- SELAMAT MELAYARI BLOG INI SEMOGA KITA MEMPEROLEHI MANFAATNYA DAN HARAP DISEBARLUASKAN KEPADA PEMBACA YANG LAIN PULA BERSESUAIAN DENGAN SABDA RASULULLAH S.A.W "SAMPAIKAN DARIPADAKU WALAUPUN DENGAN SATU AYAT"

Thursday, May 31, 2012






Peringatan buat para isteri

Pada suatu petang, saya mendapat panggilan daripada hospital menyatakan seorang ibu muda mempunyai mata merah yang sakit dan tidak dapat membuka mata beliau. Setelah memeriksa beliau, saya mendapati, beliau mengalami sakit mata selamat 5 hari dan tidak beransur pulih dengan ubat yang diberi oleh tiga doktor sebelum itu. Semasa memeriksa mata beliau, saya dapati, selain daripada jangkitan virus dan yang menghairankan saya, selalunya infeksinya hanya melibatkan konjunktiva atau bahagian mata yang putih. Bagi pesakit ini, bahagian kornea atau bahagian mata yang hitam yang penting untuk melihat telah koyak dengan agak banyak sehingga menyebabkan beliau rasa amat sakit dan tidak dapat melihat dengan jelas. Saya terpaksa meletak ubat dan menampal kedua mata beliau dan memasukkan beliau ke dalam wad untuk pemerhatian rapi. Setelah melihat keadaan yang agak teruk bagi jangkitan yang selalunya mudah dikawal, hati kecil saya bertanya apakah hikmah ataupun rahsia di sebalik kejadian ini. Dengan kuasa Allah, saya menyedari bahawa beliau agak kasar dengan suaminya. Setelah dua hari di dalam wad dan beransur pulih, saya menasihati beliau secara tidak langsung tentang pentingnya sebagai seorang isteri solehah kita harus menjaga tiga perkara suami kita.

1. Mata beliau - sentiasa kelihatan cantik dan menawan dengan menjaga rupa paras dan berat badan.
2. Hidung beliau - sentiasa berbau wangi dan menjaga kebersihan mulut dan nafas supaya selesa apabila suami bercakap berdekatan dengan kita.
3. Telinga beliau - sentiasa mengeluarkan kata-kata yang manis dan pujian serta penghargaan, dan jangan sekali-kali kufur nikmat.

Beliau seterusnya memberitahu saya sebelum berlakunya sakit mata itu, beliau telah merajuk dengan suaminya. Beliau nampaknya insaf ketika memberitahu kisah ini dan mengakui bahawa setiap kali beliau berlaku kasar terhadap suaminya, tentu sesuatu perkara negatif akan berlaku terhadap beliau. Saya meneruskan menasihati beliau bahawa dalam kehidupan kita bahawa redha Allah bergantung kepada redha suami dan sebagai seorang isteri, hidup kita fokus untuk jadi isteri solehah. Dan jika mempunyai profession, jadi professional mukminah. Setelah berjumpa dengan beliau hari ni, beliau menyatakan bahawa beliau memang selalu memberitahu suaminya bahawa fokus beliau adalah untuk menjadi isteri solehah dan setelah peristiwa ini, semangat beliau untuk mencapai cita-cita ini bertambah kuat.

Saya bersyukur kerana di dalam setiap pesakit yang saya jumpai dapat mempelajari sesuatu dan menambah lagi kesyukuran apabila hati kita suka pada kebaikan dan takut pada kejahatan.

http://drmuhaya.blogspot.com/





Russia contributing to potential Syria civil war - US

Hillary Clinton: "The Syrians are not going to listen to us. They will listen maybe to the Russians, so we have to keep pushing them"
The US Secretary of State says Russian policy will contribute to a potential civil war in Syria.
Hillary Clinton's comments came after Russia and China renewed opposition to tougher UN Security Council action.
UN Secretary General Ban Ki-moon has repeated a warning that Syria could be moving towards "catastrophic" civil war, in the wake of the Houla massacre.
Rebel commanders are split on whether to abandon a ceasefire if Syrian forces do not withdraw to barracks.
The FSA's Colonel Qassim Saadeddine in Homs said that if there was no government response by Friday lunchtime the FSA would consider itself "no longer bound" by the plan.
But the FSA head, General Riyad Asaad, later denied the deadline existed.

Analysis

The ceasefire exists in name only. Most people within Syria don't think that the UN plan will work anyway. I think the threat to lift the ceasefire by the Free Syrian Army will just mean business as usual.

The Free Syrian Army, from what I could see, are under enormous pressure. They're having to sell their furniture to buy bullets. A few more serious weapons are trickling through: we believe some anti-tank weapons reached the main holdout, the town of Rastan.

But these people are barely surviivng, and although they are getting a trickle of defections I don't think they're in a position to really cause the government serious trouble.

What we may get is a sectarian civil war, of village against village, and that is what is threatened by the Friday deadline.


Instead, he urged peace envoy Kofi Annan to issue a statement declaring his peace plan to have failed.

The BBC's Paul Wood, who has just returned from three weeks inside Syria, says there is no ceasefire holding on the ground.

Syrian President Bashar al-Assad has come under intensified pressure to adhere to the ceasefire plan since the Houla massacre, in which more than 100 people - many of them children - died.

Mrs Clinton, speaking on a visit to Denmark, said the case for military intervention was growing stronger every day.
"[The Russians] are telling me they don't want to see a civil war. I have been telling them their policy is going to help to contribute to a civil war," she told an audience in Copenhagen.

Mr Ban, speaking at a conference in Turkey, said UN monitors had not been sent to Syria "just to bear witness to the slaughter of innocents".
"We are not there to play the role of passive observer to unspeakable atrocities," he said.
"The massacre of civilians of the sort seen last weekend could plunge Syria into catastrophic civil war - a civil war from which the country would never recover."
Commander's ultimatum Col Saadeddine's ultimatum, citing the Houla massacre, was given in a video released online, in which he said the government had to "implement an immediate ceasefire, withdraw its troops, tanks and artillery from Syrian cities and villages".

Taldou, Houla region

Map locator
  • The region of Houla, in the west of Syria, comprises several villages and small towns
  • The village of Taldou lies around 2km south-west of the main town, also called Houla
  • The area is in the province of Homs, which has seen heavy fighting in recent months
  • Houla's villages are predominantly Sunni Muslim, but the region is ringed by a number of Alawite villages - the sect of the Syrian president Bashar al-Assad
"It should also allow immediate humanitarian aid to all affected areas and free all detainees... The regime should also enter into a real and serious negotiation through the United Nations to hand over power to the Syrian people," he went on.

But Colonel Asaad, speaking to al-Jazeera by phone from Turkey, insisted the FSA was "committed to the Kofi Annan plan and committed to international resolutions and implementing this plan".
"There is no deadline; however, we hope that Kofi Annan will issue a statement to announce the failure of this plan," he said.
The UN Human Rights Council will hold a special session on Syria on Friday looking into the killings, officials said.

As many as 15,000 people have been killed since the revolt against the rule of President Bashar al-Assad began in March of last year.

COPIED FROM  http://www.bbc.co.uk/news/world-middle-east-18278931





BAHAYA MURTAD

 

1
1
2
3
4

 

1

 mualaf vs murtad

1
2
3
4

 






PENJELASAN ISU HUDUD - SIRI 1


Saban tahun di Negeri Kelantan Darul Naim, di bawah Kepimpinan YAB Tuan Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, dianjurkan Sambutan Hari Hududullah, sebagai satu usaha ke arah pelaksanaan dan memberi kefahaman kepada masyarakat Kelantan khususnya dan masyarakat Malaysia amnya. 

Biar pun Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 tidak dapat dilaksanakan di negeri ini kerana dihalang kerajaan pusat, namun sambutan Hari Hududullah tetap diadakan setiap tahun.
Antara objektif sambutan Hari Hududullah ialah menjana kesedaran masyarakat syariat dan undang-undang Islam penyelesaian kepada masalah jenayah dan keruntuhan akhlak manusia.

Ia tidak pernah menjadi isu kerana ia merupakan satu kelaziman dan jadual tetap kerajaan negeri, seperti jugalah Program Bulan Sembahyang dan lain-lain program seumpamanya. Entah kenapa, pada tahun ini, apabila salah seorang panel Dr.Asri mengulas tentang suasana Malaysia yang tidak kondusif untuk dilaksanakan Hudud.
Posting siri pertama ini untuk menjawab Tuduhan UMNO yang PAS menggunakan Hudud sebagai meraih undi politik semata-mata.

Isu nak laksana, memang tak semudah itu, tapi Kerajaan Kelantan sejak dari awal 90an konsisten, memberi kefahaman kepada rakyat, setiap tahun melaksanakan Hari Hududullah, membuat Seminar, Wacana, tujuannya untuk menambah kefahaman ummah mengenai apa itu hudud.

Pemimpin UMNO kata, Kerajaan Kelantan guna Hudud utk kepentingan politik. Pada masa yg sama, apa yg UMNO buat untuk memberi kefahaman kepada masyarakat tentang Hudud ?

Ada bincang Hudud dlm Perhimpunan Agung UMNO ?

Forum Perdana Hal Ehwal Islam terbitan JAKIM ada memforumkan tentang Hudud, Qisas dan Sistem Jinayah Islam ?


Posting akan datang, Untukrakyat.net akan berkongsi Teks Ucapan Rasmi  Sambutan Hududullah oleh YAB Tuan Guru Dato Hj.Nik Abdul Aziz. Sila baca, teliti dan fahami, adakah ia bermotif politik atau ia jelas suatu usaha untuk menegak Syariat Allah dari Kerajaan Negeri Kelantan. 



