- SELAMAT MELAYARI BLOG INI SEMOGA KITA MEMPEROLEHI MANFAATNYA DAN HARAP DISEBARLUASKAN KEPADA PEMBACA YANG LAIN PULA BERSESUAIAN DENGAN SABDA RASULULLAH S.A.W "SAMPAIKAN DARIPADAKU WALAUPUN DENGAN SATU AYAT"

Monday, April 30, 2012


DALAM DIRI KITA TENTANG SYAITAN...



15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita :

- pintu marah
- cinta dunia
- kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
- panjang angan-angan
- rakus
- bakhil
- suka pada pujian
- riak
- ujub (merasa kagum)
- takut dan gelisah
- buruk sangka
- memandang rendah pada orang lain
- merasa suka pada dosa
- merasa aman daripada pembalasan “ALLAH”
- putus asa daripada rahmat “ALLAH”

15 Senjata Menghalang Syaitan:

- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
- Banyakkan berzikir
- Banyakan Beristigfar
- Baca “la i’ la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min”
- Jangan tidur berseorangan
- Baca doa pagi dan petang
- Bersugi
- Melaksanakan solat jemaah
- Berwudhuk sebelum tidur
- menutup aurat
- Membaca doa masuk tandas.
- Banyak berselawat pada hati
- Bertaubat, beristighfar
- Banyakan baca Al-Quran
- Membaca surah Yassin setiap pagi

Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan

- Rumah yang bersih
- Penghuni membaca “Bismillah” ketika memasuki rumah
- Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat)
- Penghuninya jujur dan memenuhi janji
- Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal)
- Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
- Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa


Semoga bermanfaat...
Sebarkan Dakwah Islam.Bebaskan Pemikiran dari Al Ghazwu Fikri. Tegakkan Hak Allah S.W.T. TEGAKKAN KHILAFAH ISLAMIYAH.
By: Tegakkan Khilafah Islamiyah





Keburukan Tidur Lewat Petang (lepas Asar)


“Tidur di siang hari amat dikeji kerana ia akan mewarisi penyakit kebengkakkan (muka kelihatan sembab dan tidak bercahaya) malapetaka, merosakkan warna kulit, menimbulkan penyakit radang limpa, melemahkan urat saraf dan melemahkan syahwat. Sekeji-keji tidur ialah ketika awal hari (matahari terbit) dan terlebih keji lagi ialah tidur di akhir siang hari (selepas Asar).”

Setengah ulama mengatakan:
“Sesiapa yang tidur selepas Asar sehingga terganggu kewarasannya maka janganlah ia mencaci selain daripada dirinya sendiri.

P/S : hah!!! tidur lagi lepas asar... kan dah giler... nasihat pada semua dan pada diri aku sendiri... sebab aku juga ada tertidur lepas asar... penat =..=" so.. tak elok kan....  semoga sama-sama ada kesedaran... :) http://busuk.org/ping/view/6588





Jangan Menghina Orang Lain



Ayat Al-Quran Yang Melarang Daripada Menghina Orang lain

Maksudnya:

"Wahai orang yang beriman!  Janganlah sesuatu puak (daripada kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak daripada kaum perempuan, mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah daripada kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan jangan pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiknya itu maka merekalah orang yang zalim.  "

 (Surah al-Hujurat ayat 11)

Firman AlIah lagi yang bermaksud:

"Wahai orang yang beriman!  Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani.  "

(Surah al-Hujurat ayat 12).
 http://busuk.org/ping/view/6588





Lecture by Yasir Qadhi 

 

how do you speak to Allah

the aim of our life

current state of the ummah

seerah

Islam, salvation and fate

seerah

seerah

bid'ah

doa'

seerah

 

Sunday, April 29, 2012






Keburukan Facebook Yang Perlu Kita Tahu

by intankuterpilih



Aku pasti semua orang tau facebook itu apa, dan aku yakin ramai antara korang yang baca blog IntanKuTerpilih.com ni mempunyai akaun facebook, ye tak? Ok tanpa mukadimah panjang-panjang, di sini aku senaraikan beberapa keburukan facebook menurut pendapat dan pemerhatian aku.
keburukan facebook yang perlu kita tahu
gambar credit to mr google
1) Leka Bermain Game

Kalau korang perasan, dah makin banyak game baru dalam facebook yang wujud. Kepada yang memang gile dengan game, bila sekali dah terjebak, memang tak boleh nak tinggal dah. Memang dalam kepala asyik ingat game facebook je, pendek kata log in saje facebook, terus bukak game. Dan game ini boleh melekakan kita.

2) Melalaikan

Setuju tak kalau aku cakap facebook ini melalaikan kita? Masakan tidak, bila sampai saje office, on komputer dan terus terjah facebook. Kadang-kadang takde apa pon, nak kata selalu orang private message, tak juga. Nak kata kite ni glamour di facebook, tak juga. Tapi nak juga terjah walaupon takde apa-apa yang menarik. Hingga kite pon tak tau kenapa kite biarkan saje on facebook tu.

