Tunjukkan kami jalan yang lurus
Assalam ala manit taba’al huda..
Firman Allah SWT dalam surah al-Fatihah (1:6) yang bermaksud: Tunjukkanlah kami (ya Allah) jalan yang lurus.
Mereka (kaum kafir) mengatakan: Sekiranya Muhammad sendiri mengajar para pengikutnya memohon kepada Allah, agar ditunjukkan kepada mereka jalan yang benar, maka sebenarnya diri Muhammad itu sendiri masih lagi berada di jalan yang samar-samar. Seperti seorang kapten kapal terbang (pilot), jika dia sendiri belum yakin atau tidak menguasai ilmu mendaratkan kapal terbang itu, masakan ia boleh mendakwa ingin menyelamatkan semua penumpang termasuk anak2 kapal.
Astaghfirullahal adzim..
Ana mengucap panjang setelah terdengar ada orang memberikan komen sebegitu ke atas Muhammad SAW. Sebagai seorang Muslim, ana rasa terpanggil untuk berkongsikan sedikit ilmu berkenaan dengan ayat 6, surah al-fatihah yang telah dikomen seperti di atas. Ana mengajak semua orang agar berhenti dan berfikir sejenak menggunakan kuasa minda yang dianugerahkan tuhan kepada kita selaku manusia. Jangan mudah dan terburu-buru menerima sesuatu fakta sebagai muktamad. Selaku seorang guru yang baik juga, kita perlu sentiasa menunjukkan jalan (berdasarkan sumber) kepada murid agar mereka bukan mempercayai guru, tetapi kepercayaan mereka dibina di atas suatu sumber (dasar/prinsip) yang kukuh dan dikuatkan dengan kuasa fikiran mereka. Marilah sama-sama kita berfikir.
1. Al-Quran adalah kalam (himpunan firman) Allah SWT sendiri.
Jika tidak, masakan apabila Nabi Muhammad membaca surah al-Masad (celaan ke atas Abi Lahab dan isterinya) baginda mengetahui bahawa Abu Lahab dan isterinya akan mati dalam keadaan kekufuran (tidak diterima Allah). Dalam perkataan lain, mati keduanya dalam keadaan tidak beriman, kufur dan akan mendapat balasan buruk di akhirat. Macam kita, bolehkah kita bercakap soal masa hadapan? soal diri kita apa akan berlaku esok, lusa, tahun hadapan dan sebagainya? Mampukah kita jamin dan berkata: Aku hidup lagi esok. (walaupun sedetik akan datang pun). Tentu nak bercakap soal diri kita sendiri pun tidak diketahui, masakan Muhammad boleh tahu apakah Abu Lahab itu akan mati dalam kekufuran? Pada masa turunnya surah al-Masad tadi, Abu Lahab lambat lagi nak mati. Tapi mengapa Nabi Muhammad membaca surah yang mengandungi celaan ke atas beliau? Sebabnya, al-Quran dan semua ayat2nya adalah datang daripada Allah sendiri. Bukan Muhammad. Allah mengetahui semua perkara.

Terdahulu dan kemudian.
2. Tafsir ayat 6, surah al-Fatihah
Sebagaimana yang dicatatkan dalam kebanyakan kitab tafsir yang muktabar (ana rujuk sendiri tafsir at-Tabari dan kebetulan ana memberi kuliah menggunakan tafsir ini di Masjid Bintangor dan Sarikei, 2007) menyatakan: Kenapa orang Islam, di dalam solatnya diajar berdoa “tunjukkanlah kami jalan yang lurus” padahal, mereka tidak akan mendirikan solat sekiranya mereka belum berada di jalan yang lurus. Maksudnya, mereka memang telah beriman, lalu mengerjakan solat. Tapi masih mendoakan agar ditunjukkan Allah jalan yang lurus buat mereka kerana kejahilan mereka terhadap baki umur mereka masing-masing. Mereka tidak mengetahui (walaupun pada saat mereka solat dan membaca ayat tersebut mereka telah beriman) adakah selepas itu mereka masih beriman? Oleh yang demikian, mereka berdoa “tunjukkanlah kami jalan yang lurus” agar Allah memberi pentunjuk kepada mereka pada baki umur mereka.
Kesimpulan
Maksud orang Islam memohon doa “tunjukan kami jalan yang lurus” dalam solat yakni, Ya Allah, kami jahil dan kami tidak tahu apakah kami masih berada sepanjang masa di dalam taat kepadaMu, oleh itu ya Allah, tunjukkanlah kami jalan yang lurus sepanjang baki umur kami (walau sepuluh tahun, walau seratus tahun). Orang Islam dikehendaki memohon demikian bagi menandakan diri mereka tidak ada kuasa apa2 melainkan kuasa Allah. Itulah ajaran Nabi Muhammad yang sebenarnya. Bukan sebagaimana yang difahami oleh segolongan manusia yang sempit akal fikiran dan tidak banyak membaca.
Wallahu aklam.
http://ibnrajab.wordpress.com/2007/12/02/tunjukkan-kami-jalan-yang-lurus/
Comments
Post a Comment