PENJELASAN ISU HUDUD - SIRI 2 ( Teks Ucapan Hari Sambutan Hududullah )

Ucapan Perasmian Sambutan Hari Hudud 1432

TEKS UCAPAN
YANG AMAT BERHORMAT TUAN GURU DATUK BENTARA SETIA
MENTERI BESAR KELANTAN
SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI HUDUDULLAH
NEGERI KELANTAN
PADA : 22 SYAWWAL 1432H / 20 SEPTEMBER 2011M
BERTEMPAT DI DEWAN BESAR BALAI ISLAM, LUNDANG
KOTA BHARU, KELANTAN
JAM : 10.30 TENGAH HARI
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Firman Allah SWT Yang bermaksud : 

Itulah batas-batas (Syariat) Allah. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar. Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekalah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina.  ( Surah Al-Nisa’ ayat 13-14 )
Alhamdulillah, setinggi-tinggi lafaz syukur kita rakamkan ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan keizinan daripadaNya, dapat kita bersama-sama berada di dalam Majlis perasmian sambutan Hari Hududulullah  negeri Kelantan darul naim untuk kali ini. Tahniah saya ucapkan kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan di atas penganjuran sambutan ini. Saya difahamkan tema untuk sambutan Hari Hududullah pada tahun ini ialah Hudud Satu Pencegahan dan Pendidikan, Bukan Hukuman. 
Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian.
            Di dalam al-Quran, perkataan hudud disebut sebanyak 11 kali di dalam 7 ayat yang dirangkumi di dalam 5 surah yang berlainan. Daripada 7 ayat tersebut, satu daripadanya membicarakan tentang hukum hakam puasa, tiga ayat daripadanya membicarakan tentang hukum cerai dan iddah, satu ayat membicarakan tentang hukum faraid atau pembahagian harta pusaka iaitu ayat yang saya bacakan di awal ucapan tadi, satu ayat menceritakan sikap orang-orang munafik yang suka melanggar hudud Allah dan satu ayat lagi membicarakan tentang hukum zihar.
Penelitian terhadap ayat-ayat ini memberikan kefahaman kepada kita bahawa hudud bukanlah bermaksud hukuman ke atas penjenayah terhadap kesalahan-kesalahan seperti mencuri, berzina dan minum arak sahaja, tetapi lebih luas lagi ia mencangkupi semua batasan syariat yang ditentukan oleh Allah SWT. 

Justeru, menjadi satu silap faham yang sangat dikesalkan apabila disebut hudud, ia digambarkan sebagai satu hukuman yang kejam terhadap pesalah dan dilabel sebagai primitif serta ketinggalan zaman. Sedangkan setiap pekara yang dibatasi oleh syariat dengan hukum halal dan haram dalam urusan hidup manusia turut disebut hudud Allah.
Contohnya makan minum, dihalalkan oleh Allah SWT tetapi memakan perkara yang haram dikira melanggar hudud Allah. Melunaskan tuntutan fitrah manusia untuk berpasangan dibenarkan oleh Allah SWT melalui ikatan perkahwinan dan diharamkan jika dilakukan melalui hubungan zina dan ia dianggap melanggar hudud Allah. 

Kesimpulannya, setiap perkara yang haram melanggar perintah Allah SWT dianggap sebagai melanggar hudud Allah SWT. Rasulullah SAW mengumpamakan perbuatan melakukan perkara yang haram ini seperti menceroboh tanah larangan milik Allah SWT.   Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

Ketahuilah bahawa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya larangan Allah di bumiNya adalah hal-hal yang diharamkanNya. Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada seketul daging, apabila daging itu baik maka seluruh tubuh itu baik. Dan apabila daging itu rosak maka seluruh tubuh itupun rusak. Ketahuilah, itulah qalb (Hadis Riwayat Bukhari)
Hadirin yang dikasihi sekalian
            Saya menyebut hakikat ini kerana kekeliruan yang timbul atau sengaja ditimbulkan di dalam negara kita bahawa hudud ertinya hukuman ke atas pesalah. Justeru, hudud diwajahkan dengan wajah yang begitu buruk dan mengerikan. Seolah-olah apabila hukum hudud dilaksanakan, semua tangan akan dipotong dan semua batu akan dijadikan lontaran untuk pesalah. 

Kita masih terngiang-ngiang kata-kata sinis yang dilontarkan sedikit masa lalu yang menyatakan “Jika mahu menikmati sup tangan, silalah ke Kelantan’ dan “akan habislah batu-batu di Kelantan digunakan untuk melontar pesalah zina..”. Sekalipun ia sudah lama diucapkan, tetapi hakikatnya kata-kata dan ucapan seperti inilah yang memberikan imej yang negatif terhadap undang-undang hudud yang merupakah hak Allah SWT untuk dilaksanakan di bumi ini.
Hasilnya, masyarakat bukannya semakin dekat dengan Islam tetapi semakin jahil dan semakin jauh daripada syariat Islam yang sebenar. Syariat Islam bukannya dilihat indah dam cantik, tetapi dilihat primitif, ketinggalan zaman, ouf of date  dan sebagainya. Tanggapan seperti ini bukan sahaja berlegar di kalangan non muslim bahkan masyarakat umat Islam sendiri masih keliru di dalam memahami keindahan syariat Islam yang sebenar.
Kekeliruan dan kejahilan ini bertambah parah apabila beberapa isu agama yang berlaku sejak akhir-akhir ini tidak ditangani sebagaimana yang diajar oleh agama yang natijahnya mengakibatkan Islam semakin dipandang serong oleh masyarakat. Isu-isu seperti larangan non muslim memasuki masjid dan juga bacaan al-Quran di pembesar suara misalnya, ditangani dengan wajah yang lebih cenderung ke arah sentimen tanpa bimbingan ilmu yang sebenar. Hasilnya, sentiment yang dibakar bertambah panas sedangkan panduan sebenar Islam diketepikan.


Kenyataan Pemimpin UMNO yang Mempersenda HUDUD

PAS telah melaksanakan Usaha Memahamkan Hudud kepada Masyarakat, dalam situasi wujud pro kontra pandangan ia sesuai atau tidak dilaksanakan atas alasan suasana yang masih belum kondusif di Malaysia. UMNO ? Tidak sesuai, tidak sesuai dan tidak sesuai tanpa sebarang usaha 50 tahun ini untuk cuba memberi kefahaman tentang apa itu Hudud. Yang ada hanya Persendaan dan Sindiran yg boleh mengugat aqidah mereka sendiri.

Koleksi Kenyataan Pemimpin UMNO yang mempersenda Syariat Islam

(Kenyataan Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim): Hukum rejam kepada penzina adalah primitif

(Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan): Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan -

(Kenyataan Mahathir pada 14 Julai 1992 kepada wartawan). Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.

(Ucapan Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 Umno bahagian Johor). Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti.

(Ucapan Mahathir pada 2 Mei 1992 di Papar Sabah). Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa2 lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.

(Kenyataan Mahathir kepada para wartawan pada tahun 1994 selepas mesyuarat MT Umno). Saya ingin memastikan bahawa negeri2 yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud.

(Ucapan Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan). Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam.

(Ucapan Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan). Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan? -

(Ucapan Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan)
(Ucapan Mahathir pada 3 Mac di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik.

(Kenyataan Najib Razak pada 20 April 1992 kepada para wartawan). Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.

(Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992) "Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja."

(Sulaiman Daud, temubualnya dengan media massa, 20 Ogos 1993)" Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac1994). "Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam."

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994). "Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa
kini."

(Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi Umno, 1994). "Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud."

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama') ialah mengajar, bukan mentadbir."

.(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam".

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud."

(Dr. Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992). "Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam."

(Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991). "Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan."

(Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992) . "Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak."

(Datuk Seri Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992): "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu."

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992). "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama."

(Datuk Dr. Yusuf Nor, temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota, 6 Mac 1994) "Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam."

"(Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 15 Julai 1994). Jika semua urusan selesai dan kita puas hati sikap Israel, kita akan mengiktiraf negara itu."

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam." (Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 28/9/2001) Perhimpunan Agong Umno. Mahathir berkata: Malaysia telah diistiharkan sebagai sebuah Negara Islam oleh Dr Mahathir ketika merasmikan Kongres Tahunan Partai Gerakan pada 28 September 2001 yang lalu.

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad3/3/94) 'Hukum rejam kepada penzina adalah primitif'.(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 14/7/92) 'Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja'.

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 2/5/92) 'Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama'.

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 1994) 'Saya akan memastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud'( hukum Islam)

(Dato' Seri Najib TunAbd Razak 20/4/93) 'Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan'. (Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi: 13/11/99) 'Apa erti negara Islam jika mundur'.

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 11/1/02 Berita Harian Mahathir berkata):Malaysia adalah sebuah negara Islam sejak merdeka dan peniaga serta pelancong Jepun sudah melawat negara ini sejak itu lagi. Kita tidak mengalami sebarang perubahan walau sedikitpun, lantas kebimbangan ini tidak berasas sama sekali, katanya berucap pada majlis jamuan meraikan rakan sejawatannya dari Jepun, Junichiro Koizumi di Seri Perdana di sini malam ini.

Firman Allah SWT: "Maka demi Tuhanmu mereka (pada hakikatnya) tidaklah beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakimAllah swt." (al-An'am:57)

Firman Allah SWT: "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang kafir" (al-Maidah: 44)

Firman Allah SWT: "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang zalim" (al-Maidah:45)

Firman Allah SWT: "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang fasiq" (al-Maidah:47)

Firman Allah SWT: "Apakah hukum Jahiliyyah yang mereka kehendaki, dan hukum siapakah yang lebih baik dari hukum Allah bagiorang-orang yang yakin?" (al-Maidah:50)


MENGHINA SUNNAH - BERJANGGUT
 
(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). "Sapa tau janggut Nabi macam mana? Sapa biasa tengok janggut nabi, ada gambar? Kita tak tau. Ada pulak yang kata janggut mesti sampai ke pusat. Ada yang special sikit macam tu! (ketawa). Apakah kita nak jadikan ini ukuran agama Islam kerana kita berjanggut maka kita Islam. Kononnya Sunnah Nabi. Kita tak tau. Kita tak tau sebenarnya macam mana janggut dia (Nabi) (menahan ketawa).

Di zaman itu nak cukur pun mudah ke?Dia bukan ada Gillette. Zaman nabi ada Gillette ke, tak dak. Pisau cukur pun tak dak masa tu. Jadi masalah macam mana nak cukur masa tu. Lepas itu, dia berjalan sana sini naik unta. Bukan nak dapat air banyak...(di) padang pasir".

