Mufti Menk - Lessons From Surah Al Kahf 1 2 3 4 5 6 7
Posts
- Get link
- X
- Other Apps
Sesuatu Yg Perlu Diketahui Darihal Solat Subuh 1. RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Muslim)Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta’arif menegaskan, as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari. 2. Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu matahari terbit.Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya. 3. Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh ad...
- Get link
- X
- Other Apps
Cerpen : Maaf, Encik Salah Nombor! Oleh : Syamnuriezmil Aku dengan telefon bimbit aku bukanlah kawan baik. Bukan juga seperti adik beradik. Bukan juga seperti kembar! Bukan juga seperti ombak dan pantai. Macam tsunami adalah! Kalau telefon bimbit ini boleh bercakap, lama dah dia minta suruh tukar. Tolong laaaa tukarkan aku, aku tak mahu kena ikat dengan getah! Heh… telefon aku kena ikat dengan getah, sebab cover dia dah tak boleh lekat. Bateri asyik nak tercabut keluar. Nak beli cover baru? Mana ada sekarang ni cover Nokia 3310! Nak beli telefon baru? Hahah… bukan tak ada duit, tak ada yang berkenan, tak ada masa juga. “Hello!! Hello!!” Adeh! Tak dengar, erk mati terus pula tu. Hemm… mesti client yang call ni. “Weh, Ira! Kau boleh tolong aku tak?” Aku memandang Nina yang memanggil aku. “Tolong apa?” “Tolong campak telefon kau tu kat Sungai Kinta tu! Aku dah naik bengang angkat telefon aku ini, semua untuk kau. Tak ada satupun untuk aku. Client dahlah banyak, ...