Posts

Showing posts with the label tazkirah
Jadikan Diri Anak Kunci Kebaikan Dipetik dari buku 71 Nota kepada Diri - Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz b Nik Mat     Manusia tidak dapat mengelak daripada bertemu dan bersua dengan orang lain. Jika kita tidak berhajat berjumpat dengan orang lain, kemungkinan orang lain pula yang akan menemui kita. Setiap pertemuan yang dirancang pasti mempunyai tujuan, sama ada tujuan itu tergolong dalam perkara yang makruf ataupun sebaliknya. Hanya pertemuan yang berlaku secara spontan atau di luar jangkaan sahaja yang tidak mempunyai sebarang motif.     Setiap manusia mempunyai keperibadianya masing-masing. Mereka mempunyai identiti sendiri arau kerjaya yang tertentu. Jika dia seorang doktor perubatan, lazimnya para pesakit yang akan menemuinya bagi mendapat khidmat nasihat dan juga rawatan. Jika dia seorang alim, mungkin orang akan datang meminta khidmat beliau untuk menyampaikan ceramah atau nasihat agama. Jika dia seorang hartawan, pasti orang-orang misk...
Image
Jauhilah Lapan Perkara Menyebabkan Amalan Kita di Tolak Oleh Allah S.W.T.   by Cahaya Keinsafanku on Sunday, March 20, 2011 at 8:47am Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. Sahabat yang dirahmati Allah, Setiap amal ibadah, amal soleh dan amal kebajikan yang kita laksanakan adalah dengan penuh pengharapan agar ianya diterima oleh Allah S.W.T. kerana apabilan amalan kita diterima oleh Allah S.W.T maka barulah ganjaran pahala yang akan kita terima sebagai bekalan yang akan kita bawa di hari akhirat nanti untuk menghadapi keadilan di mahkamah Allah S.W.T. Jika amalan kebaikan kita di timbang dan di dapati dengan timbangan yang berat maka dengan rahmat Allah kita akan di masukkan ke dalam syurga-Nya. Apakah kita merasai bahawa kesemua amalan-amalan kebaikan yang kita kerjakan ini...
Image
Titian Sirat Di Padang Mashyar   SESUNGGUHNYA pemeriksaan amalan di Padang Mahsyar belum lagi sempurna sehingga seseorang itu diperiksa atau ditanya mengenai nikmat dan amalannya di tempat pemeriksaan sewaktu melalui Siratul Mustaqim. Imam Al-Nawawi di dalam kitab Syarh-Muslim menulis, ulama besar menetapkan bahawa sirat itu ialah satu titian di atas permukaan api neraka jahanam di mana semua manusia akan meniti. Orang mukmin akan terselamat disebabkan keimanan dan amal salih yang mereka lakukan di dunia, manakala orang kafir dan murtad akan terhumban ke dalamnya. Orang pertama melalui sirat ialah Nabi Muhammad SAW yang mengepalai umat lain. Sabda Rasulullah bermaksud: “Dan direntangkan sirat di antara dua jurang neraka jahanam, maka akulah Rasul pertama yang melaluinya bersama umatku yang lulus.” Tahap kelajuan seseorang mukmin meniti titian itu bergantung kepada tahap keimanan dan amal masing-masing. Semakin tinggi keimanan dan amalan, kian laju menuju ti...