- SELAMAT MELAYARI BLOG INI SEMOGA KITA MEMPEROLEHI MANFAATNYA DAN HARAP DISEBARLUASKAN KEPADA PEMBACA YANG LAIN PULA BERSESUAIAN DENGAN SABDA RASULULLAH S.A.W "SAMPAIKAN DARIPADAKU WALAUPUN DENGAN SATU AYAT"

Tuesday, April 30, 2013








MANDI WAJIB | Ramai Yang Tidak Sah Mandi Wajibnya?









Jangan Pandang Remeh Bab ni.....

Assalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.


Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.


Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.



“Akibatnya, mandi wajibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .


Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan. Ketiga, meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Ta'ala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”



Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.



Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.



Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.



Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.



Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.



Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.



Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.



Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.



Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.



Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak (wiladah) .



Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.



Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.


Panduan Tambahan :

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.


2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.


3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).


4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.


5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.


6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.


Rahsia 13 Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……





1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.

13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.



Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!” Wassalam.


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…







WAJIB BACA!!! RESPON DARI PENJAWAT AWAM YANG MENGHADIRI PROGRAM BARU-BARU INI BERSAMA CALON PAS/PR PARLIMEN P125 DI PUTRAJAYA, HUSAM MUSA DI PRESINT 3, PUTRAJAYA!!!





Catatan seorang penjawat awam mengenai program Pakatan Rakyat d Putrajaya..sila baca dan ambil manfaat..terima kasih........

Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas peluang dan kesempatan yang diberi kepada saya sekeluarga menghadiri sesi ceramah politik oleh Pakatan Rakyat amnya dan PAS khasnya yang berlangsung di Presint 3, Putrajaya.

Terima kasih kepada pihak JPA yang membenarkan penjawat awam untuk hadir ke acara demikian bagi memberi peluang kepada kami membuat penilaian sebelum memangkah pada Pilihanraya ke-13, 5 Mei 2013 nanti.


Berikut merupakan sebahagian kesimpulan yang dapat saya rumuskan sebagai seorang rakyat marhaen yang pertama kali hadir ke sesi penerangan oleh parti bukan kerajaan yang belum memerintah.


1. Sikap kesemua anak-anak muda yang saya temui amat menginsafkan saya. Waktu kami baru sampai sebaik meletakkan kereta di bahu jalan, tiba sekumpulan konvoi bermotor yang memegang bendera PAS dan PKR dalam keadaan yang aman. Mereka sama2 meletakkan motorsikal dalam keadaan tersusun dalam suasana yang sungguh tertib, tiada hiruk pikuk atau jerit pekik sebelum mereka mengambil gambar bersama bendera parti masing2. Saya, suami dan anak2 terkedu...


Cara berpakaian dan adab anak2 muda dan orang ramai yang hadir juga amat menyejukkan mata dan hati yang memandang. Semuanya dalam keadaan tenang dan mengukir senyuman.


Terdapat sekumpulan anak2 muda yang bertugas sebagai sukarelawan yang memakai vest Unit Amal yang tugasnya mengutip sampah sarap yang tertinggal di kawasan ceramah. Saya masih ingat, sebelum sempat pengacara mengingatkan supaya hadirin tidak meninggalkan sebarang sampah di kawasan ceramah semasa sesi berakhir, beberapa orang hadirin sudah mula mengingatkan ahli keluarga supaya mengutip sampah dan bersihkan tempat duduk sebelum beredar.


2. Tiada sebarang kata-kata kesat, caci maki atau fitnah yang dikeluarkan sepanjang majlis oleh kesemua penceramah. Ini sangat jauh berbeza dengan apa yang sering dipaparkan di tv arus perdana yang sering mengatakan pihak mereka ini suka menyebarkan fitnah dan menakut-nakutkan orang ramai. Semua kenyataan yang diberikan contohnya mengenai hutang adalah berdasarkan fakta. Mereka lebih banyak menyatakan tawaran dan perubahan yang akan ditawarkan kepada rakyat dan penjawat awam khasnya jika diizinkan Allah untuk memerintah. Antara yang saya ingat selain dari pembinaan maahad tahfiz sains dan bonus empat bulan (penjawat awam):


i. Rumah kuaters yang diduduki akan ditawarkan secara sewa beli dan boleh menjadi hak milik penjawat awam.


ii. Pinjaman kenderaan dan perumahan sebanyak 4% akan dihapuskan sebagai mana yang dibuat di negeri Kelantan.


iii. Lebih banyak program keagamaan dan berbentuk kekeluargaan berlandaskan syarak akan diadakan di Putrajaya.