3) Memaparkan Gambar Yang Mengaibkan

Tau tak gambar yang mengaibkan itu apa? Gambar yang mengaibkan tu seperti gambar-gambar wanita yang tidak menutup aurat, yang pakai baju seksi-seksi, dedah sana dedah sini, ada juga gambar couple yang menjolok mata, berpeluk-peluk walaupon belum nikah, konon nak tunjuk betapa romantiknya dan loving couplenya pasangan tu. Sebenarnya gambar-gambar ni akan mengaibkan diri sendiri selain menambah biakkan saham dosa kite. Yang paling best tu, siap ada member lain tolong tagkan gambar tersebut kepada member yang lain pula. Wah makin berganda-ganda lah saham tu, dah macam sistem piramid MLM pula.

4) Menghubungkan Kembali Kekasih Lama

Ini memang bahaya. Cukup bahaya kepada yang dah berumahtangga. Kalau berhubung tapi tidak menimbulkan apa-apa perasaan tak mengapalah, tapi bagaimana kalau berhubung dan menimbulkan kembali perasaaan yang pernah berputik satu tika dulu? Siap mengimbau kenangan-kenangan lama lagi tu, tak ke kes naya tu…

5) Luahan Di Wall

Ada pasangan bercinta meluahkan perasaan di wall kepada kekasih. Contoh ayat-ayat seperti “Papa, I love u so much!! Miss u like crazy, mama janji mama takkan tinggalkan papa hingga akhir hayat”, dan si kekasih hati pon membalas, “I love u too mama, papa pon macam tu juga”. Wah dah macam filem hindustan pula. Konon-konon nak bagitau pada satu dunia la yang pasangan ni memang setia dan sehati sejawa. Kalau dah bernikah tu tak heranlah juga, ni baru bercouple. Tak perlulah nak luahkan perasaan tu pada umum, orang tau anda sedang dilamun cinta dengan melihat pada ‘Relationship status’ tu. Lagi satu, malu la sikit dengan golongan yang lebih tua bila membacanya. Contoh seperti adek beradek ke, ipar duai ke, makcik pakcik sedara, sepupu sepapat. Kan ke tak manis tu kan. Bukan apa, setiap percintaan tu belum tentu berakhir dengan perkahwinan. Maka kalau anda beriya-iya menulis sayang sayang di wall, tup tup satu hari hubungan ada masalah dan terputus di tengah jalan, bukan ke malu namanya tu.

Kepada pasangan yang telah berkahwen pula, ada dengan slumbernya bercerita masalah rumahtangga di wall. Tak kurang juga meluahkan rasa ketidakpuashatiannya terhadap suami di wall. Alahai, bukan tak boleh berbincang di rumah, private message ke, atau sms ke, atau email ke, tak perlulah nak cerita semua di wall, dan ini akan membuatkan orang lain membacanya. Secara tak langsung orang luar akan tau masalah dalaman dalam rumahtangga.

6) Kekasih Gelap

Ada juga pasangan yang dah berkahwen mempunyai kekasih gelap di facebook. On facebook semata-mata nak berhubung atau chatting dengan kekasih gelap. Bukan tak tau yang masing-masing telah mempunyai suami atau isteri, tapi tetap juga menjalinkan hubungan dengan alasan sekadar suka-suka.  Dan alasan sekadar suka-suka itulah yang menjadikan hubungan rumahtangga menjadi berantakan. Penyudahnya, anak-anak menjadi mangsa.

7) Terjebak Dengan Bisness Online

Ha ini lagi satu masalah. Semakin ramai peniaga online memperkenalkan barangan jualan mereka di laman facebook ini. Dan ini membuatkan golongan-golongan yang boros macam aku ni mudah terpengaruh, lantas terjadinya pembaziran. Kadang-kadang kita tak sedar yang kita order barang itu ini, yerla, kebanyakan produk online ni memang cantik-cantik berbanding dengan yang jual di kedai maka mata pon menjadi rambang.  Lebih-lebih lagi ianya tidak memerlukan kos minyak, hanya pilih saje di photo album, order dan bayar secara online. Memang mudah, akan tetapi duit mengalir pon cukup mudah. Ye tak?

Ok setakat ini sajelah yang dapat aku kupas. Kalau ada pendapat yang lain, kita boleh bincangkan di ruangan komen di bawah.

Yang pastinya, setiap keburukan ada juga kebaikannya. Dan semua keburukan ini juga kite boleh mengubahnya kepada kebaikan lantas memberi manfaat yang sebaiknya kepada kita. Yerla, setiap perkara buruk itu, kite yang perlu berusaha untuk mengubahnya, tidak boleh hanya berserah pada takdir kan. Maka marilah kita sama-sama mengubah segala keburukan ini menjadi kebaikan dan kite manfaatkanlah laman facebook ini sebaik mungkin. Wah, ayat aku pon dah pusing-pusing, tapi takperlah, janji korang paham.





Kebaikan Facebook Yang Perlu Kita Manfaatkan

by intankuterpilih


Pada entry yang lepas, aku ada menyenaraikan Keburukan Facebook Yang Perlu Kita Tahu. Untuk entry kali ini pula, aku akan senaraikan Kebaikan Facebook Yang Perlu Kita Manfaatkan.
Keburukan Facebook Yang Perlu Kita Manfaatkanpic credit to mr google
1) Menyebarkan Dakwah

Facebook adalah satu platform yang sangat sesuai untuk kite menyebarkan dakwah. Andainya huraian dakwah itu bukan dari kite pon, kite boleh sharekannya untuk dikongsi kepada friendlist kite. Dan mungkin juga friendlist kite itu pon akan ikut share juga. Jadi semua orang boleh baca dan amalkan bersama. Kite pon dapat pahala.

