Kesempurnaan Solat
Kesempurnaan Solat Bismillallahirrahmanirrahim Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada ruang kali ini, saya akn mengupas topik solat. Meskipun amalan tersebut sudah begitu sinonim dengan kita namun barangkali ada beberapa perkara lagi yang perlu diber perhatian. Semoga ia dapat memberi manfaat dan pengajaran kepada saya dan para pembaca amnya. Salam aidilfitri. Pendahuluan Solat ataupun sembahyang merupakan ibadah yang asasi kepada umat Islam. Ketentuan solat telah termaktub sebagai rukun Islam. Pensyari`atan ibadah ini adalah satu yang istimewa berbanding dengan ibadah lain seperti puasa, zakat, haji dan lain-lain lagi. Ini kerana, ibadah solat ini diterima secara langsung oleh Nabi Muhammad S.A.W daripada Allah S.W.T di langit pada peristiwa agung iaitu isra’ dan mi`raj. Justeru itu, ibadah ini adalah satu anugerah daripada Allah S.W.T kepada makhlukNya yang bernama manusia untuk dilaksanakan sebagai perintah wajib secara qatie sebagai tand...