Panduan Mengenal Sumber Ilmu Feqh Bagi 4 Mazhab Utama Islam
Oleh : Ust. Zaharuddin Abd. Rahman
Jabatan Feqh dan Usul Feqh
Universiti al-Yarmouk, Jordan
بسم الله
الرحمن
الرحيم
Segala puji bagi Allah tuhan sekalian ‘alam, atas nikmatnya yang
tiada terkira, selawat dan salam buat junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW serta
ahli kelurganya dan para sahabatnya, juga kepada seluruh yang menuruti
perjuangannya kerana Allah.
InsyaAllah, di dalam penulisan ini, penulis akan menumpukan
perhatian dalam perkara berikut :-
1.
Mendedahkan nama kitab2 utama
dalam setiap mazhab didahului dengan menketengahkan kitab2 yang ‘muktamad’ atau
sumber rujukan utama mazhab, selain itu,
2.
Beberapa nama2 ulama’ yang
terutama dalam setiap mazhab.
3.
Istilah feqh yang digunakan bagi
setiap mazhab juga akan disertakan bagi memudahkan para pecinta ilmu feqh dan
penuntut ilmu feqh di peringkat permulaan, pertengahan dan sederhana atas.
Bagaimapun, penulisan ini diolah dalam bentuk yang ringkas, lalu
sudah tentu ianya tidak akan merangkumi keseluruhan aspek penting dari tumpuan
yang digariskan tadi.
4 MAZHAB FEQH UTAMA SERTA USUL IJTIHAD DALAM MAZHAB.
Mazhab Hanafi
Dinisbahkan mazhab ini kepada Imam an-Nu’man bin Thabit ( 80 H-
150 H) . Terkenal dengan gelaran al-Imam Abu Hanifah. Keturunan beliau
berasal dari Parsi,bgmnpun beliau menjadi ahli Iraq.
Beliau dianggap pemimpin aliran ‘ahli ra’yi’, dan juga dikira
sebagai pelopor ilmu qias (perbandingan).
Usul Mazhab beliau adalah :
a.
Al-Quran al-Karim.
-
Beliau tidak menerima pemakaian
‘mafhum mukhalafah’.
-
Tidak terhenti menghukum pd
zohir ayat bahkan, mengkaji ‘illat serta meneliti ruh tasyri’. Tidak memegang
hanya pd zohir nas al-Quran.
b.
As-Sunnah an-Nabawiyah.
-
Berpegang kpd hadith mutawatir
dan masyhur.
-
Berpegang kpd hadith Ahad tetapi
dgn syarat2 tertentu.
c.
Al-Ijma’
d.
Qawl Sahabat dan Tabi’e
e.
Al-Qias
f.
Istihsan
g.
Al-‘Uruf
h.
Al-Masolih al-Mursalah dan
al-Istishob.
Mazhab Maliki
Dinisbahkan kepada Imam Malik Bin Anas al-Asbahi ( 93 H - 179 H). Beliau digelar Imam dar
al-Hijrah, ini adalah kerana beliau ahli Madinah. Dikebumikan di perkuburan
baqi’, Madinah. Beliau salah seorg drpd Imam madrasah ahli al-Hadith.
Usul Mazhab beliau adalah :
a.
Al-Quran al-Karim.
-
Mengambil zahir nas, umumnya,
juga menerima ‘mafhum mukhalafah’ dan ‘mafhum Muwafaqah’.
b.
As-Sunnah an-Nabawiyah
-
Menerima hadith Ahad tanpa
syarat.
-
Menerima Hadith Mursal.
-
Mendahulukan ‘Amal Ahli Madinah’
daripada Hadith Ahad.
c.
Al-Ijma’
d.
Qawl Sahabat
e.
Al-Qias
f.
Al-Maslahat al-Mursalah serta
kerap menggunakannya.
g.
Al-Istihsan.
h.
Saddu al-Dzara’ik
Mazhab Syafi’e
Dinisbahkan kepada Imam Muhammad Bin Idris
as-Syafi’e (150 H- 204 H), keturunannya beremu dgn keturunan Rasulullah SAW
pada Abd al-Manaf. Dilahirkan di gazza, Palestin. Setengahnya mengatakan di
‘asqolan, meninggal di Mesir. Membesar di Mekah sehingga diizinkan memberikan
fatwa ketika berumur 15 tahun, berpindah ke Madinah dan menuntut dgn Imam Malik
dan Yaman, kemudian ke Baghdad, menuntut dgn Imam Muhd bin Hasan al-Hanafi,
akhirnya berpindah ke Mesir dan wafat di sana.
Beliau telah menggabungkan ilmu drpd kedua2 aliran
ahli ra’yi dan ahli al-hadith. Ini menyebabkan beliau sgt dihormati oleh kedua2
aliran.
Usul Utama Mazhab:
a.
Al-Quran al-Karim.
-
Beramal dgn Al-Quran serta
as-Sunnah menjadi pengtakhsis, penjelas serta pentaqyid bgnya.
-
Memegang zahir Nas sehingga
terdpt dalil yang membawa maksud lain dr zahir.
b.
