Al-Quran dibakar

Al-Quran dibakar di gereja Florida, amerika


Kepada umat Islam, jangan terlalu marah dengan tindakan sebegini. Anggaplah perbuatan orang jahil sebegini sebagai motivasi untuk kita menghayati kandungan Al-Quran. Ramai umat Islam yang mencium Al-Quran apabila selesai membaca Kitab Suci Al-Quran sebagai tanda hormat kepada Kitab yang dinamakan Al-Quran, tetapi selepas membaca Al-Quran mereka menjadikan syaitan sebagai sahabat karib mereka dalam kehidupan seharian. Akhlak mereka tidak ada perubahan, perbuatan ustazah kadang-kadang melebihi perbuatan orang awam yang tidak mempelajari agama. Kita dapat melihat dan menilai sendiri perbuatan ustaz dan ustazah yang menjadikan pengajaran mata pelajaran agama hanya sebagai mata pelajaran yang mereka ajar tetapi tidak dihayati dalam pergaulan seharian. Ustaz dan ustazah sebegini bukanlah Murabbi dan Murabbiah yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah SWT. Pengajaran dan Tauladan hanya boleh diambil dari aspek kandungan ayat-ayat suci Al-Quran dan Hadis-hadis Rasulullah SAW yang mereka ajarkan tetapi Akhlak dan Perbuatan mereka mesti dijadikan sempadan.

Oleh yang demikian pembakaran Al-Quran sebegini yang bertujuan mencabar semangat umat Islam perlu diolah dengan cara terbaik, agar ianya memberi manfaat kepada umat islam semua, marilah kita muhasabahkan diri kita,
Kenapa ini semua boleh berlaku ?
Kenapa manusia berani membakar Kitab Suci Al-Quran?
Apakah tindakan dan semangat umat Islam akan terus berjuang dengan Ikhlas tanpa dendam kepada perbuatan sebegini, sehingga Allah SWT menguji Keikhlasan kita dalam memperjuangkan agama Allah SWT ?
Atau semangat untuk memperjuangkan Islam hanya sekadar apabila maruah Islam dicabar, barulah bangkit dan berdoa kepada Allah SWT tanpa apa-apa tindakan?
Atau bangkit menentang musuh dengan tanpa persediaan Ilmu dan tanpa perancangan, hanya berbekalkan semangat marah semata-mata?
Betapa perlunya umat Islam Muhasabah Diri dan membuat perubahan serta bertindak dengan penuh Hikmah (memiliki perancangan yang sempurna).


------------------------------------------------------------------------------------------------------


Permainan Lego dicipta untuk menghina Nabi Muhammad SAW


Apakah perasaan kita sebagai Islam melihat gambar di atas? Tambahan pula,Yahudi Kristian laknatullah  telah mengadakan upacara bakar Al Quran besar-besaran pada 11 September 2010! Adakah rakyat Malaysia berbangsa Melayu dan beragama Islam, terutamanya generasi muda masa kini kisah dan mengambil berat perkara ini?


Yahudi dan Krisitan tidak pernah jemu untuk mencetuskan kontroversi dan memecahbelahkan umat Islam sedunia. Semua ini menunjukkan mereka amat cemburu dengan kekuatan umat Islam sejak dahulu lagi. Ada fakta mengatakan bahawa "Orang Yahudi tidak akan takut pada orang Islam selagi jumlah jemaah subuh tidak seramai jemaah solat jumaat" Sekadar berkongsi, apakah cara halus orang Yahudi gunakan untuk menjatuhkan umat Islam.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sila perhatikan dan fikirkanlah ..


mengapa perlawanan bola sepak diadakan pada lewat waktu pagi? 


kerana umat Islam majoritinya akan tidur lewat malam menonton perlawanan bola sepak sehingga lewat pagi, jadi kebanyakannya akan mengantuk setelah menonton bola dan terus tidur sehingga lepas waktu subuh. maka, solat subuh pasti akan terlepas!

mengapa wujudnya kelab malam, disco, kelab malam, pusat hiburan dan pusat karaoke?
tempat2 inilah untuk melepaskan stress setelah penat bekerja dan tempat inilah untuk berhibur dan melakukan maksiat. tanpa kita sedari juga, tempat seperti ini dihidangkan dengan minuman keras yang dapat melalaikan dan dapat melupakan segala masalah sementara selepas mengambil minuman keras!

mengapa wujudnya panggung wayang atau midnight movie?
tempat ini menjadi salah satu tempat melakukan maksiat tanpa disedari kerana tidak ada tempat lain untuk bermain ringan-ringan. tempat ini juga digunakan untuk mencuci atau manipulate minda umat Islam khususnya dengan mesej2 atau agenda2 tersembunyi Yahudi dan Kristian laknatullah melalui filem2 terutamanya aksi lucah - bercium, berpeluk tanpa muhrim, pergaulan tanpa bebas, aksi kekerasan dan keganasan yang mengutuk atau menghina Islam dan aksi membunuh serta filem atau drama yang menunjukkan siapa yang paling berkuasa di dunia ini kalau bukan Amerika yang mereka banggakan! jika anda tidak percaya, lihatlah, siapa pengeluar filem2 tersebut!

