KUNCI SURGA DAN NERAKA
http://luvislam92.blogspot.com/2010/02/la-ilaaha-illallaah-kunci-syurga.html la ilaaha illallaah - Kunci Syurga Penulis: myrol92 | Ditulis Pada Hari Selasa, Februari 16, 2010 | Telah tersebut dalam sebuah hadith bahawa sesiapa yang akhir ucapannya La ilaaha illallaah akan masuk syurga. Sebuah hadith yang lain pula menyatakan bahawa la ilaaha illallaah adalah kunci pembuka pintu syurga. Hakikatnya ucapan la ilaaha illallaah itu hendaklah disertai dengan hati sanubari, sebagaimana yang dinyatakan oleh sebuah hadith, iaitu sesiapa yang mengucapkan la ilaaha illallaah dengan tulus ikhlas nescaya masuk ke dalam syurga. Setiap orang yang mengertikan kalimat ini dengan tulus ikhlas,diharapkan apabila meninggal dunia akan berada dalam keadaan ikhlas juga. “Ahli isyarat” pula mengatakan, “Jika seseorang dengan tulus mengucapkannya, maka di saat itu pula dia masuk ke dalam syurga.” Allah S.W.T. Berfirm...