07-001 : Ganti Puasa Bagi Wanita Mengandung

 Soal Jawab – Feqah: Puasa

Soalan:

saya mempunyai satu kemusykilan.
Isteri saya semasa ramadhan nnt dia akan mengandung 7 bln tetapi dia tidak lg lengkap mengqadha’ puasanya yg lepas.
Soalannya:
1) Jika dia tidak mampu utk mengqadha’kan puasanya skrg, adakah boleh dia mengqadha’ puasanya selepas bersalin nnt (slps raya)? Ini kerana skrg dia bimbang akan merasa keletihan yg amat sangat apabila berpuasa.
2) Adakah perlu membayar fidyah (menurut pendapat 4 mazhab)?
Diharap mendapat pencerahan secepat mungkin.
Jawapan:
1) Kalaulah pada bulan Ramadhan yg wajib berpuasa padanya, boleh berbuka kerana uzur mengandung, maka pada bulan selain Ramadhan adalah lebih aula untuk boleh baginya menangguhkan qadha’nya.
jadi, diharuskan untuk menangguhkan qadha’ Ramadhan sehingga hilang keuzurannya.
2) sekiranya ditangguhkan qadha’ ramadhan sehingga tahun berikutnya, disebabkan oleh uzur seperti sakit sepanjang tahun, atau hamil, atau menyusu sepanjang tahun, maka tidak dikenakan fidyah. yg wajib hanyalah puasa.
tapi kalau menangguhkan puasanya tanpa uzur, ada 2 pendapat:
pertama: wajib membayar fidyah, iaitu memberi makan kepada seorang untuk satu hari. ini pendapat jumhur ulama, Maliki, Syafie, Hanbali, dan diriwayatkan drpd sebahagian sahabat dan tabien.
kedua: tidak perlu membayar fidyah. ini pendapat mazhab Hanafi. dan ditarjihkan oleh syeikh Soleh Uthaimin, kerana tiada dalil sahih yang mewajibkan membayar fidyah. maka kembali kepada hukum asal, iaitu tidak dikenakan apa2 fidyah.
Wallahu A’lam.
Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net

07-002 : Wanita Istihadhah Kena Puasa?


Soalan:
minta bantuan para panel menerangkan permasalahan wanita istihadhah yang ingin berpuasa,sama ada puasa di bulan Ramadhan ataupun sekadar puasa sunat atau puasa ganti.
Harap dapat keterangan kerana dari carian sekadar penerangan sekitar permasalahan wanita istihadhah dan solat,terima kasih.

Jawapan:
Hukum wanita istihadhah adalah sama dengan hukum wanita suci dalam banyak permasalahan. Maka wanita istihadhah wajib sembahyang fardhu, wajib puasa ramadhan, boleh berpuasa sunat, dan boleh berpuasa ganti ketika waktu istihadhah itu.
Yang menghalang daripada puasa ialah: Haidh dan Nifas sahaja.
ini adalah pendapat semua keempat2 mazhab.
rujukan:
-Badai’ Sanaie 1/161 (mazhab Hanafi)
-al-Talqin m/s 73 (mazhab Maliki)
-al-Majmuk 2/417 (Mazhab Syafie)
-Fatwa Lajnah Daemah no: 6495, m/s 5/404.
wallahu a’lam.
Jawapan asal penulis di Al-Ahkam
 

 07-003 : Wanita Keluar Mani Batal Puasa?

