Posts

Showing posts with the label MUHASABAH
Image
Muhasabah diri.... mensyukuri nikmat MU....... Malam jumaat, 7 Zulhijjah 1429, seperti biasa selang 2 minggu, adalah rutin di masjid mengadakan majlis bacaan Zikir Ratib Al-Attas & AsmaUl Husna, yang dipimpin oleh Tn Syed Hussin Al-Attas. Malam ni suasana agak berbeza bagi ku... Terasa amat syahdu....pilu ... dalam mengalunkan zikir-zikir memuji Allah, beberapa kali nafas ku tersekat... menahan sebak... menahan airmata... airmata keinsafan... airmata kesyukuran... Syukur ke hadrat Mu... Ya Allah Aku mensyukuri nikmat Mu... Aku menginsafi bahawa nikmat Mu di dunia hanya seketika... Nikmat Hempedu yang KAU pinjamkan buat daku hanya untuk sementara... Roh yang KAU pinjamkan hanya sementara... dan ENGKAU lah yang berhak untuk mengambilnya semula... Mungkin rukuk & sujud ku.... masih belum seimbang dengan nilai nikmat Hempedu yang dipinjamkan... Ya Allah... ampunilah daku... sekiranya aku lalai dalam mensyukuri nikmat MU... kifarahkanlah dosa ku atas mu...
Image
Pedoman Ingatan   Comments (0) Filed under: Tazkirah Diri Setiap hari KUBUR menyeru manusia sebanyak lima kali; Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran. Aku rumah yang gelap, maka teranglah aku dengan selalu solat malam. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka perbanyakkanlah bacaan " Laa ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah " supaya kamu dapat jawapan kepadanya. Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya; Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya. Harta itu racun, zakat itu ubatnya. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya. By Shazwani Mazuki   Melodi Hati Comments (0) Filed under: ...
Image
Pintu hati dibuka Allah “KALAU kita hebat di dunia, kalau masuk ke dalam neraka, ia tidak berbaloi,” demikian ucap pakar motivasi terkenal, Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah yang juga pemegang gelaran tokoh Maal Hijrah 1429 peringkat Selangor tatkala membahas tentang ‘Mencari Jalan Pulang.’ Tidak dinafikan, ringkas kata sosok terkenal berusia 59 tahun itu. Hakikatnya, ia mampu meninggalkan bekas di hati sesiapa sahaja mendengar. Topik yang dikupas, sedikit sebanyak berupaya mengingatkan orang lain supaya mengimbangi kehidupan di dunia dan akhirat. Cuma satu pesannya: “Sekali kita sudah bertaubat dan tidak mengulangi dosa silam, jangan pula kita menghina orang lain. Selami dengan sebetulnya jiwa sendiri agar dapat mencari jalan pulang yang diredhai oleh Allah Taala. Itu lebih indah daripada segala-galanya.” Tidak sekadar menitipkan kata-kata hikmat itu kepada dua individu berada di depannya – Datuk Malek Nor dan Amy Search, Fadzilah jug...
Image
  Menuju Akhir Kehidupan Hendaklah Ditempuh Dengan Berbagai Amal Kebajikan   Posted by: nurjeehan in Tafakur (Muhasabah) , Tazkirah Syaikh Ibnu ‘Athaillah Al-Iskandari Sumber : Matan Al-Hikam Berkata Syaikh Ibnu ‘Athaillah : “ Maka dia (orang yang berkaki) berpaling dari dunia dengan memejamkan matanya serta berlari daripadanya, kerana dia tidak menjadikan dunia ini sebagai tanah air dan tidak pula sebagai tempat menetap. Bahkan dia bangkit dengan semangat menuju kepada Allah Ta’ala dan dia berjalan di dunia ini dengan memohon pertolongan-Nya untuk segera sampai kepada-Nya.” Secara beransur-ansur, waktu demi waktu, hari demi hari, hinggalah tahun demi tahun yang perlahan tetapi pasti, perjalanan yang kita lalui semakin jauh dan kita semakin dekat ke penghujungnya, yakni titik akhir dalam sebuah kehidupan. Nyawa kita akan diambil oleh Yang Empunya dan tubuh ini akan sejuk kaku kemudian dihantar oleh orang ramai ...