- SELAMAT MELAYARI BLOG INI SEMOGA KITA MEMPEROLEHI MANFAATNYA DAN HARAP DISEBARLUASKAN KEPADA PEMBACA YANG LAIN PULA BERSESUAIAN DENGAN SABDA RASULULLAH S.A.W "SAMPAIKAN DARIPADAKU WALAUPUN DENGAN SATU AYAT"

Thursday, September 26, 2013









KITAB RIADHUS-SALIHIN KARANGAN IMAM NAWAWI


KITAB RIADHUS-SALIHIN KARANGAN IMAM NAWAWI

Riwayat Hidup Ringkas Pengarang

          Beliau ialah Muhyiddin Abu Zakaria bin Yahya bin Syirfu al-Nawawi. Digelar sebagai al-Nawawi kerana dilahirkan di Nawa dalam wilayah Damsyiq Syria pada 631 Hijrah. Beliau merupakan tokoh yang penting di dalam mazhab Syafie. 

          Beliau mula menghafal al-Quran sejak kecil lagi. Pada tahun 649 Hijrah ketika umurnya 19 tahun, beliau datang ke kota Damsyiq untuk belajar. Di sana beliau memasuki madrasah al-Ruwahiyyah dan mula menghafal beberapa kitab fiqh, antaranya kitab al-Tanbih dalam tempoh empat bulan setengah dan kitab al-Muhazzab di dalam bahagian ibadat. Di antara guru-gurunya ialah Abdul Aziz bin Muhammad al-Ansari, Zainuddin bin Abdul Daim, Zainuddin Khalq bin Yusof, Taqiuddin bin Abi al-Yassir dan lain-lain.

          Beliau banyak mengarang dan menyusun kitab-kitab hadis dan juga syarahnya. Antara yang terkenal daripada hasil karangan beliau ialah Sarah Muslim, Riyadus-Salihin iaitu kitab yang akan dibincangkan, al-Azkar, al-Tibyan fi Adab Hamalat Qur’an, al-Irsyad wal al-Taqrib fi Ulum al-Hadith, al-Aidah fi Manasik al-Hajj, Syarah Muhazzab, al-Raudah, Tahzib al-Asma’ wa al-Lughat, al-Minhaj dan Matan Arbai’in. 

          Kehidupannya sehari-hari sekadar memelihara tubuh badannya dan hanya makan sekali sehari. Ini kerana beliau terlalu banyak memperuntukkan masa untuk mengarang dan menghasilkan sumbangan untuk umat Islam. Sehingga dikatakan kerana kesibukannya, beliau tidak sempat memikirkan urusan perkahwinan dan membujang sehingga ke akhir hayatnya.


          Beliau juga seorang yang berani menyatakan kebenaran. Kerana keberaniannya, beliau telah diusir dari Syam akibat satu fatwanya yang tidak menyenangkan hati sultan al-Malik al-Zahir. 

          Imam Nawawi wafat pada 24 Rejab 676 H ketika usianya 45 tahun dan dimakamkan di Nawa, tempat kelahirannya.

Pengenalan Ringkas Kitab Riadhus-Salihin

          ‘Riyadh’ di dalam bahasa Melayu bermakna taman. Manakala ‘Salihin’ sebagaimana yang diketahui umum ialah orang-orang soleh. Oleh yang demikian, judul kitab yang diletakkan sendiri oleh Imam Nawawi ini bermaksud ‘Taman Orang-orang Yang Soleh’ memberikan gambaran bahawa isi kandungan kitab ini tentulah berkisar mengenai panduan hidup seorang manusia muslim yang berazam untuk menjadi seorang yang soleh. Di atas tujuan inilah, Imam Nawawi sendiri menegaskan di dalam pendahuluan kitab ini bahawa beliau berusaha untuk mengumpulkan secara ringkas hadis-hadis yang mampu menjadi panduan lengkap kepada umat Islam untuk menjalani hidup di bawah naungan keredhaan Allah SWT. [1] Oleh yang demikian, kita akan mendapati bagaimana isi kandungan kitab ini terdiri daripada hadis-hadis yang mencangkupi seluruh urusan kehidupan dan agama umat Islam. 

          Imam Nawawi selesai menyusun kitab ini pada hari Isnin yang keempat di dalam bulan Ramadhan pada tahun 670H sebagaimana yang disebutkan di dalam penutup kitabnya.