Soalan:
Moga kita dirahmati Allah,
Merujuk kepada persoalan dan jawapan di
SJ-08-0032 : Asmaradana Di Siang Ramadhan [rating 18SX]
Soalan3) bagaimana hukum puasa si isteri dan suami jika keluar air dari kemaluan semasa berasmaradana (muqaddimah persetubuhan)??
Jawapan
3) jika hasil dari mubasyarah (foreplay) itu mengeluarkan mazi, maka puasanya tidak apa-apa. jika keluar mani, maka yang keluar mani itu telah batal puasanya. Ini kerana keluar mani membatalkan puasa (Imam Nawawi, ibid)
——————————————-
Persoalannya…
1) Bagaimanakah yang dikatakan air mani wanita???…adakah pada keghairahannya???
2) Jika air mani wanita itu ada atau terkeluar….sudah pasti puasanya batal….adakah wanita atau isteri tersebut kena kaffarah puasanya atau sekadar qadha puasa jer???sbb tak berlaku persetubuhan hanya muqaddimah jer…
Mohon pencerahan
Jawapan:
1. Ulama menyebut ciri-ciri mani, iaitu yg ada salah satu daripada tiga;
1) bau yg kurang enak. masa cair, baunya seperti tepung diuli, dan masa kering baunya spt putih telur.
2) keluar dengan memancut.
3) keluar dengan syahwat, dan selepas itu badan terasa lemah.
(bagi yg wanita: agak cair dan warnanya kekuningan).
Dinukilkan daripada kebanyakan ulama ketiga2 sifat di atas adalah pada mani lelaki dan juga wanita. dan ada fuqaha yg kata: mani wanita hanya dikenali dengan ciri no: 3 sahaja.
rujukan: Fathul Aziz 2/121, majmuk nawawi 2/141, syarah mumti’ Uthaimin 1/277-278.
2. jika terkeluar mani samada lelaki atau wanita dengan cara mubasyarah, maka batal puasa. ini pendapat keempat2 mazhab. Dalilnya:
1) Ada hadis sahih menyebut ttg puasa, iaitu: “Meninggalkan makanannya, minumannya, dan syahwatnya kerana Aku (Allah)”. Bukhari 2/670.
2) Qiyas kepada muntah dengan sengaja. sebagaimana muntah melemahkan badan kerana makanan keluar, begitu juga mani melemahkan badan apabila keluar. maka sengaja mengeluarkannya membatalkan puasa.
-diceduk drpd syarah syeikh muhammad al-syanqiti hafizahullah.
Kaffarah hanya dikenakan dalam permasalahan jimak. manakala mubasyarah, dan seumpamanya TIDAK mewajibkan kaffarah sekalipun sehingga keluar mani.
Kecuali anda memilih pandangan yg mewajibkan kaffarah jika berbuka puasa dengan apa cara sekalipun, hatta makan dan minum.
Wallahu A’lam
Jawapan asal penulis di Al-Ahkam


07-004 : Fidyah Lewat Qadha Puasa


Soalan:
Moga kita dirahmati Allah,
Untuk fidyah kerana tinggal puasa yg masih belum diganti adalah satu cupak beras…jika 30 hari tinggal poser…yakni 30 cupak beras
30 cupak tersebut kepada 30 orang fakir miskin atau bleh 30 cupak tu hanya diberi kepada sorang jer fakir dan miskin????
Pohon penjelasan
Jawapan:
permasalahan tidak qadha’ puasa sehingga masuk ramadhan yg lain. adakah kena bayar fidyah? ada khilaf;
1) Mazhab Malik, syafie, Ahmad: kena bayar fidyah.
2) mazhab ABu Hanifah: Tidak dikenakan fidyah.
rujukan: Majmuk 6/366, al-Mughni 4/400.
Pendapat yg kuat ialah Mazhab Hanafi: Tidak dikenakan fidyah. Dipilih oleh Imam Bukhari dalam kitab sahihnya. Imam Bukhari menukilkan kalam setengah sahabat Ibn Abbas dan ABu Hurairah yg mengenakan fidyah jika lewat qadhak hingga masuk ramadhan lain. kemudian Bukhari berkata: Dan Allah tidak menyebut tentang fidyah.
Syeikh Uthaimin juga mentarjihkan pandangan ini, kerana TIADA DALIL dari quran dan sunnah yg mewajibkan fidyah. yg ada hanya pendapat sebahagian sahabat. dan kalam sahabat sekiranya bersalahan dengan zahir Quran, maka ia bukan hujjah. Oleh itu kalam Abu hurairah dan Ibn Abbas ditafsirkan dengan makna: sunat beri fidyah.
syarah mumti’ oleh uthaimin 6/451.
TETAPI,
jika anda memilih pandangan yg mewajibkan fidyah, maka boleh diberikan keseluruhannya kepada seorang fakir miskin, sebagaimana fatwa sesetengah ulama. lagipun, tiada dalil khas berkaitan dengan masalah ini.
Jawapan asal penulis di Al-Ahkam


