Posts

Showing posts with the label Mengapa Kembali Jahiliah?
Image
Islam Angkat Martabat Wanita, Mengapa Kembali Jahiliah? 8 Mac ialah Hari Wanita Sedunia. Tema pada tahun ini ialah: ‘Equal access to education, training and science and technology: Pathway to decent work for women’ (Peluang sama rata mendapatkan pendidikan, latihan, sains dan teknologi: Jalan meraih kerjaya yang baik kepada wanita). Temanya hanyalah sebahagian dari keseluruhan aktiviti hidup seorang wanita. Dalam sejarah kemanusiaan, Adam sebagai manusia pertama di dunia didampingkan dengan Hawa. Zuriat berkembang. Lelaki dan wanita punya hak dan tanggungjawab yang ditetapkan Allah menurut fitrah kejadian mereka. Sebelum kebangkitan Nabi Muhammad SAW, wanita hanya menjadi alat memuaskan nafsu. Kalau berkahwin, lelaki boleh berkahwin seramai mungkin. Hak dan tanggungjawab diabaikan. Kalau tidak sayang, boleh dibiarkan tanpa bertali. Mahu mencari kemuliaan, anak perempuan ditanam hidup-hidup. Ringkasnya, kehidupan di zaman jahiliah menjadikan wanita seperti hamba sahaj...