mengapa wujudnya subliminal message dan hiburan black metal atau hip hop oleh artis barat?
melalui lagu, generasi muda terutamanya mudah terpengaruh dan akan melayani fikiran serta berkhayal menikmati lagu yang melalaikan dan maksud lagu juga merosakkan minda. lagu yang diminati zaman kini adalah lagu2 barat!

mengapa wujudnya iklan?
iklan merupakan saluran terbaik untuk menyampaikan mesej halus yang boleh merosakkan minda umat Islam jika kita lemah, sebagai contoh terbaru iklan raya TV3 sebagai pengajaran kepada kita semua pada masa hadapan supaya tidak mudah terpengaruh dengan unsur2 agama lain dan kita lebih bijak menilai yang mana benar dan sebaliknya!

mengapa wujudnya teknologi?
  • asal usul teknologi ialah datangya daripada tentera. mengapa? mereka memerlukan teknologi untuk membuat senjata dan untuk komunikasi. jika anda perasan, filem2 barat kebanyakkannya menunjukkan kehebatan teknologi mereka termasuk senjata untuk berperang dan sebagainya. saya tidak perlu bercerita panjang kerana saya pasti anda selalu menonton filem mereka.
  • teknologi juga untuk mencipta segala material yang kita guna dan sedang miliki sekarang - facebook, internet, blog, website, twitter, cd game, software original dan pirate, virus, spam, email, construction, engineering dan even cd lucah!
  • kesimpulannya, teknologi digunakan untuk telekomunikasi, membuat senjata dan terkini sekuriti yang tidak ada lagi privasinya. sebagai contoh isu blackberry yang mengejutkan sedunia seketika terutama Malaysia dan Arab Saudi.
  • lagu-lagu diselitkan unsur illuminati dan ajaran sesat tanpa disedari oleh pendengar, apa yang penting hanya lirik dan melodi lagu. 
  • KINI TEKNOLOGI DIGUNAKAN UNTUK MENGHANCURKAN ISLAM, maka BERHATI-HATILAH....lihatlah gambar di atas, masyaallah!
Kesannya adalah seperti apa kita lihat hari ini. Pembuangan bayi semakin berleluasa. Siapakah yang melakukannya? Kebanyakannya kalangan remaja berusia peringkat awal sekolah menengah sehingga pelajar IPTS/IPTA. Bagaimana mereka melakukannya? Semuanya telah disebutkan di atas. Ibubapa tidak boleh dipersalahkan 100% kerana pemimpin negara juga mesti bertindak segera mengatasi masalah ini dengan bijak.
Jika baik nakhodanya, maka baiklah anak-anak kapalnya...
Sekadar berkongsi entri kerana sedih melihat anak-anak muda zaman kini semakin berani dalam semua perkara ingin dicuba sehingga ibubapa tidak dapat mengawal mereka. Adakah ibubapa tahu aktiviti anak-anak mereka lewat malam di kolej atau di sekolah selepas aktiviti kelas sementara ibubapa mencari nafkah dan wang untuk menyara anak-anak? Adakah anak-anak mereka menghargai ibubapa mereka...

Sebab itulah, kita mesti mengambil berat tentang soal pemakanan anak-anak disamping memboikot semua produk yang tidak mempunyai sijil halal sah JAKIM. kerana "kita adalah apa yang kita makan". jika baik sumber makanan, insyaallah kita sentiasa dipelihara oleh Allah SWT. dan kita WAJIB boikot produk yahudi laknatullah!

Ikuti Hari Bakar Al Quran berikut:
NEW YORK - Sebuah gereja di Gainsville, Florida merancang untuk menganjurkan upacara ’Hari Membakar al-Quran’ sempena ulang tahun ke-9 serangan 11 September 2010.

Promosi upacara itu turut dimuat turun ke dalam laman sosial Facebook dan menjemput penganut Kristian untuk bersama-sama memperingati mangsa yang terkorban dalam kejadian 11 September lalu.

Paderi Terry Jones menulis sebuah buku bertajuk :Islam is of the Devil: yang memburuk-burukkan agama Islam dan turut disiarkan di dalam laman sosial Youtube.

Konsul Hubungan Amerika-Islam (CAIR) mengumumkan, kempen itu akan memberikan 100,000 salinan al-Quran kepada seluruh penduduk dan pemimpin kebangsaan negara itu.

CAIR juga meminta penganut agama Islam untuk mengadakan majlis makan malam "berkongsi al-Quran" sepanjang Ramadhan bermula pada bulan ini.

Persatuan Kebangsaan Agama Kristian (NAE) mendesak gereja itu untuk membatalkan upacara tersebut kerana ia boleh menimbulkan ketegangan di antara kedua-dua agama tersebut.

NAE turut meminta penganutnya untuk mempercayai dan menghormati serta tidak merendahkan martabat penganut agama lain. - sinarharian
Yang baik itu dari Allah SWT dan yang buruk itu dari diri saya sendiri.

Comments

Popular posts from this blog