Rebutlah Lima Perkara Sebelum Datang Lima Perkara Sahabat yang dirahmati Allah, Masa itu adalah kehidupan, setiap manusia tidak boleh lari daripada masa. Masa tidak akan menunggu kita, ia akan terus berjalan samaada ia digunakan untuk kebaikan atau pun keburukkan. Masa yang sudah berlalu tak akan boleh diganti lagi. Oleh kerana hidup di dunia ini adalah sementara, maka pergunakanlah masa yang ada ini untuk mengerjakan amal soleh sebanyak mungkin supaya masa itu dan bumi yang kita pijak akan menjadi saksi dihadapan Allah bahawa kita telah menunaikan amanah dan tanggungjawab yang diberikan. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama, masa sihat sebelum sakit. Kedua, masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga, masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat, masa muda sebelum datang masa tua, dan kelima, masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Hadis Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi) Berdasarkan hadis yang ...