- SELAMAT MELAYARI BLOG INI SEMOGA KITA MEMPEROLEHI MANFAATNYA DAN HARAP DISEBARLUASKAN KEPADA PEMBACA YANG LAIN PULA BERSESUAIAN DENGAN SABDA RASULULLAH S.A.W "SAMPAIKAN DARIPADAKU WALAUPUN DENGAN SATU AYAT"

Tuesday, July 22, 2014










 
 

Tragedi MH17: Russia Bentang Bukti Data dan Imej Satelit Hari Kejadian



Pihak Russia hari ini telah hadir membuat satu pembentangan intensif berkenaan tragedi pesawat MAS MH17 respon kepada tuduhan yang dilemparkan oleh banyak pihak terutamanya pihak barat dan sekutunya termasuk pihak berkuasa Ukraine sendiri.

Ikuti video dan sipnosis(kredit Cz Fab) pembentangan tersebut dibawah :-



Masak lah Ukraine dan sekutunya US! Russia dah sangkal dan keluarkan bbrp bukti. Bagi yang tak tgk video, boleh tgk ulasan yang saya buat menerusi gambar video. Habis telanjang Ukraine. Jadi benarlah laporan dari twitter "spainbuca" yg telah di delete oleh pihak twitter bahawa mmg terdapat jet fighter yg mengekori MH17. Maruah Malaysia skrg dah jadi kambing, kita semua kambing, sbb negara telah dikambinghitam utk kepentingan kuasa2 besar.

Semua aset yg ditunjukkan dlm gambar2 ni adalah milik Ukraine.

Gambar 1:
1. Menunjukkan MH17 membuat lencongan sebelum hilang dari radar Russia.
2. Russia tidak pasti arahan dari siapa samada dari Ukrainian traffic controller atau pihak lain.
3. Pada tarikh tersebut, Russia mengesan bbrp buah BUK M-1 kepunyaan Ukraine berdekatan tempat kejadian.
4. BUK M-1 boleh menembak sejauh 35km (> 110,000 kaki) dan sehingga altitud 25 km (> 82,000 kaki).
5. Russia mempertikai kenapa Ukraine meletakkan sejumlah BUK M-1 di kawasan berdekatan Donetsk walhal di sana memang tidak ada sebarang aktiviti penerbangan dari mana2 pihak tentera.
6. Dari gambar 1 boleh dilihat route yg asal MH17 dan lencongannya.
7. Dari gambar boleh dilihat 3 buah anti aircraft missile (BUK M-1) kepunyaan Ukraine di sekitar laluan MH17.

Gambar 2, 3 dan 4:
1. Gambar satelit diambil pada 14 julai sebaik shj kes kapal kargo AN-26 terhempas.
2. Terdapat self propelled launching system dan 2 system utk loading (Gambar 2).
3. Di kwsn berdekatan terdapat sistem radio iaitu 5km dari kawasan BUK-M1 (Gambar 3).
4. Di utara Donetsk terdapat 4-5 buah air missile system. Anda boleh lihat dgn jelas 60 jenis pelbagai peralatan2 yg ada (Gambar 3).
5. Gambar kwsn sama tapi diambil pada 16 julai, anda boleh lihat sistem launching tidak ada di situ (Gambar 4).
6. Pihak Russia tertanya kenapa Ukraine memiliki BUK-M1?
7. Pihak Russia menegaskan bhw pihak pro-Russian separatist (PRS) tidak memiliki sebarang anti aircraft missile termasuk BUK-M1.

Gambar 5 dan 6:
1. Terletak 5 km dari timur Donetsk.
2. Anda boleh lihat sistem anti aircraft missile.
3. Pihak Russia tertanya kenapa terdapat anti aircraft missile yang terlalu berdekatan dengan kwsn tragedi MH17.
4. Pada 18 Julai kawasan sama, sistem anti aircraft missile hilang dari peta (Gambar 6).

Gambar 7:
1. Radar Ukraine pada 17 Julai beroperasi tahap maksima iaitu 9 buah.
2. Pada 15 Julai, 7 radar beroperasi, 16 Julai pula 8 radar beroperasi dan pada 17 Julai iaitu hari tragedi, sebanyak 9 buah radar beroperasi.
3. Tiba2 pada 18 Julai, radar beroperasi turun hingga 4 buah hingga minima 2 buah radar dan pihak Russia mahu jawapan kenapa ini berlaku.

Gambar 8:
1. Gambar pada 17 Julai.

