Masjid Aku Datang klik utk besarkan Assalamualaikum wbt. Kali ini entri tentang kelebihan-kelebihan ke masjid. Penulis tak mahu berceloteh panjang. Sekadar mengutip hadis-hadis berkaitan dengan bestnya pergi ke masjid dan disenaraikan kembali di sini untuk bacaan. Baik, mula! 1. Abu Hurairah melaporkan, Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang pergi ke masjid pada waktu pagi dan petang, Allah akan menyediakan satu hidangan baginya. Hidangan itu adalah yang biasa diberikan kepada tetamu-tetamu Syurga. Hidangan itu adalah hadiah kepadanya kerana pergi ke masjid pada waktu pagi dan petang." ( HR Bukhari dan Muslim ) 2. Abu Hurairah melaporkan, Rasulullah SAW pernah berkata, "Sesiapa yang membersihkan dirinya daripada najis dan kotoran di rumahnya, kemudian beliau pergi ke masjid bagi menunaikan salah satu daripada sembahyang lima waktu, maka Allah memberikan ganjaran bagi setiap langkahnya menuju ke masjid itu. Se...