Cetakan dan Terbitan

            Naskhah kitab yang dijadikan bahan kajian oleh penulis ini berjudul Riadhus Salihin Min Kalam Sayyidil Mursalin karangan Imam Nawawi yang telah dihuraikan semula oleh Mustaffa bin Muhammad ‘Ammarah. Naskhah ini diterbitkan oleh Maktabah wa Matba’ah Muhammad Huda Wa Awladuh dan tidak meletakkan tarikh cetakan sebagaimana buku-buku yang lain. Juga tidak dapat dikesan dari negara manakah naskhah ini dicetak kerana ia tidak mencatatkan sebarang maklumat kecuali penerbit sahaja.

Kaedah Penyusunan Kitab

Imam Nawawi memulakan kitab Riyadhus-Salihin dengan muqaddimah yang ringkas. Beliau menerangkan di dalam muqaddimah ini sebab-sebab yang mendorong kepada penyusunan kitab ini. Antaranya ialah beliau mahu agar ia menjadi pedoman bagi mereka yang ingin mendekatkan dirinya kepada Allah. Beliau mendatangkan satu hadis yang menjadi pendorongnya yang bermaksud : “Sesiapa yang menunjukkan kepada kebaikan, baginya pahala sebagaimana pembuatnya.”[2]

          Beliau juga menyatakan keinginannya untuk menjadikan kitab ini hanya mengandungi hadis-hadis yang sahih sahaja. Ini untuk memudahkan pembaca beramal dengan isi kandungan kitab ini tanpa ragu-ragu.

          Sebagai sebuah kitab yang mengandungi hadis-hadis yang lebih menjurus kepada pembentukan akhlak dan peribadi, beliau memulakan dengan Bab Ikhlas dan Menghadirkan Niat sebagai stau syarat untuk diterima amalan. Ia diikuti dengan bab-bab seperti Bab Taubat, Sabar, Siddiq, Taqwa, Istiqomah, Mujahadah sehinggalah kepada Bab Mencegah Amanah Daripada Diberikan Kepada Yang Meminta.

          Selain itu, Imam Nawawi juga mengkategorikan hadis-hadis kepada beberapa bab yang utama atau dinamakan sebagai kitab. Di antara kitab-kitab yang terdapat di dalam Riadhus-Salihin ini ialah Kitab Adab, Kitab Adab Makan, Kitab Pakaian, Kitab Adab Tidur, Kitab Salam, Kitab Menziarahi Orang Sakit, Kitab Adab Musafir, Kitab Kelebihan, Kitab Iktikaf dan Kitab Zikir-zikir. 

Setiap kitab ini mengandungi bab-bab yang kecil yang diletakkan hadis di dalamnya. Sebagai contoh, Kitab Adab Makan mengandungi 17 bab antaranya ialah Bab Membaca Tasmiah Semasa Memulakan Makan dan Tahmid Selepasnya, Bab Larangan Mencela Makanan dan Digalakkan Memujinya, Bab Galakan Makan Dengan Tiga Jari dan sebagainya. 

Setiap bab pula mengandungi beberapa hadis yang berkaitan dengannya. Sebagai contoh, Bab Membaca Tasmiah Semasa Memulakan Makan dan Tahmid Selepasnya mengandungi 9 buah hadis.

Kesimpulannya,  Riadhus-Salihin mengandungi sekitar 750 – 800 buah hadis[3] yang tersimpul pula di dalam beberapa bab di bawah kategori kitab-kitab yang berlainan.

Kekuatan Riadhus-Salihin
          Tentunya sebagai sebuah kitab yang masyhur, ia sesuai dijadikan rujukan oleh generasi terkemudian berdasarkan ketepatan fakta dan penelitian Imam Nawawi dalam pengambilan hadis. Isu-isu targhib dan tarhib diangkat dengan begitu sempurna berdasarkan hadis-hadis yang sahih memberikan satu keselesaan kepada pembaca untuk melakukan amalan berdasarkan kandungan kitab ini. Ia satu kelebihan yang cukup ketara bagi kitab ini di tengah-tengah kebanjiran hadis-hadis palsu dan rekaan di dalam isu targhib dab tarhib yang menyebabkan umat Islam menjadi keliru di dalam menentukan pendirian dan sikap.
          Pembahagian bab dan kitab juga dibuat dalam keadaan tersusun dan memudahkan kepada pembaca membuat rujukan tentang tajuk-tajuk tertentu tanpa perlu melakukan usaha semula mengumpulkan hadis-hadis yang berkaitan.

