FATWA

Membahas Nyawa


Pengarang
Dato’ Said Alwie b. Tahir al-Hadad
Rujukan
Jawatankuasa Lujnah Fatwa, Jabatan Mufti Negeri Johor
Nota
Tarikh Diisu : 1936-1961
Soalan:

1. Adakah boleh kita bahas tentang perkara nyawa?

2. Adakah boleh kita katakan nyawa itu “Jauhar Fard”?

3. Adakah boleh kita katakan cahaya matahari atau bulan atau cahaya lampu itu jirim?

Jawapan:

(1 dan 2) masalah ini setengah daripada masalah yang berselisih pendapat ulama’ di dalamnya.

Setengah berkata ditegah membahas hal keadaan nyawa. Qaul ini diriwayatkan daripada Affath al-Janid al-Sufi, al-Suyuti dan lain-lainnya.

Setengah ulama’ yang lain pula berkata harus dibahas maka mereka telah bercakap dan membahas akan hakikatnya hingga berkata al-Nawawi (pengenalan atau hakikat nyawa yang lebih asah itu ialah perkataan Haramain iaitu (nyawa itu) ialah jisim yang halus yang bercampur dengan jisim-jisim yang kasar seperti bercampur air dengan batang-batang kayu yang hijau, sesungguhnya Imam Haramain telah menetapkan nyawa itu jisim, demikian jua perkataan Ibn al-Khayyam di dalam kitabnya yang bernama “Kitab al-Ruh” dan hadis-hadis yang sah pun menunjuk atas keadaan nyawa atau jisim seperti inin perkataan pengarang al-Muwaqif dan Ayarah dan seperti perkataan ini perkataan suatu puak daripada ulama Tauhid.

Berkata Tsabit b. Qamrah: Ertinya “Ruh itu ibarat daripada jirim bangsa cahaya yang tinggi mulia lagi halus zatnya seperti tabiat cahaya matahari ia tidak menerima diasing-asing dan tidak menerima tukar ganti dan tidak bersirak-sirak dan berkecai-kecai apabila jadi badan dan cukup persediaannya iaitu kehendak firman Allah Ta’ala yang ertinya

“Apabila Aku samakan nescaya teluslah jisim-jisim yang mulia itu (nyawa) ke dalam anggota badan yang tersebut umpama telus apa pada arang dan minyak ke dalam biji-bijian dan telus air mawar dalam jisim bunga ros, maka telus jisim-jisim yang mulia yang tersebut ke dalam anggota badan tersebut itulah tujuan firman Allah

{Aku tiupkan ke dalamnya daripada ruh Aku).

Berkata Imam al-Razi setelah menceritakan cakap ini demikian, inilah mazhab yang kuat lagi wajib diamati atau ditetap di dalamnya kerana iaitu sesuai dan munasabah dengan hal hidup dan mati yang tersebut dalam kitab-kitab Ilahi.

Barangsiapa mencatat akan segala hadis-hadis yang berkenaan mengeluarkan nyawa daripada badan, keadaan orang yang mati di dalam kubur dan di dalam barzakh, keadaan Malaikat membawa ruh itu naik dan lain-lain lagi nescaya tidak syak ia mengerti bahawa satu jisim yang menanggung beberapa banyak I’iradh, dan terkandung padanya tabiat ilmu pendengaran, penglihatan dan lain-lain daripada segala sifat dan I’iradh.

Syeikh yang arif Said Abd Aziz Adibaz al-Asari al-Husaini telah mensyarahkan hakikat-hakikat nyawa dengan syarah yang belum ada orang-orang lain menerangkan seperti itu. Bagaimana telah dinyatakan dalam kitab al-Khabaith, kitab itu sudah dicap dan dihimpunkan oleh seorang daripada murid-muridnya bernama al-Syeikh al-Hamamah Ahmad b. al-Mubarak dan tersebut dalam kitab itu “adalah nyawa itu dijadikan daripada cahaya dan diletakkan pada cahaya itu aqal dan pengetahuan dan mengenal tuhan” dan tersebut lagi dalam kitab itu bahawa bahagian nyawa itu tujuh bahagian di sana ia bercakap panjang tidak ada peluang hendak dimasukkan ke dalam jawapan itu.

Di sini saya isyaratkan dengan ringkas sahaja sedemikian:

Yang pertama daripada tujuh bahagian itu adalah cahaya yang meresap dalam nyawa itu dia merasa akan segala cahaya perbuatan Tuhan Yang Maha Tinggi pada segala makhluk dan mendapat akan segala hakikatnya pendapatan yang sempurna dengan tidak berhubung dengan cahaya perbuatan yang tersebut dan tidak menepati perasaan yang tersebut pada satu tempat daripada nyawa bahkan meresap ia daripada nyawa kesemua sekali iaitu perasaan yang hasil bagi nyawa daripada melihat sesuatu dan menyentuhnya dan mendengar namanya.

