Posts

Image
Hari Guru 2011 : Sebuah Refleksi.. Hari Guru 2011 sudah dua minggu berlalu. Namun senario di sekolah sejak akhir-akhir ni banyak membuatkan aku berfikir : apakah niat dalam hati seorang guru setiap hari sebelum pergi ke sekolah? Guru bukanlah seorang pekerja kerajaan semata2. Memang kita makan gaji, tapi kita sebenarnya ada amanah yg jauh lebih besar lagi. Guru bukan setakat pengajar... Guru adalah pendidik. Guru adalah pendakwah. Guru adalah model. Guru adalah muaddib. Guru adalah murabbi. Lalu, kalaulah setiap hari kita memarahi pelajar, mengherdik pelajar, memaki pelajar, memberi bermacam2 label kepada pelajar... kemudian... masuk bilik guru kita kongsi pulak cerita dengan guru2 lain tentang keburukan dan kenakalan pelajar itu, kemudian sama2 mentertawakannya... guru kategori apakah kita ini? Tak cukup dengan itu, kita sindir pelajar di hadapan kawan2 sekelasnya, panggil namanya, mempermainkan pertanyannya dan memalukannya ketika kebetulan pelajar itu...
Image
Bercakap Dengan Mayat Musyrikin      Hasnul Hadi Ahmad    Nabi Bercakap Dengan Mayat Kaum Musyrikin ALLAH SWT mengirimkan seribu bala tentera dari kalangan malaikat, bukanlah untuk menghancurkan tentera musyrikin Makkah pimpinan Abu Jahal. Kalau atas tujuan tersebut, tidak perlu Allah SWT menghantar seribu malaikat, sebaliknya dengan satu malaikat sahajapun sudah cukup. Sejarah mencatatkan hanya kira-kira tujuh puluh orang saja tentera musyrikin Quraisy yang terkorban, di samping sejumlah itu juga yang tertawan oleh tentera Islam pimpinan Nabi s.a.w.. Tentulah tidak padan jika seribu bala tentera malaikat yang membantu tentera muslimin di medan Badar, hanya berjaya menumpaskan tujuh puluh orang sahaja serta memberkas tujuh puluh yang lain. Jika ikut lojik akal, semestinya semua tentera musyrikin terbunuh. Justeru itu Allah SWT menegaskan tujuan utama penghantaran seribu malaikat itu sebagaimana yang ditegaskan oleh firman-Nya yan...
Image
Kebesaran Allah - Otak Mayat 20 Tahun Dalam Kubur Masih Elok      Hasnul Hadi Ahmad       Otak Mayat 20 Tahun Dalam Kubur Masih Elok SEBERANG PRAI - Tuhan Maha Besar. Lebih 50 orang ahli keluarga Allahyarham Salasiah Jasni, 78, yang hadir pada majlis pengebumiannya di Tanah Perkuburan Islam Permatang Tok Labu, Penaga di sini menyaksikan bukti kebesaran Ilahi. Ini kerana, sebaik tiba di tanah perkuburan itu, mereka terkejut apabila dua penggali kubur yang sedang menyiapkan liang lahad untuk Salasiah menunjukkan penemuan otak manusia. Lebih mengejutkan sebaik penemuan otak itu beberapa kejadian aneh berlaku hingga menyebabkan semua ahli keluarganya beristighfar panjang dan memuji kebesaran Allah. Menghairankan otak manusia yang ditemui itu masih dalam keadaan baik sedangkan tulang dan papan keranda dipercayai dari kubur lama bersebelahan liang lahad yang baru di gali itu sudah hancur. Cucu Allahyarham, Shuhaili Che Ros, 37, ber...
