Isu-isu Berkaitan Dengan Remaja





Isu-isu Berkaitan Dengan Remaja

Posted by Dr. Tengku Asmadi 
Laman Bersekutu


Berikut adalah satu artikel yang baik yang saya petik dari laman web berikut:


http://www.psikologiperkembangan-remaja.blogspot.com


NOTA: Artikel ini bukan tulisan saya oleh itu sesiapa yang memetiknya di sini sila letakkan rujuk kepada pemili asalnya di alamat blog seperti yang tertera di atas.


Pada masa ini kita dapati ramai anak-anak remaja yang menghabiskan masa dengan kegiatan yang tidak berfaedah, iaitu berkumpul di pusat-pusat hiburan, menghisap rokok, bersiar-siar diBandar dan sebagainya. Sesetengahnya ada yang terlibat dengan penyalah gunaan dadah, mencuri, memasuki kumpulan haram dan kegiatan perlacuran. 


Terdapat juga remaja yang terlalu taksub dengan dunia percintaan. Dalam hal ini mereka selalu menyamakan di antara persahabatan dengan percintaan dan seterusnya percintaan dengan seks. Ramai di antara mereka terlibat dalam perbuatan-perbuatan yang sumbang dan bersalahan di sisi agama.


Ada juga yang menganggap jika terlalu tumpu pada pelajaran, mereka tidak berkesempatan bergaul mesra dengan rakan-rakan sebaya mereka. Hal ini menyebabkan mereka tercicir di dalam pelajaran mereka.

MASALAH REMAJA LARI DARI RUMAH



Masalah remaja lari daripada rumah bukanlah sesuatu yang baru. Pelbagai usaha telah dilakukan demi membendung gejala ini dari berleluasa. Kebanyakkan remaja yang lari dari rumah mengikut kajian Polis Bukit Aman (November 1992/1993) ialah berumur di antara 14- 18 tahun. Faktor-faktor yang menyebabkan anak-anak remaja lari dari rumah:
1) terasa malu dengan keluarga kerana sesuatu kegagalan.
2) Krisis dengan keluarga. Sesetengah keluarga ingin mengawal pergerakan dan pergaulan anak-anak.
3) Tidak dapat kasih sayang yang sepenuhnya daripada ibu bapa sewaktu kecil.
4) Remaja mengalami tekanan jiwa kerana gagal memenuhi kehendak ibu bapa terhadap pencapaian pelajaran.
5) Rosak akhlak dan pernah menjadi mengsa rogol.
6) Degil dan tidak mendengar nasihat yang berguna daripada ibu bapa. Oleh itu ramai yang merajuk dan membawa diri.
7) Kemiskinan keluarga menyebabkan ramai yang mencari peluang pekerjaan di Bandar.
8)
Terpengaruh dengan pujuk rayu teman.
9) Ditipu dengan ejen sosial yang berpura-pura untuk mendapatkan pekerjaan.
10) Sengaja ingin mendapatkan keseronokan dan kebebasan kehidupan di Bandar.


Bagaimanapun terdapat juga para remaja yang pandai menjaga diri dan sanggup bekerja setimpal dengan kelulusan mereka. Ibu bapa perlu memainkan peranan penting bagi mencegah berlakunya masalah ini dari berleluasa.
CARA-CARA MELAYANI DAN MENGATASI PERGOLAKAN JIWA REMAJA

Ibu bapa bertangungjawab untuk memberi pendidikan agama yang secukupnya kepada anak-anak remaja.Ibu bapa perlu peka dengan permasalahan konflik jiwa remaja dan sering menaihati mereka.
Ibu bapa dan guru perlu mengelakkan pilih kasih semasa membimbing remaja.  Anak remaja yang di alam percintaan ibu bapa bertanggungjawab menyelidiki pasangannya itu. Ibu bapa perlu memahami ilmu tentang jiwa remaja  Jangan meletakkan harapan yang tinggi kepad anak remaja tetapi sentiasa memberi dorongan dan semangat dengan kebolehan yang sesuai dengan mental mereka.
Wujudkan komunikasi yang baik antara ibu bapa dan remaja itu sendiri agar tiada jurang. Berikan peluang kepada remaja untuk melontarkan idea mereka.

SEKSUALITI REMAJA



Pertumbuhan intelelektual, moral serta spiritual biasanya diiringi dengan kemunculan seksualiti mereka. Sarrel dan Sarrel (1979) menamakan konsep ini sebagai sexual unfolding. Remaja membentuk identifikasi seksual dan meningkatkan keupayaan terhadap kematangan emosi dan seksual:


1) Perubahan peringkat pada tubuh badan
2) Kemampuan untuk mengatasi atau mengubah perasan bersalah, kebimbangan zaman kanak-kanak terhadap pemikiran dan tingkah laku sosial.
3) Peleraian satu iktan emosi yang utama dengan ibu bapa atau penjaga.
4) Belajar mengenai keseronokan erotik atau rasa berahi dan ketidakselesaannya serta mampu membincangkan soal ini dengan teman-teman.
5) Penyelesaian konflik dan kekeliruan mengenai orientasi seksual.
6) Peningkatan sebagai seorang yang berkemampuan seksual dan kedudukan seks dalam kehidupan.
7) Ke arah tanggungjawab terhadap pasangan ,diri, dan masyarakat 8)
Peningkatan keupayaan dalam bentuk kasih sayang.



BEBERAPA MASALAH BERKAITAN REMAJA



Para remaja dikatakan menghadapi masalah menerima bentuk tubuhnya yang baru. Disamping masalah psikologikal ini, para remaja juga menghadapi masalah-masalah yang berbentuk fisiologikal yang perlu mereka atasi sendiri.


Bagi remaja wanita, haid adalahsesuatu proses yang normal tetapi seringkali menyebabkanketidakselesaan pada mereka. Kadangkala ia berlaku dengan diiringi oleh perasaan seperti kemurungan, keletihan, kelesuan dan kemarahan.Satulagi masalah yang dihadapi oleh remaja ialah masalah berat badan.

Masalah ini terjadi dalam dua bentuk, pertama ialah keadaan badan yang gemuk dan kedua, keadaan badan yang terlalu kurus. Bagi remaja yang tidak dapat mengawal kehendak makanan, mereka akan menghadapi masalah Bulimia.

Beberapa masalah kecil sentiasa menjadi tumpuan kepada remaja. Ketumbuhan jerawat sering berlaku di zaman remaja dan mereka amat sensitif akan perkara ini. Jerawat merupakan sesuatu yang menghodohkan rupa mereka dan perkara ini sering
di perbesar-besarkan.



Idea & Tulisan Oleh :

Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad

Pengarah Urusan MAP Training & Consultancy Sdn Bhd
drasmadi@maptraining.com.my

http://www.motivasialihanpelajar.com


Comments

Popular posts from this blog