3. Ramai hadirin yang hadir bersama keluarga dan membawa sekali anak2 yang masih kecil dan berpiknik di sana. Menurut laporan, kehadiran dianggarkan seramai 20,000 orang bukan sahaja dari Putrajaya, malahan kawasan sekitarnya. Suasana pada malam itu meleset daripada apa yang saya jangkakan. Pada anggapan saya, sudah tentu akan berpeluh dan panas kerana orang yang ramai. Tetapi alhamdulillah kuasa Allah suasana terasa nyaman dan mendamaikan walaupun dalam suasana berpuluh ribu manusia. Ada hujan rintik2 sekejap tapi tidak ada seorang pun yang berganjak bila hujan turun.


4. Sebelum majlis dimulakan, lagu qasidah dipasang untuk diperdengarkan. Sebelum dan sesudah majlis diiringi dengan doa dan menyerahkan segalanya kepada Allah.


5. Alhamdulillah anak2 tidak banyak meragam dan masing2 tidur sendiri bila mengantuk. Keberkatan dan aura dalam majlis bersama ulama menjadikan suasana di situ tidak dapat saya gambarkan dengan kata2.


6. Sejak kecil lagi saya mengimpikan suasana dan kehidupan sebegini yang menjadikan ulama sebagai ikutan dan Al-Quran dan hadith sebagai panduan tidak kira parti mana yang memerintah. Semoga Allah perkenankan impian hamba yang lemah lagi hina ini...
 
http://omakkau.blogspot.com







Wahai Orang-orang Baik, Berpolitiklah!

Berpolitiklah!


Berpolitiklah!
Pada zaman Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam memegang kuasa politik di Madinah, negara jadi aman, masyarakat saling hormat-menghormati, tiada sistem kasta, politik menjadi sejahtera, ekonomi sangat adil, gejala sosial hampir sifar, jenayah sangat kurang dan bermacam-macam nilai positif dapat dikembangkan di dalamnya.
 
Bukan tiada anasir luar dan dalam yang cuba menggugat keadaan Madinah ketika itu. Ada, tetapi disebabkan oleh Madinah dipimpin oleh insan yang sempurna akhlaqnya dan didokong pula oleh lelaki-lelaki dan wanita-wanita yang soleh, maka kesejahteraan negara dapat ditingkatkan ke tahap yang optimum.
 
Hari ini, banyak negara ummat Islam menjadi kucar-kacir, politik tidak stabil, ekonomi tidak seimbang, sosialnya menyedihkan, jenayah pula tidak terkira dan maruah negara pula dipermain-mainkan.
 
Kenapa?
Ada banyak punca. Sebahagian dari punca-puncanya ialah ramai orang-orang baik di kalangan ummat Islam tidak lagi terlibat dengan politik dan tidak mahu berkecimpung di dalamnya. Kuasa politik kini dipegang oleh orang-orang yang tiada atau kurang penghayatan Islam. Ia dibiarkan menjadi medan mengaut keuntungan oleh manusia-manusia yang tiada atau kurang iman. Apabila negara tidak ditadbir oleh orang-orang baik, maka inilah jadinya!
 
Ada banyak sebab kenapa ramai orang-orang soleh meninggalkan bidang ini. Saya tidak mahu memanjangkan tulisan ini dengan membicarakan sebab-sebabnya walaupun sebenarnya membicarakannya sangat penting kerana tidaklah sesuatu masalah itu dapat diselesaikan melainkan menjadikan sebab-sebab sebagai subjek utama perbincangan. Itu boleh dibincangkan atau dibaca dalam arena yang lain. Di sini saya sekadar ingin mengajak agar orang-orang yang soleh tidak membiarkan urusan yang sangat penting ini dipegang oleh tangan-tangan orang yang jahat dan tidak beragama. Kelak nanti rosak masyarakat semuanya.
 
Dasar-dasar negara, keputusan sesuatu isu, perancangan masa depan, keutamaan negara, sistem ekonomi, sosial dan sebagainya ditentukan oleh orang-orang politik di dalam sistem yang telah dipersetujui bersama. Jika yang memutuskan ini semua adalah orang-orang yang kotor fikiran, keruh hati dan buruk akhlaq, maka tunggulah kehancuran masyarakat nantinya.
 