2. Ada 4 buah kapal iaitu 3 buah kapal komersil dan 1 buah (jumlah tidak diketahui) jet fighter Ukraine.
3. Empat buah kapal komersil adalah MH17, sebuah kapal terbang (Copenhagen-Singapore) dan sebuah lagi Paris ke Taipei.
4. Jet fighter Ukraine tiba2 naik ke ketinggian 10km (33,000 kaki) bersamaan dgn MH17 dan masuk ke laluan yg sama. Jarak jet fighter dgn MH17 adalah 3-4km.
5. Kemungkinan, selain BUK-M1, pihak Russia berkata mungkin misil udara ke udara dari jet fighter Ukraine terlibat. Keupayaan misil tersebut boleh menjangkau 12km dgn jarak jaminan misil sampai pada target iaitu 5km.
6. Russia pertikai kenapa jet fighter Ukraine terbang sama laluan dgn MH17.

Gambar 9:
1. Presentation dari Ketua Panglima Tentera Udara Russia (pangkat depa den tak tau, sori)
2. Gambar menunjukkan dari radar tentera udara Russia.
3. Lebih kurang jarak 51 km dari sempadan Russia, MH17 dikatakan mula mengurangkan kelajuan.
4. Pada kawasan terhempasnya MH17, pihak pegawai air traffic Russia dpt mengesan sebuah lagi kapal terbang tapi sukar dikesan oleh radar tentera kerana kapal tersebut ketiadaan alat pengesan secondary.
5. Kapal terbang tersebut juga dikesan masih berlegar-legar di udara sebaik kejadian berlaku.

Gambar 10:
1. Pihak Russia mengatakan kononnya pihak US mempunyai gambar bukti Russia atau PRS yg melancarkan missile dari BUK tapi sehingga sekarang tidak ada pihak pernah melihat gambar bukti tersebut.
2. Ukraine berkata tidak ada sebarang jet fighter mereka di kawasan kejadian telah disangkal oleh pihak Russia.
3. Pihak Russia menyangkal video youtube yang menunjukkan kononnya kenderaan BUK-M1 melalui sebuah kawasan di Ukraine memasuki sempadan Russia.
4. Terdapat sebuah papan iklan kenderaan dalam video dan tarikh pengiklanan iklan tersebut adalah 15 Mei 2014 dan pada tarikh ini, pihak Ukraine masih menguasai kawasan ini.
5. Jadi sekarang ni, pihak Russia pula yg bertanya pada Ukraine iaitu apakah jenis pelancar tersebut, ke mana ia dihantar dan dari mana asalnya, kenapa ia diisi dengan misil dan bila kali terakhir ia diisi dengan misil?
6. Pihak Russia bertegas tidak pernah beri sebarang anti anticraft missile kpd pihak PRS.

Russia akan menghantar kesemua laporan pada kesatuan Eropah dan Malaysia.

Akhir kata: Terasa seperti di ambang WW3.

p/s: Maaf, ulasan artikel ni remain dalam FB dulu. Kalo nak share, share dlm FB je.

Sekian ulasan video dari,

Cz Fab
-Kelindan Lori cum Office Boy-
http://www.guatv.com/2014/07/tragedi-mh17-russia-bentang-bukti-data.html

Monday, July 21, 2014










Blog Fatwa Malaysia

 

Arkib Blog Semua

Tahun 2013 | 2014









SOLAT TAUBAT




Sumber rujukan: Solat Taubat (Panduan Penjernihan Jiwa)
Muhammad Isa Selamat
ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)
Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)
Syarat-syarat taubat :

  1. Ikhlas ingin bertaubat
  2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
  3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
  4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
  5. Dikerjakan sebelum ajal tiba
Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.
Waktu melaksanakan taubat :
Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.
Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya
Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)
Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.
Cara melaksanakan solat taubat :
Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;

  • Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail
  • Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah)
  • Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),
  • 027alquran3.gif
    Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”
  • Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,
munajat1.jpg
Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.
  • dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,
penghulu.jpg
Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”
  • Kemudian boleh juga berdoa mengikut luahan hati dan munajat masing-masing ke hadhrat Allah.
Untuk pembacaan lanjut tentang taubat — http://nurjeehan.wordpress.com/tag/taubat/
———————————————————–
*Makruh tahrim – Petikan dari “170 Solat-Solat Sunat”, Abd Rahman Mukhlis, Terbitan Jasmin Enterprise, ms 8-9 ;
Fuqaha Syafi’iyah berpendapat bahawa makruh tahrim hukumnya melaksanakan sembahyang sunat tanpa sebab, dan sembahyang itu dipandang tidak sah jika dilakukan dalam lima waktu berikut:
  1. Selepas sembahyang Subuh yang dilaksanakan secara tunai (bukan sembahyang qadha’), hingga matahari menyingsing sepenggalah.
  2. Ketika matahari terbit hingga menyingsing seperti galah.
  3. Selepas melakukan sembahyang Asar yang dilaksanakan secara tunai sekalipun ia dijamak dengan Zuhur pada waktu Zuhur (jamak taqdim).
  4. Ketika matahari berwarna kuning, hingga terbenam seluruhnya.
  5. Ketika matahari benar-benar berada di atas kepala (di tengah-tengah langit) hingga gelincir ke Barat. Kecuali waktu Istiwa’ (matahari berada di tengah-tengah langit pada hari Jumaat.
Bagaimanapun, jika sembahyang yang dilakukan itu ada sebab yang mendahuluinya seperti sembahyang Tahiyyatul Masjid, walaupun khatib sudah berada di atas mimbar, sembahyang Sunat Wuduk dan sembahyang Sunat Tawaf sebanyak dua rakaat.
Begitu juga sembahyang yang mempunyai waktu terkait (muqayyad), seperti sembahyang Istisqa’ dan sembahyang Gerhana Matahari. Maka hukumnya adalah sah tanpa dimakruhkan, sebab ia terkait dengan turunnya hujan dan terhalangnya cahaya matahari.
Adapun melaksanakan sembahyang sunat ketika bilal qamat adalah makruh tanzih, kecuali ketika qamat sembahyang Jumaat. Sembahyang sunat yang dilakukan ketika bilal sudah qamat pada sembahyang Jumaat adalah haram hukumnya.
 TAUBAT NASUHA

Taubat adalah kembali kepada Allah setelah melakukan maksiat. Taubat marupakan rahmat Allah yang diberikan kepada hamba-Nya agar mereka dapat kembali kepada-Nya. Agama Islam tidak memandang manusia bagaikan malaikat tanpa kesalahan dan dosa sebagaimana Islam tidak membiarkan manusia berputus asa dari ampunan Allah, betapa pun dosa yang telah diperbuat manusia. Bahkan Nabi Muhammad telah membenarkan hal ini dalam sebuah sabdanya yang berbunyi: “Setiap anak Adam pernah berbuat kesalahan/dosa dan sebaik-baik orang yang berbuat dosa adalah mereka yang bertaubat (dari kesalahan tersebut).”
Di antara kita pernah berbuat kesalahan terhadap diri sendiri sebagaimana terhadap keluarga dan kerabat bahkan terhadap Allah. Dengan segala rahmatnya, Allah memberikan jalan kembali kepada ketaatan, ampunan dan rahmat-Nya dengan sifat-sifat-Nya yang Maha Penyayang dan Maha Penerima Taubat. Seperti diterangkan dalam surat Al Baqarah: 160 Dan Akulah yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.”

Taubat dari segala kesalahan tidaklah membuat seorang terhina di hadapan Tuhannya. Hal itu justeru akan menambah kecintaan dan kedekatan seorang hamba dengan Tuhannya karena sesungguhnya Allah sangat mencintai orang-orang yang bertaubat dan mensucikan diri. Sebagaimana firmanya dalam surat Al-Baqarah: 222, “Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri.”
Taubat dalam Islam tidak mengenal perantara, bahkan pintunya selalu terbuka luas tanpa penghalang dan batas. Allah selalu menbentangkan tangan-Nya bagi hamba-hamba-Nya yang ingin kembali kepada-Nya. Seperti terungkap dalam hadis riwayat Imam Muslim dari Abu musa Al-Asy`ari: “SesungguhnyaAllah membentangkan tangan-Nya di siang hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kesalahan pada malam hari sampai matahari terbit dari barat.”

Merugilah orang-orang yang berputus asa dari rahmat Allah dan membiarkan dirinya terus-menerus melampai batas. Padahal, pintu taubat selalu terbuka dan sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya karena sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha penyayang.
Tepatlah kiranya firman Allah dalam surat Ali Imran ayat: 133 , “Bersegaralah kepada ampunan dari tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa yaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya baik di waktu lapang maupun sempit dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. Dan juga orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampunan terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.”