MENGHINA HUKUM MENUTUP AURAT DAN MENGALAKAN RATU CANTIK
 
(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). "Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam".

Dr.Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO). Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat".

(Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997) Apabila tiga orang gadis Melayu Islam, Fahyu Hanim Ahmad,18 (Alor Setar), Noni Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina Shaari 23, (Alor Setar), menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997 ditangkap oleh lima pegawai JAIS, Mahathir yang ketika itu sedang bercuti di Okoyama, Jepun mengulas:

"Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa".

MENGHINA DAN MEMECAT ULAMA'
 
(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). "Saya bukan lawan semua dengan mufti, tetapi mufti (Dato' Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama', macam-macam ulama' ada."Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama' jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi - pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa 'ulama' adalah waris nabi'. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih."

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991, Perhimpuan Agung UMNO, PWTC). " Ajaran ulama' inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka".

Allah kata (berfirman): "Sesungguhnya yang takut kepada Allah di kalangan hamba-hambaNya hanyalah ulama'" (Mafhum al-Quran, Surah al-Fathir:28)

Rasullullah bersabda:
"Ulama' itu waris sekalian para Nabi"
"Ulama' itu pelita-pelita bumi, pengganti-pengganti Nabi
"Ulama' itu para pemegang amanat Allah atas segenap makhlukNya" (Muslim)
 
Lanjutan dari gesaan Mahathirlah maka Sahibus Samahah Dato' Ishak Baharom ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai Mufti Selangor hanya kerana bertegas agar pelaksanaan hukuman Hudud dilaksanakan dan juga kerana menyebabkan tiga orang ratu cantik Melayu-Islam didakwa di Mahkamah Syariah.

 http://www.untukrakyat.net/

 

Royal Call To Implement Islamic Law



Sultan Brunei Mahu Undang-Undang Islam dilaksana Segera



Harakahdaily  
 

KUALA LUMPUR, 11 Okt: Sultan Brunei hari ini menitahkan agar pemerintah negara itu melihat keperluan untuk melaksanakan undang-undang syariah dengan segera, serentak dengan undang-undang sivil di negara itu.

Baginda yang bertitah di mesyuarat Majlis Agama Islam di bangunan Majlis Undangan di sini berkata,perlaksanaan undang-undang itu tidak harus lagi ditangguh lebih lama kerana kelengkapan untuk melaksanakannya sudah ada.

Akta Jenayah Islam jika difahami dengan betul ujarnya, adalah yang terbaik kerana ia datang dan dicipta oleh Allah Yang Maha Kuasa dan tidak manusia.

"Kita tidak harus melambatkan dan sebaliknya merebut petunjuk itu secara positif.

"Apa lagi di sana untuk menunggu? Kita sudah mempunyai bangunan mahkamah yang mengagumkan, ramai pakar telah dihasilkan dan bahawa negara telah mencapai kemerdekaan. Apa lagi?" soal baginda.

Menurutnya, setiap individu bertanggungjawab untuk melakukan perbuatan baik yang merupakan permintaan dari Allah Maha Kuasa.

Sehubungan itu ujarnya,undang-undang Islam penting untuk mengawal semua masalah dalam hidup, agama, keturunan, minda dan kekayaan.

"Walaupun ia adalah tanggungjawab kita, ia perlu dipenuhi bagi Allah Maha Kuasa," titah baginda lagi.

Memetik laporan Brudirect.com, undang-undang Islam ujar baginda, adalah pengetahuan dan sistem yang unik dan sangat cantik dan sudah tentu akan dipilih apabila difahami, namun jika ia tidak difahami, ia akan dibenci.

"Tetapi sejak manusia tidak mahu memahami, undang-undang itu dilihat sebagai buruk dan menakutkan. Segala puji bagi Allah yang Maha Kuasa, kita dipandu oleh-Nya untuk melihat dengan jelas keindahan undang-undang Islam.

"Saya memberi mandat kepada agensi-agensi atau institusi yang berkaitan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Majlis Agama Islam, Negeri Jabatan Kehakiman, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Mahkamah Syariah dan semua pihak untuk bekerjasama dan berurusan secara kolektif dan telus sehingga undang-undang ini mula membuahkan hasil," titah baginda lagi.

Terdahulu, Menteri Hal Ehwal Ugama, Pg Dato Seri Setia Dr Hj Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman berkata, Majlis Agama Islam Brunei adalah badan tertinggi dalam membantu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda dalam menegakkan kesucian Islam di negara ini.


------------------------------------------------------ 
Sumber Asal dari Brudirect.com


 





Hudud .....kefahaman pada masyarakat

Hudud .....kefahaman pada masyarakat
  
Salah Faham Terhadap Hudud

Salah faham yang pertama ialah apabila ada menganggap bahawa persoalan Hudud merupakan persoalan yang hanya dikaitkan secara ekslusif dengan golongan ekstrimis Islam. Padahal Hudud merupakan perkara asas dalam persoalan keimanan dan tauhid kepada Allah SWT.  Hukum Hudud telah dinyatakan secara jelas di dalam Quran dan Sunnah. Setiap muslim wajib menerima kewajiban Hudud untuk dilaksanakan di kalangan masyarakat Islam.

Hujjah yang mengatakan bahawa Hudud tidak lagi sesuai dengan perkembangan zaman moden adalah hujjah yang dangkal. Sekiranya Hudud ketinggalan zaman, maka begitu jugalah halnya dengan semua hukum syariat yang lain seperti hukum solat, puasa, haji, nikah kahwin, dan jual beli. Kesemua hukum-hukum ini juga dinyatakan secara jelas oleh Al-Quran dan Sunnah.
Contohnya, lelaki yang adil bukan hanya perlu sebagai saksi-saksi dalam pengendalian kes-kes jenayah Hudud, tetapi juga sebagai wali nikah dan imam solat. Maka itu, andaian yang mengatakan bahawa amat sukar untuk mendapatkan saksi yang adil untuk menjadi saksi kes Hudud sebenarnya juga seolah-olah mengandaikan bahawa hukum nikah kahwin dan solat berjemaah tidak lagi perlu dipraktikkan oleh umat Islam sekarang.  Tentunya ini merupakan andaian yang liar dan tidak benar.

Sekiranya Hudud mahu dilabelkan sebagai agenda golongan ekstrimis Islam, maka apakah semua orang yang bernikah kahwin mengikut syariat dan bersolat jamaah juga perlu dilabelkan sebagai ekstrimis Islam? Maka, siapa lagi sebenarnya di kalangan umat Islam yang bukan ekstrimis melainkan kesemua muslim yang baik akan digelar ekstrimis Islam belaka.

Salah faham seterusnya ialah apabila kita melihat hukum Hudud dalam bentuknya yang juz'i (stand alone) yang terpisah dari sistem jenayah syariah Islam secara keseluruhan.  Islam adalah sistem yang lengkap dan saling melengkapi (kamil wa mutakamil). Setiap elemen dari ajaran Islam tidak boleh diceraikan dari keseluruhan batang tubuh Islam itu sendiri, dan begitu jugalah halnya dengan hukum Hudud. Hukum Hudud dalam bentuknya yang juz'i (stand alone) tidak akan mampu melahirkan keadilan, dan keadaan ini telah dipergunakan sepenuhnya oleh golongan penentang Hudud untuk menggambarkan bahawa Hudud adalah zalim. Mereka menilai Hudud dalam bentuknya yang terpisah dari keseluruhan sistem kehakiman dan perundangan Islam, dan sememangnya Hudud yang diambil secara juz'i ini boleh disifatkan sebagai tidak adil atau zalim.

Contoh yang selalu dikemukakan adalah persoalan rogol. Dalam hukum Hudud, jenayah rogol adalah disamakan dengan jenayah zina. Tahap kesaksian dan hukumannya juga sama. Dalam Hudud juga, menuduh seseorang yang dikenali sebagai orang baik melakukan zina tanpa mendatangkan saksi yang berwibawa merupakan suatu kesalahan Qazaf yang boleh membawa hukuman sebanyak 80 rotan. Lalu diambil peruntukan-peruntukan hudud ini secara terpisah oleh penentang Hudud untuk menggambar betapa mangsa rogol akan dizalimi.Mereka mengandaikan bahawa seorang mangsa rogol perlu mendatang 4 orang saksi lelaki yang adil untuk membuat pengaduan atau menghadapi risiko kesalahan Qazaf. Ini, menurut andaian mereka, adalah menzalimi mangsa rogol dan melindungi perogol. Padahal, undang-undang yang melibatkan kes rogol perlu dirujuk kepada keseluruhan peruntukan undang-undang jenayah syariah secara lengkap (Hudud, Qisas, Takzir, Undang-undang keterangan, siasah syari'ah) dan tidak boleh dinilai dari perspektif hukum Hudud secara terhad dan terpisah.

Seseorang yang mengadu dirinya dirogol, sepertimana kes-kes biasa, perlu membuat lapuran polis dan melakukan pemeriksaan doktor. Ini prosedur biasa. Polis atau pegawai penyiasat akan melakukan penyiasatan berdasarkan lapuran dan keterangan yang diberikan. Sekiranya terdapat bukti yang kukuh bahawa kes rogol sememangnya telah berlaku, pegawai penyiasat akan menyerahkan lapuran kepada pihak pendakwa.

Sekiranya tahap kesaksian untuk pendakwaan dilakukan dalam hukum Hudud tidak mencukupi (tiada 4 orang saksi yang melihat kejadian tersebut), pihak pendakwa masih boleh mendakwanya di bawah undang-undang Takzir. Melalui peruntukan Takzir, beban pembuktian adalah lebih longgar dan hukumannya juga lebih ringan berbanding Hudud. Pemeriksaan doktor dan keterangan-keterangan serta bukti-bukti yang dikumpulkan oleh polis ini (DNA test, lapuran kesihatan, penilaian psychology, dll) dinamakan sebagai Qarinah. Qarinah boleh digunakan sebagai bahan bukti yang boleh mensabitkan kesalahan takzir ke atas perogol. Qarinah ini juga boleh mengelakkan mangsa rogol dari dakwaan Qazaf, kerana Qazaf merupakan kesalahan Hudud dan sebarang keraguan yang boleh ditimbulkan (melalui Qarinah) dalam kes Hudud boleh menggugurkan kes tersebut. Hukuman Hudud boleh dilakukan ke atas seseorang hanya apabila tiada sebarang keraguan langsung (beyond any shadow of doubt).  Manakala untuk kesalahan yang boleh dibuktikan secara jelas oleh Qarinah, tetapi tidak mencapai tahap kesaksian yang diperlukan oleh Hudud, hukum Takzir boleh dikenakan terhadap penjenayah tersebut.