Kelemahan
          Walaupun pembahagian bab dan kitab sudah dibuat dalam keadaan tersusun, hadis-hadis yang disenaraikan pula agak kucar-kacir dari sudut penyusunan. Ketiadaan nombor hadis juga menyebabkan kesukaran untuk pembaca melakukan rujukan semula terhadaop satu-satu isu ataupun hadis. Walau bagaimanapun, ini dianggap satu perkara biasa pada zaman Imam Nawawi menyusun kitabnya ini ditambah pula dengan ketiadaan alat-alat canggih seperti hari ini.

Kesimpulan
          Kitab Riadhus-Salihin ini sesuai untuk dijadikan rujukan untuk semua golongan bermula golongan profesional, teknokrat, pelajar-pelajar IPT dan sehinggalah kepada masyarakat pendalaman yang cintakan ilmu dan sunnah Rasulullah SAW. Ia sesuai dijadikan bahan kuliah berdasarkan isi kandungannya yang telah dibahagikan menurut kategori-kategori yang telah ditentukan.

[1] Muhyiddin Abu Zakaria bin Yahya bin Syirfu al-Nawawi (t.t) Riadhus Salihin Min Kalam Sayyidil Mursalin, Maktabah wa Matba’ah Muhammad Huda Wa Awladuh, halaman 11.
[2] Maksud hadis riwayat Muslim (no. 3509), Abu Daud (no. 4464), Tirmizi (no.2595) dan Ahmad (no. 16465)
[3] Berdasarkan kepada carian perkataan ‘Sallallahu ‘Alaihi Wasallam’ di dalam perisian Maktabah Syamilah. Ini kerana di dalam kitab yang bercetak tidak mengandungi nombor hadis. 

 http://ahmadfadhli.wordpress.com/2008/06/23/kitab-riadhus-salihin-karangan-imam-nawawi/

Ustaz Azhar Idrus [Full] - Sesi Soal Jawab Part 1

Ustaz Azhar Idrus - Waktu Haram Solat

Thursday, September 12, 2013








Khasiat berwuduk sebelum tidur

 
wudhu-menjaga-kesucian
Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa tidur dimalam hari dalam keadaan suci (berwudhu ‘) maka Malaikat akan tetap mengikuti, lalu ketika ia bangun nescaya Malaikat itu akan berucap’ Ya Allah ampunilah hamba mu si fulan, kerana ia tidur di malam hari dalam keadaan selalu suci , “(HR Ibnu Hibban dari Ibnu Umar ra).
 
Berwuduk mempunyai manfaat yang sangat besar. Bahkan ulama fikih menjelaskan hikmah wudhu sebagai sebahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani.
 
Sudah tentu setiap perintah Allah SWT itu mempunyai hikmah kebaikan disebaliknya. Dalam sekali aktiviti berwudhu, lima pancaindera terkena semua tanpa terkecuali disapu oleh air wudhu. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa!.

Muhammad Kamil Abd Al-Shomad, memetik sumber dari Al-I’jaz Al-Ilmiy fi Al-Islam wa Al-Sunnah AlNabawiyah, menjelaskan bahawa manfaat semua hal yang diperintahkan dalam wudhu sangatlah besar bagi tubuh manusia. Mulai dari membasuh tangan dan menyela-nyela jari, berkumur-kumur, memasukkan air ke dalam lubang hidung, membasuh muka, membasuh kedua tangan sampai siku, mengusap kepala, membasuh telinga, hingga membasuh kaki hingga mata kaki.
 
Lalu, bagaimana jika berwudhu dilakukan sebelum tidur? Nah, para pakar kesihatan di dunia sentiasa menganjurkan agar kita mencuci kaki mulut dan muka sebelum tidur. Bahkan, sejumlah pakar kecantikan menghasilkan alat kecantikan agar dapat menjaga kesihatan kulit muka.
 
Di samping itu tentunya anjuran untuk berwudhu juga mengandungi nilai ibadah yang tinggi. Jika seseorang berada dalam keadaan suci, bererti dia dekat dengan Allah. Kerana Allah akan dekat dan cinta kepada orang-orang yang berada dalam keadaan suci.
 