Taubat yang tingkatannya paling tinggi di hadapan Allah adalah “Taubat Nasuha”, yaitu taubat yang murni. Sebagaimana dijelaskan dalam surat At-Tahrim: 66, “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam sorga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bresamanya, sedang cahaya mereka memancar di depan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan ‘Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kamidan ampunilah kami, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu’”.
Taubat Nasuha adalah bertaubat dari dosa yang diperbuatnya saat ini dan menyesal atas dosa-dosa yang dilakukannya di masa lalu dan brejanji untuk tidak melakukannya lagi di masa mendatang. Apabila dosa atau kesalahan tersebut terhadap bani Adam (sesama manusia), maka caranya adalah dengan meminta maaf kepadanya. Rasulullah pernah ditanya oleh seorang sahabat, “Apakah penyesalan itu taubat?”, “Ya”, kata Rasulullah (H.R. Ibnu Majah). Amr bin Ala pernah mengatakan: “Taubat Nasuha adalah apabila kamu membenci perbuatan dosa sebagaimana kamu pernah mencintainya”


Sajak seorang Mayat….

Pada satu hari seorang O/B rebah di kamar mandinya, diserang lemah jantungnya, yang mengugat nyawanya.
Tengah malam,pulang dari sebuah hotel di KL bersama isteri mudanya, bersama mulut dan lidahnya yang dinajisi alkohol…Dan… Bangglonya di atas bukit Puan muda segera menalipon doktor peribadi O/B, dan doktor pun berkejaran bersama beg perubatannya.Dan sebatang jarum injeksin dibenamkan keurat O/B. Berombak-ombaklah nafasnya, bergelombang dadanya,dilambung nazak hempas menghempas,
Tujuh hari tujuh malam O/B bergeletekkan, golek gelentang dipembaringan. Dan seluruh isi dunia berkumpul di dalam kepalanya, “bangloku, mercedesku, rumah-rumah sewaku, pengarah-pengarahku, wangku di dalam bank, kuda-kuda lumbaku, padang golfku, anak-anakku di luar negeri dan isteri mudaku”. Nazak hempas menghempas, pulas memulas dan pintal memintal.Mau makan? geleng kepala, minum? geleng kepala, isteri muda? geleng kepala, mau ke G/highland? geleng kepala, mau melancung ke Eropah? geleng kepala, ke Mekah naik haji? geleng kepala. Habis apa yang engkau mahu………………………….? Oh! Tuhan panjangkan umurku. Panjang umur? Berapa yang engkau mahu? 100 tahun cukup? 63 tahun tidak cukup? tidak puas hidup? tak kenyang makan maksiat? belum bosan mengumpul dosa…kau mahu panjang umur lagi? Sedetik lagi sakaratul maut datang, sedetik lagi Izrail datang, sedetik lagi Malaikatul Maut datang.Kau di ambang sakaratul maut ………………………. kau nazak sekarang wahai O/B. Dia makin tegang dan semakin sendat nafas di dadanya, kedinginan mulai memanjat kakinya, perlahan-lahan menjalar keseluruh jasad dan tubuhnya, dia di lambung resah gelisah dan keluh kesah, keluhan dan rintihan.Panas!, dahaga!, haus!, panas……………… !!! air dari tujuh lautan mau di teguknya, sebesar tujuh dunia kelaparan merobek usus-ususnya. dan syaitan datang berbondong- bondong, meninjak-injak dan mengoda mau ‘memurtadkannya’. Neneknya datang………kau datang nenek? ……………Kau dahaga cucuku? kau lapar cucu? mau minum?ini bijana penuh air madu, kalau cucu mau masuk syurga minumlah air ini. Ibu? kau datang ibu?…………….. ibunya mengoyang-goyangkan buah susunya, ini ibumu nak, air susu ini yang membesarkanmu, ‘buangkan Islam’, matilah dalam agama Yahudi. Ayah? kau juga datang ayah?……………. matilah dalam agama Yahudi, matilah dalam agama Nasrani, matilah dalam agama Kristian, itulah agama yang akan membawa kau masuk ke syurga katanya……………..Ucaplah……………. LAILLAHAILLAH…………………..! Tidak!…………………tidak.!………………….tidak……!. Ucaplah……………….. LAILLAHAILLAH……………………………! Tidak.!…………………tidak !…………………………… tidak………………….! Ucaplah! LAILLAHAILLAH…………………………..!Tidak………………….! tidak ……………………………!tidak………………..! (Semuanya ini menahan lidahnya), “rumahku, mercedesku, wangku dalam bank, saham-sahamku, kuda-kuda lumbaku, padang golfku, isteri-isteriku dan duniaku”. Sakaratul-maut semakin hampir tiba datang, Pak Lebai tua dari rumah setinggan di kaki bukit bangloku dijemput oleh pemanduku dengan kereta mercedesku, memanjat bukit ke bangloku di puncak desir angin. Tetapi lidahku sudah kelu, dan Sakartul-maut kian hampir detik tibanya, tiba-tiba manusia berjubah hitam datang, katanya ” mari ikut kami” kemudian manusia berjubah hijau membawa payung hijau datang, katanya ” marilah ikut kami” Datang sinar putih, datang kilatan hitam dan datang cahaya merah,Apa ini…………………………..? apa ini……………………………………………? “AKULAH SAKARATUL-MAUT…………………………………………. “Kedinginan merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut, dan kini seluruh jasadku di seliputi sejuk, dan akhirnya ‘dingin’ singgah di ‘tenggurukkan’ku, kemudian datanglah Malaikatul-maut di hujung kepalanya. “Hai jiwa yang keji, keluarlah engkau kepada kemurkaan ALLAH…………………………….. “Maka rohnya berselerakkan keseluruh tubuhnya………….. LALU…………….: ‘INNALILLAH HI WAINA ILAI HI RAJIUN’ Para malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bau bangkai sebusuk-busuknya. “TULISKAN SURATANNYA DI DALAM ‘SIJJIN’ PADA BUMI YANG TERBAWAH!!!!” Rohku lalu dicampakkan, di kembalikan kedalam jasad, kemudian datanglah dua Malaikat lalu di ‘duduknya’ aku.SIAPA TUHAN MU?.
……………………..A………….A Aku tidak tahu………………………APA AGAMAMU? …………………………….A…………..A…………. Aku tidak tahu……………………… SIAPA LELAKI INI YANG DI UTUSKAN KEPADAMU………………………………………. A………..A………Aku tidak tahu……………………………. Lalu datang kepadanya seorang lelaki yang hodoh wajahnya, buruk pakaiannya, busuk baunya……… siapakah engkau? ” Akulah amalanmu yang keji………………………… “Kini dia diazab dan diseksa di dalam kuburnya, menunggu-nunggu doa dari anak- anaknya yang soleh. “Mana doa dari anakku seorang doktor? mana doa dari anakku seorang jurutera? mana doa dari anakku seorang peguam? mana doa dari anakku seorang akitek? mana doa dari anakku seorang profesor?………………………………….. “MANA?……………………………………
MANA? ………………………………….
MANA?……………………………..???
Comments off