As-Sunnah an-Nabawiyyah.
-
Memegang hadith dgn syarat
bersambung dan shohih sanad, iaitu dgn perawi yg ‘thiqah’, ‘Sadiq’, Wara’,
Memahami apa yang diriwayatkannya, ‘dhobid’, serta
-
mendengar hadiith secara
langsung dari orang yang diambilnya.
-
Tidak menyetujui Abu Hanifah
dalam syart pemakaian Hadith Ahad.
-
Tidak menyetujui Imam Malik
dalam mendahulukan amal ahli Madinah ke atas Hadith Ahad.
-
Berlainan dari tiga mazhab lain dlm pemakaian hadith
Mursal, di mana ia menerima Hadith Mursal dari Kibar at-Tabi’en spt Sa’id
Musayyab.
c.
Qawl Sahabat.
-
Tidak berhujjah dgn qawl Sahabat
krn mungkin ia dtgnya dari ijtihad, lalu berkemungkinan untuk silap.
d.
Ijma’
-
Berhujjah dgn Ijma’ Qawli shj.
e.
Al-Qias
-
Sederhana dlm menerima qias.
Tidak meluas spt Abu Hanifah dan tidak terlalu sempit spt Imam Ahmad.
f.
Al-Istihsan
-
Menolak pengamalan istihsan
serta menyifatkan ia perkataan bersandar nafsu.
Mazhab Hanbali.
Dinisbahkan kepada Imam Ahmad Bin Hanbal
as-Syaibani ( 164 H - 241 H). Lahir di Baghdad serta wafat di sana. Salah
seorg Imam Aliran Ahli Al-Hadith. Menumpukan banyak masa beliau mengumpulkan
hadith yang dinamakan Musnad, mengandungi lebih kurang 40,000 hadith.
10,000 drpdnya berulang. Ia diambil drpd 750,000 hadith yang dihafaznya. (As-Sunnah
wa makanatuha fi at-Tasyri’, Dr Mustafa as-Siba’ie, cet al-Maktab al-Islami,
hlm 482)
Usul Utama Mazhab :
a.
Al-Quran dan As-Sunnah.
b.
Mengambil Qawl Sahabat.
c.
Mengambil Hadith Mursal dan
Dhoif. Mendahulukan hadith dhoif ke
atas qias.
d.
Ijma’
e.
Istishob, Masalih al-Mursalah,
Sadd al-zara’ik
MENGAPA PERLU MERUJUK KEPADA KITAB2 MUKTAMAD SETIAP MAZHAB ?
Jawapannya adalah kerana :
1.
Apa2 yang terdpt di dalam kitab
muktamad adalah mewakili pandangan jumhur ulama’ dan fuqaha’ mazhab serta
merupakan kesatuan pandangan mrk.
2.
Rujukan kitab muktamad dpt
memberikan kita titik perbezaan antara pandangan jumhur fuqaha’ mazhab dan
pandangan serta ijtihad persendirian, juga dpt mengetahui pandangan yang
bercanggah.
3.
Melindungi pengkaji, Faqih,
serta Mufti darpd keliru dgn kepelbagaian pendpt yang diriwyatakan drpd pelbg
imam2 Mazhab. Begitu juga dpt memeilihara drpd tersilap menisbahkan pandpt kpd
sesuatu mazhab akibat pandangn syaz dr ulama’ tertentu.
4.
Kerana Fuqaha’ Mazhab masing2
telah menanggung tugas menyemak, meneliti dan memperbetulkan kelemahan
riwayat2, menyatukan kepelbgaian pendpt serta membuat tambahan perlu yang
mewakili mazhab. (Manhaj al-Bahs fi Fiqh al-Islami, Prof. Dr Abd Wahab Abu
Sulaiman, cet Dar Ibn Hazm, hlm 123)
Justeru, menjadi keperluan bagi pengkaji ilmu feqh utk mengathui
kitab2 muktamad dan utama dlm setiap mazhab. Bg menjamin ketepatan maklumat
yang digunakan dan dimanfaatkan.
KITAB-KITAB FEQH MAZHAB.
Mazhab Hanafi
Penulisan feqh Hanafi dibahagikan kepada 3 martabat: (Lihat Hasyiah
Ibn ‘Abidin, 1/64)
1)
Zohirah
al-Riwayah ( Masail al-Usul)
Iaitu penulisan yang diriwayatkan daripada Imam2 dan
Pengasas utama mazhab seperti Imam Abu Hanifah, Imam al-Qadhi Abu
Yusof (w 182 H), Imam Muhd Bin Al-Hasan (w 189 H), juga Imam
Zufar bin Huzail (w 110 - 158 H) dan Hasan Ibn Ziyad ( w 204 H)
Antara nama kitab yang ditulis di peringkat ini
adalah hasil penulisan Imam Muhd Bin Al-Hasan, 6 buah kitab yang
bertaraf mutawatir dlm mazhab serta terkenal, ia diriwayatkan dgn perawi2 feqh
mazhab yang thiqah. Iaitu :
a)
Al-Mabsut ( Kitab terpenting Muhd Al-Hasan)
b)
Az-Ziadat
c)
Al-Jami’ al-Shoghir
d)
Al-Jami’ al-Kabir
e)
Al-Siaru al-Kabir
f)
Al-Siaru al-Shoghir
Kemudian keenam2 kitab ini diringkaskan oleh Abu
Fadl al-Marwazi (al-Hakim al-Syahid) dlm kitabnya ‘ Mukhtasor al-Kafi’.
