Posts

Showing posts with the label IBU BAPA
Image
Tidak Boleh Membenci Dan Memutuskan Hubungan Dengan Ibubapa   Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:Janganlah kalian membenci ayah kalian. Sesiapa yang membenci ayahnya maka dia kufur.[1] Pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, antara tindakan seorang anak dalam rangka menunjukkan kebencian kepada ayahnya ialah memutuskan nasab dengan ayahnya yang asal, atau menghubungkan nasabnya kepada orang lain. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengingatkan tentang hal ini:Sesiapa yang mengakui nasabnya kepada selain ayahnya padahal dia mengetahui bahawa itu bukan ayahnya, maka syurga diharamkan ke atasnya.[2] Pada masa kini, kebencian seorang anak kepada ayahnya dibuktikan melalui pelbagai cara, tanpa sekadar mengubah nasab. Ada yang menengking ayahnya, ada yang melarikan diri dan ada yang mengisytihar memutuskan hubungan dengan ayahnya. Semua ini dilakukan atas sebab-sebab remeh, antara yang paling lazim ialah berbeza pilihan kekasih....
Image
Doa Ibubapa Pasti Dikabulkan. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah menegaskan:Tiga jenis doa yang pasti akan dikabul, tanpa diragui lagi: doa orang yang dizalimi, doa orang yang sedang dalam perjalanan (musafir) dan doa orang tua ke atas anaknya.[1] Berdasarkan hadis di atas, maka beruntunglah kita jika ibubapa dalam keadaan redha dan mendoakan kebaikan kepada kita. Pada waktu yang sama rugilah kita jika ibubapa dalam keadaan murka sehingga mereka tidak berdoa apa-apa atau mendoakan sesuatu keburukan kepada kita. Sebelum ini kita sama-sama telah membaca kisah seorang ahli ibadah yang bernama Juraij. Beliau asyik beribadah dalam biara yang didirikan khas sehingga tidak mengendahkan panggilan ibunya. Akhirnya ibu tersebut mendoakan Juraij: “Ya Allah! Janganlah Engkau matikan Juraij melainkan setelah dia melihat wajah-wajah pelacur!” Akhirnya Juraij dan peribadatannya terganggu kerana dia difitnah oleh seorang pelacur. Demikian ringkasan sebuah hadis yang...
Image
IBU BAPA BUKAN LIABILITI Photo 1 of 1   Back to Album · -Tok's Photos · -Tok's Profile Click on people's faces in the photo to tag them. -Tok will be asked to approve all tags before others can see them. Ini cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah kisahnya... Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak.... " Ada duit? Minta ayah sedikit.." Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak banyak meragam. "Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar ditembak ...