SERUAN BUMI

Anas bin Malik r.a mengatakan : “Bahawasanya bumi setiap hari memanggil dengan 10 seruan. Bumi berkata : 1. Wahai anak cucu Adam, kamu berjalan di atas punggungku, tetapi tempat kembalimu dalam perutku. 2. Kamu melakukan maksiat di atas punggungku, kamu akan disiksa dalam perutku. 3. Kamu bergurau di atas lambungku, tetapi kamu menangis dalam perutku. 4. Kamu mkn brg haram di atas punggungku, ttp seluruh ulat akn memkn dlm perutku. 5. Kamu bergembira di atas punggungku, tapi kamu akn merasa susah dlm perutku. 6. Kamu mengumpul barang haram di atas punggungku, tapi kamu akan hancur dlm perutku. 7. Kamu sombong di atas punggungku, ttp kamu m’jd hina dan remeh dlm perutku. 8. Kamu berjalan dengan bersukaria di atas punggungku, tetapi kamu kesedihan dalam perutku. 9. Kamu berjalan dalam cahaya di atas punggungku, tetapi kamu akan duduk dalam kegelapan dalam perutku. 10. Kamu berjalan untuk berjamaah di atas punggungku, tetapi kamu akan duduk bersendirian dalam perutku. Menurut satu hadith, bahawa kubur itu setiap hari memanggil 3 kali : 1. Aku menjadi rumah orang yang tersendiri, binatang buas, kala dan ular. 2. Aku menjadi rumah yang gelap. 3. Aku menjadi rumah ulat. Dalam riwayat lain bahawa kubur itu setiap hari memanggil 5 kali : 1. Aku rumah yg terpencil, mk hendaklah kamu ramaikan aku dgn m’baca al-Quran 2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan solat malam 3. Aku rumah debu, maka bawalah tikar yang berupa amal salih 4. Aku rumah ular, bawalah penawarnya iaitu Bismillahir Rahmanir Rahim dan mencucurkan airmata. 5. Aku rumah pertanyaan Mungkar dan Nakir, maka perbanyakkan bacaan LA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADUN RASULULLAH agar kamu dapat menjawabnya
 http://muafakatmembawaberkat.blogspot.com/2010/12/solat-taubat-panduan-penjernihan-jiwa.html

