Amaran Allah kepada pencuri timbangan Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI SURAH al-Mutaffifin mengandungi 36 ayat. Ia diturunkan selepas surah al-Ankabut dan merupakan surah terakhir yang diturunkan di Madinah. Hubungan surah ini dengan surah al-Infitar. Dalam surah al-Infitar, Allah SWT berfirman bahawa pada setiap orang itu ada malaikat yang memelihara dan mencatat amalannya. Dalam surah ini pula, Allah SWT menerangkan tentang nama yang telah ditulis oleh mereka iaitu Kitabun Marqum yang ditempatkan di Illiyin atau Sijjin. Firman Allah SWT: Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan). Al-Maraghi berkata: Dikhabarkan bahawa di Madinah terdapat seorang yang bernama Abu Juhaynah. Dia mempunyai dua alat penimbang, satu besar dan satu lagi kecil. Apabila dia hendak membeli biji-bijian dan buah-buahan daripada para penanamnya dia akan menggunakan alat penimbang besar dan apabila dia ingin menjual kepada orang lain ditimbangn...
Posts
Showing posts with the label timbangan