Justeru, orang-orang yang baik, yang soleh, yang terbimbing akhlaq mereka dengan akhlaq Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam, aqidahnya tepat, ibadahnya sahih, cerdik dan amanah mesti turut sama terlibat dalam politik. Tidak boleh kecualikan diri. Jika tidak mampu untuk terlibat sepenuhnya, sekurang-kurangnya tolong-menolong dan berilah kerjasama. Jika mereka gagal menjadi pemimpin nombor satu sesebuah negara, atau gagal memegang suara majoriti, sekurang-kurangnya mereka boleh menjadi kuasa pengimbang, check & balance, pembangkang dan pendesak yang baik dalam negara.
Moga penatmu dibayar ALLAH dengan keredhaanNYA, amin...
Bantulah orang soleh ini berjuang dalam politik negara. Beliau tak mampu jika hanya seorang. Sertailah sama. Jangan kecualikan diri dari politik.
 
Politik selalu disinonimkan dengan kotor. Ya, ia kotor kerana pelakunya kotor. Jika pelakunya bersih, in shaa’ ALLAH politik akan jadi bersih. Kerana politik hanyalah alat. Ia alat untuk melaksanakan tugas khalifah di muka bumi. Ia kenderaan untuk sampai kepada redha ALLAH.
 
Wahai orang-orang baik, berpolitiklah!
Jangan biarkan yang buruk akhlaq sahaja berpolitik. Kelak nanti rosak urusan politik dan masyarakat kita. Berpolitiklah cara diajar agama. Berpolitiklah cara insan mulia. Biar kalian mencorak politik agar cantik warnanya. Bukan kalian yang dicorak menjadi sebaliknya.
ALLAHU AKBAR!







Siapakah Orang Yang Muflis?

Tiada pembalasan dan pembelaan yang paling agung melainkan pembalasan dan pembelaan pada Hari Akhirat.
 
Di dunia, barangkali seseorang yang zalim itu boleh terlepas dari hukuman kezalimannya. Dan barangkali seseorang yang dizalimi tidak bisa mendapat pembelaan yang sewajarnya ketika di dunia. Tetapi, di Akhirat awas bagi para penzalim. Di sana pembalasan pasti tiba dengan dahsyatnya. Dan senyumlah wahai orang-orang yang kena zalim. Kerana di sana kalian bakal mendapat pembelaan seadil-adilnya.
 
Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam pernah bersabda:
أتدرون ما المفلِسُ ؟ قالوا : المفلِسُ فينا من لا درهمَ له ولا متاعَ . فقال : إنَّ المفلسَ من أمَّتي ، يأتي يومَ القيامةِ بصلاةٍ وصيامٍ وزكاةٍ ، ويأتي قد شتم هذا ، وقذف هذا ، وأكل مالَ هذا ، وسفك دمَ هذا ، وضرب هذا . فيُعطَى هذا من حسناتِه وهذا من حسناتِه . فإن فَنِيَتْ حسناتُه ، قبل أن يقضيَ ما عليه ، أخذ من خطاياهم فطُرِحت عليه . ثمَّ طُرِح في النَّارِ
Yang lebih kurang maksudnya:
 
“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis itu?”
Para sahabat menjawab: “Bagi kami orang yang muflis ialah orang yang tidak mempunyai wang atau pun harta benda.”
 
Lalu Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda:

“Sesungguhnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah mereka yang datang pada Hari Kiamat dengan membawa pahala solat, puasa dan zakat. Dia juga (dalam masa yang sama) datang dengan membawa dosa menghina orang, menuduh orang, memakan harta orang lain, membunuh dan memukul orang. Lalu diberi segala pahala amal-amalnya itu kepada orang yang pernah dia zalimi ketika di dunia. Jika telah habis pahalanya sebelum dapat dibayar kepada orang yang dizaliminya, maka dosa-dosa orang-orang yang dizaliminya tersebut akan dilemparkan kepadanya pula, lalu dia kemudiannya dicampakkan ke dalam Api Neraka!”
(Hadith Riwayat Muslim)
Muflis

Berita Gerun Buat Si Zalim

Apabila membaca hadith Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam di atas, hati kita bisa didatangi dua perasaan. Pertama, takut dan gementar kalau-kalau ada perbuatan zalim kita kepada orang lain masih belum diampuni atau selesaikan di dunia ini.
 
