Al-Quran dibakar
Al-Quran dibakar di gereja Florida, amerika Kepada umat Islam, jangan terlalu marah dengan tindakan sebegini. Anggaplah perbuatan orang jahil sebegini sebagai motivasi untuk kita menghayati kandungan Al-Quran. Ramai umat Islam yang mencium Al-Quran apabila selesai membaca Kitab Suci Al-Quran sebagai tanda hormat kepada Kitab yang dinamakan Al-Quran, tetapi selepas membaca Al-Quran mereka menjadikan syaitan sebagai sahabat karib mereka dalam kehidupan seharian. Akhlak mereka tidak ada perubahan, perbuatan ustazah kadang-kadang melebihi perbuatan orang awam yang tidak mempelajari agama. Kita dapat melihat dan menilai sendiri perbuatan ustaz dan ustazah yang menjadikan pengajaran mata pelajaran agama hanya sebagai mata pelajaran yang mereka ajar tetapi tidak dihayati dalam pergaulan seharian. Ustaz dan ustazah sebegini bukanlah Murabbi dan Murabbiah yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah SWT. Pengajaran dan Ta...