Kisah Bapa Segala manusia - ADAM 0 comments NABI ADAM Kemudian diciptakan Allah pula ADAM sebagai manusia yang pertama, untuk menghuni di bumi luas yang sudah terbentang, beranak dan berketurunan menjadi manusia banyak, berpuak-puak dan berbilang bangsa, berselerak ke seluruh pelosok bumi. Maksudnya manusia itu diciptakan Allah, ialah agar manusia itu menyembah dan sentiasa mentaati segala perintahNya serta juga menjadi pengatur bumi yang tidak teratur; bercucuk tanam, mendirikan rumah, memelihara ternakan, dan sebagainya. Allah memberitahu maksudNya kepada para Malaikat,"Aku ingin mencipta manusia untuk menguruskan muka bumi". Para Malaikat lalu menjawab, "Apakah manusia yang Engkau ciptakan itu untuk mengurus bumi, ya Tuhan kami? Tidakkah manusia itu nanti akan merosakkan bumi dan akan menumpahkan darah berbunuhan? Berbanding dengan kami yang sentiasa patuh dan memuliakan Engkau". Lalu Allah menjawab. "Aku lebih mengetahui apa yang ...