Hukum Bercinta di Internet Kawan saya telah memperkenalkan saya dengan seorang lelaki hanya melalui internet. Pada mulanya saya sering bertanya tentang agama lebih-lebih lagi tentang masalah yang saya hadapi. Ternyata lelaki tersebut adalah ustaz dan masih bujang. Suatu hari, kawan saya juga bertanya mengenai agama kepada ustaz tersebut melalui emel. Dalam emel dia, kawan saya itu berusaha memperkenalkan saya dengan ustaz tersebut dan ternyata ustaz tersebut ingin sekali berkenalan dengan saya. Hari-hari berlalu, perkenalan saya dengan ustaz tersebut masih berterusan walaupun hanya melalui internet. Tidak lama kemudian, ustaz tersebut mengutarakan niatnya untuk berkenalan dengan saya lebih dekat atau secara istilahnya, bercinta. Tawaran dia saya terima dengan senang hati kerana akhlaknya yang baik dimana dia akan dapat membimbing saya ke jalan yang benar jika Allah mempertemukan jodoh kami dan inilah lelaki impian saya. Suatu hari dia ada mengirim emel kepada saya dan emal...