Isu-isu Berkaitan Dengan Remaja
Isu-isu Berkaitan Dengan Remaja Posted by Dr. Tengku Asmadi Laman Bersekutu Berikut adalah satu artikel yang baik yang saya petik dari laman web berikut: http://www.psikologiperkembangan-remaja.blogspot.com NOTA: Artikel ini bukan tulisan saya oleh itu sesiapa yang memetiknya di sini sila letakkan rujuk kepada pemili asalnya di alamat blog seperti yang tertera di atas. Pada masa ini kita dapati ramai anak-anak remaja yang menghabiskan masa dengan kegiatan yang tidak berfaedah, iaitu berkumpul di pusat-pusat hiburan, menghisap rokok, bersiar-siar diBandar dan sebagainya. Sesetengahnya ada yang terlibat dengan penyalah gunaan dadah, mencuri, memasuki kumpulan haram dan kegiatan perlacuran. Terdapat juga remaja yang terlalu taksub dengan dunia percintaan. Dalam hal ini mereka selalu menyamakan di antara persahabatan dengan percintaan dan seterusnya percintaan dengan seks. Ramai di antara me...