Kitab ini kemudiannya di syarahkan oleh Imam Shamsuddin Al-Sarakhasi dalam
30 juzuk. Kitab utama ini diberi nama ‘AL-MABSUT’
( المبسوط ), namanya
sama dgn nama kitab terpenting Muhd Al-Hasan.
Kitab ini merupakan kitab muktamad dlm mazhab Hanafi, serta mudah dijumpai di
Maktabah2 di Perpustakaan Islam seluruh Dunia. Manakala kitab yang 6 tadi, agak
sukar dijumpai dan dipakai dlm rujukan para ulama’ mutakhir.
2)
Masail an-Nawadir
Iaitu kitab yang diriwayatkan individu2 yang
disebutkan nama mereka di atas, tapi ianya jalan periwayat kitab ini tidak
thabit dan thiqat spt kitab2 di atas.
Antara kitab ini, diriwayatkan oleh Imam Muhd
al-Hasan spt al-Badai’ al-Sanai’ oleh al-Kasani dan lain2.
Adapaun yang diriwayat dari Hasan bin Ziyad iaitu al-Muharrar (المحرّر ) dan juga
Kitab al-Amali (الأمالي) yang
diriwayatkan dari Al-Qadhi Abu Yusof.
3)
Al-Waqi’at wa al-Fatawa
Iaitu kitab yang mengandungi persoalan2 hukum yang
dikeluarkan oleh Imam2 Mujtahid Mazhab yang terkemudian, dimana tidak terdpt
sebrg riwayat tentangnya dari ulama’ mazhab terdahulu. Antara pemilik kitab2 di
martabat ini adalah :
‘Isam bin Yusof, Ibn Rustam, Muhd bin Sama’ah, Abu
Sulaiman al-Jurjani, Abu Hafs al-Bukhari.
Manakala kitab terawal mazhab Hanafi yang
menggabungkan fatwa2 adalah kitab An-Nawazil oleh Al-Faqih Abu Laith
as-Samarqandi dan diikuti oleh ulama’2 lain.
Antara individu yang termashyur dgn penulisan dan
meriwayatkan Feqh Hanafi slps Muhd dan Abu Yusof adalah :
‘Isa bin Aban (w 220 H), Muhd Bin Sama’ah ( 233 H),
Hilal bin Yahya (245 H), Al-Khasof (261 H) serta
Imam Abu Ja’afar at-Thahawi (321 H).
Antara kitab2 mazhab Hanafi (disamping kitab utama di
atas) yang sering dijadikan rujukan oleh para ulama’ masa kini dan dalam
penulisan2 tesis ilmiah adalah :
a)
Al-Kafi, Abu Fadl al-Marwazi (al-Hakim al-Syahid)
b)
Al-Mabsut, Imam Shamsuddin al-Sarakhasi (490 H)
c)
Tuhfah al-Fuqaha’, Abu Bakar as-Samarqandi (540 H)
d)
Al-Badai’ as-Sonai’, ‘Alauddin Abu Bakar al-Kasani (587 H)
e)
Al-Hidayah, Ali Bin Abi Bakr al-Marghinani ( 593 H)
f)
Al-Ikhtiyar li ta’lil al-Mukhtar, Abdullah Bin Mahmud al-Mawsili (683 H)
g)
Al-Bahr al-Ra’iq, ‘Abdullah Bin Ahmad an-Nasafi ( 710 H)
h)
Tabyin al-Haqa’iq, Uthman bin Ali Az-Zailai’ie (743 H)
i)
Fath al-Qadir fi Syarh
al-Hidayah li al-Marghinani, Muhd
bin Abd Wahid ( Kamal Ibn Humam) - (861 H)
j)
Ar-Rasail al-Zainiyah fi Fiqh
al-Hanafiah, Ibn Nujaim (970 H)
k)
Al-Fatwa al-Hindiyyah, kumpulan Ulama’ India bermazhab Hanafi (1070 H)
l)
Radd al-Muhtar ‘ala ad-Durr
al-Mukhtar, Al-Allamah Muhd Amin Ibn
‘Abidin (1252 H)
Demikianlah beberapa buah kitab feqh Hanafi yang
sering menjadi rujukan para ulama’ pelbagai bidang apabila ingin mengetahui
pandangan mazhab Hanafi. Ringkasnya, kitab muktamad mazhab Hanafi adalah al-Kafi
oleh al-Hakim dan Al-Mabsut oleh Imam al-Sarakhasi.
