Kerja Bukan Sekadar Mencari Rezeki - Ustaz Kazim Elias Siri 1 hingga 7
Islam tidak mengetepikan persoalan mengumpul harta kerana ia adalah sumber kehidupan. Justeru, ada manusia tidak berhenti memikirkan apa yang bakal mereka peroleh hari ini, esok dan waktu mendatang. Kehendak ini pasti tidak dapat dielakkan kerana ia termasuk daripada sifat semula jadi manusia yang cinta dan sayangkan harta. Jika tidak, masakan Allah berfirman yang bermaksud: "Harta benda dan anak pinak itu ialah perhiasan hidup di dunia." (Surah al-Kahfi, ayat 46) Melihat kepentingan pemilikan harta, Allah berfirman yang bermaksud: "Kemudian selepas selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah." (Surah al-Jumuah, ayat 10). Harta dalam konteks Islam bukan sekadar dalam bentuk wang, malah anak, isteri, binatang ternakan, hasil tanaman termasuk kategori harta. Dalam usaha mengumpul harta, Allah menyeru supaya memperolehnya daripa...