Empat Belas Kebaikan di Dunia yang Perlu di Miliki Oleh Orang Mukmin سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. Sahabat yang dirahmati Allah, Setiap manusia akan melalui lima fasa alam, bermula daipada alam roh, alam kandungan ibu, alam dunia, alam barzakh dan alam akhirat. Semasa di dalam alam roh (alam arwah) Allah S.W.T berfirman dalam Surah al-'Araf ayat 172 yang bermaksud, "Tidakkah Aku ini Tuhan kamu? Mereka menjawab, 'bahkan kami menyaksikan'." Kesemua roh makhluk telah membuat pengakuan kepada Allah S.W.T. bahawa mereka semuanya mengakui bahawa Tidak ada Tuhan lain melainkan Allah S.W.T. Selepas berada di alam arwah, roh manusia pula di turunkan kebumi melalui perut kandungan ibu. Seperti hadis di bawah : Dari...
Posts
Showing posts from May, 2017