Posts

Showing posts with the label fiqah

PERMASALAHAN FEQAH

Image
http://permasalahanfeqh.blogspot.com/2010_10_01_archive.html CARA BETUL BASUH TELEKUNG SOALAN SAYA ingin tahu bagaimana cara betul untuk membasuh kain telekung. Adakah boleh dibasuh dengan memasukkan ke dalam mesin basuh atau perlu merendamnya terlebih dulu? Ada sumber yang pernah saya dengar mengatakan lebih baik basuh telekung dengan tangan kerana dianggap lebih bersih. Bukan telekung saja, malah kain pelekat ayah saya yang digunakan untuk solat juga dicuci dengan menggunakan kaedah sama. Harap Datuk boleh jelaskan. DILLA JAWAPAN Menggunakan mesin basuh untuk membasuh pakaian yang tidak kena najis, tidak menimbulkan sebarang masalah, yakni pakaian yang dibasuh itu tetap suci hukumnya. Namun yang timbul masalahnya apabila mesin basuh itu turut sama digunakan untuk membasuh pakaian bernajis atau yang kena najis. Maka hukum pakaian yang dibasuh itu tidak suci, kerana pakaian yang kena najis itu dibasuh oleh perhimpunan air yang tidak sampai dua kolah dalam...