Mazhab Maliki
Kitab2 utama Mazhab Maliki digelar Al-Ummahat (الأمهات). Kitab
Ummahat di dalam mazhab Maliki adalah spt berikut : ( Rujuk Mawahibul Jalil
karangan al-Hattab, hlm 7)
a)
Al-Mudawwanah al-Kubra, Imam Malik Ibn Anas (w 179 H), melalui riwayat Sahnun (w
240 H)
Ia merupakan kitab terbesar di dalam mazhab Maliki.
Terdapat 30,200 masalah Feqh sbgmn yang disebut oleh Imam Al-Ma’zari
al-Maliki (536 H) dalam kitabnya Taklil ad-Durar.
b)
Al-Mustakhrajah, Muhd Bin Ahmad al-Atabi al-Andalusi. Di dalamnya terdpt
pelbg masalah feqh yang agak pelik dan syaz, walaupun demikian, kitab ini
menjadi pegangan Ulama’ Malikiah spt Ibn Rusd al-Hafid ( 595 H).
c)
Al-Mawaziah, Muhd Bin Ibrahim al-Iskandari, dikenali
sbg Ibn Mawaz/Muwaz.
- Kitab ini juga merupakan kitab agung yang dikarang
oleh Ulama’ Maliki serta dianggap yang paling shohih. Paling lengkap serta
diakui terbaik oleh al-Qabisi berbanding semua kitab Maliki. Ia berkata,
asalnya kitab ini dikarang oleh pengarangnya untuk menjadi kitab panduan Mazhab
dalam masalah furu’.
d)
Al-Wadihah fi Sunan wa al-Fiqh, Abd Malik Bin Habib al-Salmi.
Antara kitab2 Feqh Maliki yang sering menjadi oleh
Ulama’ semasa adalah seperti berikut :-
a)
Al-Mudawwanah, Imam Malik ( 179 H)
b)
Al-Isyraf ‘ala Masail al-Khilaf, al-Qadhi Abd Wahab Ali al-Baghdadi (433 H)
c)
Bidayah al-Mujtahid wa Nihayah
al-Muqtasid, Ibn Rusd al-Hafid (595 H).
Adakalanya dianggap sbg kitab Feqh Perbandingan.
d)
Al-Furuq, Ahmad Bin Idris al-Qarafi (684 H)
e)
Az-Zakhirah, Ahmad bin Idris Al-Qarafi (684 H)
f)
Tabsirah al-Hukkam Fi Usul
al-Aqdhiyah, Ibn Farhun (799 H)
g)
At-Taj wal-Iklil Li Mukhtasar
Khalil B. Ishak al-Maliki (w 776 H), oleh Abu
Abdullah Muhd Bin Yusof al-Mawaq (897 H)
h)
Mawahib al-Jalil Syarh Muhktasor
Khalil, Muhd bin Muhd al-Hattab (953
H)
i)
Al-Syarh al-Kabir ‘ala Mukhtasar
Khalil, Ahmad Dardir (1201 H)
j)
Hasyiah ad-Dusuqi ‘ala syarh al-Kabir
lid Dardir, Muhd ad-Dusuqi (1230 H)
k)
Hashiyah al-Amir,Muhd Bin Muhd as-Sinbawi Al-Amir (1232 H)
l)
Fath al-Ali al-Malik, Abu ‘Abdullah Ahmad ‘illisyh (1299 H)
m)
Manh al-Jalil Syarh Muhktasor
Khalil, Abu ‘Abdullah Ahmad ‘illisyh
(1299 H)
n)
Fath al-Rahim ‘ala fiqh al-Imam
Malik bi al-Adillah, Muhd Bin Ahmad as-Shanqiti.
Begitulah beberapa buah kitab feqh mazhab yang
menjadi tumpuan, kitab muktamad feqh Maliki yang utama adalah al-Mudawwanah
al-Kubra.
Mazhab Syafie
Sebelum penulis mendedahkan nama2 kitab utama dan
muktamad dalam mazhab Syafie, adalah terlebih elok kiranya, diperjelaskan
terlebih dahulu beberapa istilah penting yang sering terdapat di dalam kitab2
feqh Mazhab Syafie, ini amat penting bagi memahami kandungan feqh Syafie. (Rujuk
al-Muhazzab fi Fiqh al-Syafie, Imam As-Syirazi (w 476 H) Juz 1, hlm 30)
1)
Al-Adzhar (الأظهر)
-
Iaitu pandangan yang lebih kuat
daripada 2 atau lebih pandangan yang datangnya dari Imam As-Syafie. Iaitu
apabila perselisihan kedua2 pandangan itu sama2 berdiri di atas dalil yang
kuat. Bagi mentarjih antara pandangan seumpama ini disebut al-adzhar.
2)
Al-Masyhur
-
Iaitu tarjihan dari dua
pandangan Imam Syafie, dimana kedua2nya berdalilkan dalil yang lemah. Maka
tarjihnya disebut al-Masyhur.
3)
Al-Asah (الأصح)
-
Iaitu hukum Feqh (pandangan )
yang lebih kuat dalam mazhab Syafie di antara pelbagai pandangan dari pelbagai
ulama Syafie. Yang mana semua pandangan mempunyai dalil yang kuat, maka ketika
itu, pandangan yg terkuat disebut al-asoh.
