Posts

Showing posts with the label nyawa
FATWA Membahas Nyawa Pengarang Dato’ Said Alwie b. Tahir al-Hadad Rujukan Jawatankuasa Lujnah Fatwa, Jabatan Mufti Negeri Johor Nota Tarikh Diisu : 1936-1961 Soalan: 1. Adakah boleh kita bahas tentang perkara nyawa? 2. Adakah boleh kita katakan nyawa itu “Jauhar Fard”? 3. Adakah boleh kita katakan cahaya matahari atau bulan atau cahaya lampu itu jirim? Jawapan: (1 dan 2) masalah ini setengah daripada masalah yang berselisih pendapat ulama’ di dalamnya. Setengah berkata ditegah membahas hal keadaan nyawa. Qaul ini diriwayatkan daripada Affath al-Janid al-Sufi, al-Suyuti dan lain-lainnya. Setengah ulama’ yang lain pula berkata harus dibahas maka mereka telah bercakap dan membahas akan hakikatnya hingga berkata al-Nawawi (pengenalan atau hakikat nyawa yang lebih asah itu ialah perkataan Haramain iaitu (nyawa itu) ialah jisim yang halus yang bercampur dengan jisim-jisim yang kasar seperti bercampur air dengan batang-batang kayu yang hijau, sesungguhnya Imam Haramain telah men...