Khasiat berwuduk sebelum tidur
 
Pertama, menenangkan otot-otot sebelum berehat. Mungkin tidak terlalu banyak penjelasan. Boleh dibuktikan dalam ilmu perubatan bahawa percikan air wudhu itu merupakan suatu kaedah atau cara mengendurkan otot-otot yang kaku dalam beraktiviti. Kesan positifnya jika seseorang itu telah melakukan wudhu, maka fikiran kita akan terasa tenang. Badan tidak akan terasa letih.
 
Kedua, mencerahkan kulit wajah. Wudhu dapat mencerahkan kulit wajah kerana prestasi wuduk ini menghilangkan kotoran dalam kulit. Kotoran-kotoran yang melekat pada kulit wajah kita akan sentiasa hilang dan tentunya wajah kita menjadi cerah dan bersih.
 
Ketiga, didoakan malaikat. Malaikat akan sentiasa berdoa memohon perlindungan kepada umat muslim yang sentiasa berwudhu sebelum tidur. Malaikat adalah makhluk yang sentiasa berzikir kepada Allah. Nescaya doanya akan sentiasa dikabulkan oleh Allah. Oleh kerana itu, sentiasa lah berwudhu.

Diterjemahkan dari sumber islampos.com
http://www.islamituindah.my/khasiat-berwuduk-sebelum-tidur







Pastor Terry Jones Arrested Before He Could Burn Qurans





Terry Jones arrested
Law enforcement arrested Florida pastor Terry Jones Wednesday as he drove to a park to light nearly 3,000 Qurans on fire to protest the 2001 terrorist attacks. 
           
MULBERRY, Fla. — A Florida pastor was arrested Wednesday as he drove a pickup truck towing a large barbecue-style grill filled with kerosene-soaked Qurans to a park, where the pastor had said he was planning to burn 2,998 of the Muslim holy books_ one for every victim of the Sept. 11, 2001, terrorist attacks.
 
Sheriff's deputies in Polk County, Fla., arrested Pastor Terry Jones, 61, and his associate pastor, Marvin Sapp Jr., 44, each on a felony charge of unlawful conveyance of fuel. Jones had said he was heading to a nearby park in Mulberry to burn the Qurans on Wednesday, the 12th anniversary of the attacks. Sheriff's officials said that Jones was also charged with unlawful open-carry of a firearm, a misdemeanor, and that Sapp faces a charge of having no valid registration for the trailer.
 
Both were being booked Wednesday night into the Polk County jail, according to Sheriff Grady Judd.
 
Mulberry's mayor, along with area elected officials, a sheriff's deputy and several Polk County residents have talked about the need to express love and tolerance for all faiths on Sept. 11.
 
Jones is the pastor of a small evangelical Christian church. He first gained attention in 2010 when he planned to burn a Quran on the anniversary of 9/11, although he eventually called it off. His congregation did burn the Muslim holy book in March 2011 and last year he promoted an anti-Muslim film. All three incidents sparked violence in the Middle East and Afghanistan.
 
The most violent protest happened after the 2011 Quran burning as hundreds of protesters stormed a United Nations compound in Mazar-i-Sharif in northern Afghanistan, killing seven foreigners, including four Nepalese guards.
 
Jones has repeatedly ignored pleas from the U.S. military asking him not to stage his protests. Military officials say his actions put American and Western troops in Afghanistan and elsewhere in danger.
 
Mulberry is a town of about 3,000 between Orlando and Tampa and has no connection to Jones' church, which recently moved out of its Gainesville building.
 
An Egyptian court convicted Jones, along with seven Egyptian Coptic Christians, in absentia, sentencing them to death on charges linked to the film. The ruling was seen as largely symbolic because Jones and the other defendants live outside of Egypt.
Just last week, a federal judge in Michigan issued a summary judgment in favor of Jones and his organization, Stand Up America Now, against the city of Dearborn for requiring Jones and his organization to sign a city-issued agreement in order to speak on public property in front of a Dearborn mosque in 2012.
 
Earlier Wednesday, about 75 people gathered In Mulberry for an interfaith prayer service to counter Jones' actions.
 
Mike Ghouse, who has organized a 9/11 prayer service in his home state of Texas for nine years, brought his event to Mulberry because of Jones' planned Quran burning. He initially had planned to hold the service in Texas but teamed with a group of Mulberry residents who had organized an anti-Jones Facebook page.
 