4)
As-Shohih
-
Iaitu pandangn yg benar daripada
pelbagai pandangan ulama’ mazhab, yang mana lawannya adalah pandangan dhoif.
5)
An-Nas (النص)
-
Iaitu ayat yang tercatat di
dalam kitab2 Syafie, dinamakan Nas krn ianya marfu’ kpd Imam Syafie, iaitu dari
kalamnya.
6)
Al-Mazhab
-
Iaitu pendapat yang Rajih ketika
wujud ikhtilaf ulama’ ashab al-wujuh spt al-Ghazali, al-Qaffal ( sila lihat
martarabt ulama’ menurut Syafie selepas ini).
7)
Al-Takhrij
-
Iaitu Imam Syafie menjwp dgn 2
hukum yang berbeza dalam dua bentuk soalan yang hampir serupa. Tidak jelas
perbezaan antara keduanya. Bgmnpun yang lebih tepat, pandangan seumpama ini
tidak dinisbahkan kpd Imam Syafie. Demikian menurut Imam Syirazi ( lihat
al-Majmu’ 1/73, Mughni al-Muhtaj 1/21)
8)
Sebutan bagi pandangan Dhoif (
yang lemah)
-
Bagi menzahirkan kedhoifan
pendapat, maka akan digunakan beberapa lafaz berikut
a) Qila kaza ( قيل
كذا)
b) Wa fi qawl kaza وفي قول كذا))
c) Ruwiya (روي)
Selain istilah2 di atas, terdpt juga istilah2 yang
kerap digunakan, berikut disertakan maksud bagi setiap istilah:
a)
Syeikhan (الشيخان) : Iaitu Imam An-Nawawi (656 H) dan Imam
Ar-Rafie (623 H)
b)
Al-Qadhi : iaitu Qadhi Husain
c)
Al-Qadhian (القاضيان) : iaitu
Qadhi Al-Mawardi (450 H) dan Qadhi Ar-Ruyani
d)
Al-Imam :
iaitu Imam al-Haramain ( Imam Abd Malik Bin Abu Muhd Al-Juwaini- 478H)
e)
As-Shuyukh (الشيوخ) : Iaitu
Al-Nawawi, Ar-Rafie dan Tajuddin Al-Subki (771 H)
f)
Apabila Khatib as-Syarbini (977
H) sohib kitab al-Iqna’ dan Mughni al-Muhtaj mengatakan ‘syeikhi’
(شيخ ) maka ia bermaksud Muhd Bin Ahmad Ar-Ramli.
g)
Syeikh al-Islam : Iaitu Imam Zakaria al-Ansori (926 H)
h)
Hujjat al-Islam : Iaitu Imam Abu Hamid al-Ghazali (505 H)
Pembaca juga mesti mengetahui kedudukan para ulama’
Syafie, ianya amat penting dlm menentukan pendapat siapa yang lebih kuat dan
akan diikuti dlm mazhab jika berlaku pertembungan. Ia adalah seperti berikut:
Pendapat yang muktamad dalam mazhab Syafie dari
kalangan Mutaqaddimin (ulama’ silam), ialah Al-Imam An-Nawawi (656 H) dan Imam
ar-Rafie (623 H)
Apabila bertembung pendangan mereka berdua, maka
diutamakan pandangan Imam Nawawi drpd Rafie. Apabila bertembung pandangan
Nawawi dgn pandangannya dari lain2 sumber tulisannya. Maka kitabnya menurut
tertib I’timad dlm mazhab seperti berikut :
1)
At-Tahqiq
2)
Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab
3)
Al-Tanqih
4)
Rawdah al-Tolibin
5)
Minhaj al-Tolibin
6)
Al-Minhaj Syarh Shohih Muslim
7)
Tashih at-Tanbih ( تصحيح
التنبيه)
Sebgmn disebut tadi, selain Nawawi, Ulama’ yang
dipegang dari kalangan mutaakhirin adlh Imam ar-Rafie ( 623 H), khususnya kitab
‘Fath al-Aziz Syarh al-Wajiz lil Ghazali’
Manakala dari kalangan Ulama’ Mutaakhirin (
terkemudian) yang menjadi sumber pegangan mazhab syafie yang utama ialah : Bagi
Ulama’ Mesir - mereka memegang qawl As-Syeikh Muhd Bin Ahmad Ar-Ramli (1004 H)
dalam kitab2nya terutamanya kitab ‘ Nihayat al-Muhtaj ila Syarh al-Minhaj’.
Sesungguhnya kitab ini telah dibacakan kpd hampir 400 orang ulama’ Syafie, serta
telah diperkemas dan dikritik oleh mrk. Lalu ia telah sampai had mutawatir dlm
kebenaran kandungan mazhab Syafie.