2) Menghubungkan Sahabat Lama

Facebook juga boleh menghubungkan sahabat-sahabat yang lama terpisah. Bukan saje sahabat lama, malah bekas-bekas guru juga boleh disatukan di dalam facebook. Jujur aku kata, dari laman facebook lah aku dapat berhubung kembali dengan sahabat lama, tak kiralah dari sekolah tadika hinggalah dah bekerja. Ini memudahkan untuk kite membuat reunion sesama kite.

3) Membuat Bisness Online

Kalau dulu kite selalu menghabiskan duit dengan membeli barangan secara online, sekarang apa salahnya kite tukar pula, buatlah bisness secara online yea. Walaupon tak banyak, tapi sikit-sikit pon dapatlah untung kan. Dulu aku memang banyak menghabiskan duit dengan membeli baju Luqman secara online, bila aku fikir-fikir balik, lebih baik aku join meniaga sekali kan. Maknanya sambil kite membeli, sambil kite dapat untung. Jadi takdelah terasa sangat duit tu habis kan. Maka wujudlah blogshop aku BABYKU CUTE COLLECTIONS ni. Tapi ingat, kite nak meniaga perlulah jujur, barulah costumer suka nak berurusan dengan kite. Terus terang aku katakan, kebanyakan costumer aku datangnya dari facebook.

4) Mendekatkan Ahli Keluarga Yang Jauh Di Mata

Dengan adanya facebook ini, senang untuk kite berinteraksi dengan ahli keluarga yang berada jauh dengan kite, membuatkan kite seperti berada dekat dengan dia. Malah gambar-gambar mereka pon kite boleh tengok sekali dan tumpang gembira.

5) Dapat Memantau Status Suami/Isteri Atau Anak

Selain dari 4 perkara di atas, facebook juga boleh memantau pergerakan, status dan kawan-kawan suami/isteri atau anak kite. Di sini faham-faham sajelah pantau dari segi apa kan? So tak payahlah aku terangkan panjang lebar.

Tapi kalau dapat suami/isteri atau anak yang terlebih cerdik, mereka akan buat lagi 1 akaun yang guna nama lain untuk mengelakkan dirinya dikesan dalam facebook. Masalah juga tu…

Cuma 5 je kebaikan yang berjaya aku senaraikan. Dah petang-petang ni otak tak boleh berkembang pula. So, kawan-kawan semua, marilah kite jadikan facebook ini satu kelebihan yang boleh kite manfaatkan. Buang segala keburukan yang membuang masa dan melalaikan itu.






PENGALAMAN SEORANG IBU MELAHIRKAN ANAKNYA



Pada pagi 16 September 2011, aku tak ingat pukul berapa, mungkin dalam pukul 8 agaknya, aku telah ke tandas untuk buang air, tiba-tiba aku terperasan terdapat lendir melekat di seluarku, dengan tenang aku berkata dalam hati, ‘owh, dah keluar tanda, dah nak bersalin la nie..’, kemudian aku meneruskan hajatku untuk membuang air. Selesai aku melepaskan hajatku, aku terus keluar lalu memaklumkan kepada suami juga mak. Seperti biasa, aku bersarapan dan mandi, manalah tau pagi tu juga aku terberanak kan…

Pada hari tu juga aku dah rasa sakit-sakit selang 20 minit. Sakitnya datang taklah lama, lebih kurang 5 saat je, tapi azabnya hanya Allah dan ibu-ibu saja yang tau. Bapak-bapak hanya tau tengok je. Hehehe. Sambil menahan sakit yang membuatkan aku berpeluh-peluh tu, sempat jugalah aku update status Facebook untuk memaklumkan keadaan aku ketika tu. Suami aku pula melakukan solat hajat dan menyediakan air zam-zam yang telah dibacakan doa dan surah 3 Qul olehnya dengan harapan semoga aku dipermudahkan segalanya. Maka sepanjang hari itu jugalah aku meneguk sedikit demi sedikit air zam-zam yang telah dibekalkan oleh suamiku. Terima kasih sayang…
status FB2kelakar kalau baca balik komen dari rakan-rakan, nanti aku printscreen dan buat 1 entry. just untuk kenang-kenangan…
status FBsila abaikan lokasi yang tertera, aku di JB ketika tu, bukan di KL.
Dari pagi membawa ke tengahari, dari tengahari membawa ke petang, dari petang membawa ke malam, dan dari malam membawa ke tengah malam, belum ada tanda-tanda yang aku benar-benar mahu bersalin. Tapi masa tu semua kelengkapan bersalin, kelengkapan baby telahpon  siap-siap aku masukkan ke dalam kereta. Aku juga telah bersedia memakai t shirt, kain batik dan tudung untuk ke hospital. Tapi masih lagi duduk di ruang tamu bersama mak dan suamiku, menunggu waktu aku benar-benar sakit. Sehingga jam 2.30 pagi, 17 September 2011, aku masih lagi tak merasa kesakitan yang amat. Tepat jam 3 pagi, aku terus mengajak suamiku ke hospital walaupon masih rasa sakit-sakit selang 20 minit. Bersalaman dengan mak dan arwah abah ketika tu dan terus gerak ke hospital. Owh lupa lak, masa bersalaman dengan arwah abah, sempat juga arwah membekalkan aku air selusuh yang dibuat sendiri olehnya, dan sempat juga arwah berpesan, ‘minum air ni bila ko dah nak bersalin nanti’, aku senyum dan ucapkan ‘ok, terima kasih abah, doakan semuanya selamat’.