Mengaitkan Qazaf dengan kes rogol secara mutlak adalah suatu andaian yang liar dan tidak adil. Hukum Qazaf berfungsi untuk melindungi maruah seseorang individu yang baik dari sebarang tuduhan melulu yang boleh menjatuhkan maruah diri dan keluarganya. Sekiranya, seseorang itu menuduh dirinya dirogol oleh seseorang, sedangkan bukti dan keterangan (Qarinah) yang dibawa menunjukkan sebaliknya, barulah ia boleh didakwa di bawah Qazaf. Contohnya, Minah menuduh Ali merogolnya sehingga mengandung, tetapi ujian DNA menunjukkan bahawa anak tersebut bukanlah dari benih Ali, maka Minah akan menghadapi risiko dakwaan Qazaf melainkan ada 4 orang saksi yang berwibawa yang melihat kejadian rogol tersebut, ataupun dapat dibuktikan secara Qarinah bahawa dia dirogol oleh ramai orang dan Ali adalah salah seorang daripada mereka. Tetapi, sekiranya ujian DNA mengesahkan bahawa anak tersebut memang jelas dari benih Ali, maka Ali boleh didakwa di bawah peruntukan Takzir, manakala Minah tidak akan dihukum di bawah Qazaf.  Dalam kes ini, Ali tidak didakwa di bawah Hudud kerana tahap kesaksian tidak menepati kehendak hukum Hudud, sebaliknya beliau akan dihukum di bawah undang-undang Takzir.

Dalam kata lain, sekiranya perkara ini dirujuk kepada keseluruhan rang undang-undang Hudud, Qisas, Takzir, Undang-Undang Keterangan, dan ditambah dengan kefahaman terhadap konsep Siasah Syariah, maka segala keraguan dan andaian liar terhadap Hudud atau mana-mana peruntukan dalam hukum Jenayah Syariah tidak sepatutnya berlaku.

Ibarat kata Tun Salleh Abbas, bekas Ketua Hakim Negara, yang juga salah seorang ahli panel Jawatankuasa Penyediaan Rang Undang-Undang Hudud dan Qisas, " Sekiranya undang-undang ini dilaksanakan dengan mendapatkan kerjasama semua pihak, kebanyakan masalah yang melibatkan sistem Perundangan dan Kehakiman negara dapat diselesaikan, di samping mencapai matlamat mengurangkan kadar jenayah dan kerosakan akhlak."

Kesilapan melihat peruntukan hukum jenayah syariah dalam bentuknya yang stand alone (juz'i) ini juga berlaku kepada pengkritik hukum Qisas. Mengikut peruntukan hukum Qisas, seorang pembunuh itu wajib dibalas bunuh melainkan beliau mendapat persetujuan dari waris mangsa untuk membayar diyat (gantirugi), ataupun pengampunan terus dari waris mangsa. Andaian yang sering dibuat oleh penentang Qisas ialah bahawa seorang pembunuh yang kejam dan merbahaya akan terlepas dari hukuman sekiranya waris mangsa bersetuju mendapat bayaran ganti rugi atau mengampunkan pembunuh tersebut. Sekiranya ini berlaku, pembunuh itu boleh terus membunuh mangsa-mangsa yang lain.

Sekiranya kita membaca peruntukan tersebut secara lengkap dan bersama dengan peruntukan-peruntukan yang lain, sebenarnya Hakim masih boleh menjatuhkan hukuman Takzir ke atas pembunuh itu, di samping hukum Qisas sekiranya pihak Mahkamah bersetuju bahawa pembunuh tersebut perlu dihukum bagi menjamin ketenteraman awam. Dalam kata lain, walaupun pembunuh tersebut mendapat pengampunan dari waris mangsa dari dijatuhkan hukuman bunuh balas (Qisas), beliau masih boleh dihukum penjara atau hukuman-hukuman lain yang setimpal dengan kesalahannya. Jadi, tidak timbul persoalan samada seseorang penjenayah itu dengan mudah boleh melepaskan diri dengan memberi rasuah kepada waris mangsa.

Seperkara lagi yang sering diabaikan dalam perbahasan berkenaan Hudud ialah peri pentingnya kefahaman terhadap Siasah Syar'iah di dalam perlaksanaan Undang-Undang Jenayah Syariah.  Kebanyakan mereka yang menentang Undang-Undang Hudud dan Qisas adalah terdiri dari kalangan mereka yang mempunyai kefahaman yang sangat terhad terhadap Siasah Syari'ah. Siasah Syar'iah amat penting bagi menghadapi kes-kes yang rumit dan spesifik.  Para Hakim dan Peguam Syari'ah adalah mereka yang terlatih di dalam ilmu Siasah Syari'ah. Ini penting agar keadilan sistem perundangan Islam dapat dilaksanakan.

Umpamanya penentang Hudud mempersoalkan tentang keperluan saksi lelaki di dalam kes-kes Hudud, dan bagaimana sekiranya kejadian rogol dilakukan di asrama wanita. Kes seperti ini boleh dirujuk kembali kepada perbicaraan terhadap pembunuhan Osman bin Affan, salah seorang Khalifah Islam. Saksi kepada pembunuhan tersebut ialah isteri Osman sendiri, dan tiada saksi lelaki. Hakim, menggunakan kaedah Siasah Syari'ah bagi membenarkan kesaksian dari kaum wanita kerana kes-kes tersebut memerlukan kesaksian mereka. Oleh kerana kesaksian beliau cukup kukuh dan tidak dapat dicabar di mahkamah, maka kesaksian tersebut diterima di dalam perbicaraan itu.

Begitulah juga dengan peristiwa yang berlaku di zaman pemerintahan Islam di mana terdapat seorang gadis yang mengandung lalu dibawa ke muka pengadilan. Gadis itu mempertahankan dirinya menyatakan bahawa beliau tidak tahu sesiapa yang merogolnya, tetapi menyebut bahawa beliau adalah seorang yang terlalu kuat tidur sehingga tidak sedar jika diperlakukan sesuatu yang tidak baik ke atasnya.  Memandangkan kes ini jarang berlaku, hakim telah membenarkan tertuduh mengemukakan beberapa saksi yang boleh mengesahkan dakwaannya bahawa beliau adalah seorang yang terlalu kuat tidur.  Setelah hakim berpuas hati dengan kesaksian bahawa gadis tersebut memang dikenali sebagai seorang wanita yang taat beragama serta berakhlak baik, dan kesaksian bahawa beliau memang seorang yang terlalu kuat tidur sehingga tidak sedar diperlakukan sesuatu ke atasnya ketika sedang tidur, maka hakim telah menggugurkan kes tersebut kerana terdapat keraguan yang munasabah bahawa gadis tersebut telah berzina secara sukarela.

Bagi mereka yang memahami persoalan Siasah Syar'iah secara mendalam, Hukum Hudud merupakan suatu sistem perundangan yang adil dan dinamik yang mampu menangani persoalan semasa selari dengan kemajuan saintifik dan perkembangan sosio-ekonomi masyarakat.  Sebenarnya, terlalu banyak kes-kes penghakiman di dalam sistem perundangan Islam yang mempu membuktikan bahawa sistem ini merupakan sistem yang adil dan dinamik, di samping menepati kehendak syara' seperti yang telah digariskan oleh Al-Quran dan Sunnah.

Umpamanya, kes rogol mungkin tidak berlaku paksaan secara fizikal semata-mata. Ia juga boleh berlaku melalui tipu muslihat lain seperti kaedah tekanan mental, perasaan, dan lain-lain. Seorang mangsa rogol umpamanya mungkin terpaksa menyerahkan dirinya kepada seseorang yang dianggap lebih berkuasa dan berpengaruh serta boleh menjejaskan kehidupan keluarganya dalam pelbagai sudut. Pembuktian kes-kes seperti tentunya lebih rumit dan memerlukan pendekatan Siasah Syari'ah yang lebih mendalam. Bagaimanapun, tentulah dangkal dan tidak benar untuk mengatakan bahawa  hukum Islam telah ketinggalan zaman sedangkan ianya telah terbukti mampu menjadi tunggak kehakiman ummah selama lebih seribu tahun sejak terdirinya kerajaan Islam di Madinah sehinggalah kepada kejatuhan Khalifah Othmaniah pada tahun 1924.

Apa yang menjadi masalah ialah ramai umat Islam hari ini yang sudah terpisah dengan pengamalan syariat Islam sehingga merasa cukup asing dan melihat hukum syariah dengan penuh prejudis dan kecurigaan, sedangkan mereka tidak mempunyai kefahaman yang mendalam berkenaan ilmu tersebut. Apatah lagi apabila masyarakat bukan Islam yang juga cuba menilai hukum ini dengan keilmuan sifar, secara tidak beradab mencela dan menghina hukum Islam. Wallahua'lam.


masjidnegara.gov.my

 






Pandangan bukan Ustaz

Niat buku Travelog Haji: 50 Tips Motivasi ditulis khusus bagi mereka yang “biasa-biasa” tetapi berkeinginan untuk menjadi manusia yang lebih baik berbanding semalam. Inilah pandangan mereka,
Membaca manuskrip Travelog Haji: 50 Tips Motivasi bukan semata-mata buku mencari petua atau panduan tetapi sarat dengan ajakan untuk bermuhasabah diri. Sebahagian besar isu yang dicatatkan mungkin pernah tersirat dalam hati insan-insan yang pernah ke Tanah Suci tetapi tidak berupaya untuk dikongsi secara meluas.

