http://www.kuliyah.ws/

Kewajiban Menuntut Ilmu & Menyebarkannya
Dalam kehidupan seharian, kita sering mempelajari sesuatu perkara baru. Tiada seorang pun di dunia ini lahir dalam keadaan berilmu atau sudah cukup ilmunya. Kewajipan menuntut ilmu dan mengajarkannya adalah satu kewajipan bagi setiap muslim. Jika menuntut Ilmu itu satu kewajipan bagi setiap muslimin, maka mengajarkan Ilmu yang sudah diperolehi  itu juga merupakan suatu kewajipan.
Baginda Rasulullah s.a.w bersabda dan maksudnya :
"Sekiranya Allah menghendaki kebaikan buat seseorang, nescaya Dia akan memberi kefahaman tentang Agama kepada orang tersebut."
(Riwayat Bukhari & Muslim)
Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud:
"Menuntut Ilmu adalah fardhu kepada setiap orang Islam, dan meletakkan ilmu kepada yang bukan ahlinya tidak ubah seperti menggantungkan permata, mutiara dan emas kepada seekor babi."
(Riwayat Ibnu Majah)
Alhamdulillah, Menyedari hakikat ini, kami dengan rasa penuh rendah diri berusaha sekadar termampu membangunkan laman web ini bagi tujuan yang dinyatakan di atas.
Secara ringkasnya laman web ini dibangunkan bagi memenuhi keperluan mereka yang tidak berkesempatan mendengar kuliah ilmu secara langsung oleh tokoh-tokoh agama yang memang sudah terkenal di seluruh pelusuk Malaysia malahan hingga ke Singapura, Brunai dan Indonesia khususnya kuliyah yang disampaikan oleh al-fadhil Ustaz Mohamad Kazim Elias Al-Hafiz .Gaya penyampaian dan bahasa yang digunakannya memang mampu menarik ribuan orang hadir pada setiap kali beliau menyampaikan kuliyahnya.

Al Fadhil Ustaz Mohammad Kazim bin Elias Al Hafiz merupakan Pengerusi PUSAT PENDIDIKAN AL BARAKAH. Selain mengajar sepenuh masa untuk kelas pengajian di PUSAT PENDIDIKAN AL BARAKAH, beliau juga aktif menyampaikan kuliah dan ceramah bukan sahaja di negeri Perak tetapi juga di seluruh Malaysia. Al Fadhil Ustaz Kazim juga adalah merupakan penceramah tetap di Radio Perak FM.

Kepada mereka yang tidak berkesempatan untuk mendengar kuliyah al Fadhil Ustaz Kazim secara langsung, bolehlah mendengar kuliyahnya dengan membeli  CD/VCD kuliyah Al Fadhil Ustaz yang banyak terdapat dipasaran ataupun sekiranya mempunyai kesulitan untuk mendapatkannya kerana kesibukan bekerja, masalah parking, atau tidak terdapat wakil penjual di kawasan tuan/puan, maka bolehlah membelinya secara online melalui laman web ini.
Untuk pengetahuan, sebahagian dari hasil jualan CD VCD ini disalurkan ke DANA PUSAT PENDIDIKAN AL BARAKAH. Sedikit sebanyak dapatlah membantu menampung biaya operasi pusat pendidikan tersebut. Pesanan kami, Elakkanlah dari membeli cd/vcd cetak rompak kerana meskipun harganya lebih murah, tetapi tidak membantu kepada pusat pendidikan ini.

Comments

Popular posts from this blog