"Everyone has a right to believe what they believe," said Ghouse, adding that it was Jones' right as an American to express himself. Others said that while Jones was free to say or do whatever he wanted, the people of Mulberry didn't want the world to think that the residents condone or agree with Jones' views.
 
Said Polk County resident Butch Rahman: "We don't buy what Jones is selling."
___
Follow Tamara Lush on Twitter at http://twitter.com/tamaralush

Tabligh Akbar: Inilah Hakikat Dakwah Wahabi (Bagian 1) - Ustadz Dr. Muha...

Membongkar Kesesatan Wahabi

(Senyum POWER) Hukum BOGEL Ketika Mandi WAJIB - Ustaz Azhar Idrus

UFB - Hukum Kerajaan Buka Genting Pusat Segala Maksiat

USTAZ FATHUL BARI- USTAZ AZHAR IDRUS HANYA IKON RAJA LAWAK,ILMU KURANG

Tuesday, September 10, 2013








Ustaz Muhadir Haji Joll 

 

 WIRID

TALLAQI

 

 

 

MAULIDUR RASUL

MIMPI RASULULLAH




 








KEDAHSYATAN AYAT KURSI !!!

 
 
 
1. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak mencegah akan dia daripada masuk surga, kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.

4.Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5.Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6.Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu sebaiknya anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.

7.Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah akan menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

8. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.


9. Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.
 
 
 http://hambaliabdullah.blogspot.com/2013/09/kedahsyatan-ayat-kursi.html







MAHKAMAH TETAPKAN KEPUTUSAN RAYUAN KERAJAAN TERHADAP PENGUNAAN KALIMAH ALLAH PADA AWAL OKTOBER INI !!! 

 





PUTRAJAYA 10 Sept - Mahkamah Rayuan hari ini menetapkan keputusan rayuan pihak kerajaan terhadap penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Herald - The Catholic Weekly seawalnya pada Oktober.

Keputusan itu diambil oleh tiga panel hakim yang diketuai Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohamad Zawawi Salleh yang mendengar rayuan pihak kerajaan hari ini.

"Keputusan tidak akan memakan masa mengambil kira keprihatinan rakyat terhadap isu ini. Keputusan dijangka diumum seawalnya pada Oktober. Tarikh akan diberitahu kelak," kata Mohamed Apandi sebaik mendengar hujah pihak kerajaan dan Herald.

Pihak kerajaan merayu berhubung keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember 2009 yang membenarkan Gereja Katolik menggunakan kalimah " Allah " dalam penerbitan Herald - The Catholic Weekly.

Kronologi pertikaian penggunaan kalimah Allah bermula pada pada 16 Februari 2009 apabila pihak Herald memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan gereja itu serta menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden.

Herald menuntut, antara lain satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri pada 7 Januari 2009 berhubung larangan penggunaan kalimah Allah dalam mingguan Katolik itu adalah tidak sah dan kalimah Allah bukanlah eksklusif kepada agama Islam.

Majalah mingguan Katolik yang dicetak dalam empat bahasa, menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan untuk God bagi seksyen bahasa Malaysia namun kerajaan berhujah bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh orang Islam sahaja.

Pada 31 Disember 2009, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan memerintahkan bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang penerbitan akhbar mingguan The Heralditu daripada menggunakan kalimah Allah dalam majalah edisi bahasa Malaysia, adalah menyalahi undang-undang, batal dan tidak sah.

Pada 5 Januari 2010, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan Gereja Katolik menggunakan kalimah " Allah " dalam penerbitan Herald - The Catholic Weekly.

Pada Julai 2013 Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur memfailkan permohonan bagi membatalkan permohonan rayuan majlis agama Islam dan pihak kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh majalah mingguan Katolik The Herald.

Pada 22 Ogos lalu Mahkamah Rayuan menolak permohonan berkenaan sekaligus membenarkan pihak majlis agama Islam dan kerajaan meneruskan rayuan.
 http://hambaliabdullah.blogspot.com/2013/09/mahkamah-tetapkan-keputusan-rayuan.html

Monday, September 9, 2013








Bertudung Tak Boleh Kerja Sini. Lagi Hina Islam?
Foto
WARTAWAN Harian Metro melakukan penyamaran di salah satu pusat beli-belah terkemuka di ibu negara.

Kuala Lumpur: Amat mengecewakan apabila wanita Melayu yang memakai tudung menjadi mangsa diskriminasi untuk diterima bekerja oleh segelintir majikan swasta di negara ini yang mendaulatkan Islam sebagai agama rasmi.
 