Ya, perasaan itulah yang mula-mula menyinggah ke dalam hati kita. Walau mungkin banyak amal di dunia, tetapi pahala-pahala amal tersebut bisa diserahkan buat orang yang pernah kita hina, tuduh, curi, rompak, bunuh, pukul dan seumpamanya. Itu jika banyak. Bagaimana jika amal kita sedikit?
 
Jika pahala amal tidak mencukupi, bahkan dosa-dosa orang yang pernah kita zalimi itu bakal dibebankan ke atas diri kita pula. Na`udzu billahi min dzalik.
 
Hadith di atas cukup menginsafkan kita betapa kita mesti menjaga diri dari menzalimi orang lain samada secara sengaja atau tidak sengaja. Jika menyedari bahawa kita pernah menzalimi orang lain, maka tiada cara lain melainkan segera bertaubat, minta ampun kepada orang yang pernah kita zalimi dan selesaikan ketika masih hidup di dunia. Jika tidak, kedahsyatan bakal menemui kita pada Hari Akhirat nanti.

Berita Gembira Buat Mangsa Hina, Tuduh, Curi, Rompak, Bunuh & Pukul

Dan perasaan yang kedua yang bisa hadir ke dalam hati kita selepas membaca hadith di atas ialah hati ini bisa berasa tenang dan redha akan kezaliman yang kini menimpa diri ketika di dunia. Kerana percaya bahawa pasti akan ada pembelaan dan keberuntungan buat diri yang sabar dengan musibah dan kesusahan yang menimpa.
Hadith di atas boleh menjadi berita gembira buat kita yang barangkali kini sedang dizalimi. Cubalah untuk senyum dan bayangkan pahala-pahala amal orang yang mencaci kita, menuduh kita, menfitnah kita, mengumpat kita atau melakukan lain-lain perbuatan zalim bakal diserahkan kepada kita lalu memberatkan lagi timbangan kebaikan kita. ALLAHU AKBAR! Dan malahan dosa-dosa kita barangkali bisa dipikul pula oleh orang-orang yang pernah berbuat jahat kepada kita ketika di dunia.
1
2
 
Rasa takut dan harap sentiasa bermanfaat buat para mukmin. Apabila dia membaca ayat-ayat ancaman, hatinya menjadi takut lalu hatinya menjadi dekat kepada ALLAH. Apabila dia membaca ayat-ayat yang menggembirakan, hatinya menjadi harap kepada rahmat ALLAH lalu mendekatkan juga dirinya kepada ALLAH.
Semoga hidayah dan taufiq ALLAH sentiasa membimbing kita menjalani kehidupan yang sementara ini, amin…








Ur mom carried u in her womb for 9 months




 

She felt sick 4 months with nausea.
She watched her feet swell & her skin
stretch & tear. She struggled 2 climb
stairs, she got breathless quick,...She
suffered many sleepless nights. She
then went through excruciating pain 2
bring u into this world.

 
Then, she became ur nurse, ur chef, ur
maid, ur chauffeur, ur biggest fan, ur
teacher, & ur best friend.
She's struggled 4 u, cried over u,
hoped d best 4 u, & prayed 4 u.
Most of us take our mom 4 granted.
 


But there r people who have lost or
never even seen theirs.
If you have a loving Mother who did all
of this for you, you are very lucky,
never devalue her worth because one
day, you'll wish you hadn't!.
 

To every women who is a mother, and
to every other women who is going to
be one day.

***SHARE THIS IF YOU LOVE YOUR MOM**


seronoknye bersalin......
10 Fakta Tentang Kelahiran Yang Patut Kita Tahu

1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya..

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

Sayangi ibu & isteri anda :)

Silalah share pos ini ^_^ dan LIKE---> @[119682821398716:274:Cinta Selepas Nikah]
10 Fakta Tentang Kelahiran Yang Patut Kita Tahu

1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya..

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

Sayangi ibu & isteri anda :)

Monday, April 29, 2013








ANGKA TUJUH













LAPAN PAHALA YANG KEKAL



 


Assalamualaikum ,

Syukur ke hadrat ilahi sebab tuhan telah memberikan kita kehidupan untuk terus hidup dan hirup oksigen di bumi yang fana ini . Harini aku nak kongsikan beberapa info dari majalah yang aku baca yang pada aku amat menarik dan boleh aku kongsikan pada semua golongan masyarakat . Biar aku explain serba sedikit tentang majalah dan tajuk kita pada  hari ini , Info ini aku ambil dari satu kolum dari Majalah Iman , dimana majalah ini telah dkeluarkan oleh portal utusan karya , pada aku majalah ni memang banyak pengetahuan tentang islam dan ianya amat sesuai bagi semua golongan masyarakat , Okay berbalik semula pada tajuk kita yang kita akan bincang iaitu "8 Pahala Yang Berterusan" .

