlah, musuh-musuh kamu senantiasa mencari kesempatan untuk menjatuhkan kamu. Maka wajib atas kamu untuk selalu berwaspada, hingga kamu boleh kenal pasti orang yang hendak menyebarkan berita yang tidak benar.


Allah berfirman, maksudnya:-

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti”



Maksudnya, janganlah kamu menerima (begitu saja) berita dari orang fasik, sebelum kamu periksa, teliti dan mendapatkan bukti kebenaran nya.

(Dalam ayat ini) Allah memberitahu, bahwa orang-orang fasik itu pada dasarnya (jika berbicara) dia dusta, akan tetapi kadang kala ia juga benar. Karena, berita yang disampaikan tidak boleh diterima dan juga tidak ditolak begitu saja, kecuali setelah diteliti. Jika benar sesuai dengan bukti, maka diterima dan jika tidak, maka ditolak.

Kemudian Allah menyebutkan illat (sebab) perintah untuk meneliti dan larangan untuk mempercayai berita-berita tersebut. Allah berfirman.

“Agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya”.


Kemudian nampak bagi kamu kesalahanmu dan kebersihan mereka.


“Yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu” [Al Hujurat : 6]


Terutama jika berita tersebut boleh menyebabkan punggungmu kena rotan. Maksudnya isu yang kamu bicarakan boleh mengkibatkan kamu kena hukum had, seperti qadzaf (menuduh) dan yang sejenisnya.

Sesungguhnya semua kaum muslimin perlu menghayati ayat ini, untuk di baca dan renungi, lalu beradab dengan adab yang ada padanya. Betapa banyak fitnah yang terjadi akibat berita bohong yang disebarkan orang fasiq yang jahat! Betapa banyak darah yang tertumpah, jiwa yang terbunuh, harta yang terampas, kehormatan yang terkoyak, akibat berita yang tidak benar! Berita yang dibuat oleh para musuh Islam. Dengan berita itu, mereka hendak menghancurkan persatuan umat Islam, dengan menyemarakkan dan mengobarkan api permusuhan diantara umat Islam.

Betapa banyak dua saudara, berpisah disebabkan berita bohong! Betapa banyak suami-isteri berpisah karena berita yang tidak benar! Betapa banyak bangsa bangsa, dan kumpulan kumpulan, parti parti,jemaah jemaah dan negara negara saling memerangi, karena tertipu dengan berita bohong!

Allah Azza wa Jalla Yang Maha Lembut dan Maha Mengetahui, telah meletakkan satu kaedah bagi umat ini untuk memelihara mereka dari perpecahan, dan membentengi mereka dari pertikaian, juga untuk memelihara mereka dari api fitnah.

Tetapi sayang tidak ada satu pun masyarakat muslim yang bebas dari orang-orang munafiq yang memendam kedengkian. Mereka tidak senang melihat kaum muslimin berbaik baik menjadi masyarakat yang bersatu dan bersaudara.

Wajib atas kaum muslimin untuk berhati hati dan berwaspada dengan musuh-musuh mereka. Dan hendaklah kaum muslimin mengetahui, bahwa para musuh mereka tidak pernah tidur (tidak pernah berhenti) merancang tipu daya terhadap kaum muslimin. Maka wajiblah atas mereka untuk senantiasa waspada, sehingga boleh mengetahui sumber kebencian, dan bagaimana rasa saling permusuhan dikobarkan oleh para musuh.

Sesungguhnya keberadaan orang-orang munafiq di tengah kaum muslimin dapat menimbulkan bahaya yang sangat besar. Akan tetapi yang lebih berbahaya, ialah keberadaan orang-orang mukmin berhati baik yang selalu menerima berita yang dibawakan orang-orang munafiq. Mereka membuka telinga lebar-lebar mendengarkan semua ucapan orang munafiq, lalu mereka berkata dan bertindak sesuai dengan berita itu. Mereka tidak peduli dengan bencana yang bakal menimpa kaum muslimin akibat percaya kepada orang munafiq.

Al Qur’an telah mencatatkan buat kita satu bencana yang pernah menimpa kaum muslimin, akibat dari sebagian kaum muslimin yang mengikuti orang-orang munafiq yang dengki, sehingga boleh mengambil pelajaran dari pengalaman orang-orang sebelum kita.

Bacalah Surat An Nur dan renungilah ayat-ayat penuh barakah yang Allah ucapkan tentang kebersihan Ummul Mukminin ‘Aisyah x dari tuduhan kaum munafiq. Kemudian sebagian kaum muslimin yang jujur terikut ikut menuduh tanpa meneliti bukti-buktinya. Allah berfirman.