Perjalanan dari rumah ke Hospital Sultan Ismail memakan masa tak sampai 15 minit. Almaklumla pagi-pagi buta, kereta pon tak banyak, maka jalan pon tak jem, jadi cepatlah sampai, yea tak? Dan sepanjang perjalanan tu, aku hanya membaca ayat kursi, surah 3 Qul dan doa nabi Yunus serta diselang selikan dengan meminum air zam-zam yang disediakan oleh suamiku. Macam tau-tau je, sampai saje di hospital, perut aku dah mula rasa sakit selang 10 minit. Waduh gawat nie. Suami dudukkan aku di kerusi roda dan dia terus mencari parking yang boleh tahan jauhnya. 5 minit aku menunggu rasa macam 5 jam lamanya. Suami membawaku ke bilik saringan. Masa tu takde pesakit lain pon, hanya kami saje, suasana ketika tu sangat sunyi. Aku terus ke kaunter dan ini antara dialog aku dengan misi juga doktor yang masih aku ingat.

Misi : ye puan.
Aku : (terus menghulurkan report mengandung)
Misi panggil doktor dan doktor datang bertanya beberapa soalan yang agak kelakar.
Doktor : datang nak apa?
Aku : (dengan muka agak terkejut) ha?? datang nak apa? nak beranak laaa… (dah terang-terang nampak perut aku terboyot-boyot, datang bilik saringan takkan nak makan pulak kan…)
Doktor : ok, dah keluar apa-apa tanda? (sambil tersenyum, mungkin dia pon kelakar dengan soalan dia kot)
Aku : dah, pagi tadi dalam pukul 8 pagi ada keluar lendir.
Doktor : (kali ni muka dia pulak terkejut) kol 8 pagi keluar tanda baru sekarang u datang sini? Kenapa u tak terus datang pagi tadi?
Aku : sebab belum rasa sakit sangat, sekarang baru ada rasa sikit-sikitlaaa…
Doktor : (sambil menggeleng kepala) ok, u boleh masuk, buka seluar dan baring dalam tu.

Dengan muka tak bersalah aku terus masuk dan menurut segala yang diarahkan doktor tu. Setelah diperiksa, doktor mengesahkan bahawa jalan telah buka sebanyak 4cm. Aku disuruh menukar bajuku dengan baju yang disediakan pihak hospital manakala suamiku menguruskan urusan pendaftaran dan penempatan wad. Lebih kurang jam 4 pagi, aku disorong masuk ke labour room. Di dalam labour room, aku tengok beberapa misi sedang mengemas dan menyediakan apa-apa peralatan untuk aku bersalin, dan seorang doktor cina sedang menulis di penjuru bilik. Setelah aku dibaringkan, doktor periksa tekanan darah aku, masukkan air, pasang alat pengesan jantung baby di perutku, pecahkan air Ketuban, dan ntah apa-apa lagila yang dibuatnya kat aku. Settle semua, jam 4.25 pagi, suami aku mula dipanggil masuk ke dalam menemankan aku dan kami ditinggalkan berdua di dalam labour room. Hilang sekejap rasa sakit apabila melihat suamiku melemparkan senyuman paling manis padaku. Sekejap je, lepas tu sakit balik. kui kui kui…

Apabila suamiku masuk ke labour room je, tiba-tiba sakit aku mula menyerang selang 5 minit. Fuh rasa macam nak tercabut punggung dari badan. Azabnya memang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Suamiku hanya melihat sambil mulutnya aku tengok terkumat kamit. Hilang rasa sakit, aku sempat berpesan dengan suamiku, ‘ jangan pegang-pegang saya, jangan  usap-usap saya bila tengok saya sakit tau, just doakan jer semuanya dipermudahkan’. Suamiku hanya angguk dan senyum. Adoyai.. Senyuman manis suamiku bisa meruntun jiwaku… Dalam aku menahan kesaakitan, tiba-tiba terdengar pula pesakit dari bilik sebelah menjerit, meraung-raung menahan sakit. Aku tengok muka suamiku agak pucat dan panik, mungkin dia tak biasa dengan suasana tu sebab masa aku melahirkan Luqman dulu, suami tak dibenarkan masuk ke labour room. Aku tanya suamiku ‘suara dari mana tu?’, suamiku hanya menjawab, ‘sebelah gaknya’.

Tiba-tiba aku rasa sakit yang amat sangat, rasa macam nak berak sembelit gitu, dan aku rasa dah tiba masanya untuk aku bersalin, sempat jugalah aku menyuruh suamiku tengok kalau-kalau dah nampak kepala di ‘situ’, tapi suamiku kata tak nampak lagi. Ok takpe, hilang sekejap rasa sakit, tak sampai seminit datang lagi sakit tu, aku suruh suamiku lekas-lekas panggilkan misi sebab aku rasa macam nak terkeluar budak ni, misi masuk dan dia tengok belum nampak kepala baby. 