Yang kedua daripada asal kejadian kerana nyawa itu ialah cahaya yang bercampur dengan mengetahuikan Tuhan sebagai ketahui pada zahirnya dan batinnya.

Yang ketiga daripada bahagian itu membeza iaitu cahaya dalam cahaya dalam nyawa yang berbeza dengan cahaya itu oleh segala hakikat-hakikat segala perkara.

Yang keempat pandangan mata hati iaitu ibarat daripada merayap faham akan segalal juzu’ nyawa seperti merayap pada sekalian nyawa oleh segala pancainderanya yang lima maka penglihatan dan pendengaran dan penciuman dan perasaan dan persejukan semuanya terdiri di atas semua nyawa dan menepati pada bahagian nyawa.

Yang kelima tidak lali iaitu ibarat daripada tidak ada segala sifat-sifat jahil dan tidak ada segala lawan-lawan bagi ilmu daripada segala perkara yang sampai kepadanya pengetahuan nyawa maka segala ilmu itu semula jadi.

Yang keenam kuasa merayap iaitu ibarat daripada kurnia Allah kepada nyawa itu akan kuasa boleh menembus segala jirim-jirim dan telus ke dalamnya maka ia boleh menembus ke dalam bukit, batu-batu, batu pejal, dinding dan lain-lain dan perigi ia ke mana kehendaknya.

Yang ketujuh tiada berasa ia akan segala kesakitan jirim seperti lapar, dahaga, panas, sejuk dan seumpamanya maka ruh atau nyawa itu padahal ia jisim tetapi tiada baginya segala sifat jirim yang tersebut daripada lapar dahaga.

Kemudian sabit pula ruh atau nyawa itu beberapa cahaya yang merayap padanya kerana nyawa itu cahaya bagi tubuh akal cahaya bagi nyawa. Dan pengetahuan cahaya bagi akal. Dan sabit bagi pengetahuan itu pula ada beberapa juzu’ yang tujuh padahal pengetahuan itu sendiri cahaya pada diri nyawa.

Saya tiada panjangkan perkataan ini.Kemudian sabit pula ruh atau nyawa itu beberapa cahaya yang merayap padanya kerana nyawa itu cahaya bagi tubuh akal cahaya bagi nyawa. Dan pengetahuan cahaya bagi akal. Dan sabit bagi pengetahuan itu pula ada beberapa juzu’ yang tujuh padahal pengetahuan itu sendiri cahaya pada diri nyawa. Saya tiada panjangkan perkataan ini. Sebagaimana pun kebesaran nyawa, bersihnya, sucinya dan mulia segala sifatnya tetapi telah dicuba akan dia oleh Allah s.w.t dindingkan dia ke dalam jisim yang gelap hingga tiada sampai kepada jisim itu oleh segala rahsianya dikecualikan perkara yang terhad, firman Allah s.w.t yang ertinya: Supaya mencubakan kamu siapa daripada kamu yang terlebih elok akan amalannya.

Maka apabila diketahui perkataan ulama’ yang di atas dan kehendak hadis-hadis maka sesungguhnya zahirlah bahawa nyawa itu jisim bukan Jauhar Fard dan tiada harus berkata begitu kerana mengatakan jauhar itu pun berbeza dengan hadis-hadis yang shahih yang datang pada menyatakan keadaan nyawa nazak (hendak keluar nyawa) dan bercakap nyawa dan mendengarnya dan pertanyaan (soal) dalam kubur dan turun segala nyawa dan naiknya dan lain-lain lagi daripada segala sifat-sifat jisim bagaimana shahid ada lagi di dalam hadis yang shahih bahawa nyawa syahid itu masuk dalam satu zat seperti rupa burunh yang hijau yang bersiar-siar di sungai syurga dan makan buah pohonnya sebagaimana firmannya yang ertinya

“jangan engkau sangka orang yang terbunuh dalam peperangan Sabil Allah itu orang yang mati bahkan mereka hidup yang diberi rezeki dari sisi Tuhannya. Maka firmannya terupa pada akal kita memberi rezeki jikalau nyawa itu jauhar fard, ini mustahil tiada diterima oleh akal. Maka sebetulnya nyawa itu ialah jisim yang dibangsakan kepada cahaya akan beberapa rahsia yan banyak.


http://www.e-infad.my/i-fms/index.php?option=com_fatwa&task=viewlink&link_id=820&Itemid=48

Comments

Popular posts from this blog