Anas r.a pernah berkata bahawa : Lapan jenis pahala yang tetap diterima seorang hamba allah walaupon dia telah meninggal dunia ialah :
  1. Sesiapa yang mendirikan masjid tetap mendapat pahala selagi masjid itu digunakan oleh orang ramai untuk beramal. 
  2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang meminumnya 
  3. Sesiapa yang menulis mashaf (Naskah al-quran yang bertulis tangan) selagi ada orang membacanya 
  4. Sesiapa yang menggali perigi selagi ada orang menggunakannya 
  5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya , sama ada manusia atau burung 
  6. Mereka yang mengajar ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya 
  7. Ibu bapa yang meninggalkan anak yang soleh yang mana si anak selalu beristighfar dan mendoakan kedua-dua orang tuannya 
  8. Guru al-quran yang mengajar ilmu kitab suci itu kepada muridnya dan si murid mengamalkan ajaran tersebut tanpa sedikit pun mengurangkan pahalanya.  
  9.  

    8 PAHALA YANG BERTERUSAN

    Anas r.a berkata bahawa lapan jenis pahala yang tetap diterima seorang hamba Allah walaupun dia telah meninggal dunia iaitu :

    1)    Sesiapa yang mendirikan masjid tetap mendapat pahala selagi masjid itu digunakan oleh orang ramai untuk beramal ibadah.



    2)    Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang meminumnya.





    3)    Sesiapa yang menulis mashaf ( naskah al-Quran yang bertulis tangan) selagi ada orang yang membacanya.




    4)    Sesiapa yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.



    5)    Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya, sama ada manusia ataupun burung.




    6)    Mereka yang mengajar ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.


    7)    Ibu bapa yang meninggalkan anak yang soleh yang mana anak selalu beristighfar dan mendoakan kedua-dua orang tuanya.



    8)    Guru al- Quran yang mengajar ilmu kitab suci itu kepada muridnya dan si muridnya mengamalkan ajaran tersebut tanpa sedikit pun mengurangkan pahalanya.
  10.  







Manusia bersin dengan kelajuan 100 kilometer sejam











Jika anda bersin dengan kuat mungkin akan memecahkan bahagian tulang rusuk anda

Jika anda cuba untuk menghentikan bersin yang tiba-tiba keluar ia membawa kepada pembalikan darah di leher atau kepala dan mungkin boleh membawa kepada mati .

Untuk maklumat anda, semasa bersin juga semua organ-organ pernafasan, penghadaman tubuh, kencing dan termasuk jantung terhenti.


Dengan kuasa & perlindungan daripada Allah, kita selamat selepas bersin, Allah lindungi kita seolah-olah tiada apa yang berlaku. Jadi kita patut memuji Allah, mengucapkan terima kasih kepada Allah kerana memelihara kita dengan baik ♥

jangan baca sahaja,boleh kongsi kepada semua, supaya ramai yang sedar tentang nikmat ini ♥








Ustaz Dr Johari Bin Mat 

 

 ustaz abdullah yassin







 

 

 

 









Ustadz Jeffry Al-Buchory (UJE)

 

 

 

 

 

 

 

 

 



 

Ribuan orang menghantar pemergian Ustadz Jeffry Al-Buchory (UJE)

Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali
Berita pemergian Ustadz Jeffry yang meninggal kerana kemalangan pada 1 pagi tadi (waktu jakarta) memang mengejutkan ramai pihak. Beliau pergi di usia 40 tahun dan meninggalkan 4 orang putera puteri yang masih kecil.
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :

مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوتُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَوْ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ إِلَّا وَقَاهُ اللَّهُ فِتْنَةَ الْقَبْرِ

Tidaklah seorang muslim meninggal pada hari Jum`at atau malam Jum'at, melainkan Allah akan menjaganya dari fitnah (siksa) kubur". [HR Ahmad dan Tirmidzi]