Tips yang diberikan berdasarkan pengalaman peribadi penulis telah disusun dan diolah sedemikian rupa sehingga menjadikannya satu hidangan muhasabah atau check list bagi merenung ke dalam diri mengenai hubungan diri dengan penciptanya. Ia juga merangkumi persiapan mental dan fizikal serta memberi ilham bagaimana mahu bermuamalah dengan jutaan karenah manusia di Tanah Suci.

Buku ini boleh dijadikan pengisi lompang yang sangat signifikan sebelum menunaikan fardhu haji. Bagi mereka yang telah melaksanakan kewajipan tersebut, buku ini menyediakan satu senarai timbal balik yang panjang untuk diimbau kembali kembara haji yang telah dilalui.
Sebahagian isu yang diutarakan tampak remeh misalnya penggunaan tandas dalam bab 17 dan 40, iaitu 

Ajarlah Mereka dan Aurat. Jika direnung sejenak kedua-dua perkara ini merupakan perkara pokok dalam penentuan sah atau tidak amalan-amalan wajib yang dilakukan. Diri mungkin bebas daripada hadas kecil dan besar padahal kaki yang melangkah keluar dari bilik air membawa bersama sisa tinggalan najis dari lantai basah yang dipijak.

Aurat yang tidak ditutup sempurna dengan sengaja boleh membatalkan ibadat solat dan tawaf yang dilakukan. Ia sangat-sangat memberi impak terhadap kesempurnaan haji. InsyaAllah tips yang telah diperturunkan jika diambil manfaat daripadanya akan secara tidak langsung dapat membantu menjaga ibadah tersebut daripada tercalar.

Tahniah kepada Prof Dr Haji Muhd Kamil Ibrahim dan Hajah Raudzah Roslan kerana telah berjaya membukukan tips hasil pengalaman dan pengamatan mereka dalam suasana yang tidak terlalu mendesak hati dan perasaan khalayak pembaca. Mudah-mudahan ia dapat dimanfaatkan oleh khalayak pembaca yang mahu meneroka ilmu yang sarat dengan teladan dan sempadan.

Saya rasa dihargai kerana diberi peluang untuk menyampaikan pandangan. Terima kasih.

Wan Zarina Wan Kamaruddin
Pensyarah Sains [Kimia]

Berkongsi pengalaman lumrah dilakukan. Mengambil iktibar daripada setiap catatan pengalaman juga perkara biasa. Namun pengalaman itu menjadi luar biasa, unik dan berbeza apabila ia dikupas secara halus dan terperinci, kemudian diadun dengan rasa keinsafan dan ketulusan hati serta dihidangkan dalam pelbagai cerita yang dikaitkan semata-mata untuk mendapat keredhaan Illahi.

Travelog Haji: 50 Tips Motivasi mempunyai kesemua ramuan tersebut. Membaca manuskrip ini, saya berasa begitu kerdil di sisinya. Hampir setiap ruang penceritaan saya cuba membayangkan suasana yang berlaku. Bahkan membayangkan saya berada di sisi penulis lalu berpeluang membaca manuskrip ini dan buku Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman mempunyai hikmahnya untuk saya. Hati merintih, “Ya Allah moga aku berpeluang menjadi tetamumu”.
Amin.

Khairul Anuar bin A. Rahim
Timbalan Pendaftar

“Saya belum bersedia,” itulah jawapan saya ketika diajak oleh arwah isteri bagi menunaikan fardhu haji. Beliau kemudian meninggalkan saya dipanggil Allah akibat penyakit kanser sebelum sempat saya membawa beliau ke Tanah Suci. Jawapan “belum bersedia” merupakan alasan yang dicipta. Hakikat sebenar, saya berada di dalam ketakutan di atas dosa-dosa lampau dan risau dengan pembalasan Allah sebagaimana yang diceritakan oleh ramai orang.

Setahun yang lalu (2009), pintu hati saya diketuk untuk menunaikan fardhu haji. Saya mendaftar dan tahun pemergian yang direkodkan adalah 2029 ketika usia saya 63 tahun. MasyaAllah, benarlah apa yang dinyatakan oleh Prof Dr Muhd Kamil dan Puan Raudzah betapa rukun Islam yang ke lima ini perlu dirancang seawal mungkin.

Saya rasa bertuah kerana dipilih untuk membaca manuskrip Travelog Haji: 50 Tips Motivasi. Saya melihat ke dalam diri sendiri, membaca kerana inginkan ilmu pengetahuan dan menghayati setiap tips-tips yang dikemukakan atas sifat ingin menunaikan fardhu haji secepat mungkin.

Lalu saya membuat kesimpulan, ia senaskah buku yang sangat-sangat memberi manfaat kepada diri sendiri. Setiap tips yang diberi membuka minda dan saya dapat mencongak apakah yang perlu dirancang, bersedia dengan pelbagai kemungkinan dan bermuhasabah bagi mendapat nilai yang terbaik daripada proses melaksanakan ibadah haji.

Bukhori Che Mat
Pengurus Cawangan Bank Rakyat

Ia senaskah buku yang mengutarakan tips-tips melaksanakan ibadat haji. Kesemuanya kelihatan mudah. Namun ia memberi kesan yang besar kepada ibadah utama ibadah haji seperti tawaf, saie dan lain-lain. Malah saya fikir catatan kedua-dua penulis yang berdasarkan pengalaman, pemerhatian dan amalan merupakan sesuatu yang sangat unik namun jelas ia boleh dijadikan tauladan dan sempadan bagi mereka yang lain.

Buku ini sangat segar dan hidup. Saya terasa-rasa berada di sisi penulis, bersama mereka dalam situasi tertentu. Inilah kekuatan sebenar buku ini. Isu-isu utama seperti niat sebenar menunaikan fardhu haji telah diulas dengan menarik. Konsep menunaikan ibadah haji semata-mata kerana Allah dinyatakan dengan cara yang berbeza.

Malah tips-tips yang dikemukakan mencakupi isu-isu yang sering dipandang ringan oleh setengah-setengah jemaah haji. Soal bagaimana menjaga wuduk, memberi tumpuan kepada niat sebenar dan strategi ibadah malam dipertegaskan dengan cara yang sangat santai tetapi berkesan. Semoga 50 tips yang dibincangkan dapat dijadikan panduan kepada jemaah haji di masa akan datang.

Dr. Aryati Bakri
Pensyarah Sains Komputer dan Sains Maklumat

Alhamdulillah, saya telah membaca keseluruhan manuskrip Travelog Haji: 50 Tips Motivasi. Ia satu pengalaman yang menarik bagi mereka yang belum menunaikan fardhu haji. Isi kandungan buku ini memungkinkan pembaca mendapat panduan dan rangsangan berguna semasa berada di Mekah dan Madinah.

Bagaimanapun, saya berpendapat yang khalayak pembaca perlu bersedia untuk membaca buku ini tanpa prejudis dan harus berlapang dada. Caranya mudah, letakkan diri sebagai manusia biasa-biasa yang sentiasa mencari ilmu yang bermanfaat. Kemudian bacalah secara bertenang, dari satu bab ke satu bab hingga ke bab terakhir.

InsyaAllah pembaca akan merasai sedang berada bersama-sama penulis di Mekah dan Madinah sambil diberikan panduan atau tips yang sangat bermanfaat. Saya fikir kedua-dua pasangan penulis ini telah berjaya mengisi sebahagian dari ruang-ruang lompang (knowledge gap) yang ditinggalkan oleh penulis-penulis terdahulu tentang ibadat haji.

Mereka telah menjawab pelbagai persoalan yang kelihatannya kecil tetapi membawa makna besar terutamanya dalam konteks mencari haji terbaik di sisi Allah.
Selamat membaca.
Mohd Halim Kadri
Pensyarah Perakaunan

”Hampir setiap manusia mempunyai rahsia tersembunyi”

Itulah petikan ayat yang terkandung di dalam Tips 8 – Bertaubat, yang menjadi prasa kata kunci setelah membaca manuskrip Travelog Haji: 50 Tips Motivasi. Bagi saya itulah kesempatan bijak yang dimanfaatkan penulis – gandingan pasangan suami isteri ini. Dan percayalah, membaca 50 Tips itu seumpama merungkai lebih 50 rahsia diri sendiri bersama pengkisahan yang dibawa penulis.

Ungkapan berulang-ulang ”orang biasa-biasa” dalam mensasarkan khalayak ke atas tips atau petua, menjadi asas penceritaan Travelog siri ke empat ini – selepas Travelog Haji – Mengubah Sempadan Iman dan Travelog Dakwah – Meniti Hari Esok oleh Prof Dr Muhd Kamil Ibrahim dan Travelog Cinta Abadi – masa yang berlalu… catatan Puan Raudzah Roslan. Membacanya pasti mengetuk hati dan mencabar minda – dalam menanda aras diri!

Tidak ramai penulis, khususnya di kalangan cerdik pandai yang berani dan sanggup menggalas tugasan ’mendedahkan kekurangan diri’ dalam menyampaikan mesej ’remeh-remeh tetapi signifikan’, secara kreatif – mudah dan bersahaja. Namun, Prof Kamil jelas berjaya meneruskan lagendanya dalam merobosi tembok bayang-bayangan itu. Itulah pengorbanan besar beliau. Itulah juga bekalan ilmunya yang telah dan akan dimanfaatkan, InsyaAllah.

Buku ini bukan sekadar tips motivasi haji. Ianya menjangkaui aspek-aspek falsafah haji dan jatidiri bakal jemaah. Juga membicarakan soal hati. Apa yang pasti, 50 Tips Motivasi juga menjadi senarai semak mabrur atau tidaknya ibadat haji yang telah dikerjakan; walaupun 20 tahun lalu!
Sabtu Md Ali
Penasihat Korporat

Buku Travelog Haji 50 Tips Motivasi bukanlah hanya sebuah buku tetapi ia sebenarnya adalah hadiah kepada mereka yang sedang berusaha sedaya upaya untuk menyempurnakan ikrar mereka sebagai seorang muslim/muslimah dengan menunaikan rukun Islam yang ke lima iaitu menunaikan fardhu haji.
50 tips tips yang diberikan dalam buku ini amatlah jelas maksud dan tujuannya. Setiap tips dikupas dengan begitu teratur seiring dengan sebab dan akibatnya. Ia dilandasi dengan firman Allah, didokong oleh hadis dan amalan oleh kedua-dua penulis. Ia juga didasari oleh fitrah dan sikap manusia dan kemudiannya, dibuktikan keberkesanannya melalui pengalaman penulis sendiri.