Image
Akhi Irfan   Surau di kawasan perumahan rumahku telah didatangi oleh seorang 'saudara baru' daripada negeri Borneo. Akhi Irfan namanya. Sudah menjadi kebiasaan di surau kawasan perumahanku, terutamanya pada waktu solat Maghrib atau solat Isyak, akan dikunjungi oleh saudara-saudara baru seakidah yang meminta secebis bantuan daripada ahli qariah untuk meneruskan hidup sebagai seorang Muslim. Pelbagai cabaran dan dugaan yang dihadapi oleh mereka seperti tekanan daripada keluarga, dibuang kerja dan masalah kesihatan. Di sini aku berminat untuk berkongsi tentang kisah hidup akhi Irfan. Beliau memeluk Islam bersama-sama dengan ayah, ibu & adik perempuan beliau. Ditakdirkan Allah S.W.T., ayah beliau pulang menyahut panggilan Ilahi. Beliau dengan nekadnya berhijrah ke semenanjung untuk menyelamatkan akidahnya serta akidah ibu dan adik perempuanya. Di semenanjung, mereka bertiga memasuki sekolah pondok untuk mendalami dengan lebih mendalam tentang ilmu ...
Image
Student vs Professor An atheist professor of philosophy speaks to his class on the problem science has with God, The Almighty. He asks one of his new students to stand and ..... Prof: So you believe in God? Student: Absolutely, sir. Prof: Is God good? Student: Sure. Prof: Is God all-powerful? Student: Yes. Prof: My brother died of cancer even though he prayed to God to heal him. Most of us would attempt to help others who are ill. But God didn't. How is this God good then? (Student is silent.) Prof: You can't answer, can you? Let's start again, young fellow. Is God good? Student: Yes. Prof: Is Satan good? Student: No. Prof: Where does Satan come from? Student: From...God.. . . Prof: That's right. Tell me son, is there evil in this world? Student: Yes. Prof: Evil is everywhere, isn't it? And God did make everything. Correct? Student: Yes. Prof: So who created evil? Student does not ans...
Image
Seruan Yang Lesu.. Di Mana Silapnya?? Ramai yang berdakwah, tetapi hasilnya lesu... Ramai yang menyeru ke arah kebaikan, tetapi hasilnya juga tidak seberapa. Mengapa ia berlaku?? Antara kesilapan yang jelas adalah kegagalan dai'e untuk mendekati mad'u. Bagaimana untuk mengatasinya?? Benda yang paling asas adalah fahami selera mad'u/massa. Ramai yang berdakwah dengan lantangnya di atas pentas dan mimbar-mimbar masjid, namun sasarannya hanyalah sekelompok manusia yang memang hatinya sudah bertaut pada masjid/ceramah. Tidak dinafikan amatlah perlu untuk saling mengingati antara sesama Muslim kerana peringatan itu memberi manfaat yang banyaknya, tetapi mengapa harus dilambakkan ke semuanya ke medan itu?? Berapa ramai pendakwah / geng-geng baik yang boleh bersukan? berapa ramai yang mahir bermain/tahu tentang muzik? berapa ramai yang pakar dalam permainan siber? berapa ramai yang 'update' dalam fesyen-fesyen terkini? Boleh dibilang dengan ja...
Image
Kisah Hajjaj Bin Yusuf at-Thaqafi & Tetamunya   Hajjaj Bin Yusuf at-Thaqafi adalah seorang pemimpin kerajaan Umaiyah yang terkenal dengan kezaliman lagi kejam dan banyak membunuh ulama'-ulama'. Namun, beliau juga seorang yang banyak mengetahui mengenai al-Quran dan banyak menghafaz ayat-ayat al-Quran. Beliau juga seorang yang amat memuliakan tetamu. Diriwayatkan, beliau pernah menyuruh pembantu rumahnya/tenteranya untuk mencari tetamu supaya boleh makan bersamanya. Lalu pembantu rumahnya/tenteranya menjemput seorang Arab Badwi masuk ke tempat Hajjaj. Apabila sampai di bilik makan, orang Arab Badwi itu bertanya, "Adakah kamu ini Hajjaj Bin Yusuf at-Thaqafi?" Hajjaj menjawab, "Ya." Orang Badwi itu bertanya lagi, "Mengapa kamu memanggil aku?" Hajjjaj menjawab, "Kamu menjadi tetamu aku pada hari ini." Arab Badwi itu menjawab, "Aku tidak boleh makan kerana aku telah menjadi tetamu yang lebih tinggi daripada ...