Mungkin di Malaysia ramai yang tidak mengenali dan mengetahui siapakan UJE yang saya sebutkan. Namun, di Indonesia, UJE merupakan tokoh pendakwah yang sangat terkenal dalam membimbing dan memberikan ceramah kepada jutaan orang yang mendengarnya. Ceramahnya yang sempoi membuatkan ramai yang tertarik tanpa mengira usia.
Saya tinggal di Johor Bahru dan kebetulan dekat dengan Batam. Jadi ada 2, 3 channel Indonesia yang dapat kami tonton dan mengenali Almarhum Ustadz Jeffry melalui program yang disiarkan di TV Indonesia. Saat mengetahui pemergian beliau, jujur saya sedih dan terkejut. 
Ribuan orang menghantar pemergian beliau. Bukan hanya keluarga dan sahabat yang merasa kehilangan malahan seluruh rakyat Indonesia turut berdukacita. 
gambar ketika Almarhum Ustad Jeffry dibawa ke Masjid Istiqlal untuk disembahyangkan.
ribuan jemaah membanjiri perkarangan masjid.
Difahamkan Ustad Jeffry tidak sihat ketika menunggang motosikalnya ketika mahu pulang ke rumah dan akhirnya melanggar pokok di tepi jalan. 
keadaan motor yang rosak teruk
Almarhum Ustaz Jeffry dikebumikan satu liang dengan almarhum ayahnya selesai solat jumaat. 
Semoga roh Ustad Jeffry dicucuri Allah S.W.T dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin.
Mari kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Almarhum Ustaz Jeffry. semoga keluarga yang ditinggalkan diberi ketabahan dalam menempuh hari-hari yang mendatang.
 
 http://rozeath.blogspot.com

Saturday, April 27, 2013








Indahnya Warna-warni Pelangi

Berikut merupakan petikan Khutbah Jumaat JAIS hari ini (26 April 2013) yang bertajuk: “Indahnya Warna-warni Pelangi”.

“Sesiapa yang tidak mengambil berat urusan kaum Muslimin, maka dia tidak tergolong sebagai orang Islam". (Riwayat Tabrani)

Politik atau siasah merupakan antara cabang hidup yang sangat penting dalam urusan kita untuk membina ummah. Selain daripada ibadah khusus, ekonomi, pendidikan, pembangunan sosial dan pembangunan fizikal, tidak kurang pentingnya dalam meneruskan agenda pembentukan ummah yang madani.

Apabila politik itu stabil maka semua urusan dalam kehidupan dapat berjalan dengan baik dan begitulah sebaliknya.

Contoh ialah bagaimana tindakan politik Nabi Muhammad s.a.w yang telah membentuk Piagam Madinah kerana mahu mewujudkan sistem keadilan bagi masyarakat Madinah ketika itu tanpa membezakan bangsa dan keturunan. Piagam Madinah adalah asas yang paling berkesan untuk membinaan kembara dakwah yang lebih mantap dengan memperkukuhkan sistem dan iltizam politik Islam.

Politik telah dijadikan sebagai saluran dakwah yang paling berkesan ketika itu, hinggakan sokongan terhadap Baginda telah merentasi bukan sekadar diperolehi dari kalangan umat Islam tetapi juga bukan Islam.

Natijahnya kesan yang paling manis atas kesabaran Baginda ketika berdakwah maka ramai yang memeluk Islam kerana terpikat dengan hikmah dan siasah dakwah Rasulullah s.a.w. Ianya memberi pengertian bagi kita agar turut memberi tumpuan politik sebagai medan dakwah Islamiah.

Sama ada di media cetak mahupun elektronik kini, topik pilihanraya  atau lebih tepat topik politik telah menjadi bualan, perbincangan dan sebutan.

Perang poster parti-parti yang bertanding berkibar di semua sudut dan tempat untuk menarik sokongan terhadap parti masing-masing. Malah dengan penggunaan teknologi terkini dalam dunia internet maka kepantasan untuk menyampaikan maksud kempen mereka nampaknya semakin rancak dikemaskini.

Nasihat buat semua,

            Apa yang perlu difahami ialah hakikat sebenarnya pilihanraya bukanlah medan atau gelanggang untuk kita saling salah menyalah, tuding menuding mencari salah, hina menghina antara satu dengan yang lain, fitnah-memfitnah atau menjadi medan menunjuk kuat di antara satu dengan yang lain.