Ia juga diolah dengan bijak dan berjaya membuka mata pembaca kepada beberapa perkara yang tidak pernah terlintas difikiran kita. Sekadar menyebut contoh, bab tandas, waktu tidur di Malaysia vs Mekah dan Madinah dan beberapa tajuk lagi.

Buku dan tips yang diberikan ini merupakan satu buku yang sangat berguna jika diambil manfaat dari isinya. Semoga usaha dan tips yang diberikan oleh Prof. dan Puan Roza akan membina sebuah peradaban insan di dunia dicatat di hari pembalasan sebagai sebuah perjuangan fisabilillah.
Zety Natamulia Elias
Pembantu Tadbir

 http://muhdkamil.org/blog/2010/12/05/pandangan-bukan-ustaz/





Ingat Mati
  

Definasi
Mati adalah bercerai roh dari badan, tetapi
ianya bukanlah satu babak yang penyudah
dalam arena kehidupan di dunia, malah ianya
sebagai suatu proses sementara bagi
menempuh kehidupan yang kekal abadi yang
bermula dari alam kubur.

Setiap makhluk ini
tidak terlepas dari mati.
Maksud Firman Allah s.w.t :
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan
sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada
hari Khiamat."
( Surah Ali Imran ayat 185 )

Kematian akan mengejar ke mana saja kita
berada, ia akan tiba pada bila-bila masa tanpa
diundang dan tanpa menerima tempoh.
Maksud Firman Allah s.w.t:
"Apabila sampai ajal maut seseorang itu ia
tidak dapat ditunda atau dipercepat, walau
sesaat pun."
(Surah al-A'raf ayat 34)
(Surah an-Nahl ayat 61)
Sesungguhnya kematian itu tidak pernah
diundang atau dijemput, ia tidak pernah
berkompromi, tidak memilih martabat atau
dalam keadaan sedar atau berkhayal, dalam
taqwa atau maksiat. Kematian itu pasti
mencari di mana saja roh berada.

Maksud Firman Allah
s.w.t :
"Di mana saja kamu berada, kematian itu
akan mendapatkan kamu sekalipun kamu
berada dalam kubu yang
kukuh."
(Surah an-Nisaa' ayat 78)
 Hukum Ingat Mati

Walau bagaimanapun keadaan yang bergolak dalam pemikiran manusia. Namun Islam menganjur umatnya (sunat) supaya mengingati mati. Samada cara termenung menggambarkan saat-saat kematian itu ditempuhi, menziarahi orang sakit, menziarahi kubur, menghantar jenazah ke kubur dan sebagainya.    
1
2
3
 
Mengingati mati adalah berbeza hukumnya dengan bercita-cita hendak mati, kerana bercita-cita hendak mati yang nekad dengan putus asa, tidak sabar atas penderitaan adalah bukan sifat seorang Islam mukmin dan ditegah oleh syarak ( haram ) kerana nekad sedemikian kadangkala boleh membawa pembunuhan diri.  
Adapun memohon dipendekkan umur dengan sebab kezaliman yang berlaku dan tidak ada jalan bagi menghindarinya adalah diharus dengan secara bersandar, seperti kata doanya, bermaksud : 
"Ya Allah hidupkanlah aku sekiranya kehidupan itu memberi kebaikan kepadaku dan matikanlah aku sekiranya kematian itu menjadi kebaikan kepadaku"
Mati adalah bercerai roh dari badan, tetapi ianya bukanlah satu babak yang penyudah dalam arena kehidupan di dunia, malah ianya sebagai suatu proses sementara bagi menempuh kehidupan yang kekal abadi yang bermula dari alam kubur. Setiap makhluk ini tidak terlepas dari mati. 
Maksud Firman Allah s.w.t :
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Khiamat."
( Surah Ali Imran ayat 185 )
 
Kematian akan mengejar ke mana saja kita berada, ia akan tiba pada bila-bila masa tanpa diundang dan tanpa menerima tempoh.  
Maksud Firman Allah s.w.t: 
"Apabila sampai ajal maut seseorang itu ia tidak dapat ditunda atau dipercepat, walau sesaat pun."
(Surah al-A'raf ayat 34)
(Surah an-Nahl ayat 61)
 
Sesungguhnya kematian itu tidak pernah diundang atau dijemput, ia tidak pernah berkompromi, tidak memilih martabat atau dalam keadaan sedar atau berkhayal, dalam taqwa atau maksiat. Kematian itu pasti mencari di mana saja roh berada. 
Maksud Firman Allah s.w.t :                                                                                           
"Di mana saja kamu berada, kematian itu akan mendapatkan kamu sekalipun kamu berada dalam kubu yang kukuh."                                               
(Surah an-Nisaa' ayat 78)
 Kita telah melihat dan akan melihat dua suasana yang berbeza antara satu  sama lain dalam menghadapi kematian. Ada yang ngeri lagi takut mereka belum bersedia dengan bekalan yang sewajarnya, terlukis dalam alam khayalannya terbujur kaku tanpa teman, pucat lesi, tidur tidak berbantal dan beralas, takut hantu serba ragam yang bergolak dalam fikiran yang kusut lagi buntu. Manakala satu pihak lain, mereka merasa redha dan menanti kedatangan maut itu dengan senang kerana mereka sudah bersedia dengan amalan yang membawa kesejahteraan dan kenikmatan kepadanya.

Hikmah Ingat Mati

Dengan mengingati mati akan menimbul rasa taqwa yang mendalam untuk menjunjung perintah Allah s.w.t. dan meninggalkan segala  larangannya. Serta bersungguh-sungguh berusaha memperbanyakkan harta kebajikan, dan pelajaran sama ada untuk diri atau keluarganya.
 
Timbul rasa kasih sayang serta muhabbah sesama manusia, khususnya keluarga, jiran dan masyarakat setempat yang kelak disebut orang dengan kebaikan.
 
Lahir perasaan tanggungjawab hendak membimbing diri dan keluarganya supaya bersungguh-sungguh beramal dan berbuat kebajikan dalam menuntut keredhaan Allah.
 

Tanda-tanda Nazak

Orang yang sakit tenat sebelum menghembuskan nafas terakhir kebiasaannya didatangi beberapa tanda yang ketara atau sebaliknya, di antara tanda-tanda tersebut ialah :
1.1 Tapak kakinya lurus
1.2 Hidungnya tunduk pucat tidak berpeluh
1.3 Sendi pergelangan tangan renggang
1.4 Keningnya luas tergonggong biji mata
1.5 Lidah kelu dan tertutup selera
1.6 Tidak mengecam sahabat-sahabat atau keluarga dengan penglihatan (kabur penglihatan)
1.7 Perubahan tabiat
1.8 Terlalu dahaga sentiasa minta air
1.9 Meminta sesuatu yang ganjil
2.0 Mata selalu tenung ke atas
2.1 Tidak ada timbal balik pernafasan.

Amalan Sunat

Apabila terdapat beberapa tanda-tanda tersebut adalah disunat melakukan :
2.1 Ajar mengucap ditelinganya  La ilaha illallah setelah ia mengucap, maka tidak perlu lagi diulangi melainkan jika ia diselangi pula dengan ucapan keduniaan.
Sabda Nabi s.a.w. maksudnya :
"Ajarkanlah orang yang hampir mati itu La ilaha illallah."
2.2 Membaca Surah Yaasin
Sabda Nabi s.a.w. maksudnya : 
"Kamu bacakanlah Yaasin kepada orang yang hampir mati."
2.3 Titik air ke dalam mulutnya
Basahkan muka dan dadanya dengan air. Kerana Nabi s.a.w. ketika hampir wafat meminta semangkuk air dan membaca Surah Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah an-Nas, lalu dibasuh muka dan menyapu dadanya.
Urusan Jenazah
Menurut hukum syarak, apabila seseorang Islam itu meninggal dunia, wajiblah ia dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan dikebumikan. Kewajipan ini adalah FARDU KIFAYAH.
 Hukum Kafan
Hukum syarak mengenai mengkafan mayat diterangkan dalam hadith berikut:
Dari 'Aishah r.a. katanya: "Rasulullah s.a.w. (semasa wafatnya) telah dikafankan dalam tiga helai kain putih 'sahuli'* dari kapas; tidak mengandungi baju kamis dan tidak juga serban."**
 
(Riwayat Bukhari dan Muslim) Semasa hayatnya Rasulullah s.a.w. menerangkan bahawa sebaik-baik pakaian ialah yang berwarna putih (yang melambangkan kebersihan dan kesucian), demikian juga warna kain kafan.
 
Dari Ibnu Abbas r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Pakailah yang putih dari pakaian kamu, kerana pakaian yang putih itu adalah sebaik-baik pakaian kamu; dan kafankanlah orang mati dari kalangan kamu dalam kain putih juga."***
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
 Cara Mengkafan

Menurut huraian ulama, 'kafan' yang wajib bagi mayat ialah sehelai kain yang dapat menutup aurat dan membalut tubuhnya.

Boleh digunakan sebarang kain yang biasa dipakai oleh si mati semasa hidupnya tetapi yang afdhal ialah kain putih seperti yang diterangkan dalam hadith yang lalu. Kain kafan, sungguhpun yang wajibnya ialah selapis, namun 'mayat lelaki' sunat dikafankan dalam tiga lapisan (tiga potongan kain), tiap-tiap satu dapat menutup seluruh badannya - dari hujung rambut hingga ke hujung kakinya.

