Posts

Showing posts from February, 2011

Makalah Ilmu

Makalah Ilmu

Menanti di Alam Barzakh

Image
"MALAM PERTAMA DI ALAM BARZAKH" Oleh : AMRU ALHAZ BIN ADNAN Setiap detik pasti ada orang yang meninggal dunia dan pada setiap detik juga pasti ada bayi yang baru dilahirkan. Begitulah rutin kehidupan dunia ini. Yang hidup akan mati, yang pergi akan digantikan dengan yang baru. Kita di dunia adalah umpama seorang musafir yang singgah sebentar berteduh di bawah sebatang pokok. Kemudian dia akan meneruskan perjalanannya ke alam kubur ataupun alam barzakh. Menurut kamus Mukhtar al-Shahhah oleh Abu Bakr al-Razi, barzakh bermaksud dinding pembatas antara dua benda. Berdasarkan (iktikad) Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah, setiap manusia akan berada di dalam satu alam yang dinamakan alam barzakh. Ia terletak di antara alam dunia dan alam akhirat. Hal ini bersesuaian dengan firman Allah S.W.T di dalam surah Al-Mukminun ayat 99-100: Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah dia: “Wahai Tuhanku, ...
ISLAM DAKWAH YANG SYUMUL Oleh DR. MUHAMMAD YUSUF QARDAWI Diterjemahkan oleh : Ustaz Mohd. Rivai Batubara Terbitan : Angakatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Cetakan Pertama 1983 PDF version by istiqamah_mfs@yahoo.com 1 Zulhijjah 1424. Di antara ciri-ciri yang membezakan Islam daripada agama agama, falsafah-falsafah dan ideologiideologi yang dikenal oleh manusia ialah ciri ‘asy-Syumul atau kemenyeluruhan dengan segala pembawaan maknanya yang merangkumi dan meliputi segala-galanya. Ia meliputi semua zaman dan merangkumi seluruh kejadian dan kehidupan manusia. Seorang ulama’ menggambarkan keluasan erti asy-Syumul’ di dalam risalah Islam itu sebagal berikut “Islam adalah risalah yang panjangnya meliputi semua zaman, lebarnya mengatur segenap aspek hidup nanusia dan dalamnya merangkumi setiap persoalan dunia dan akhi rat”. Islam risalah semua zaman Islam adalah risalah bagi setiap zaman dan generasi, bukan risalah yang terhad pada masa yang tertentu yang peranannya habis dengan berakhir...
http://www.ustazamin.com/2010_08_01_archive.html Diari 289 - “Sejarah Islam Nusantara” dua tempat di UiTM “Ustaz, jangan lupa ye…” kata puan Rozita, pensyarah di UiTM ketika menjemput saya memberikan ceramah sempena Maulid bertajuk “Sejarah Islam Nusantara” kepada kakitangan dari Fakulti Kejuruteraan Awam pada 23 Febuari 2011 bermula jam 10.00 pagi. Apa yang mengharukan saya ialah testimonial dari pelajar-pelajar di sini setelah mendengar ceramah multimedia “Sejarah Islam Nusantara”. “Yang malas belajar jadi rajin ustaz, dan yang tak pakai tudung dan ada yang mula pakai” kata Puan Rozita. “Sebab itulah saya nak bawa sangat sekali lagi pada staf pula” katanya. Tidak ada yang mampu saya ucapkan melainkan pujian pada Allah yang memberikan perubahan pada hati-hati.. Memang, modul “Sejarah Islam Nusantara” di susun untuk memberikan suntikan kesedaran kepada pendengar pentingnya kita bersungguh-sungguh di dalam apa sahaja yang kita buat.
Image
Koleksi Doa Terpilih Doa memohon keampunan daripada Allah "Ya Allah, kami telah menzalimi diri kami sendiri dan sekiranya Engkau tidak mengampuni kami, nescaya masuklah kami ke dalam golongan mereka yang rugi." (Surah al-a'raf ayat 23). Doa keluar rumah agar mendapat perlindungan Allah atas harta benda dan keluarga "Dengan nama Allah (dalam keadaan) aku menyerah diri kepada Allah, tidak ada daya dan upaya (dalam segala urusan) melainkan dengan Allah jua." Doa selawat mohon rezeki yang luas dan akhlak yang baik "Ya Allah, semoga Engkau melimpahkan kesejahteraan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W yang dengannya dapat melapangkan rezeki bagi kami dan menjadikan baiknya akhlak kami dan curahkanlah kesejahteraan atas keluarga dan sahabat-sahabat serta berikanlah keselamatan." Doa memohon taubat "Wahai Tuhanku, maafkan akan daku kerana sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha Pemaaf dan Yang Mempunyai ...