Bagi Ulama’ Hijaz, Syam (Syria, Jordan, Lubnan,
Palestin), Hadramaut, Yaman dll. Mereka memegang (I’timad) qawl As-Syeikh Ibn
Hajar al-Haitami (962 H) khususnya dalam kitabnya Tuhfat al-Muhtaj bi syarh
al-Minhaj. Sbgmn kitab oleh Ar-Ramli tadi, demikian juga kitab oleh Ibn Hajar
ini, ianya dibacakan kpd ratusan ulama’ Syafie.
Sekiranya bertembung qawl ar-Ramli dan Ibn Hajar
al-Haitami..sekiranya mufti dr kalangan ahli Tarjih, maka bolehlah ditarjihkan
mana2 pandangan dari keduanya. Kiranya tidak, mestilah melihat kpd si penyoal,
iaitu di tahap org awam atau berilmu dan sbgnya, lalu bolehlah ditarjihkan
pandangan menurut keadaan si penyoal. ( Majmu’ah Sab’ah Kutub al-Mufidah, Syeikh Alawi as-Saqqaf
as-Syafie, ms 38)
Banyak
lagi maklumat berkaitan kitab mu’tamad serta istilah2 yang perlu diketahui oleh
pembaca sebelum dpt memahami kandungan kitab serta mazhab Syafie dgn sempurna,
untuk mengetahuinya boleh pembaca merujuk kitab berikut :
A)
Al-Fawaid al-Madaniah fi Bayan
Ikhtilaf al-Ulama’ as-Syafi’iyah,
al-Allamah Muhd Sulaiman al-Kurdi (1194 H)
B)
Al-Ibtihaj fi Bayan Istilah
al-Minhaj, al-Allamah Ahmad B. Abu Bakar
Al-Alawi al-Hadrami (1343 H)
C)
Al-Fawaid al-Makiyyah fi
al-Masail wa ad-Dawabid.., Al-Allamah
Sayyid Alawi As-Saqqaf (1335 H)
D)
Al-Mazhab ‘Inda as-Syafi’iyyah, Prof. Dr Muhd Ibrahim (Univ.
Umm al-Qura, Mekah)
Susur galur kitab utama Syafi’e
Terdapat 2 buah kitab asal
Syafi’e iaitu :-
a-
Al-Hujjah iaitu kitab beliau yang ditulis semasa berada di Baghdadl, ianya
ibarat kitab yang mengandungi ‘qawl qadim’ (pendapat lama) Imam Syafi’e. Kitab
ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad Bin Hanbal (241 H), Imam Abu Thaur,
Az-Za’farani dan al-Karabisi.
b-
Al-Umm iaitu kitab beliau yang dikarang
ketika berada di Mesir, ibarat kitab yang mengandungi ‘qawl jadid’ bagi mazhab
Syafie. Ia diriwayatkan oleh Imam Yusof Bin Yahya Al-Buwaiti (231 H) , Imam
Ismail Bin Yahya Al-Muzani (264 H), Ar-Rabi’ al-Jizi dan Ar-Rabi’ Bin Sulaiman
al-Muradi(270 H).
Terdapat 4
kitab asal Syafie yang menjadi aliran utama ilmu2 Al-Syafie. Iaitu Kitab
Al-Umm, Al-Imlak, Mukhtasar al-Buwaiti dan Mukhtasar al-Muzani.
4 kitab ini diringkaskan oleh Al-Imam al-Haramain
al-Juwaini (450 H) lalu diberi nama ‘ AL-NIHAYAH’.
Kitab ini kemudian dringkaskan oleh Al-Imam Abu Hamid
al-Ghazali (505 H) yang mewrupakan anak murid Imam Haramain kpd ‘AL-BASIT (البسيط) dan kemudian beliau meringkaskannya lagi kpd
‘AL-WASIT’ (الوسيط) dan
beliau ringkaskan lagi kpd ‘AL-WAJIZ’ dan kemudiannya kpd ‘AL-KHULASAH’.
Kitab ‘al-Wajiz oleh al-Ghazali tadi pula di syarah
oleh As-Syeikh al-Imam Ar-Rafi’e lalu diberi nama ‘FATH AL-‘AZIZ’ , Kemudian
diringkaskan oleh Imam An-Nawawi kpd ‘RAWDAH AL-TOLIBIN’, dan kemudian
diringkaskan pula oleh Ibn al-Muqri kpd ‘AL-RAWD (الروض).
Kitab al-Wajiz tadi juga, pada masa yang sama
diringkaskan juga oleh Al-Imam Ar-Rafie ( Rafie meringkas dan mensyarah kitab
al-Wajiz) lalu diberi nama ‘AL-MUHARRAR’ kemudian diringkaskan juga oleh
An-Nawawi kpd MINHAJ AT-TOLIBIN, kemudian diringkas pula oleh Syeikh al-Islam
Zakaria Al-Ansari kpd ‘AL-MANHAJ’ dan seterusnya diringkaskan lagi oleh
Al-Jawhari kpd AL-NAHJ (النهج).
Demikianlah susur galur beberapa kitab utama Mazhab
Syafie dan alirannya yang diambil drpd Imam Syafie, sohib al-Mazhab.