Sunday, July 20, 2014










USAHA, DOA, TAWAKAL, ISTIGHFAR



Bagi umat Islam, Allah SWT telah mendidik mereka supaya bersegera memohon pertolongan dan bantuan daripada-Nya dalam apa jua keadaan dan masalah yang mereka hadapi.

Sama ada doa itu berbentuk permohonan agar diperkenankan sesuatu permintaan, sama ada untuk perkara yang telah berlalu, sedang dan akan mendatang atau doa itu berbentuk permohonan agar dilepaskan dari sesuatu mara bahaya atau masalah yang sedang mereka hadapi atau yang akan mereka hadapi di masa akan datang.

Firman Allah SWT bermaksud: “Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Aku akan masuk neraka dalam keadaan hina.”  (Surah al-Mukmin, ayat 60). 

Sudah menjadi fitrah manusia hidup dalam keadaan sering mengharapkan perlindungan dan pertolongan Yang Maha Kuasa, apalagi kedudukannya sebagai makhluk di hadapan Khaliqnya (PenciptaNya).

Kerana tabiat manusia itu adalah lemah dan tidak berdaya dari semua aspek. Kelemahan dan ketidak upayaan ini boleh diatasi jika manusia mendekat dan menyandarkan dirinya serta berlindung kepada Yang Maha Kuasa, kerana hakikat kekuatan itu secara lahir dan batinnya bersumber daripada Allah SWT.

Oleh yang demikian, manusia tidak boleh terpisah dari Tuhannya, maka manusia perlu mendekatkan diri kepadaNya dengan menyembah dan mengingatiNya di setiap waktu dan tempat. Sedangkan wasilah (cara) untuk mendekatkan diri tersebut adalah melalui perantaraan ‘doa’, sebab dengan berdoa membuktikan penghambaan kepada Allah SWT.

Orang yang selalu berdoa bererti dia mengetahui hakikat dirinya dan hakikat Penciptanya yang mesti disembah dan ditaati, seperti ungkapan seorang ulama’ salaf: Siapa mengenal dirinya pasti dia mengenal Tuhannya.” 

Kita perlu memohon kepada Allah SWT.  Selain bertujuan memohon apa yang dihajati, doa juga dianggap satu ibadah.  Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Doa itu adalah ibadah, Tuhanmu telah berfirman, berdoalah kamu kepadaKu, nescaya pasti aku akan perkenankan.”- ( Riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ibn Majah).

Ketika memohon, hendaklah dilakukan dengan sesungguh hati.  Rasulullah SAW bersabda: Wahai manusia, pintalah oleh kamu akan Dia dalam keadaan kamu semua yakin dengan kemakbulan. Bahawasanya Allah tidak akan memakbulkan doa daripada seorang hamba yang hatinya kosong dan lalai." - (Hadis riwayat Ahmad).

Mereka yang enggan mohon kepada Allah SWT, dianggap sebagai orang yang sombong.  Allah SWT benci kepada orang yang memerlukan pertolongan, tetapi tidak mahu memohon pertolongan kepada-Nya. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa yang tidak memohon kepada Allah, nescaya Dia akan murka kepadanya” - (Hadis riwayat Bukhari)

Allah sentiasa akan memperkenankan apa yang dipohon kepada-Nya sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Kalian mintalah kepada Allah daripada anugerah-Nya.  Sesungguhnya, Allah senang untuk diminta." - (Hadis riwayat Tirmizi).

 Perkataan doa diambil dari Bahasa Arab yang merupakan ‘nama terbitan’ (masdar) dari kata kerja (perbuatan) ‘Da’aa, yang secara etimologinya (bahasa) bererti ‘seruan’, panggilan, ajakan atau permintaan. Jika ditinjau dari segi terminologi (pengertian syara’), doa adalah ‘memohon kepada Allah SWT dengan meminta kebaikan dari sisiNya dengan penuh ketulusan hati dan penuh pengharapan.