“Sesungguhnya orang-orang yang membawa ifki adalah dari golongan kamu juga.Janganlah kamu kira berita bohong itu buruk bagi kamu, bahkan ia adalah baik bagi kamu.Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya, dan barangsiapa diantara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu, baginya adzab yang besar”. [An Nur : 11].


Ifki maksudnya ialah berita bohong. Dan ini merupakan kebohongan yang paling jelek.

“Janganlah kamu kira berita bohong itu buruk bagi kamu, bahkan ia adalah baik bagi kamu”. [An Nur : 11].


Tidak semua perkara-perkara itu boleh dinilai hanya melalui zahirnya saja. Karena terkadang kebaikan atau nikmat itu datang dalam satu bentuk yang kelihatannya menyusahkan. Diantara kebaikan (yang dijanjikan Allah buat keluarga Abu Bakar), ialah Allah menyebut mereka di malail a’la. Dan Allah menurunkan beberapa ayat yang boleh dibaca mengenai keadaan (keluarga Abu Bakar Radhiyallahu ‘anhu).

Dengan turunnya ayat ini, maka hilanglah mendung dan tersingkaplah kegelapan itu. Lenyap sudah gunung kepedihan yang berlegar dalam kalbu Ummul Mukminin ‘Aisyah Radhiyallahu ‘anha, suaminya, yaitu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan ayahandanya. Sebagaimana juga hilangnya kepedihan si penuduh, iaitu seorang shahabat yang jujur Shafwan bin Mu’atthil.

Kemudian ayat selanjutnya mengajarkan kepada kaum mukminin, bagaimana menyikapi berita. Allah berfirman.

“Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu, orang-orang mu’minin dan mu’minat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata:”Ini adalah suatu berita bohong yang nyata.” [An Nur : 12].

Wahai kaum msulimin, inilah langkah pertama yang harus engkau lakukan, jika ada berita buruk tentang saudaramu, yaitu berhusnuhan (berperasangka baik) kepada dirimu. Jika engkau sudah husnuzhan kepada dirimu, maka selanjutnya kamu wajib husnuzhan kepada saudaramu dan (menyakini) kebersihannya dari cela yang disampaikan. Dan engkau katakan,

“Maha Suci Engkau (Allah) , ini merupakan kedustaan yang besar”. [An Nur : 16].

Inilah yang dilakukan oleh sebagian shahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, ketika sampai berita kepada mereka tentang Ummul Mukminin.

Diceritakan dari Abu Ayyub, bahwa istrinya berkata,”Wahai Abu Ayyub, tidakkah engkau dengar apa yang dikatakan banyak orang tentang Aisyah?” Abu Ayyub menjawab,”Ya. Itu adalah berita bohong. Apakah engkau melakukan perbuatan itu (zina), hai Ummu Ayyub? Ummu Ayyub menjawab,”Tidak. Demi Allah, saya tidak melakukan perbuatan itu.” Abu Ayyub berkata,”Demi Allah, A’isyah itu lebih baik dibanding kamu.”

Kemudian Allah berfirman.

“Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu. Oleh karena mereka tidak mendatangkan saksi-saksi, maka mereka itulah pada sisi Allah orang-orang yang dusta”. [An Nur : 13].

Inilah langkah yang kedua, jika ada berita tentang saudaranya. Langkah pertama, mencari dalil yang bersifat batin, maksudnya berhusnuzhan kepada saudaranya.

Langkah kedua mencari bukti nyata.

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti”. [Al Hujurat : 6].

Maksudnya mintalah bukti kebenaran suatu berita dari si pembawa berita. Jika ia boleh mendatangkan buktinya, maka terimalah. Jika ia tidak boleh membuktikan, maka tolaklah berita itu di depannya; karena ia seorang pendusta. Dan cegahlah masyarakat agar tidak menyampaikan berita bohong yang tidak ada dasarnya sama sekali. Dengan demikian, berita itu akan mati dan terkubur di dalam dada pembawanya ketika kehilangan orang-orang yang mau mengambil dan menerimanya.

Seperti inilah Al Qur’an mendidik umatnya. Namun sayang sekali , banyak kaum muslimin yang tidak konsisten dengan pendidikan ini. Sehingga jika ada seorang munafik yang menyebarkan berita bohong, maka berita itu akan segera disebarkan di masyarakat samada melalui percakapan atau melalui media termasuk melalui internet tanpa periksa dan meniliti kebenarannya. Dalam hal ini Allah berfirman.

