Muhasabah diri.... mensyukuri nikmat MU.......

Malam jumaat, 7 Zulhijjah 1429, seperti biasa selang 2 minggu, adalah rutin di masjid mengadakan majlis bacaan Zikir Ratib Al-Attas & AsmaUl Husna, yang dipimpin oleh Tn Syed Hussin Al-Attas.

Malam ni suasana agak berbeza bagi ku...
Terasa amat syahdu....pilu ... dalam mengalunkan zikir-zikir memuji Allah,
beberapa kali nafas ku tersekat...
menahan sebak...
menahan airmata...
airmata keinsafan...
airmata kesyukuran...
Syukur ke hadrat Mu... Ya Allah
Aku mensyukuri nikmat Mu...
Aku menginsafi bahawa nikmat Mu di dunia hanya seketika...


Nikmat Hempedu yang KAU pinjamkan buat daku hanya untuk sementara...
Roh yang KAU pinjamkan hanya sementara...
dan ENGKAU lah yang berhak untuk mengambilnya semula...

Mungkin rukuk & sujud ku....
masih belum seimbang dengan nilai nikmat Hempedu yang dipinjamkan...

Ya Allah... ampunilah daku...
sekiranya aku lalai dalam mensyukuri nikmat MU...
kifarahkanlah dosa ku atas musibah ini...
إِنـَّا ِللَّـهِ وَإِنـَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ،
اللَّّـهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا
Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami akan kembali (pada hari kiamat). Ya Allah! Berilah pahala kepadaku dan gantilah aku dengan lebih baik (dari musibahku)


Ini amaran untuk diri ku...
Ini peringatan Allah pada ku...
Siapkanlah diri...
Cukupkan bekalan...


Banyakkan amalan...
Sebelum kembali menemui...
Al Khaliq... Yang Pencipta...

Berilah aku kekuatan... Ya Allah,
Untuk terus sujud kepada MU
Sehingga akhir nafas ku....

اللَّهمَّ أًنْتَ رَبِّي لا إلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَ أَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ ما اسْتَطَعْتُ، أعُوذُبِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ بِذَنْبِي، فاغْفِرْلِي فَإِنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ.
“Ya Allah, tiada Tuhan yang sebenar melainkan Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku, aku adalah hambaMu, dan aku berjanji mentaatiMu semampuku, aku berlindung dariMu dari kejahatan kelakuanku. Ku kembalikan kepadaMu segala nikmat yang Kau berikan dan aku kembali kepadaMu dengan dosa yang kulakukan. Ampunilah aku, kerana tiada siapa yang dapat mengampuniku melainkan Engkau”


Aku Mencari Keredhaan Mu.....Ya Allah


اللَّـهُمَّ إِنِّي أعُوذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ، وَ بِمَعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوبَتِكَ،
وَ أعُوذُ بِكَ مِنْكَ، لا أُحْصِي ثَنَاءً عَلَيْكَ، أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ
‘Ya Allah, Aku memohon perlindungan dengan keredhaanMu daripada ditimpa kemurkaanMu,dan aku memohon dengan keafiatanMu dari ditimpa hukumanMu,dan aku memohon perlindunganMu. Aku tidak mampu untuk membuat pujian ke atasMu sebagaimana Engkau memuji DiriMu sendiri.

.....amin ya rabbal 'alamin.

Comments

Popular posts from this blog