 Doa merupakan tali penyambung yang kukuh antara hamba dan RabNya.  Doa merupakan satu bentuk ibadah kepada Allah  Doa merupakan satu bentuk zikir kepada Allah SWT.  Doa merupakan senjata yang ampuh bagi setiap mukmin dalam menghadapi realiti kehidupan.

Doa adalah permohonan atau pengucapan seorang hamba dilakukan secara langsung dengan Allah SWT dan setiap rintihan yang dimohon didengar Allah SWT. Allah SWT tidak suka kepada umatnya yang tidak pernah memanjatkan doa kepada-Nya.

Firman Allah SWT dalam surah al-A’raaf ayat 55-56 bermaksud: “Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang melampaui batas. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan kebaikan padanya, dan berdoalah kepada-Nya dengan perasaan bimbang dan penuh pengharapan. Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang yang berbuat baik.”

Ketika menjelaskan perkara sama, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda bermaksud: “Tidak ada yang dapat mengubah takdir selain doa, dan tidak ada yang dapat memanjangkan umur melainkan memperbanyakkan amal kebajikan, (Hadis riwayat Tirmizi)

Berdasarkan peringatan Rasulullah SAW ini, ternyata kepada kita bahawa pengaruh doa itu amat hebat sehingga ia mampu mengubah takdir Allah SWT dan alangkah hebatnya pengaruh amal kebajikan kerana ia dapat memanjangkan umur seseorang.

Di saat manusia tidak dapat lagi berbuat apa-apa, selepas habis daya usaha dan tiada sesiapa lagi yang mampu memberi bantuan yang diperlukan, ketika itu manusia sedar bahawa sesungguhnya kehidupan manusia tidak dapat dipisahkan daripada Allah SWT.

Kadangkala timbul pertanyaan, kita sering berdoa tetapi diyakini doa kita tidak dimakbul Allah SWT?

Berdasarkan besar peranan doa dalam kehidupan umat Islam, maka Islam meletakkan doa sebagai sebahagian daripada ibadah kepada Allah. Dengan demikian permohonan doa itu hendaklah mematuhi adab tertentu.

Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah kamu sekalian berdoa untuk kebinasaan diri, kebinasaan anak, dan janganlah pula berdoa untuk kebinasaan harta benda lebih-lebih lagi jika waktu doa berkebetulan dalam waktu yang mustajab”.

Doa adalah senjata ghaib umat Islam untuk memohon pertolongan Allah. Dalam hal ini ingin saya mengingatkan umat Islam bahawa terdapat tiga golongan yang doa mereka amat diterima oleh Allah bersandarkan kepada sebuah hadis Qudsi.

Rasulullah SAW bersabda: “Tiga golongan yang tidak pernah ditolak doa mereka iaitu pertama, doa orang yang berpuasa; kedua, doa pemerintah yang adil; dan ketiga, doa orang yang dizalimi, di mana doa mereka terbuka luas dan Allah memberi jaminan doa mereka pasti dipenuhi”. (Hadis riwayat Tirmizi)

Adalah menjadi tanggungjawab ulama, sidang pembaca dan umat Islam sekalian supaya berhati-hati tatkala berdoa. Sesungguhnya doa orang yang dizalimi dan teraniaya adalah mustajab. Apalagi kalau mereka itu orang lemah, tiada kuasa dan orang tua. Semakin lemah mereka, maka semakin besar dan cepat pula pertolongan Allah SWT datang membantu.

Dengan sikap berhati-hati ketika berdoa, insya-Allah kehidupan kita terjauh daripada melakukan pelbagai bentuk kezaliman, pembohongan, ketidakadilan, fitnah-memfitnah dan penganiayaan dalam keluarga, masyarakat, pertubuhan dan organisasi.

Berdasarkan peringatan Allah SWT dan Rasulullah SAW itu, amat yakin mereka yang melakukan kezaliman, fitnah dan penganiayaan kepada manusia tidak terlepas begitu saja.

Sebagai peringatan berhubung tingkah laku kita, marilah kita menghayati firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesiapa yang mengerjakan amal salih, maka faedahnya terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa berbuat kejahatan maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri; dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hamba-Nya.’ (Surah Fussilat, ayat 46)

Selain berdoa kita perlu berusaha. Firman Allah SWT bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri." - (Surah ar-Rad,  ayat 11).