Misi siap cakap, ‘awak lambat lagi nak bersalin, tadi awak masuk kol 4pg td pon, baru bukak 5cm. ni pon lom nampak kepala. kalau awak nak beranak, rasanya mcm nak sembelit tau, sakiiiit sangat, takde masa nak sengeh-sengeh ngan suami awak macam ni..’, Baru misi nak keluar dari pintu labour room tu, aku terus panggil dan cakap yang aku betul-betul nak beranak. Aku cakap aku dah tak tahan. Misi patah balik dan tengok kepala baby dah nampak, dengan suasana yang cemas, misi terus panggil misi lain dan baru nak pakai glove segala. Sempat lagi suruh aku tahan jangan teran dulu. Alamak, mana boleh tahan-tahan, aku dah nak terberanak ni. Dengan agak kasar aku bersuara, ‘cepatlaaa… dah nak kuar dah ni’ dan aku terus teran maka keluarla kepala baby, nasib baik misi sempat sambut, aku dengar misi bacakan beberapa doa masa bersihkan kepala, dengan tenang, misi suruh aku teran sekali lagi untuk keluarkan keseluruhan badan baby. 

Terdengar suara nyaring baby aku menangis. Misi memberi salam pada baby. Alhamdulillah, baby telah selamat dilahirkan tepat jam 4.34 pagi. Selesai sudah, aku tengok suami aku berdiri melekat di tepi dinding. Masih panik barangkali tengok situasi cemas tu. Setelah babyku diletakkan di dadaku, misi terus membawanya keluar untuk membersihkannya, suamiku ikut sekali untuk mengazankan baby, manakala 2 orang misi lain menjalankan kerja keluarkan uri dan jahit menjahit. Alhamdulillah jahitnya pon tak banyak.

Siap semua, aku ditinggalkan sorang di dalam labour room, tiba-tiba datang seorang lagi misi kearahku, sambil tersenyum dia mengucapkan tahniah dan mengatakan baby aku unik dan murah rezeki. Dia menerangkan keunikan baby aku tu, dan aku senyum tanda gembira. Tak lama lepas tu, baby aku dibawa masuk dan aku disuruh menyusukan baby. Ermm.. masa tu tak dapat digambarkan betapa lega dan bersyukurnya aku dipermudahkan Allah segala urusan, dan aku tengok babyku, adoi.. tak terkata gembiranya aku. Agak lama jugala aku disimpan dalam labour room tu dan misi serta doktor masuk bersilih ganti untuk melihat keunikan baby aku. Mereka kata 1st time Hospital tu menerima baby seunik ini, dan semua kata baby aku insyaAllah murah rezeki. Aku senyum sambil ucapkan terima kasih. Kalau ramai yang mendoakan murah rezeki, semoga murah rezeki la keluarga kami. Semuanya bergantung pada usaha kami dan izin Allah juga kan.

Jam 6.30 pagi, aku dibawa masuk ke wad, oh yea, suamiku telah mendaftarkan aku masuk 2nd class wad. Cuma 6 orang dalam 1 bilik, dan mempunyai 2 bilik air. Jujur aku katakan, aku memang sangat-sangat berpuashati dengan layanan misi-misi dan doktor-doktor di Hospital Sultan Ismail. Walauppon makanan yang disediakan adalah menu orang berpantang, tapi tetap sedap. Mungkin sebab perut aku tengah lapar dan kehilangan banyak tenaga. So melantak tak hengat la kan. Sepanjang dalam wad tu pon, baby aku telah dikunjungi beberapa doktor yang ingin melihat sendiri keunikan babyku itu. 

Yer seperti biasa mereka kata, baby ni murah rezeki nanti. Ermm… Nasib baik aku tak bersalin pada 16 September (hari 1 malaysia), kalau tak mungkin Menteri pon dapat tengok keunikan baby aku. Nasib-nasib dapat masuk metro. (dah start perasan) Sebab aku difahamkan pada 16 September tu ada menteri datang melawat ibu-ibu bersalin dan memberi hadiah berupa hamper pada setiap ibu dan baby.

Tengahari tu, aku dibenarkan pulang, bersyukur sangat sebab aku tak duduk lama dalam wad. Dan baby pon sangat tak banyak songeh, macam dia tau-tau je aku tak suka duduk lama kat wad, so dia cepat-cepat kencing dan berak. So settle masalah aku. Sekarang lagi 3 hari baby aku nak masuk 6 bulan. Seawal usia 5 bulan, dia telah tumbuh 2 batang gigi bawah. Cepat je masa berlalu, rasa macam baru semalam aku melahirkannya.






Tips Mengenali Pasangan Suami/Tunang Orang Atau Bujang

by intankuterpilih


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia
Ekoran dari entry lepas, Tak Sempat Bertunang Dengan Suami Orang, yang mana isu berkenaan mengenai pasangan wanita ditipu hidup-hidup oleh pasangan lelaki tu, maka untuk entry kali ni pula, aku dengan sukarelanya ingin berkongsi tips penting bagaimana mengenali pasangan itu suami/tunang  orang ataupon bujang.

