Iblis duduk di jalan lurus Iblis itu sombong. Ia menganggap dirinya lebih baik daripada Adam walaupun Adam telah diajar oleh Allah. Kesombongannya berdasarkan ciptaan Allah ke atasnya, yang difikirkan lebih baik daripada Adam. Setelah ia enggan sujud kepada Adam apabila diperintah Allah, dan dihalau keluar dari tempat ia berada, ia memohon supaya dapat ditangguhkan hingga ke Hari Kiamat. Tujuannya, adalah untuk menyesatkan manusia di jalan Allah yang lurus. Katanya, "Oleh kerana Engkau telah menyalahkan aku, maka sungguh, aku akan duduk kepada mereka di jalan Engkau yang lurus," (7:16) Oleh yang demikian, hanya manusia yang berada di jalan Allah yang lurus yang ia akan memerangkap. Yang lain, iaitu mereka yang sudah mengambil jalan sepertinya, tidak menjadi keutamaan baginya. Ia agak berjaya dalam rancangannya kerana hanya sedikit daripada bani Adam yang tidak dapat dijeratkannya ( 17:62 ). Lalu, didapati pada hari ini, agama yang dibawa oleh para Nabi ...
Posts
Showing posts with the label iblis
- Get link
- X
- Other Apps
Nama-nama Iblis dan Kerjanya Dipetik dari buku 'Iblis, Syaitan & Jin' disusun oleh Hj. Abd Rahman Sulaiman - Malaysia . Syaitan adalah keturunan yang berasal dari iblis. Iblis berkahwin dgn jin perempuan yang merupakan pengikutnya lalu dianugerahkan keturunan yang dikenali sebagai syaitan. Iblis pula adalah dari keturunan jin, merupakan moyang kepada syaitan dan pemimpin bagi syaitan dan jin kafir. Syaitan juga mempunyai kota yg menjadi tempat tinggal mereka. Kota-kota mereka terletak dipadang-padang pasir, gunung ganang, pulau pulau terpencil dan di permukaan laut. Tempat tempat yg menjadi kegemaran para syaitan duduk beristirehat dan bermain main adalah didalam perigi yang kosong, tempat terdapatnya najis dan tempat membuang kotoran. Iblis memiliki kerajaan yg besar yg terdiri dari menteri menteri, pemerintah, wakil wakil dan rakyat jelata. Di antara mereka terdapat 5 jenis iblis yang paling kuat pengaruhnya dan wajib sesaorang...