Posts

Showing posts from November, 2012
Image
PEMAKANAN & GAYA HIDUP ELAK DARAH TINGGI Hari ini Berita Harian melaporkan bahawa Presiden Persatuan Hipertensi Malaysia, Dr Azani Mohamad Daud, berkata berdasarkan maklumat dalam kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS), sebanyak 48.4 peratus wanita Melayu menghidap penyakit darah tinggi disebabkan gaya hidup, pemakanan serta kurang bersenam.    Didapati 5.8 juta orang di negara ini mempunyai hipertensi tetapi malangnya, hanya 2.2 juta pesakit mengambil inisiatif mendapatkan rawatan dan ubat bagi mengawalnya.   “Satu daripada dua wanita mempunyai hipertensi dan penyakit ini berlaku atas pelbagai faktor termasuk gaya hidup tidak mementingkan kesihatan serta tidak menjalani pemeriksaan kesihatan.    “Jika tidak dikawal, ia menjadi antara punca Non Communicable Disease (NCD) atau penyakit tidak berjangkit seperti sakit jantung, strok dan kerosakan buah pinggang dalam masa panj
Image
Tip Hidup Sihat dan Panjang Usia   A pakah yang mungkin membolehkan anda hidup lebih lama dan sihat? Mungkinkah ia semata-mata keturunan?.. atau sesuatu boleh dilakukan bagi menempah tiket untuk suatu kehidupan yang lebih baik.   Pada tahun 2009, satu kajian terhadap 20,000 rakyat Britain yang diterbitkan di dalam the British Medical Journal pernah menunjukkan bahawa seseorang itu boleh mengurangkan risiko penyakit strok hanya dengan melakukan empat perkara, iaitu menjadi aktif selama 30 minit setiap hari, makan buah-buahan dan sayur-sayuran, elakkan daripada merokok dan tidak minum (kurangkan - dalam laporan itu) alkohol.   Usaha di atas boleh jadi mampu membantu mengatasi beberapa masalah dengan penyakit lain juga. Demikian juga, pastinya banyak lagi ikhtiar lain boleh dilakukan seperti dengan cara mengambil Ginseng atau akar-akar kayu bagi mempas
Image
Kalendar Cuti Sekolah & Pilihan Raya Umum 2013              Apakah kalendar cuti yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia mencerminkan bahawa tarikh Pilihan Raya Umum nanti akan ditetapkan pada bulan March 2013?    Ini merupakan persoalan besar bagi mereka yang terlibat dalam politik ataupun mereka yang peka dengan isu-isu dan jangkaan pilihanraya umum ke 13.   Namun, perbezaan yang jauh cuti pertengahan penggal 2013 berbanding dengan tahun-tahun yang sudah itu turut menyusahkan beberapa pihak.   Antara mereka yang terlibat itu ialah sekolah-sekolah yang bukan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Jangkaan mereka meleset dan menyebabkan perubahan drastik terpaksa dibuat. Jika tidak guru-guru dan staf di sekolah mereka akan merungut memanjang.   Cuti ibu bapa dan anak-anak mereka sudah tidak sama. Program musim
MERAKYATKAN PERKHIDMATAN AWAM http://www.mampu.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=ad4d9577-f8bf-42d6-bcb2-d5eea93fad5b&groupId=10136
Image
Kahwin di pusat pemindahan banjir  November 12th, 2012 Parit Sulong: Sepasang pengantin dari Parit Yusof di sini semalam, terpaksa melangsungkan majlis perkahwinan di pusat pemindahan banjir kerana rumah pengantin perempuan masih dinaiki air semalam.Kenduri itu diadakan secara bergotong royong oleh mangsa banjir yang berlindung di Balai Raya Parit Yusof, selepas pasangan Rafidah Radzali, 27, selamat dinikahkan dengan pasangannya, Salehuddin Ismail, 31, di masjid kampung itu. Rafidah yang juga Pembantu Tadbir di Kementerian Pertahanan berkata, keluarga serta penduduk kampung sepakat meminta majlis pernikahannya diteruskan walaupun awalnya dibatalkan berikutan banjir melanda. “Masyarakat di sini menasihatkan supaya majlis ini diteruskan. Apatah lagi suami dan keluarga mentua dari Kota Tinggi, sudah bercuti dan mendapatkan pelepasan semata-mata mahu menghadiri pernikahan dan persandingan kami “Walaupun majlis ini serba ringkas dengan jamua
Image
Dewan Rakyat menyentuh hati sebelum PRU 13 Hari terakhir persidangan Dewan Rakyat bagi penggal ini menyaksikan suasana mesra selain ucapan serta kata-kata yang menyentuh hati daripada Speaker, ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang.Sebelum menangguhkan mesyuarat persidangan Dewan Rakyat semalam, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berucap menyentuh ’suka duka’ beliau sepanjang mengendalikan persidangan Dewan Rakyat sejak tahun 2008. Pandikar Amin dalam ucapan penangguhannya juga menyatakan ia mungkin menjadi persidangan terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Ahli Parlimen veteran Datuk Seri Azmi Khalid (BN-Padang Besar) ketika diminta mengulas mengenai ucapan Pandikar Amin menyifatkan ucapan tersebut amat menyentuh perasaan. “Ucapan tadi merangkumi perjalanan Dewan Rakyat sejak 2008 hingga hari ini. Bagi saya Tan Sri Pandikar Amin berjaya mengawal persidangan yang berlangsung dengan matang dan
