menguap menurut Islam source: tmn2 syurga Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Baginda Rasulullah saw bersabda bermaksud: Sesungguhnya Allah swt suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah' , maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallah! '. Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya. ( Hadith Riwayat Bukhari ) Daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s.a. w. yang bermaksud: Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk melalui mulut yang terbuka. Riwayat Imam ...
Posts
Showing posts with the label MENGUAP