Sebagai ringkasan dan tambahan, berikut kitab2 utama
mazhab Syafi’e yang sering menjadi
tumpuan utama para ulama’ setiap zaman.
1)
Al-Umm, Imam Muhd Bin Idris al-Syafi’e
2)
Al-Wajiz, Imam al-Ghazali
3)
Fath al-‘Aziz, Imam ar-Rafie
4)
Al-Majmu’, Imam An-Nawawi, serta semua kitab2 beliau.
5)
Tuhfat al-Muhtaj, Imam Ibn Hajar al-Haitami
6)
Nihayat al-Muhtaj, Imam Muhd Ar-Ramli ( di gelar Syafi’e Soghir)
7)
Al-Hawi al-Kabir Syarh Mukhtasar
Al-Muzani, Al-Imam al-Qadhi Muhd Bin
Habib Al-Mawardi (450 H)
8)
Tuhfat al-Tullab Bi Syarh Tahrir
Tanqih al-Lubab, Syeikh al-Islam Abu Yahya
Zakaria al-Ansari (926 H).
9)
Mughni al-Muhtaj ila ma’rifat
AlFaz al-Minhaj, Muhd bin Ahmad As-Syarbini
al-Khatib ( 977 H)
10)
Al-Iqna’, Muhd bin Ahmad As-Syarbini al-Khatib
11)
Al-Muhazzab, Imam Ishak Ibrahim Bin ‘Ali Al-Syirazi (476 H).
12)
At-Tanbih, Imam Ishak Ibrahim Bin ‘Ali Al-Syirazi (476 H).
13)
Khoshiyah al-Bajuri ‘ala syarh
Ibn Qosim, Ibrahim Bin Muhd al-Bajuri
(1277 H)
Satu perkara lagi yang wajib
diketahui oleh pengikut mazhab Syafie adalah turutan para Ulama’ Syaf’ieyyah
apabila berlaku pertembungan di antara kitab muktamad mazhab Syafie iaitu
Nihayatul Muhtaj dan Tuhfat al-Muhtaj. Turutan pegangan apabila pertembungan
antara dua kitab tersebut (masalah yang tidak dpt ditarjihkan) adalah spt
berikut :-
1.
Merujuk kepada pendapat Syeikh
al-Islam Zakaria al-Ansari.(926 H)
2.
kemudian Al-Khatib As-Syarbini
(977 H)
3.
Hasiyah az-Ziyadi
4.
Hasiyah Ibn Qasim (918 H)
5.
Hashiyah ‘Amirah ‘ala Syarh
Jaluluddin, Shihabuddin Ahmad Al-Barlisi (957 H)
Demikianlah, turutan ulama’ mutaakhirin dari mazhab Syafie. Ringkasnya, kitab Muktamad
dalam Mazhab Syafie adalah Al-Majmu’, Fath al-Aziz, Nihayatul Muhtaj dan
Tuhfatul Muhtaj.
Mazhab Hanbali
Mazhab Hanbali, merupakan aliran yang paling sukar
untuk mendpt kesatuan riwayat pendapat2 dari Imam mereka iaitu Imam Ahmad Bin
Hanbal. Ini adlah krn Imam Ahmad amat tegas melarang anak2 muridnya dr menulis
perkataannya. Justeru, sekiranya pembaca mengamati mazhab ini, akan didapati
pendpt yang disandarkan kpd Imam Ahmad bercabang2 dan lebih dr satu pendapat
dlm satu masalah. Bgmnpun penulis hanya akan menumpukan kpd kitab2 yang
dianggap muktamad dlm mazhab dgn mengenepikan perbincangan mengenai
kepelbagaian pendpt Ahmad tersebut.
Penulisan kitab pertama yang mengandungi fatwa2 Imam
Ahmad ialah kitab Al-Jami’ oleh Abu Bakar al-Hilal, demikian menurut Ibn Jawzi
al-Hanbali di dlm Al-Manaqib (hlm 618), juga Ibn Qayyim al-Jawziah dalam A’lam
al-Muwaqqi’ien (1/29).
Kemudian diperkemas pembukuan dgn digabungkan percanggahan, mentarjihkan
pandangan dll ini dilakukan oleh anak murid Abu Bakar Hilal iaitu Abu Bakar Abd
Aziz, kemudian usaha diteruskan oleh anak muridnya pula iaitu Abu Abdullah
Al-Hasan Bin Hamid atau Ibn Hamid, dgn usahanya yang hebat lalu muncullah
sebuah kitab yang diberi nama Al-Jam’ fi al-Mazhab. Mencecah 400 juzu’!.
Antara nama2 periwayat pendapat Imam Ahmad ini terdpt di dalam kitab Tabaqot
al-Hanabilah oleh al-Qadhi Abu Husain Al-Farrak, pd bibliografi Abn Hamid
no 638.
Ringkasnya kitab2 atau ulama muktamad di dalam mazhab
Hanbali menurut turutan keutamaan adalah spt berikut ( rujuk Syarh
al-Zarkasyi ala Muhktasar al-Khiraqi, Muhd Bin Abdullah al-Zarkasyi al-Hanbali(
772 H) hlm 29, cet Maktabah al-Ubaidat):
1.