Isu ini menjadi topik hangat dalam kalangan pengguna Internet selepas seorang pengguna Facebook (FB) dikenali sebagai Mira Kamil memuat naik status kekecewaannya selepas berulang kali permohonan kerjanya di sebuah butik ternama di sini, ditolak atas alasan dia bertudung.
Mira Kamil yang pernah menuntut di United Kingdom selama empat tahun dan sedang mencari kerja sementara memuat naik status itu di laman Facebook pada 1.59 petang Isnin lalu yang dikongsi hampir 8,500 pengguna Facebook.

“Kita memang nak pakai orang, tapi tak nak yang bertudung” dan “sorry, pakai tudung tak boleh kerja sini.” Itu antara kata-kata diterima Mira.

Bagi mendapatkan kepastian dakwaan Mira, wartawan Harian Metro melakukan penyamaran dengan memohon kerja di beberapa premis berkenaan. (myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Hal ini juga masuk dalam kategori hina Islam?
http://www.ibnuhasyim.com/2013/09/bertudung-tak-boleh-kerja-sini-lagi.html

Friday, September 6, 2013

Wednesday, September 4, 2013

Ustaz Kazim Elias - Menyambung Hubungan Kekeluargaan (Silaturahim)

Ustaz Haron Din - Detik-Detik Sakaratul Maut







wahai wanita bertapa beruntungnya dirimu











Salam sejahtera buat sahabat-sahabat yang sudi meluangkan masa membaca blog ini. Ada satu berita gembira yang ingin dikongsi bersama sahabat-sahabat terutamanya yang dilahirkan kedunia sebagai seorang perempuan / wanita. Wanita itu diciptakan dengan keistimewaan tersendiri.

Nak tau....Bertuahnya wanita yang diciptakan mempunyai rahim. Sungguh setiap kejadian ada hikmahnya. Seorang wanita yang mempunyai rahim ini umpama bekerja dengan Allah sebagai penyubur zuriat ‘manusia’. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh… 7 hingga 15 hari sebulan, pada waktu itu dia tidak wajib senbahyang tetapi Allah anggap waktu itu adalah waktu sembahyang terbaik daripada seseorang wanita itu.

Setelah sah bergelar isteri pada suami tercinta, tibalah saatnya membuktikan keupayaan wanita iaitu mengandung dan melahirkan. Cuti bersalin pula hingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati. Tiadanya bayaran untuk mc, malah Allah beri sebab wanita bekerja dengan Allah. Bersabar menempuh dugaan ketika mengandung dan melahirkan. Itulah istimewanya wanita. Bagi kaum lelaki tiada cuti bagi mereka. Sembahyang wajib bagi mereka dari baligh sehingga ke akhir usianya. Kerana mereka adalah ketua keluarga yang perlu dicontohi.

Satu lagi berita gembira untuk wanita. Sepanjang tempoh wanita mengandungkan zuriatnya Allah sentiasa mengampunkan dosanya. Apabila lahir sahaja bayi yang dikandung, habis seluruh dosanya gugur dan diampunkan dosa lalu. Inilah nikmat yang Allah beri kepada mu wanita… Jadi jangan rasa menyesal kerna dilahirkan sebagai wanita dan janganlah takut untuk mengandung dan melahirkan. Bertapa Allah tinggikan martabat wanita dalam islam.

Untuk peringatan apabila wanita telah bersuami. Syurga dijanjikan Allah bagi para isteri yang mentaati dan menyenangkan hati suaminya, mudah bukan?….seluruh kebaikkan suaminya pahalanya turut dirasai oleh si isteri tetapi dosa suami ditanggung sendiri oleh para suami. Namun di akhirat nanti jika perjalanan suami ke syurga terhalang oleh dosa-dosanya, isteri boleh memberikan pahala ‘extranya’ untuk sama-sama melangkah kesyurga disamping suami tersayang. Namun Wanita yang derhaka pada suaminya tidak sekali merasai nikmat ini.

Lihatlah wahai wanita bertapa beruntungnya dirimu di bawah lembayung islam. Selagi kau mengikut syariat agama islam juga menjaga maruah dan kehormatanmu. Sesungguhnya wanita mudah mendakap syurga, namun perlu diingat, bahawa wanita juga mudah ke neraka jika tersasar langkahnya dari landasan islam….