Keterangan-keterangan daripada al- Quran dan hadis-hadis memperlihatkan bahawa Allah mengharapkan agar setiap hamba itu berdoa kepada-Nya, dalam setiap keadaan, ketika kaya, mewah, juga ketika dalam kesusahan, kerana berdoa itu merupakan otak ibadah.

Allah SWT menjanjikan kemakbulan setiap doa. Namun demikian andainya doa seseorang itu masih tidak dikabulkan, sakit yang dideritai tidak sembuh-sembuh, biarpun puas berubat, hutang semakin banyak biarpun usaha bisnes dilakukan bersungguh, ini tidak bermakna Allah SWT itu memungkiri janji-janji-Nya.

 Ada rahsia-rahsia di sebalik ketentuan qada dan qadar yang perlu difahami untuk dijadikan pegangan dalam usaha melenyapkan rasa kecewa.

Andainya seseorang itu mengetahui rahsia qada dan qadar, sudah pasti dia menerima apa saja yang ditentukan oleh Allah SWT. 

Doa yang dipohon merupakan peringatan seorang hamba kepada Penciptanya. Ingatan tersebut merupakan susunan kata yang disenangi oleh Allah SWT, yang sentiasa mahu mendengar suara hamba-Nya yang dikasihi. Kerana itu, seseorang yang tahu akan hakikat atau rahsia qada dan qadar akan terus berdoa sambil berusaha, tidak kira doanya terlaksana ataupun tidak.

Jika seseorang itu memahami bahawa apabila takdir itu telah termaktub di Loh Mahfuz, tidak ada makhluk yang boleh mengubahnya. Ada rahsia ketuhanan terhadap qada, qadar yang tidak mudah untuk difahami oleh hamba-hamba-Nya.

Setiap individu mempunyai keinginan dan keperluan masing-masing sama ada positif atau negatif kerana mereka terpaksa menghadapi pelbagai ragam hidup seperti cabaran, halangan dan dugaan. Mereka berdoa kepada Allah memohon limpah perkenan dan rahmat-Nya supaya hajat terkabul.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Tidak boleh ditolak qadar Allah melainkan doa. Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan membuat baik kepada ibubapa. (Hadis riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tirmizi).

Sesungguhnya Allah SWT amat dekat dengan hamba-Nya.  Firman Allah SWT bermaksud: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku (Allah), maka jawablah bahawasanya Aku adalah dekat, Aku kabulkan permohonan mereka yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu dalam kebenaran.” (Surah al-Baqarah, ayat 186).        

Firman Allah SWT yang bermaksud: Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (al-Baqarah: 186).

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Ada tiga golongan yang doa mereka tidak ditolak. Pertama, orang yang berpuasa hingga ia berbuka. Kedua, imam yang adil dan ketiga, doa orang yang dizalimi." (riwayat Tirmizi)

Dalam hal berdoa orang berpuasa dibandingkan dengan pemimpin yang adil dan orang dizalimi. Doa orang berpuasa mustajab. Didengar, tidak ditolak Allah SWT, bahkan dimakbulkan, insya-Allah.  

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang berpuasa memiliki doa yang tidak tertolak pada saat berbuka." (riwayat Ibnu Majah)

Sesungguhnya, salah satu cara untuk membebaskan kesempitan hidup ialah dengan melazaimkan kalimah istighfar.  Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Barang siapa yang tetap melakukan istighfar, maka Allah SWT akan membebaskannya daripada segala kesusahan dan melapangkannya daripada setiap kesempitan serta akan memberinya rezeki dari jalan yang tidak diduganya." (riwayat Abu Daud)

Sedangkan ketika menerima kurniaan atau nikmat, Nabi SAW menganjurkan kita agar membaca sebagaimana maksud hadis berikut, “Setiap orang yang diberi kurnia Allah SWT lalu ia membaca Alhamdulillah maka Allah SWT akan memberikan yang lebih utama daripada apa yang telah ia terima." (riwayat Ibnu Majah)

Allah SWT telah memuji para hamba-Nya yang gemar beristighfar, terutama pada waktu-waktu mulia dan istimewa. Sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Orang-orang sabar, yang benar, yang tetap taat, yang menafkahkan hartanya (di jalan Allah) dan yang memohon ampun di waktu sahur.” (Ali-Imran: 17)

Kesempurnaan istighfar di waktu ini diawali dengan kegiatan solat malam sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman (syurga) dan di mata air-mata air sambil mengambil apa yang diberikan kepada mereka oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun (kepada Allah).” (Az-Zariyaat: 15-18)