Pada kaum wanita aku nasihatkan, jangan terlalu percaya dengan pujuk rayu pasangan yang baru korang kenali, kerana korang belum mengenali dia dengan lebih mendalam lagi. Sebaiknya kaji dulu samada dia suami/tunang orang ataupon betul masih bujang.
credit to mr google
Caranya:

1) Usia

Pertama sekali perlu tahu berapakah usia sebenar lelaki tersebut. Jika lelaki tersebut dalam lingkungan 20 ke 25 tahun, kebarangkalian masih bujang tu mungkin tinggi, tapi kalau usia 25 tahun ke atas, kebarangkalian sudah berkahwen pula tinggi. Maka perlu berhati-hati yea. Ada juga lelaki yang kawin muda, dan ada juga lelaki yang kawin lewat. Sebab tu kita kena kenalpasti betul-betul.

2) Fizikal

Cuba perhatikan fizikal dia, terutamanya tang perut, hehehe. Kebiasaanya lelaki yang sudah berkahwin mempunyai perut yang agak macho. Dengan ertikata yang paling mudah difahami adalah buncit. Heh. Jadi kalau pasangan anda tu mempunyai perut yang macho ni, maka berhati-hatilah yea…

Tapi ada juga lelaki yang masih bujang tapi perutnya dah macho, ada juga lelaki yang dah kawin tapi perutnya rata, macam suami aku, maka untuk ini, aku pula yang kena berhati-hati, silap-silap orang ingat dia masih bujang. Haih!

3) Layanan

Kebiasaanya lelaki yang sudah berkahwin ni paling expert bab-bab melayan wanita.
Contohnya :
1) Suka memuji pasangan
2) Pandai memujuk
3) Suka pegang-pegang, belai-belai
4) Suka bagi hadiah
5) Pandai memanjakan pasangan
6) Ayat sentiasa manis, pandai berkata-kata

Kalau cara layanan 6 perkara di atas ni ada pada pasangan, tolong jangan mudah percaya dan jangan mudah nak cair ok. Kemungkinan besar lelaki itu telahpon berkahwin ataupun playboy. Sebab bagi lelaki yang sudah berkahwin dan playboy ni, dia dah masak sangat dengan wanita, dan dah tau apa kelemahan wanita, dah tau apa yang biasanya wanita mahukan. Maka dia akan mengambil kesempatan dengan cara layanan di atas.

4) Handphone

Sesekali cuba pinjam handphone pasangan. Bagilah alasan nak call mak ke, adek ke, cakaplah handphone korang abis kredit. So kalau dia bagi, ambillah kesempatan ni untuk check contact number dalam handphonenya, carilah keywords ‘sayang’, atau ‘manja’, atau ‘isteri’. Seandainya keluar nama tu, check nombornya pula, adakah no korang ataupon no yang tak dikenali. Kalau nombor tu terlalu asing, so paham-paham sajalah ye. Mungkin korang sekadar spare tyrenya sahaja.Di sini amatlah penting untuk korang ‘celik handphone’, bukan IT je perlu celik yea.. Kalau tak, susah korang nak godeh handphone yang sekarang makin canggih ni.
Sekiranya susah sangat pasangan tu nak bagi pinjam handhonenya, dengan memberi macam-macam alasan yang tak munasabah, pon korang mesti kene simpan syak wasangka ye. Mungkin dia tak mahu rahsianya terbongkar.
Tapi kalau pasangan tu ada 2 handphone, agak payahlah kan.

5) Kenali Rakan Pasangan

Sekiranya pasangan korang mengajak berjumpa rakan-rakannya, maka korang cuba ambil kesempatan ni untuk menganali rakan-rakannya.  Seandainya kebanyakan rakan-rakannya telahpon berkahwin, maka kemungkinan besar, pasangan korang juga telah berkahwin.

6) Uji pasangan

Cuba uji pasangan anda dengan cara, call/sms dia pada tengah malam, sekitar jam 12 – 3 pagi @ 6 – 8 pagi. Cuba banyak-banyak kali. Tengok samada dia berani angkat ataupon tidak. Kalau korang call, tapi tak pernah sekali pon dia angkat, kemungkinan dia sedang lena beradu dengan isteri tercinta. Ataupun dia takut nak angkat sebab isteri ada di sebelah.

Atau, call/ sms dia pada hujung minggu. Kebiasaannya pada hujung minggu adalah waktu untuk meluangkan masa dengan keluarga kan. So, korang jangan takut untuk ganggu dia, ajak dia keluar ke, shopping ke. Cuba tengok samada dia nak ataupon tidak.

Atau, call dia pada setiap waktu pagi dengan alasan nak kejut dia bangun solat atau bangun keje. Tengok samada dia yang angkat ataupon ada wanita lain yang angkat. Heh..

Dan lagi satu, kalau handphone dia selalu off pada waktu malam pon, kemungkinan besar dia telahpon berkahwin.
(cara ni amat sesuai jika korang dan pasangan berkenalan dengan jarak jauh)

7) Ekori pasangan

Seandainya korang rasa macam tak sedap hati je dengan pasangan korang tu, cuba cari alternatif lain dengan ekori setiap pergerakan beliau. Kenalpasti rumahnya, tempat kerjanya dan tempat yang biasa dia pergi. Jangan jadi seperti katak di bawah tempurung yea, sesekali kita kene keluar untuk mencari kebenaran.