07-005 : Berbuka Kerana Kerja Berat


Soalan:
Assalaamu’alaikum.
Situasi:
-Bekerja di bawah tanah (underground) di Jepun
-Jadual makan dan rehat tidak menentu
-Masih belajar (menjalani latihan praktikal)
Disebabkan perkara di atas, bolehkah seseorang itu untuk berbuka puasa dan qadha pada waktu lain tanpa kaffarah (memilih pendapat tidak perlu kaffarah). Saya rasa boleh, cuma mahu mendapat kepastian. Terima kasih. Wassalam.
Jawapan:
-Puasa adalah rukun Islam, dan salah satu tiang agama. maka setiap mukallaf wajib menjaganya setakat kemampuan.
-Tidak boleh berbuka puasa pada bulan ramadhan melainkan dengan uzur syar’ie iaitu, sakit dan musafir.
-Keletihan dan kerja berat BUKAN RUKHSAH untuk meninggalkan puasa, kecuali jika sampai ke tahap membahayakan diri dan badan. Oleh itu, apabila bertembung antara kewajipan agama dan maslahat dunia, maka hendaklah didahulukan kewajipan agama setakat mampu.
-Jika anda mampu untuk mengelakkan diri daripada berbuka, maka hendaklah melakukannya setakat mungkin, seperti mengambil cuti daripada majikan anda, hatta sekalipun menyebabkan dipotong sebahagian gaji anda.
-Jika tidak boleh mengelak juga daripada kerja seumpama itu, maka WAJIB berpuasa setiap hari, dan apabila merasakan ia memudaratkan anda, maka haruslah berbuka ketika itu. Allah tidak membebankan hamba melainkan dengan kemampuannya.
boleh dirujuk soalan dan jawapan Lajnah Daemah Arab Saudi 10/233

 

 

07-034 : Batuk, Bersin Semasa Solat dan Puasa

 Soal Jawab – Feqah: Puasa

Soalan:

Semasa batuk dan bersin kita banyak rembeskan air liur ke dalam mulut…
1- Sekiranya batuk/bersin semasa solat perlu ke berhentikan solat untuk berkumur dengan air mutlak sebelum mula solat balik? Takut tertelan air liur yg asalnya bukan dari mulut.
Begitu juga semasa puasa, perlu ke berkumur dengan air mutlak ?
2- Bagaimana sekiranya di dalam solat, sekiranya ada makanan di mulut dan kita ludahkan, boleh ke telan air liur selepas tu, sebab mulut dah berperisa makanan tadi
3- Begitu juga contohnya sebelum solat makan kurma seketul, wajib ke berkumur dengan air mutlak? Atau sekadar minum air kosong segelas dan terus mula solat?
Boleh ke lepas makan kurma terus je solat?
Jawapan:
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

1. Batuk dan bersin adalah dua aktiviti refleks yang normal bagi tubuh manusia. Ia tidak menjejaskan solat dan tidak perlu berhenti solat untuk berkumur. Begitu juga tertelan air liur dalam solat tidaklah membatalkan solat.
Kata Imam Nawawi, “Jika tertelan sesuatu yang tidak dapat dikawal, contohnya air liur tertelan dengan membawa sisa makanan tanpa sengaja, maka tidak membatalkan sembahyang dengan sepakat”. (Majmuk 4/89-90)
Begitu juga halnya dengan puasa. Ia dimaafkan.
2. Sudah terjawab dalam jawapan no: 1.
3. Sebaik-baiknya selepas makan, hendaklah berkumur-kumur dahulu sebelum masuk sembahyang. Sebagaimana sabit dalam hadis Suwaid bin al-Nukman dalam kisah Peperangan Khaibar, baginda makan di satu tempat bernama al-Sahba’. Lalu sebelum sembahyang baginda berkumur-kumur dan para sahabat juga berkumur-kumur. Lihat Sahih Bukhari (hadis no: 2819)

Wallahu A’lam.
Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net

Comments

Popular posts from this blog