Posts

Showing posts with the label pintu taubat
Image
Segeralah mencari pintu taubat   Posted by: nurjeehan in Akidah , Tafakur (Muhasabah) , Taubat , Tazkirah , Tokoh Disampaikan oleh Al-Sayyid Syaikh Muhyiddin Abdul Qadir Al-Jailani Di Madrasah al-Ma’murah, Ahad, 10 Syawal 545H (Rujukan : Fathur-Rabbani) Wahai kaumku…! Capailah olehmu pintu kehidupan itu selagi ia masih terbuka untukmu, kerana tidak lama lagi pintu itu akan tertutup buatmu. Lakukanlah kebaikan, selama kamu masih mampu melakukannya. Segeralah mencapai pintu taubat dan masuklah kamu ke dalamnya, selama ia masih terbuka buatmu. Capailah pintu doa kerana pintu itu masih terbuka untukmu. Bersegeralah kamu mencapainya, berdesak-desakan dengan saudara-saudaramu yang soleh, kerana pintu itu terbuka untukmu. Wahai kaumku…! Bangunkanlah semula apa yang sudah kamu robohkan. Cucilah apa yang telah kamu kenakan najis. Perbaikilah apa yang telah kamu rosakkan dan jernihkanlah apa yang telah kamu keruhkan. Kembal...