Al-Mughni oleh Abdullah Bin
Ahmad Bin Quddamah al-Maqdisi ( 620 H)
2.
Al-Muharrar oleh Abu al-Barakat al-Majd Ibn Taimiyah
3.
al-Syarih
4.
Al-Furu’ oleh Ibn Mufleh
5.
Al-Qawaid al-Fiqhiyyah oleh Ibn
Rejab
6.
Al-Wajiz oleh Al-Hussain
ad-Dajili
7.
Al-Ri’ayatain oleh Ibn Hamdan
8.
An-Nuzum
9.
Al-Khulasah
10.
Syeikh al-Islam Taqiyuddin Abu
al-Abbas Ibn Taimiyah al-Harrani
11.
Tazkirah oleh Ibn ‘Abdus
Mereka semua telah menyunting kalam para ulama’
terdahulu serta meletakkan qawaid (kaedah2) bg mazhab.
Secara ringkasnya, berikut adalah kitab2 pegangan
utama oleh ulama mutaakhir dlm mazhab Hanbali:
1.
Al-Mughni syarh Muhktasar al-Hiraqi, Abdullah Bin Ahmad Bin Quddamah al-Maqdisi ( 620 H)
2.
Al-Muharraar fi Fiqh ‘ala mazhab
Al-Imam Ahmad, Abu Al-Barakat Al-Majd Abd
Al-Salam B. Abdullah
Ibn Taimiyah al-Harrani (652 H)
3.
Al-Furu’, Muhd Bin Mufleh, Ibn Mufleh (623 H)
4.
Tashih al-Furu’, Ala’uddin Sulaiman al-Maqdisi (855H)
5.
Al-Ifsoh ‘an Ma’ani as-Shihoh, Yahya Bin Muhd al-Hubairah(560 H)
6.
A’lam al-Muwaqqi’ien, Muhd Bin Abu Bakar, Ibn Qayyim nal-Jawziyyah (751H)
7.
Majmu’ al-Fatawa, Abu Al-Abbas Taqiyuddin Ibn Taimiyah al-Harrani ( 728 H)
8.
Kassyaf al-Qinaa’ ‘an Matn
al-Iqna’, Mansur Bin Yunus al-Bahuti
(1051 H)
9.
Manar as-Sabil fi syarh ad-Dalil, Ubrahim Bin Muhd Ibn Dhawyan.
Demikianlah serba sedikit nama2 kitab utama mazhab
Hanbali. Ringkasnya, kitab muktamad Hanbali adlh al-Mughni dan al-Muharrar
dan al-Furu’.
PENUTUP
Alhamdulillah,
diharapkan penulisan ini dpt memberikan manfaat sedikit sebanyak kpd para
pembaca bg mengharungi dunia ilmu feqh yang luas.
Sebg akhirnya para pembaca bolehlah merujuk kitab
berikut untuk mengethaui lebih lanjut mengenai istilah dan kitab setiap mazhab.
Bg Mazhab Syafie, telah pun diutarakan dibahagian atas tadi, maka di sini
disertakan rujukan bg mazhab2 selain Syafie :
Mazhab
Hanafi
1.
‘Aqud Rasm al-Mufti, Al-Allamah
Muhd Amin Ibn ‘Abidin ( 1252 H)
2.
Muqaddimah kitab ‘ An-Nafi’
al-Kabir Syarh al-Jami’ al-Shoghir, Al-Allamah Abd Al-Hayy al-Laknowiyy (1304 H)
3.
Al-Mazhab ‘inda al-Hanafiah,
Prof. Dr Muhd Ibrahim
Mazhab Maliki
1.
Muqaddimah kitab ‘ Nur al-Basar
Syarh al-Mukhtasar’ dikenali sbg Ithaf al-Muqtani’ bi al-Qalil Fi Syarh Muhktasar Khalil, Al-Allamah Ahmad
Al-Hilali (1175 H)
2.
Al-Mustolah al-Fiqhi fi
al-Mazhab al-Maliki, Al-Allamah Muhd al-Fadil Bin ‘Asyur.
3.
Istilah fi al-Mazhab al-Maliki,
Prof. Dr Muhd Ibrahim
Mazhab Hanbali
1.
Sifat al-Fatwa wa al-Mustafti,
al-Imam Ahmad Bin Hamdan (695 H)
2.
Al-Insaf fi ma’rifat al-Rajih
min al-Khilaf, Al-Allamah Alauddin Sulaiman al-Mardawi (885 H)
3.
Al-Madkhal Ila Mazhab Al-Imam
Ahmad Bin Hanbal, Al-Allamah Abd al-Qadir Ibn Badran (1346 H)
4.
Mustalahat al-Fiqh al-Hanbali,
Dr Salim Ali As-Thaqafi.
Sekian, wassalam
Sekian,
Al-Faqir ila rahmati Rabbih,
26 Rabi’ al-Akhir 1423 H
http://www.tranungkite.net
Comments
Post a Comment