Posts

Showing posts with the label solat
Image
BETULKAH DISEBUT SEMBAHYANG ITU SYIRIK  oleh Nabel ini petikan yang menarik nak di share ngan semua orang, dari kisahdongengku.blogspot.com klik untuk view menarik http://nakbebel.blogspot.com/2010/08/solat-jangan-disamakan-dengan.html
Image
Bagaimana dgn Saf solat kita . أَقِيْمُوْا صُفُوفَكم وَتَرَاصُّوا فَإِنِّيْ أرَاكُم مِن وَرَاءِ ظَهْرِيْ “Dirikanlah saf-saf kamu & rapatkan tumit-tumit di antara kamu. Sesungguhnya aku melihat kamu dari belakangku” [1] , perintah nabi SAW pada setiap kali waktu solat kepada para makmum yg berada di belakangnya. . “Allahu akbar”, dengan penuh rasa kehinaan, rendah diri, takut & harap kepada Allah SWT… nabi SAW bertakbir memulakan solatnya sebagai imam di hadapan sekalian para sahabat RA. . Dalam keadaan saf yg rapat, bahu membahu, tumit bertumit .. semuanya khusu’ menghadapkan wajah masing-masing di hadapan Allah Rabbul Jalil sambil mendengar nasihat, teguran, berita & kisah yang dibacakan oleh nabi SAW di dalam al-Quran. Bergetar hati-hati mereka tatkala mendengar ayat al-Quran dibacakan kepada mereka … . . Mengapa nabi SAW memerintahkan agar makmum merapatkan saf? . … Kerana merapatkan saff di dalam ...
Image
HAWA:Ingin Cantik??Solatlah!! Subhanallah, Maha Suci ALLAH yang mengetahui setiap suruhan dan laranganNya. Adakah anda sebagai seorang wanita pernah terfikir betapa banyak kelebihan-kelebihan yang terkandung dalam pergerakan solat yang dilakukan setiap hari? Percaya atau tidak setiap gerakan dalam solat telah mendahului kepercayaan orang tua-tua dalam memberi petua turun-temurun kepada generasi yang akan datang? Mereka menemui bahawa gerakan yang dikenali sebagai senaman dapat mengekalkan kecantikan dalaman seorang wanita. Bahkan dari segi sains, solat dapat mengalirkan aliran darah dengan begitu sempurna. Di kesempatan ini, ana ingin berkongsi persamaan antara pergerakan solat dan pergerakan senaman dari petua orang dahulu kala. Kebesaran dan kebijaksanaan ALLAH perlu dikaji oleh setiap insan kerana ada sebab dan musabab kenapa ALLAH menjadikan begini? kenapa tidak begitu? begitu mengapa tidak begini? Ada sedikit ilmu yang ana ingin kongsikan bersama setiap insan ...
Image
Lalai Solat Kerana Pengaruh Dunia March 8th, 2011 | 7:01 am | Solat | 1 response PERNAHKAH kita bersedih kerana tertinggal sembahyang, terlewat mengerjakannya atau pernahkah perasaan rugi kerana tidak sempat melakukan solat secara berjemaah? Pernahkah kita terasa berdosa tidak ‘beradab’ menghadapi Allah? Jawapannya ada pada diri kita sendiri. Kali ini penulis ingin menyentuh soal lalai dalam solat. Lawan lalai ialah khusyuk dan ia bukan setakat dapat menumpukan perhatian dan faham apa yang dibaca dalam sembahyang tetapi menimbulkan rasa-rasa dengan Tuhan. Kalau tidak ada rasa-rasa yang berubah dalam sembahyang seperti gerun, hebat, cinta, takut, berharap kepada Tuhan maka itu tanda tidak khusyuk. Lalai dalam sembahyang ada beberapa peringkat seperti berikut: Lalai habis. Takbir sahaja sudah ingat perkara lain di luar sembahyang yang tidak ada kena mengena langsung dengan sembahyang. Ia berterusan sampai salam. Tidak ada rasa apa-apa dengan Tuhan sepanjang...

