Tunjukkan kami jalan yang lurus
by ibnrajab Assalam ala manit taba’al huda.. Firman Allah SWT dalam surah al-Fatihah (1:6) yang bermaksud: Tunjukkanlah kami (ya Allah) jalan yang lurus. Mereka (kaum kafir) mengatakan: Sekiranya Muhammad sendiri mengajar para pengikutnya memohon kepada Allah, agar ditunjukkan kepada mereka jalan yang benar, maka sebenarnya diri Muhammad itu sendiri masih lagi berada di jalan yang samar-samar. Seperti seorang kapten kapal terbang (pilot), jika dia sendiri belum yakin atau tidak menguasai ilmu mendaratkan kapal terbang itu, masakan ia boleh mendakwa ingin menyelamatkan semua penumpang termasuk anak2 kapal. Astaghfirullahal adzim.. Ana mengucap panjang setelah terdengar ada orang memberikan komen sebegitu ke atas Muhammad SAW. Sebagai seorang Muslim, ana rasa terpanggil untuk berkongsikan sedikit ilmu berkenaan dengan ayat 6, surah al-fatihah yang telah dikomen seperti di atas. Ana mengajak semua orang agar berhenti dan berfikir sejenak menggunakan kuasa minda yang dianugerahkan t...