Posts

Showing posts with the label Makmum Muafik dan Masbuk

Makmum Muafik dan Masbuk

Image
Makmum Muafik Makmum Muafik ialah makmum yang sempat membaca Al-fatihah ketika imam masih berdiri. Makmum yang tidak sempat membaca Al-Fatihah kerana suatu keuzuran disebut juga Muafik. Jika makmum Muafik belum selesai membaca Al-fatihah tetapi imam sudah rukuk. Makmum itu hendaklah menyelesaikan bacaan Al-Fatihah dalam masa imam melakukan tiga rukun iaitu rukuk, iktidal dan Rukuk pertama. Jika imam telah selesai melakukan tiga rukun itu tetapi makmum tersebut belum selesai membaca Al-fatihah, makmum tersebut dianggap telah ketinggalan satu rakaat daripada imam dan wajib diganti selepas memberi salam. Mereka hendaklah meneruskan bacaan Al-Fatihah itu sehingga habis dan terus mengikut perbuatan imam sama ada bertasyahud atau berdiri pada rakaat yang lain. Apabila imam selesai memberi salam, makmum itu hendaklah menggantikan bilangan rakaat yang tertinggal.    Ganjaran yang diterima oleh makmum muafik lebih baik daripada makmum masbuk.        ...