BALASAN MEREKA TIDAK SOLAT

Image
Tahukah kamu bahawasanya org yg tidak solat adalah lebih teruk dan jahat daripada Iblis? Hah!!jgn cepat melenting..baca dulu baru fikir..Iblis sewaktu di Syurga dahulu sangat taat beribadat kepada Allah SWT selama 80 ribu tahun lamanya sehinggakan semua para Malaikat berbangga dgn Iblis malah Allah SWT mengangkat darjat Iblis menjadi ketua semua para malaikat..hebat bukan..Kini Allah SWT  meletakkan darjat Iblis ini kedudukan paling hina kerana satu perkara.. Enggan sujud kepada Nabi Adam as .. kini manusia diperintahkan utk sujud kepada Allah SWT sebanyak 5 kali sehari semalam tapi masih ada yg ingkar dan enggan.Allah SWT memerintahkan iblis sujud kpd Nabi Adam hanya sekali suruhan sahaja  tetapi Iblis ingkar dan terus dilaknat oleh Allah SWT..Bayangkan bagaimana pula manusia yg ingkar utk sujud kpd Allah? Owh betapa murkanya Allah SWT..nauzubillah... ***************************************** Tahukan kamu bahawasanya air tangan org yg tidak solat lebih hi...
Image
SOP Sembahyang Di samping kita memenuhi rukun-rukun sembahyang, ada pula perkara-perkara lain yang sewajarnya kita sempurnakan walaupun ianya hanya sunat. Contohnya, bagaimana cara kita berdiri, sujud, dan bagaimana pula keadaan tangan kita sepanjang kita melakukan sembahyang. Perkara ini walaupun hanya sunat sahaja, namun tidaklah sukar melaksanakannya. Di samping menjaga syarat-syarat sah sembahyang, ada baiknya kita cantikkan lagi sembahyang kita dengan mengamalkan perkara-perkara yang hanya dikira sunat ini. Tidakkah meninggalkan perkara-perkara sunat itu hukumnya Makruh, dan tidak disukai Allah. Takbir Intiqal Se t iap sembahyang dimulakan dengan lafaz Allahu-Akbar. Kalimah Allahu-Akbar ini dinamakan takbir. Takbir yang pertama, ketika memulakan sembahyang dinamakan Takbiratul-ikhram. Namun kalimah yang sama juga akan disebut berulang-ulang sepanjang sembhyang kita. Tetapi lafaz Allahu-Akbar yang kedua dan seterusnya ini pula dinamakan Takbir Intiqal....
Image
Sunat-sunat Dalam Sembahyang Memandang ke tempat sujud Khusyuk Memandang ke tempat sujud Dalam kitab Sabilul-Muhtadin menyebut, 'Sunat mengekalkan tilik di dalam sekalian sembahyang kepada tempat sujud ' (ms 228). Sama ada kita sembahyang bersendirian atau berjemaah, sama ada sebagai imam atau makmum, kita disunatkan memandang ke tempat sujud, sepanjang masa sembahyang kita. Sama ada kita sedang berdiri, rukuk, iktidal sehingga kepada saat-saat hendak sujud, mata kita sentiasa memandang ke tempat sujud. Ketika duduk antara dua sujud juga kita disarankan berbuat demikian. Bagi mereka yang pejam ketika sembahyang kerana baginya akan lebih khusyuk, maka hendaklah menundukkan kepalanya seperti sedang memandang ke tempat sujud. Memandang ke tempat sujud ini meliputi semua keadaan dan suasana. Misalnya, jika kita sedang sembahyang mengadap kaabah sekalipun, hukumnya masih kekal, iaitu sunat memandang ke tempat sujud. Dalam kitab yang sama menyebut, ' dan jikalau...