Mayat lelaki tidak harus dikafankan dalam kain sutera kerana haram bagi lelaki memakainya semasa hidup. Sebaliknya mayat perempuan boleh dikafan dalam kain sutera ia halal dipakai oleh perempuan. Setengah ulama pula mengatakan makruh hukumnya jika mayat perempuan dikafankan dengan kain sutera kerana perbuatan yang demikian adalah membazir dan kain yang mahal-mahal lebih layak dipakai oleh orang yang hidup.

Jika sukar mendapat sebarang kain (kerana keadaan darurat), maka mayat boleh dikafankan dengan sebarang benda yang boleh membalut badan - seperti tikar, daun-daun pokok tanaman dan sebagainya.

'Mayat lelaki' juga harus dikafankan dalam lima lapis, iaitu tiga lapis tersebut tadi, ditambah dengan baju dan serban.* (Kerana Ibnu 'Umar r.a. telah mengkafankan mayat-mayat keluarganya dengan lima lapis termasuk baju dan serban)
'Mayat perempuan' pula sunat dikafankan dengan lima lapis**, iaitu kain yang membalut bahagian badannya; antara pusat dan lututnya; kemudian baju kurung; kemudian telekung yang menutup kepala; kemudian dua lapis kain lebar yang dapat membalut seluruh tubuhnya, dari hujung rambut hingga ke hujung kakinya.*** 'Mayat khunsa demikian juga.***
'Mayat kanak-kanak' sama hukumnya seperti 'mayat orang dewasa'.***

Belanja kain kafan dan lain-lain berhubung dengannya, hendaklah dari si mati. Kalau ia tidak tinggalkan harta, hendaklah ditanggung oleh warisnya, kalau tiada waris, hendaklah ditanggung oleh Baitulmal. Kalau Baitulmal tidak ada, atau Baitulmal ada tetapi sukar mendapat perbelanjaan, maka belanja mengkafannya ditanggung oleh orang yang mampu di kawasan itu.****

Jika si mati itu perempuan yang ada suami dan ia tetap taat (tidak menderhaka atau nusyuz pada suami), maka belanja mengkafannya ditanggung oleh suaminya yang mampu, sekalipun isteri yang mati itu kaya, atau telah diceraikan tapi dalam edah talaq yang boleh dirujuk, atau diceraikan dengan talaq yang tidak boleh dirujuk tetapi ia dalam keadaan mengandung.****

Ziarah Kubur

1.1 Tersebut  dalam  kitab  I'anah At-Thalibin, adalah sunat bagi kaum lelaki menziarahi kubur dan makruh bagi kaum wanita. Ini beralasan suatu ketika Rasulullah s.a.w. melihat seorang wanita menangis atas kubur anaknya.

Maka sabda baginda, maksudnya:

"Bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah"                                                                          
(Ittifaq Bukhari dan Muslim)

Kalaulah haram wanita ziarah kubur nescaya ditegahnya wanita itu. Adapun hadith yang bermaksud, "Allah melaknat wanita-wanita menziarahi kubur" memberi erti wanita yang datang meraung, menangis di atas kubur boleh mendatangkan fitnah, sememangnya dilarang. Sebahagian ulamak mengatakan hadith melarang wanita ziarah kubur telah dimansuhkan oleh hadith yang bermaksud:

Dari Buraidah al-Aslami r.a. katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: Aku dahulu melarang kamu dari menziarahi kubur, maka sekarang ziarahlah kubur (kerana ada baiknya)."
(Riwayat Muslim)                                                   

1.2 Ketika sampai di kawasan kubur adalah sunat memberi salam.
   
1.3 Menghadiahkan  bacaan  ayat  suci  al-Quran,  terdapat  dalam hadith Nabi menganjur supaya membaca :
i. Surah Yaasin
ii. Surah al-Ikhlas
    
iii. Surah al-Falaq           
                       
iv. Surah an-Nas
v. Surah al-Fatihah

1.4 Islam melarang  menziarah kubur. Jika menjadikan kubur itu sebagai Tawassul, memuja atau dijadikan temasya.

1.5 Berdoa kepada arwah  
Tersebut dalam kitab al-Azhar, kata Imam Nawawi telah menjadi Ijmak Ulama' (Assyafieyah) bahawa berdoa dan menghadiahkan pahalanya kepada orang-orang islam yang telah meniggal dunia berfaedah dan sampai pahalanya. Dalam kitab al-Irsyad wa syarhih Ibnu Hajar menambah samada doa itu dari warisnya atau orang lain.

Dalilnya firman Allah s.w.t. surah  al-Hasyr ayat 10 yang bermaksud:
"Dan orang-orang Islam yang datang kemudian daripada mereka berdoa dengan katanya, wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang telah mendahului kami."

1.6      Wanita Ziarah Kubur
Terdapat sebahagian ulama' mengatakan sunat bagi wanita menziarahi makam Rasul, Ambia, Para Ulama' dan orang-orang solih (lihat l'anah at-Thalibin)

Hukum dan Syarat

HUKUM MANDI
Hukum syarak mengenai mandi mayat diterangkan dalam hadith berikut, yang bermaksud :

Dari Umu 'Athiah al-Ansariah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. masuk ke tempat kami ketika anak perempuannya* wafat lalu bersabda: "Mandikanlah dia dengan tiga kali, atau lima kali atau lebih dari itu - jika kamu pandang elok tambahan yang demikian - iaitu dengan air, dan serbuk daun bidara, dan campurkan sedikit kapur barus pada kali yang akhir, setelah kamu selesai memandikannya beritahu kepadaku."

Setelah selesai, kami pun memberitahu kepada baginda, lalu baginda memberi kepada kami kain sarungnya sambil bersabda,"Balutlah badannya dengan kain ini." **
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Nota
Setelah mereka memandikan jenazah puterinya, baginda melucutkan kain sarung (azar) yang dipakainya dan meminta mereka membalut tubuh mayat puterinya. Sesudah itu barulah mayat puterinya dikafan dengan kain kafan yang disediakan. Alhafiz Ibni Hajar rah.a. berkata, "Perbuatan baginda yang demikian menjadi dasar (bagi amalan orang Islam) mengambil berkat daripada benda-benda pemberian atau peninggalan orang salih."
(Fathul Bari 3:372) 

 SYARAT MANDI

Mandi dengan merata air ke seluruh anggota badan jenazah.
Syarat mayat dimandikan.

1.1 Hendaklah mayat orang Islam.
1.2 Cukup anggota atau sebahagian badannya.
1.3 Berumur enam bulan atau kurang, tetapi telah lengkap anggotanya.
1.4 Mayat itu bukan mati syahid.

 Tempat Mandi

2.1 Dibuat tempat yang tertutup. 2.2 Letak mayat di atas tempat yang tinggi sedikit. 2.3 Aurat mayat wajib ditutup dengan kain supaya tidak kelihatan warna kulit. 2.4 Disunatkan menutup mukanya, (juga ketika dibawa ke tempat mandi), di letakkan terlentang di atas papan mandi dan menghadap arah kiblat. 2.5 Membakar sedikit bau-bauan seperti gaharu atau kemenyan. 2.6  Dilarang orang yang tidak berkenaan dengan urusan mandi mengintai-intai ketika mayat dimandikan.

 Tertib Mandi

3.1 Menjirus dan menggosok jenazah dengan  tertib dan lemah lembut, jangan gopoh dan kasar.
3.2 Jangan sengaja hendak melihat aurat mayat. Semasa memandikan mayat hendaklah menutup badannya supaya auratnya terlindung*. Elok demikian dalam sehelai kain sarung yang nipis supaya air meresap masuk dan mudah pula bagi orang yang memandikan memasukkan tangan untuk membersihkan mana-mana bahagian mayat yang perlu dibersihkan.
3.3 Mayat lelaki dimandikan oleh orang lelaki, mayat perempuan, kanak-kanak baru lahir dimandikan oleh orang perempuan.
 http://www.islam.gov.my/e-jenazah
3.4 Orang yang memandikan mayat dan penolongnya hendaklah orang yang amanah - supaya mereka dapat menjalankan tugas dengan sempurna dan dapat menyimpan rahsia keaiban yang ada pada mayat.
3.5 Sebaliknya jika melihat sesuatu yang baik hendaklah mereka ceritakan pada orang lain.
3.6 Tempat mandi hendaklah terlindung dari pandangan ramai. Hanya tukang mandi dan penolong-penolongnya saja yang boleh hadir. Dalam pada itu, dibolehkan bagi salah seorang kerabat si mati yang terdekat untuk turut hadir walau tidak mengambil bahagian memandikan mayat.** 
3.7 Jangan mengangkat suara riuh.
3.8 Jangan  mengunyah makanan atau merokok.
3.9 Wajib memakai sarung tangan sewaktu  menyuci kemaluan atau mengurus mayat pengidap Aids.
 Cara Mandi
Sebelum Mandi
  1. Dibersihkan najis mayat (meruang) dan membersihkan segala kekotoran atau getah, cat, plaster dan sebagainya yang terlekat pada badan atau kuku mayat. Hendaklah mengosongkan perut terlebih dahulu - kalau ada benda-benda kotor yang boleh keluar, supaya tidak lagi keluar sesudah ia dimandi dan dikafankan.
          