            Apa yang mendukacitakan lagi medan politik telah dijadikan alasan untuk matlamat menghalalkan cara. Maka tidak hairanlah jika kita memerhatikan pertelingkahan yang berlaku dalam suasana politik ini berakhir dengan pertumpahan darah dan saling berbunuh-bunuhan.

            Akibatnya muncul pula persepsi bahawa politik itu kotor, ini adalah disebabkan masing-masing membelakangkan adab dan siasah Islamiah yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Kesannya, sebahagian umat Islam menganggap bahawa politik tidak patut diceburi.

            Sebagai umat Islam perlu di ingat bahawa gelanggang politik ini sebenarnya adalah pentas atau gelanggang untuk mencari kesejahteraan hidup bernegara supaya semua rakyat diberi keadilan, dan menikmati kesejahteraan dalam kehidupan.

            Apa yang mesti kita ketahui ialah berpolitik merupakan kewajipan kepada umat Islam. Sebab itu sebagai seorang Islam mestilah kita mengambil bahagian atau sekurangnya menjadi pemilih kepada kaedah untuk membentuk kerajaan ini.

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat". (surah An-Nisa' ayat 58)

            Tidak cukup setakat "penggantung dan penampal poster" itu sahaja, tetapi perlu mempersiapkan diri dengan ilmu agar masa depan politik akan terjamin dan mempunyai prinsip politik yang mantap dalam berjuang untuk rakyat seterusnya untuk Islam itu sendiri.

Amalan politik oleh Rasulullah s.a.w :

1- Rasullullah s.a.w bukan sahaja dikenali  sebagai Nabi atau daie tetapi baginda juga adalah pencatur politik yang terbaik, malah politik juga adalah sebahagian daripada cara dakwah yang digunakan oleh baginda Rasullullah s.a.w dalam menyampaikan syiar Islam.

2- Berakhlak mulia. Akhlak Rasulullah s.a.w sebagai pemimpin politik bukan sahaja disanjungi dan ditaati oleh para pengikutnya malah Rasullullah  s.a.w sangat di segani dan di hormati oleh musuh-musuhnya sendiri.

3- Diplomasi walau berbeza agama. Adalah sangat menakjubkan apabila kerajaan Habsyah yang berbeza agama pendapat dengan Baginda s.a.w sudi memberi perlindungan politik kepada orang-orang Islam sebelum berhijrah ke Madinah. 

4- Memaafkan musuh-musuh politik. Sejarah pembukaan Kota Mekah adalah kemuncak yang telah menceritakan segala-galanya terhadap sikap dan prinsip politik Rasullullah s.a.w dengan memaafkan semua musuh politiknya.

"Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Mekah), Dan engkau melihat manusia masuk ke dalam agama Allah beramai-ramai. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhan-Mu dan mintalah ampun kepada-Nya, sesungguhnya Ia sangat-sangat menerima taubat". (Surah An-Nasr ayat 1-3)

Umat Islam wajiblah menjadikan Rasullullah s.a.w sebagai contoh cara untuk berpolitik yang sihat. Janganlah kerana perbezaan pandangan politik, kita berpecah,beseteru atau memutuskan ukhwah Islamiah. Adalah sangat wajar menjadikan medan politik ini sebagai dakwah bil hal yang perlu ditunjukkan kepada umat-umat yang lain.

Contohilah warna-warni pelangi,

Biarlah kita menjadi seperti pelangi, walaupun berbeza warna tetapi perbezaan itulah yang menunjukkan keindahannya. Dan sudah tentu itulah yang paling penting buat kita yang bernama mukmin dalam menonjolkan imej Islam agama yang indah dan memelihara kedamaian.

Sesungguhnya perbezaan pendapat itu perlu dijana supaya dihadkan kesan perbalahannya. Jangan sampai nanti pilihanraya sudah berlalu tetapi kita masih bermusuh dan tidak bertegur sapa. Sebarang masalah yang timbul perlu diselesaikan secara hikmah bukan secara ammarah.

Semoga dengan terjawabnya siapa yang menang dan siapa yang tidak berjaya dalam memenangi piliharaya kali ini, dapat meredakan "kepanasan" yang melanda. Marilah kita raikannya dengan bermaaf-maafan di antara satu dengan yang lain kerana dengan cara itu sahaja, kemenangan akan menjadi lebih bermakna.

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan daripada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".  (Ali-Imran : 26)
*Sumber dan khutbah yang lengkap:  Web JAIS
http://iniperspektifku.blogspot.com/