8) Kenali adik beradiknya

Cuba kenali adik beradiknya dan cuba dekatkan diri dengan mereka. Dengan cara ini, secara tak langsung korang boleh selidik latar belakang pasangan dengan mudah.
(cara ni juga sesuai jika korang dan pasangan berkenalan dengan jarak jauh)

Pengalaman aku

Dulu aku pernah kenal dengan sorang mamat ni, aku syak dia dah berkahwen hanya kerana aku tengok ramai rakan-rakannya telahpon berkahwin, dan juga faktor usianya. Aku cuba tanya dia untuk kepastian, dia mengaku belum berkahwen, masih tak puas hati, aku cuba uji dia dengan menyuruh dia membawa aku jumpa ibu bapanya (sekadar menguji, tapi aku memang takut sangat kalau jumpa ibu bapanya), tup-tup dia memang betul-betul bawa aku jumpa ibu bapanya. Hah seram sejuk aku dibuatnya. Memang ternyata dia masih bujang. Tapi apakan daya, hati aku bukan untuk dia.

IntanKuTerpilih berbisik : kalau korang berani ikut cara melalui pengalaman aku tu, korang cubalah.. memang sangat-sangat efektif sebenarnya.





JANGAN GANGGU SUAMI SAYA DI FACEBOOK





JANGAN GANGGU & MENGGATAL DGN ISTERI/SUAMI ORG:) artikel ini sgt menarik utk tatapan kwn2 fb...sepjg pengalaman sy menjd fotografer, byk perempuan yg "gedik" menghampiri sy walau dah tahu sy dah kawin, sikap mereka buat sy menyampah sebenarnya.

 Isu perceraian yang menjadi topik hangat ketika ini 'semakin menarik' apabila seorang pengamal undang-undang memberi tips kepada isteri-isteri teraniaya mengenai cara berdepan perampas suami mereka.

Peguam berkenaan, Datuk Kamilia Ibrahim berkata, isteri yang diceraikan disebabkan suami mereka digoda orang ketiga boleh menyaman wanita yang menjadi punca penceraian rumah tangga mereka.

Beliau yang juga Naib Ketua Wanita UMNO memberitahu, satu pasukan peguam syarie boleh dibentuk bagi membantu isteri yang teraniaya akibat cinta suami beralih arah.

Menurutnya, terdapat peruntukan undang-undang di bawah Enakmen Pentadbiran Keluarga Islam yang membolehkan seseorang itu didakwa kerana cuba memecahbelahkan perkahwinan orang lain.

Tambah beliau, tidak ramai wanita Melayu yang menyedari peruntukan itu dan pihaknya bersedia akan membantu mereka mendapatkan khidmat nasihat jika mereka berasa teraniaya apabila ditinggalkan suami ekoran gangguan pihak ketiga.

"Malah di bawah undang-undang sivil pun ada peruntukan ini, sebagai contoh kes model dan pengacara, Daphne Iking yang mana bekas suaminya menyaman seorang ahli perniagaan kerana memikat isterinya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kamilia berkata, kes-kes saman seumpama itu perlu dimulakan supaya masyarakat dapat disedarkan bahawa adalah suatu kesalahan meruntuhkan ikatan pasangan yang berkahwin.

Justeru, tegas beliau, pihak ketiga yang menjadi punca penceraian itu perlu diheret ke mahkamah dan disaman kerana menyebabkan seseorang isteri yang enggan bercerai tetap diceraikan oleh suaminya.
 Tanda-Tanda Suami Curang

Mempertahankan sebuah percintaan itu lebih sukar dari mendapatkannya
Mempertahankan sebuah percintaan itu lebih sukar dari mendapatkannya
LELAKI TIDAK PUNYA SIKAP TELITI SEPERTI WANITA, SEBAB ITULAH BANYAK KES KECURANGAN DAPAT DIKESAN OLEH ISTERI SENDIRI DENGAN MUDAH, SUAMI YANG T DAK SETA INI BERUSAHA  MENUTUPI HUBUNGAN SULIT MEREKA TAPI KURANGNYA SIKAP BERHATI-HATI MENYEBABKAN MEREKA MENINGGALKAN BEBERAPA PETUNJUK YANG MEMBOLEHKAN ISTERI MENJEJAKI AKTIVITI `GELAP' MEREKA.

PERHATIKAN TUJUH TANDA YANG ADA DI BAWAH INI SEKIRANYA MERASAKAN LELAKI YANG ANDA KASIHI SEDANG BERMAIN CINTA DENGAN WANITA LAIN. IA MUNGKIN DAPAT MEMBERI KEPASTIAN TERHADAP PERASAAN CURIGA ANDA ITU.
Jika suami yang anda kenali seorang yang tidak kisah tentang penerampilannya tapi mula berubah bersikap, pertama yang harus anda curiga jika seorang lelaki mula tertarik untuk memperbaiki gaya pakaian, rambut  atau kulitnya, dia mungkin sedang berusaha menarik perhatian wanita lain. Kata psikologi Stephanie Buehler, pakaian baru, kasut baru, dan aroma minyak wangi mahal yang baru adalah tanda-tanda bahawa seorang lelaki sedang mencuba, atau sudah, berlaku curang.