Image
Principles of the Contact Prayers - Salat explained by Dr.Rashad Khalifa   1 2 3 4 5   6 7 8 9 10  
DOSA YANG PALING BESAR.... Pada pandangan anda, apakah dosa apa yang paling besar? Ada yang mengatakan meninggalakn shalat, kerna yang pertama dihisab di Akhirat. Ada yang berkata minum arak, kerna ia ibu segala kejahatan. Ataupun dosa kepada manusia, kerana dosa kepada Allah boleh memohon keampunannya Yang Amat Pemurah, sementara dosa sesama manusia perlu keampunan org tersebut? Atau pun mengumpat, kerna pahala kita akan diberikan kepada yang diumpat dan dosanya diletakkan dibahu kita? Atau pun pelbagai jenis dosa lain seperti derhaka kepada orang tua, berjudi, berzina dan sebagainya...... PENGASAS Mazhab Maliki Imam Malik ibni Annas, pernah menyelidiki sehelai demi sehelai Al-Quran untuk mencari apakah dosa yang paling besar terhadap umat islam seperti yang difirmankan Allah S.W.T. dalam kitab suci Al-Quran.... Lalu setelah selesai meneliti 6,666 ayat suci itu, beliau membuat satu rumusan seperti yang diterangkan dalam kitab "Jamik A
Image
KIMIA | Jawapan Kertas 1 Kimia SPM 2012    Untuk yang dah tak sabar-sabar nak tahu markah Kertas 1, Kimia SPM 2012 yang dah selesai peperiksaannya pada minggu lepas, boleh gunakan jawapan di atas untuk semakan. Tahap kebolehpercayaan jawapan ini tak dapat saya nak pastikan , sebab saya sendiri pun belum tengok soalan. Selamat Berkongsi! Sumber BumiGemilang: http://www.bumigemilang.com/?p=21209
Image
Rajin Memberus Gigi Boleh Elakkan Nyanyuk? Orang yang suka menjaga gusi dan gigi mungkin kurang berisiko untuk mendapat penyakit nyanyuk, menurut kajian penyelidik Universiti California. Mereka mendapati, wanita lanjut usia yang memberus gigi kurang sekali sehari menghadapi 65 peratus kemungkinan nyanyuk berbanding yang memberus tiga kali sehari. Perkara itu didedahkan oleh ketua penyelidikan berkenaan, Annlia Paganini-Hill kepada akhbar Daily Mail. “Kesihatan fikiran anda bukan hanya bergantung kepada amalan membersihkan mulut tetapi kebersihannya juga boleh menentukan sama ada anda mendapat penyakit itu,” katanya lagi. Kajian itu yang disiarkan oleh Jurnal Persatuan Geriatrik Amerika mengesan kesihatan hampir 5,500 penduduk di kawasan kediaman pesara California mulai 1992 hingga 2010. Selepas 18 tahun berlalu, 1,145 responden asal menunjukkan tanda menghidap nyanyuk. Daripada 78 wanita yang memberus gigi kurang sekali sehari pada 1992, 2
Image
Kesalahan Ketika Memakai Minyak Wangi     - 1.Pakai perfume semasa tubuh masih basah   Biasanya kita memakai perfume selepas mandi.Tapi jangan terus memakainya setelah habis mandi. Pakai setelah badan agak kering. Tunggu sejenak agar kulit anda mengeluarkan minyak semulajadi dari tubuh supaya perfume tersebut lebih serasi dengan minyak pada kulit anda. 2.Pakai perfume lebih daripada satu pada masa yang sama   Setiap perfume mempunyai keharmonian baunya tersendiri. Sekiranya anda menggunakan perfume lebih daripada satu pada masa yang sama,keharmonian perfume akan hilang. Ini akan hanya merosakkan ciri-ciri setiap perfume dan menimbulkan bau yang kurang menyenangkan.Oleh itu, elakkan menggunakan lebih daripada satu jenis perfume pada masa yang sama kerana ia menjejaskan keharmonian bau. 3.Pakai di tempat yang salah   Perfume berkesan kepada kulit yang ‘panas’ dan mempunyai peraliran darah yang baik. Oleh itu,kena
Image
Pantang Wanita Kalau Lelaki..   Lelaki memang berbeza dari wanita. Setiap ciri adalah berbeza samada dari segi percakapan, gaya, gerak geri, penulisan dan sebagainya. Dan sebab itulah terdapatnya beberapa sikap yang pantang bagi wanita sekiranya lelaki berbuat begini kepada dirinya. Suka menyampuk Apabila mendengar sesuatu cerita, menjadi cepat bosan, hilang sabar dan suka menyampuk. Cerita tidak didengar dengan tekun. Memerintah Apabila memerlukan sesuatu, dia seakan-akan memberi perintah dan bukan suatu permintaan. Misalnya, ˜buka pintu, buat kopi,’angkat kasut dan tidak bermula dengan pertanyaan yang lebih elok seperti ˜boleh tolong buatkan kopi dan ˜tolong buka pintu tu Bergurau kasar Gurauan yang kasar tidak sesuai dengan keperibadian wanita yang lembut sekali gus memperkecilkan wanita apatah lagi jika menggunakan humour yang berbaur sexist. Apabila wanita menunjukkan rasa jengkel, lelaki marah pula da