“(Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut”.[An Nur : 15].


Pada dasarnya ucapan itu diterima dengan telinga, bukan dengan lisan. Akan tetapi Allah ungkapkan tentang cepatnya berita itu tersebar di tengah masyarakat. Seakan-akan kata-kata itu keluar dari mulut ke mulut tanpa melalui telinga, dilanjutkan ke hati yang memikirkan apa yang didengar, selanjutnya memutuskan boleh atau tidak berita itu disebar luaskan.

“Kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja.Padahal dia pada sisi Allah adalah besar”. [An Nur : 15].

Allah mendidik kaum mukminin dengan adab ini. Mengajarkan kepada mereka cara menghadapi berita serta cara membanterasnya, sehingga tidak tersebar di masyarakat. Setelah itu Allah mengingatkan kaum mukminin, agar tidak membicarakan sesuatu yang tidak mereka ketahui. Allah juga mengingatkan mereka, agar tidak menyertai bantu para pendusta penyebar berita bohong. Allah berfirman.

“Allah memperingatkan kamu agar (jangan) kembali memperbuat yang seperti itu selama-lamanya, jika kamu orang-orang yang beriman”. [An Nur : 17].

Kemudian Allah menjelaskan, membantu para pendusta bererti mengikuti langkah-langkah syaitan. Allah berfirman.

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syetan. Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syetan, maka sesungguhnya syetan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar”. [An Nur : 21].


Dalam ayat selanjutnya Allah menerangkan, lisan dan semua anggota badan lainnya akan memberikan kesaksian atas seorang hamba pada hari kiamat. Allah berfirman.

“Sesungguhnya orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik, yang lengah lagi beriman (berbuat zina), mereka kena la’nat di dunia dan akhirat, dan bagi mereka adzab yang besar, pada hari (ketika) lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. Pada hari itu, Allah akan memberi mereka balasan yang setimpal menurut semestinya, dan tahulah mereka, bahwa Allah-lah Yang Benar, lagi Yang menjelaskan (segala sesuatu menurut hakikat yang sebenarnya)”. [An Nur 23-25].


Wahai para penyebar berita palsu (fitnah)! Wahai para pendusta! Hai orang yang tidak senang melihat orang mukmin saling berbaik baik sehingga dipisahkan! Hai orang yang tidak suka melihat kaum mukmin aman! Hai para pencari aib orang yang baik! Tahanlah lidahmu, karena sesungguhnya kamu akan diminta pertanggungjawaban kata-kata yang engkau ucapkan. Allah berfirman.

“Tiada suatu ucapanpun yang diucapkan, melainkan ada di dekatnya Malaikat pengawas yang selalu hadir”. [Qaf : 18].

Tahanlah lidahmu! Jauhilah perbuatan bohong dan janganlah menyebar fitnah! Janganlah menuduh kaum muslimin tanpa bukti, dan janganlah berburuk sangka kepada mereka! Seakan-akan aku dengan engkau, wahai saudaraku, berada pada hari kiamat; hari kerugian dan hari penyesalan. Sementara para seterumu merebutmu. Yang ini mengatakan “engkau telah menzalimiku”, yang lain mengatakan “engkau telah menfitnahku”, yang lain lagi mengatakan, “engkau telah mengaibkanku”. Sementara engkau tidak mampu menghadapi mereka. Engkau mengharap kepada Rabb-mu agar menyelamatkanmu dari mereka, namun tiba-tiba engkau mendengar.

Pada hari ini tiap-tiap jiwa diberi balasan dengan apa yang diusahakannya. Tidak ada yang dirugikan pada hari ini. Sesungguhnya Allah amat cepat hisabnya”. [Al Mukmin : 17].

Lalu engkaupun menjadi yakin dengan neraka. Engkau ingat firman Allah.

“Dan janganlah sekali-kali kamu (Muhammad) mengira, bahwa Allah lalai dari apa yang diperbuat oleh orang-orang yang dzalim. Sesungguhnya Allah memberi tangguh kepada mereka sampai hari yang pada waktu itu mata (mereka) terbelalak” [Ibrahim : 42].

Kita berlindung kepada Allah dari kehinaan. Dan semoga Allah memberikan taufik dan hidayahNya.


Oleh
DR Abdul Azhim Al Badawi
[Diterjemahkan dari majalah Al Ashalah, edisi 34 tahun ke VI]