Ada sesetengah isteri yang berasa lega bila suami tidak mahu melakukan hubungan seks, tidak perlulah mereka penat melayani nafsu suami di malam hari. Tapi tahukah anda bahawa itu salah satu petanda kecurangan suami. Jika suami sudah tidak tertarik lagi untuk melakukan hubungan seks dengan anda, tak mustahil dia mungkin telah mendapatkan keperluannya dari orang lain. Menurut psikoterapi Dr. Tina Tessina, petanda lain yang juga boleh menunjukkan bahawa suami tidak setia adalah keberaniannya mencuba teknik bercinta baru yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Mungkin dia telah mendapatkan latihan ekstra di ranjang yang lain, siapa tahu?

Perhatikan juga perubahan yang satu ini, menurut Danine Manette, penulis buku Ultimate Betrayal, pasangan anda kemungkinan besar berlaku curang jika dia mula keluar rumah lebih awal untuk ke tempat kerja, menghabiskan waktu lebih lama di luar rumah, atau sering ke luar daerah. Perhatikan juga berapa banyak waktu yang dihabiskan di luar rumah untuk aktiviti-aktiviti bukan urusan pejabat. Berhati-hatilah jika kegiatan tersebut semakin kerap dan berlangsung lebih lama dari biasanya.

Selain itu beri perhatian lebih jika pasangan tidak dapat dihubungi ketika dia berada jauh dari anda. Jika dia berkata bahawa dia sedang bekerja lebih masa tetapi tidak mengangkat telefon atau membalas SMS anda, maka itu petanda buruk.

Berhati-hati jika melihat senarai bil kad kredit suami dihabiskan untuk tujuan, membeli barang yang mahal, penginapan di hotel atau makan malam dengan belanja yang tinggi tapi bukan bersama anda. Orang bercinta selalunya akan saling berhubungan tak kira masa maka anda boleh saja mengesan telefon suami nombor mana yang kerap dihubungi dan menghubunginya. Mengapa? Sebab hubungan sulit boleh dikesan dengan melihat senarai panggilan

Begitu juga dengan emailnya yang dapat memberi petunjuk atas apa yang telah terjadi. Jika dahulu dia dengan mudah memberikan kata kunci email dan membenarkan anda membuka telefon bimbit tapi sejak kebelakangan ini langsung tidak membenarkan anda menyentuhnya maka lakukan siasatan lanjut.

Jika pasangan anda cuba menutup perbuatannya, dia akan berusaha untuk mengubah nombor pin telefon atau menghapuskan semua senarai panggilan telefon atau SMS yang diterima. Jika itu yang terjadi, kemungkinan besar insan tersayang anda sedang berlaku curang terhadap anda.

Jika dulu pasangan anda seorang yang penyayang dan melayani anda dengan baik sekali tapi kini berubah sikap menjadi mudah marah, mengkritik cara anda bergaya, berbicara, memasak dan sebagainya, itu tanda jelas ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya. Begitu juga jika anda dan pasangan mudah bertengkar, dan si dia seakan tidak mahu mencari jalan penyelesaiannya.

Jika itu yang terjadi, dia mungkin sedang mencari jalan untuk melepaskan diri dari anda dan mengakhiri hubungan yang ada. Atau mungkin juga dia sedang membanding-bandingkan anda dengan teman barunya. Tapi ada juga yang terjadi sebaliknya, suami bersikap sangat manis dan lembut, berbeza dengan perwatakannya sebelum ini yang cepat marah dan garang. Dia juga mula memberikan anda hadiah kerana merasa bersalah atas perbuatannya yang bermain kayu tiga.

Perhatikan juga situasi kewangannya yang mungkin sudah `sengkek' walaupun masih di awal bulan. Perbelanjaan yang tidak dapat anda kenal pasti boleh menjadi petunjuk sebarang kecurangan. Pastikan bil perbelanjaan suami sesuai dengan alasan-alasannya. Jika dia berkata ke gimnasium pada satu malam tapi sebulan kemudian anda melihat ada bil makan malam di restoran yang mahal, anda sudah dapat `memerangkap' dirinya,

Dibandingkan semua petanda-petanda di atas, tiada yang lebih meyakinkan lagi daripada perasaan anda sendiri. Anda lebih mengenali pasangan daripada orang lain, jadi anda pasti jadi orang pertama yang dapat mengesan perubahan-perubahan dalam dirinya seperti pulang lewat, ghairah seks menurun, cara layanan yang lain macam dan pelbagai lagi.

Menurut kajian ramai wanita yang mengakui mereka melihat tanda-tanda yang ganjil pada suami, tapi berusaha menyingkirkannya jauh dari fikiran. Namun jika anda sudah melihat tanda-tanda di atas pada suami anda terpulang pada anda untuk melakukan tindakan selanjutnya sama ada mula berbincang, memperbaiki hubungan atau memutuskan. Fikirkan jalan sebaiknya dengan fikiran yang tenang meskipun anda sedang terluka.Kerana fakta-fakta yang dikemukakan diatas ini bukanlah alasan bagi anda untuk mengambil jalan singkat juga, ianya tidak seratus peratus tepat. Anggap saja bakal ada hujan bila awan itu berarak mendung. Jadikanlah fakta-fakta tersebut sebagai panduan untuk mencari kebenaran dan bertindaklah dengan bijak. Kerana dia adalah suami anda. Dan ayah kepada anak-anak anda. Selamatkanlah dia dari kesilapannya sendiri.