    Caranya: Dudukkan mayat (di atas papan mandi) dalam keadaan condong sedikit ke belakang, dan menahan belakangnya dengan lutut kanan sambil memegang belikatnya dengan tangan kanan (dengan meletak ibu jari di tengah-tengah tengkuknya supaya kepalanya tegak), dan urut perutnya perlahan-lahan dengan tangan kiri.
    Siram air banyak-banyak untuk membersihkan benda-benda yang keluar.
    Setelah dikosongkan perut dan dbersihkan benda yang keluar, hendaklah ditelentangkan semula mayat itu di atas papan mandi dan dicebokkan oleh orang yang memandikannya dengan membersihkan kemaluan dan celah-celahnya (menggunakan sarung tangan).
  2. Dengan sarung tangan bersih, tukang mandi hendaklah membersihkan gigi mayat, lubang hidunganya, lubang telinga dan celah-celah kukunya. Kemudian diwudhu'kan dengan sempurna (meliputi yang fardhu dan sunat). Setelah itu baru dimandikan - dari bahagian kepala hingga ke hujung kaki - meliputi seluruh tubuhnya.
Cara Mandi
  1. Basuh seluruh kepala, muka dan lehernya 3 kali.
  2. Basuh sebelah kanan (lambung kanan) meliputi bahu, ketiak, tangan kanan, dada, rusuk, perut, kemaluan, celah-celah kelangkang dan paha kanan hingga ke hujung kaki kanan 3 kali.
  3. Basuh sebelah kiri (lambung kiri) meliputi bahu, ketiak, tangan kiri, dada, rusuk, perut, kemaluan, celah-celah kelangkang dan paha kiri hingga ke hujung kaki kiri 3 kali.
  4. Kemudian diiringkan rusuk kanan ke atas dan basuh lambung kanannya bahagian belakang meliputi bahu, belakang badan, rusuk, punggung, peha kanan dan terus ke hujung kaki kanannya 3 kali.
  5. Kemudian diiringkan rusuk kiri ke atas dan basuh lambung kirinya bahagian belakang meliputi bahu, belakang badan, rusuk, punggung, peha kiri dan terus ke hujung kaki kirinya 3 kali.
  6. Cara mandi ini pertama dibuat dengan menggunakan air sabun.
    Kemudian dimandikan dengan air bersih, dilakukan seperti cara mandi dengan sabun, tujuannya untuk membersihkan segala air sabun tadi. 
         
    Setelah bersih, diwudhu'kan dengan niat,
    " Sahaja aku wudhukan mayat ini kerana Allah"
    Lafaz niat bagi lelaki:
    "Nawaitul wudhu 'an hazal maiti lillahi ta'ala"
    Lafaz niat bagi perempuan:
    "Nawaitul wudhu' 'an hazihil maitati lillahi ta'ala"
    Kemudian mandi dengan air bercampur kapur barus. Caranya air bersih dicampur sedikit air kapur barus yang sekira-kiranya tidak mengubah hukum air mutlak, kemudian dijirus sunat diniatkan:
    " Sahaja aku mandi mayat ini kerana Allah Taala" 
    Lafaz niat bagi lelaki:
    "Nawaitul ghusl 'an hazal maiti lillahi ta'ala"
    Lafaz niat bagi perempuan:
    "Nawaitul ghusl 'an hazihil maitati lillahi ta'ala"
    Proses mandi ini sama juga seperti mandi dengan air sabun dan air bersih yang lalu. Kemudian ulang 2 kali dengan menambah kapur barus lebih tua sedikit supaya baunya lebih keras. 
    Semasa menjirus, sunat membaca:
          "Ghufranak rabbana rahman wailakal masir"                                        
    Jadi hasilnya jumlah mandi mayat kesemuanya lima kali iaitu :
    . Satu kali mandi dengan air sabun.
    . Satu kali mandi dengan air bersih.
    . Tiga kali mandi dengan air kapur barus.
    Perlu diingat perbuatan membasuh mayat dengan air bercampur sabun (atau serbuk daun bidara) kemudian membilasnya, tidak dikira. Itu hanya seperti membersihkan badannya.
    Yang diambil kira ialah mandi yang akhir, iaitu memandikan mayat dengan air yang dicampurkan sedikit kapur barus.

  Perihal Lain

5.1 MAYAT DALAM KEADAAN JANABAH
Lelaki atau perempuan yang mati dalam keadaan janabah (berhadas besar) maka ia tidak dituntut dimandikan lagi dengan 'mandi janabah' setelah ia dimandikan dengan 'mandi mayat' kerana 'mandi mayatnya' mencukupi.
Jika keluar dari perut mayat sesuatu yang kotor setelah ia dimandikan atau semasa dikafankan, maka ia juga tidak dituntut dimandikan lagi, tetapi memadai membersihkan kesannya benda itu.
5.2 MAYAT YANG DITAYAMMUMKAN
i.  Kerana ketiadaan air.
ii. Kerana badannya terlalu uzur (seperti orang yang mati terbakar dan sebagainya), kalau dimandikan akan hancur daging badannya.
iii.'Mayat lelaki' yang mati di tempat terpencil dan tidak ada di situ melainkan kaum perempuan sahaja (yang bukan muhrimnya)
iv. 'Mayat perempuan' yang tidak ada di tempat matinya melainkan kaum lelaki sahaja (yang bukan muhrimnya)

Ziarah Sakit & Kematian

2.1 Islam  menggalakkan  umatnya  (sunat)  supaya  menziarahi  orang  sedang sakit. Ini merupakan satu kebajikan masyarakat kepada pesakit dan melahirkan rasa simpati terhadap keluarga pesakit.

Maksud sabda Rasulullah s.a.w.:
"Dan apabila sakit hendaklah ziarahinya dan apabila meninggal dunia hendaklah menghantarnya ke kubur."                                                                                      
(Riwayat Bukhari)   2.2 Ziarah Kematian 

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya:
"Sesiapa yang hadir menziarah jenazah sehingga dia dapat menyembahyangkannya, maka baginya mendapat pahala sebuah gunung dan sesiapa hadir menziarah sehingga jenazah itu dikebumikan. Maka ia  mendapat pahala sebesar dua buah gunung."                                                                            
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

2.3 Tatasusila Semasa Menziarahi
i. Hendaklah melahirkan perasaan muhibbah, bersimpati dan bermanis muka ketika bercakap dengan pesakit atau keluarganya. Jangan sekali-kali mengeluarkan perkataan-perkataan yang boleh melukakan hatinya.
ii. Nasihatkan dia supaya bersabar, teguhkan iman dalam menghadapi ujian Qadha dan takdir Allah.
iii. Sunat berdoa supaya cepat sembuh dan panjang umur. Sewaktu Nabi s.a.w.menziarahi orang sakit baginda berdoa, maksudnya :
"Wahai Tuhan ! Manusia hapuskanlah penderitaan ini, sembuhkanlah, tidak ada penyembuh melainkan Engkau sahajalah berkuasa menyembuh tanpa meninggalkan kesan buruk."                                                                    
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
iv. Perlu juga para penziarah memahami situasi supaya jangan tunggu terlalu lama semasa membuat kunjungan.
v. Berwasiat kepada waris terdekat tentang hutang piutang pesakit yang belum dijelaskan.
vi. Jangan menghisap curut atau merokok semasa berhadapan dengan orang  sakit.
vii. Jangan berkumpul terlalu ramai sehingga kesesakan udara untuk bernafas.
viii. Jangan membuat bising dengan gelak ketawa melalui cerita-cerita lucu. Kita  harus ingat suasana majlis itu kesedihan.


KEMATIAN TAKKAN MEMBUNGKUS DOSA DOSA KITA

Sungguh banyak sekali diantara kita yang terlena.. merasa kehidupan kita ini akan selama-lamanya..
Kita tak menyadari bahwa detik demi detik yang berlalu itu.. sebenarnya sedang menghampiri hingga saat kepergiaan kita dari dunia...
Pergi yang tak mungkin akan kembali lagi disini...
Kita akan tinggalkan seluruh cinta kita yang tercurah dibumi..Itulah hakekatnya kehidupan sementara ini...

Namun..berapa banyak yang membuka mata dari lenanya...Hidup seolah tak akan bertemu dengan kematian...Menabur cinta pada duniawi yang akan lenyap tiada abadi...

Jangan mengira bahwa kematian akan membungkus segala-galanya bersama jasad yang tertanam dalam tanah...
Tapi Sebaliknya..kematianlah yang akan membongkar segala-galanya...
Tanggunglah segala apa yang kita perbuat selama ini. ..

Gambaran-gambaran tentang hari pembalasan sudah seringkali kita dengar...tapi lumrahnya manusia..Tersadar tapi akhirnya lupa..

Wahai orang yang sedang bersenang senang dengan dunia..siap atau tidak siap..
Kematian bisa saja mengancam sesaat lagi...

Tidakkah kau mengetahui bahwa kau akan segera meninggalkan duniamu..dan duniamu pula akan meninggalkanmu..?

Bersegeralah mulai untuk Perubahan diri dari sifat dan watak syaitani dan hewani..menjadi insan Islami..

Berubahlah dari kefasikan dan kekafiran menjadi keimanan..
Berubahlah dari kemunafikan menjadi istiqomah..
Berubahlah dari keraguan menjadi keyakinan..
Berubahlah dari kesombongan menjadi ketawadhu’an..
Berubahlah dari rakus menjadi rasa syukur dan sederhana..
Berubahlah dari pemarah dan pendendam menjadi kasih sayang dan memaafkan.. Berubahlah dari kelicikan dan kesewenangan menjadi kejujuran dan keadilan,..
Berubahlah dari kedustaan menjadi kebenaran..

Apakah kita lupa atau berpura-pura lupa dengan perjalanan panjang tersebut.. bahkan malah memilih dunia dengan segala perangkatnya..
Kemewahan..kecantikan..kekayaan..kedudukan yang semua nilainya disisi Allah Subhanahu Wa Ta'ala tak lebih dari sehelai sayap nyamuk..!

- Wahai yang tertipu oleh dunia..!!

Kerjakanlah apa yang telah diperintahkan-Nya..dan sekuat-kuatnya untuk menjauhi larangan-Nya...

- Wahai yang selalu berangan-angan panjang..!!

Berusahalah untuk memelihara ketundukan..tawadhu’ dan syukur atas nikmat-Nya yang akan mengajakmu menuju pintu ketenangan dan kebahagiaan...

- Wahai yang sedang lengah dari ketaatan kepada Rabb-nya..!!

Berhiaslah dengan amal shaleh dan keindahan akhlaqul karimah...

- Wahai yang sedang berpaling dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala…!!

Semuanya akan mempertanggung jawabkan amalannya sendiri-sendiri..maka beramal-lah..!

- Wahai yang nafsunya selalu menolak nasehat..

Renungkanlah sesaat.. Sadarkan pikiran yang masih berfungsi ini untuk segera melakukan perubahan..Karena inilah waktu bagi kita untuk berubah sebelum menjadi mayat..


 http://www.islam.gov.my